Monday, August 29, 2005

Fitnah??

Assalamualaikum warohmatullah...

Sesungguhnya Allah adalah Pencipta segla makhluk, termasuk manusia, lelaki dan wanita. Bahkan, Dialah yg menciptakan seluruh alam termasuk makhluk yg paling mulia hingga yg paling hina. Selawat dan salam kpd Nabi Muhammad s.a.w yg diberi hak utk memberi syafaat kpd ummat manusia pd hari kiamat kelak.

Mampukah kaum lelaki megelak dr fitnah kaum Hawa(perempuan)?

Bagaimana mungkin kaum lelaki dpt megelak dr fitnah kaum Hawa padahal lelaki sgt menyayangi mereka. Kaum lelaki harus sentiasa bersama kaum Hawa. sama ada ketika senang ataupun ketika berduka.

Ada ketikanya perempuan menjadi separuh kebahagiaan bagi lelaki, manakala di waktu yg lain perempuan yg sama bertukar menjadi racun yg sgt berbisa baginya.

Oleh sebab itulah Nabi s.a.w mengigtkan supaya berhati-hati terhdp fitnah kaum perempuan.

ما تركت فتنة أضر على الرجال من النساء

Pengertian fitnah di dlm bahasa arab byk sekali, antara lain: 'sesat', 'kafir', 'jahat', atau 'membakar dgn api'.

Beberapa Senjata Fitnah Perempuan

-Airmata
-Pandai mengambil hati
-Mendedahkan aurat
-Senyuman
-Tipu Daya
- Tutur kata yg manis
-Gertak dan Ancaman

Isteri yg soleaha adalah tmpt melabur yg pasti menguntungkan krn harganya tetap tinggi sisi Allah, suami dan masyarakat, hingga perempuan ini diibaratkan sbg fitnah...tetapi fitnah apa dan bagaimana ia memfitnah lelaki? Sudah pasti fitnahnya ialah dorongan ke arah yg baik!

Yg kami persoalkan ialah, apakah lelaki yg boleh terselamat dr fitnah perempuan? Lelaki yg kahwin dgn perempuan yg cantik, ia jatuh dlm fitnah kecantikkan dan cemburu, sdgkan sifat cemburu sering mendtgkan akibat yg buruk yg tidak diduga.

Lelaki yg kahwin dgn perempuan yg hodoh dan tidak berepa menarik, akn menimbulkan fitnah yg lain iaitu, besar kemungkinan lelaki itu menyesal memperisterikan isterinya yg hodoh. Kemudian setiap kali ia melihat perempaun yg cantik dan sempurna sifat2nya, setiap itu pula hatinya ingin memilikinya.

Kaum wanita hari ini memiliki kecantikan yg amt mengagumkan tetapi wajah mereka tidak menampakkan sinar iman dan akidah.

Oleh sbb semua itulah maka perlu rasanya kami perigtkan kpd kaum wanita seluruhnya, spy jgn menyebarkan fitnah kpd kaum lelak. Krn akhirnya mereka sendiri pun akn turut menjadi korban fitnah tersebut.

Malu Dlm Belajar

Image hosted by Photobucket.com Jgn pernah malu utk belajar. Belajarlah! tidak peduli laki-laki maupun perempuan. Yang tua, apalagi yg muda. Bila dan di mana pun itu.
Mengapa?
Adalah Mujahid bin Jubair At-Taba'i r.a pernah berkata.
"Org yg pemalu dan org sombong itu tidak mau belajar." Pada kesempatan yg berbeda, Aisyah r.a berkata,
"Sebaik-baik kaum wanita adalah wanita Anshar. Mereka tidak dihalangi oleh rasa malu utk mendalami ilmu agama."

Thursday, August 04, 2005

*~ Lemah-Lembut Rasullah pd Isterinya ~*





Sayidatina 'Aisyah menceritakan,
"Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat² berangkat ke masjid & cepat² pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
"Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah²an')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
"Belum ada apa² wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata,
"Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya.
Rasulullah menegur,
"Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
"Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," Sahut Nabi s.a.w.
"Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu & ibu kepada anak²mu? "
Pernah baginda bersabda,
"Sebaik² lelaki adalah yang paling baik & lemah-lembut terhadap isterinya. "
Prihatin, sabar & tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.