Friday, April 22, 2005

::=::Al-Quran Sbg Pembela Di Hari Akhirat::=::

Image hosted by Photobucket.com

Abu Umamah r.a. berkata :
"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an. "

Telah bersabda Rasulullah S.A.W :
" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,
" Kenalkah kamu kepadaku?"

Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an :
"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu :
"Adakah kamu Al-Qur'an?"

Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap
Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya :

"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab :
"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Semoga memberi manafaat.
Tuhan,
Misalan apa patut aku gambarkan,
Buat perasaan sebuah kedukaan,
Tika aku kaku dititik permulaan,
Langkah mencari kebahagiaan,
Tersangkut aku di tiang harapan.

Tuhan,
Inikah rupanya sebuah ujian,
Buat menduga secebis keimanan,
Dengan itu aku datang bersama pengaduan,
Moga dilerai segala kekusutan,
Terhimpun padanya segugus kehibaan.

Tuhan,
Kiranya ini telah ditakdirkan,
Untuk aku hadapi sendirian
Mohon aku dititipkan
Suatu keredhaan sebagai kurniaan,
Buat teman sepanjang perjalanan.

الحمد لله رب العالمين.
Adalah harapan ku mencari kebahagiaan yg hakiki... Setiap ujian buat ku matang bagi mengahadapi dunia yg sudah makin tua dan penuh dgn dugaan... Ya Allah! Ya Rabb! Yg Maha Agung! Kuatkanlah iman ku.. Jgnlah biarkanku sendirian. Mengharapkan kasih syg Mu. Bagaimana nanti ku hadapkan diriku pd Mu? Keadaan hina skali! Jgn biar ku terjerumus ke lembah kehinaan... : '( Amin

::=::CaRiLaH kAsIh InSaN DeMi CiNtA tUhAn::=::

Tuesday, April 19, 2005

Ya Rasullah...

Ya Rasulullah...
salam buatmu duhai kekasih Allah
kini tibalah hari yang bersejarah
detik gemilang

Ya Rasullullah...
salam buatmu duhai kekasih Allah
kami sentiasia mengingatimu
wahai penghulu anbiya

Tabahnya diri ya Rasul
dalam menempuh dugaan
walaupun dicaci dihina
semangatmu tetap membara

Saturday, April 16, 2005


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasa di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu?

Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah?
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu?
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin?
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah?
Memujuk rayu?

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah.
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai

Wahai wanita!

Jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita!

Jangan dibanggakan dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita!

Jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insane yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah!

Jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya parasnya,

Bersyukurlah atas apa yg ada

Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku

-WANITA SOLEHAH-
"Wanita hiasan dunia Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Khas buatmu wanita...

Friday, April 15, 2005

~Penawar bagi Penyakit Takabbur~

Menurut Hajjatul Islam Imam Al-Ghazali, penawar bagi Penyakit Takabbur ialah...:

1- Bila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, sebab mereka masih belum bergelumang dengan dosa jika dibandingkan dengan kita, di mana setiap langkah kita boleh menjeratkan kita kepada melakukan dosa.

2- Bila berjumpa orang-orang tua, anggaplah juga dia lebih mulia daripada kita keran dia lebih dulu melalui kehidupan ini dan beribadah kepada Allah.

3- Bila berjumpa dengan alim ulamak, anngaplah dia lebih mulia daripada kita keran dia mempunyai ilmu yg lebih jika dibandingkan dg kecetekan ilmu yg ada pada kita.

4- Bila melihat org2 jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana kejahilannya itu, sedangkan kita yg berilmu dan berakal ini pun sering bergelumang dengan dosa.

5- Seandainya berjumpa dgn org2 jahat, janganlah menganggap kita lebih mulia darinya, sebaliknya anggaplah dia akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.t. dimasa tuanya.

6- Seandainya bertemu dengan orang kafir pula, maka katakanlah di dalam hati bahawa suatu hari nanti, dia akan insaf lalu masuk Islam dan diampunkan Allah dosa-dosanya yg lalu, sedangkan kita yg lahir Islam ini pun masih melakukan dosa.

Wallahua'lam..

Tuesday, April 12, 2005

Sejarah Ayat Kursi

::Sejarah Ayat Kursi::

Ayat ini
diturunkan setelah hijrah.
Semasa penurunannya ia telah diiringi
oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan
dan kemuliaannya.

Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana
adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b T Sabit
menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk
setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan
petang setiap kali keluar masuk rumah atau hendak
musafir
, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan
, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak,
harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin
Allah s.w.t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah"
sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari
sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan
berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya
serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.


Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis

Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,
Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."


Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat
Kursi 12 kali
pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk
dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan
dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan
dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi
Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi
akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
daripada gangguan
serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin
terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam
pertama anda menduduki rumah
itu eloklah anda membaca ayat
Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring
di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu,
ia akan berada dalam lindungan
Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang
, tidak menegah akan dia daripada masuk
syurga kecuali maut
, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur
, Allah memelihara akan dia
ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di
sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap
sembahyang Fardhu
, Allah menganugerahkan dia
hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,
mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah
azza wajalla akan mengendalikan pengambilan
rohnya
dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama
nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika
dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya.