Monday, November 28, 2005

Perbahasan Mengenai Dasar Perkara-perkara yang Membatalkan Solat

Karya


Perbahasan Mengenai Dasar Perkara-perkara yang Membatalkan Solat

Sebelum dilanjutkan perbahasan tentang perkara-perkara yang membatalkan solat, adalah baik kalau kita fahamkan lebih dahulu asal usul perkara-perkara yang dikatakan boleh membatalkan solat.
Sebenarnya apabila diteliti perkara-perkara yang membatalkan solat, kita akan dapati bahawa ada antara perkara-perkara tersebut, memang ada nas yang jelas daripada Rasulullah saw dan banyak juga perkara-perkara dikatakan membatalkan solat, merupakan penetapan berdasarkan Ijtihad atau pandangan para ulama.

Antara perkara-perkara membatalkan solat yang bersumber daripada Rasulullah saw adalah seperti berikut:
Dari Zaid bin Arqam katanya:
"Dulu kami biasa berbicara di saat sedang solat. Seseorang di antara kami bercakap dengan teman yang lain yang berada di sebelahnya hingga turun ayat:

"Berdirilah untuk Allah dengan khusyuk" (Quran Al-Baqaroh: 238) Maka semenjak itu kami diperintahkan agar diam dan tidak bercakap-cakap."
(R Al-Jama'ah)

Dari Abu Huroiroh ra katanya:
Seorang lelaki bernama Khalid bin Rabi' telah masuk ke dalam masjid lalu solat. Setelah selesai, Baginda menjawab salamnya lalu bersabda: Kembali dan solatlah, kerana sebenarnya engkau belum solat lagi." Maka orang itupun kembali dan hal itu dilakukan sampai 3 kali, hingga akhirnya Khallad berkata:

"Demi Tuhan yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran, saya tidak dapat melakukan yang lebih baik dari ini, oleh itu ajarkan aku"
Maka Baginda bersabda:
"Jika kamu berdiri solat, bertakbirlah, lalu bacalah ayat Al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah dengan thumakninah, lalu bangkitlah hingga engkau duduk dengan thumakninah pula, kemudian sujud lagi juga dengan thumakninah. Dan lakukanlah cara itu dalam semua solatmu."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Selain dari riwayat-riwayat ini, memang tidak ada dalil-dalil dari Al-Quran ataupun hadis Nabi saw yang jelas menentukan apa-apa yang membatalkan solat. Kebanyakkan perkara-perkara yang membatalkan solat ditentukan oleh para ulama kita melalui Ijtihad atau pandangan dan pendapat semata-mata. Oleh sebab itu, ada kalanya ulama-ulama mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang apa yang membatalkan solat.

Sheikh Wahbad Az-Zuhaily dalam kitabnya Al-Fiqhul Islamy wa Adillatuh bab telah memberikan fakta-fakta berikut sebagai menyatakan perkara-perkara yang membatalkan solat:

Bagi Mazhab Hanafi dikatakan ada 68 perkara yang membatalkan solat

Bagi Mazhab Maliki dikatakn ada 30 perkara yang membatalkan solat

Bagi Mazhab Syafii dikatakan ada 27 perkara yang membatalkan solat

Bagi Mahzab Hambali dikatakan ada 36 perkara yang membatalkan solat

Hukum Mentaati Ulama

Persoalan sering membingungkan masyarakat umum adalah, apakah sesuatu perkara yang ditetapkan oleh seorang ulama, setanding dengan apa yang ditetapkan oleh Allah dan RasulNya, sehingga tidak mematuhinya akan menyebabkan kita berdosa?

Pada dasarnya, seorang ulama tidak akan menetapkan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah atau RasulNya. Cuma apabila mereka tidak mendapati sesuatu nas yang jelas, maka mereka akan datangkan pandangan dan pendapat mereka. Hal yang sebenarnya adalah, kita digalakkan untuk menerima pandangan dan pendapat mana-mana ulama, tetapi tidalah sampai kepada hukum wajib dan mesti menerimanya, sehingga kalau tidak menerima pandangan mereka akan menyebabkan kita berdosa.

Begitu juga masalah menolak pandangan ulama. Adalah tidak digalakkan bagi seorang yang jahil untuk menolak pandangan dari seorang tokoh ulama, namun tidaklah penolakkan pandangan tersebut sampai menjadi haram dan berdosa.

Kesimpulannya, hanya penetapan Allah dan penetapan RasulNya yang wajib kite terima dan menolaknya akan menyebabkan seseorang itu berdosa bahkan boleh sampai kepada peringkat kufur. Apabila seorang ulama itu secara terang-terangan menggunakan pandangan dan pendapatnya, kerana tidak ada dalil dari Al-Quran ataupun hadis Nabi saw, maka menerima atau menolak pandangan tersebut bukanlah sesuatu yang boleh membawa kepada dosa dan kufur. Kalaulah pandangan ulama itu wajib diterima, maka antara ulama A dan ulama B yang berbeza pendapat dan pandangan, ulama yang manakah yang wajib dan mesti diterima? Sama sahaja. Hari ini, kita mempunyai ramai asatizah yang berbeza-beza pandangan dan pendapat mereka dalam menyampaikan ajaran mereka. Jadi ustaz atau ustazah manakah yang mesti kita pakai pandangannya?

Firman Allah swt :

اطيعواالله و اطيعواالرسول واو لى الامرمنكم
"Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan juga para pemimpin kamu."

Para ulama sependapat, apabila diperhatikan, arahan mentaati perintah Allah dan perintah Rasulnya diawali dengan perkataan "Taatlah", sedangkan arahan mematuhi para pemimpin pula tidak diawali dengan perkataan "taatlah". Ini menunjukkan perintah Allah dan perintah RasulNya tidak boleh , wajib ditaati, sementara perintah dan suruhan oleh para pemimpin tidak kira pemimpin agama atau pemimpin masyarakat ada yang boleh diikuti dan ada yang boleh ditolak. Ini kerana perintah mentaati Allah dan RasulnNya adalah mutlaq. Mutlaq di sini maksudnya, tidak ada pilihan.

Oleh itu, penting bagi setiap individu muslim mengetahui dan mengenal pasti setiap yang dipelajari itu sama ada ia merupakan hukum Allah, hukum RasulNya atau hukum yang ditentukan oleh ulama. Sperti yang telah dijelaskan, hukum Allah dan RasukNya tidak boleh ditolak, hukum yang ditentukan oleh ulama pula boleh diterima dan boleh ditolak. Walau bagaimanapun, setiap pandangan dari seorang ulama kalau ditolak sekalipun, hendaklah dihormati, jangan sampai dicemuh, dikeji dan difitnah sebagai salah dan tidak betul, kerana tidak akan berbuat demikian melainkan seorang yang sangat jahil.

Pada masa yang sama, ingin ditekankan di sini, apabila majoriti ulama mempunyai pandangan dan pendapat yang sama tentang sesuatu perkra walaupun tidak ada nas Al-Quran dan Hadis sekalipun, maka yang demikian itu dinamakan sebagai Ijma dan hukum mematuhi Ijam adalah wajib.

Oleh itu, selain dari apa yang telah ditetapkan oleh nas hadis, perkara-perkara membatalkan solat yang telah ditetapkan melalui pandangan dan pendapat ulama secara umumnya adalah:
1) Makan
2) Minum
3) Bercakap-cakap
4) Berdehem tanpa uzur
5) Banyak bergerak
6) Meninggalkan salah satu rukun
7) Tertawa
8) Menyanyi
9) Memberi salam dengan sengaja
10) Berpaling dari arah qiblat
11) Terbuka aurat
12) Murtad
13) Mendahului imam
14) Berhimpitan antara lelaki dan wanita

Ketahuilah, antara perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh ulama sebagai membatalkan solat adalah Banyak Bergerak. Cuma setiap ulama mempunyai ukuran berbeza-beza tentang kadar pergerakan yang boleh membatalkan solat. Tetapi, semuanya setuju apabila pergerakan itu tidak ada kaitannya dengan solat seperti menjahit, memasak, mencuci atau sebagainya, maka ia membatalkan solat. Tetapi apabila pergerakan-pergerakan itu merupakan pergerakan yang diperlukan dan tidak dapat dielakkan, maka pergerakan itu tidak membatalkan solat walau sebanyak mana sekalipun. seperti yang dinyatakan oleh Imam Asyaukani dalam kitabnya, Nailur Awthor dan Imam Ibnu Qudamah dalam kitabnya, Al-Mughni.

Seperti yang telah dijelaskan, pandangan dan pendapat ulam-ulama dinamakan sebagai Ijtihad. Ijtihad semua ulama adalah benar dan baik. Namun Ijtihad bukan merupakan sesuatu yang tetap dan tidak boleh berubah dan diubah. Yang tidak boleh berubah dan diubah adalah apa yang ditetapkan melalui nas Al-Quran dan Al-Hadis. Setiap ulama mendatangkan Ijtihad mereka berdasarkan zaman dan keadaan. Itulah sebabnya kalau kita perhatikan Imam Syafii, beliau ada dua jenis Ijtihad; Qaul Qadim dan Qaul Jadid. Qaul Qadim adalah Ijtihadnya yang perlu dibuat di zaman lampau lantas akhirnya diubah oleh Imam Syafii rh, dengan Qaul Jadid, iaitu Ijtihadnya yang baru. (Kesimpulan dari Kitab Atsarul Ikhtilaf)

Bukankah suatu sikap yang bijak bagi seseorang yang bermahzab Syafii berpegang kepada Ijtihad Imam Syafii yang lama (Qaul Qadim), padahal telah ada qaulnya yang lebih muktamad. Ini semua menunjuakkan bahawa, pandangan ulama yang berdasarkan Ijtihadnya boleh diubah. Satu contoh Ijtihad.

Di Singapura suatu ketika dahulu, para ulamanya telah mengharamkan pendermaan organ dan organ yang menjadi bahan perbahasan ketika itu ialah ginjal. Ijtihad sedemikian dibuat setelah mengambil kira keadaan ketika itu yang belum banyak kepakaran untuk melakukan permindahan organ dengan selamat. Tetapi sekarang, para ulama yang terkemudian telah membolehkan pendermaan organ kerana Singapura kini mempunyai ramai pakar untuk menjamin keselamatan dalam urusan pemindahan organ manusia.

Kesimpulannya, yang ingin kita fahamkan adalah, apa yang ditetapkan melalui hukum Syarak tidak boleh diubah walau dalam apa jua keadaannya, sementara apa yang ditetapkan melalui Ijtihad boleh diubah mengikut keperluan zama dan keadaan. Apabila terlalu banyak perbezaan dalam pandangan dan pendapat, maka adalah tidak salah jika kembali kepada mematuhi Allah dan RasulNya sahaja. Langkah sedemikian adalah berdasarkan tunjuk ajar Allah swt.
Firman Allah swt:
فإن تنزعتم في شىء فردوه إلى الله والرسول
" Maka apabila kamu bertikai tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan RasulNya." (Quran: An-Nisa: 59)


Di taip satu persatu dr Suhana...
(penat woiii...jari cramp)

Saturday, November 26, 2005

Suamiku

Karya
Ya Allah..
kurniakanlah aku pasangan yg beriman
semaikanlah cinta dlm bahtera
melebarkan sayap ilmu didada

Ya Allah
kutemui jua permata bernilai
ku jaga umpama butir belian
namun tak daya diri ini
melawan takdir tetapanMu

Ya Allah
andainya aku bisa merasainya
Kau ubahkanlah kesakitannya
biarlah aku yg menangunggnya
berat hatiku memandang
berat mataku melihat
namun apalah dayaku
hanya sebagai seorang suami
yang mendoakan isteri
agar dikurangkan kesakitan

Ya Allah
tabahkanlah hatiku jua hatinya
agar kami tetap bersama
dalam melayar bahtera
hingga ke taman SyurgaMu

Amin ya Robbal 'Alamin


Dia suamiku yg sentiasa doa utk ku,
Suami yg menjaga aku dan hatiku dan maruahku,
Menjadi pembimbing agama kpd keluargaku.
Pertemukanlah aku dgn suami sepertinya.......

Monday, November 21, 2005

catatan bagiku...

Janganlah engkau cemas tentang rezekimu, krn pencariannya kpdmu lbh kuat drpd engkau mencarinya. Apabila kamu telah memperolehi rezeki untuk hari esok, sebagaimana engkau tidak lagi merisaukan hari kelmarin yang sudah berlalu. Sedangkan hari esok, apakah engkau tahu sama ada ia akan sampai kpdmu atau tidak?

Wahai hamba Allah, Aku melihat, bhw kamu hanya sedikit sekali mengenal Allah dan rasulNya. Sedikit sekali mengenal kekasih Alah dan pewaris para nabiNya utk manusia. Kamu ialah manusia yg kosong dprd pengertian, tidak ubahnya bagaikan sebuah sangkar tanpa burung, atau bagaikan pepohon kering yg daunnya berguguran.

Semaraknya hati seorg hamba adalah dgn Islam, kemudian dgn meyakini hakikat dan kewujudan Islam itu. Iaitu penyerahan jiwa raga secara menyeluruh . Serahkanlah dirimu kpd Allah yg Haq. Maka dia akan menyelamatkan engkau, menyelamatkan nafsu engkau dan dirimu sendiri. Keluarlah engaku dr hatimu dan drpd semua makhluk, khususnya manusia. Kemudian menetaplah kamu di hadapan Yang Maha Haq dgn bertelanjang drpd dirimu dan drpd segala insan. Jika Al-Haq menghendaki, maka Dia akan memberimu pakaian dan mengembalikan engkau kpd makhluk manusia. Krn itu ikutlah perintahNya kpdmu dan kpd semua makhluk, disertai dgn sikap reda kpd rasul yg sudah diutusNya.

Hai org yg bodoh! Apakah yg engkau miliki dan utk apakah semuanya itu? Engkau hanyalah seorg hamba nafsu, hamba dunia dan hamba makhluk. Engkau hanyalah hamba manusia, engkau bersekutu dgn mereka. Krn engkau berpendapat, bhw akan ada manfaat dan mudarat yg dtg dprd mereka.

Wahai kaum ku....malulah engkau kpd Allah dgn sebenar-benar malu. Jgnlah kamu melalaikan masa-masamu. Jgnlah kamu mensia-siakannya. Jgnlah kamu menyibukkan dirimu dgn mengumpulkan sst yg tidak akan dpt engkau makan, mengagan-agankan sst yg tidak mungkin dpt engkau capai, membangun sst yg tidak mungkin engkau diami. Krn semuanya itu akan menghalangimu drpd makan Tuhanmu.

Ingatan kpd Allah selalu terhujam di dlm hati org yg arif. Sehingga mereka lupa akan segala sst yg pernah diigatinya sebelum itu. Apabila hal itu kamu dpt laksanakan dgn sempurna, maka syurgalah tempat tinggalmu, iaitu syurga yg dipilih dan syurga yg dijanjikan. Syurga yg dipilih di dunia ialah redho kpd qodho' Allah, dekat hati kpd Allah, bermunajat kpdNya, menyikap tabir yg ada di antaranya dgn Allah. Ini akan menjadikan pemilikhati itu sbg berteman dgn teman Allah di dlm kesunyiannya, tanpa perincian dan tanpa perumpamaan. Ada pun yg dijanjikan oleh Allah Ta'ala kpd org yg beriman dan melihat Zat Allah yg Maha Agung, tanpa hijab.Tidak disangsikan lagi bhw semua keburukan itu berada di sisi makhluk.


Kebaikan adalah dlm menghadap kpdNya sdgkan keburukan adalah berpaling drpdNya. Setiap amalan yg kamu hrpkan ganjarannya, maka ia adalah milikmu. Manakala semua amal yg kamu lakukan demi Allah dan utk Allah, maka amal itu adalah utkNya. Apabila engkau beramal dgn mengharapkan imbalannya, maka balasan utkmu ada kpd makhluk, dan apabila kamu beramal krn Zatnya, maka batasan utkmu ialah kedekatanmu kpdNya dan melihatNya.

Saturday, November 19, 2005

jus for my reference abt solat

ni ambek dr internet.. agak bagus..ana ade buang sikit lah..sbb ade ana dah tau. so..jus for my reference...


Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : (utk kaum hawa)

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga.
iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke paras dada
bukan telinga).


Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.

Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yang tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2-dua tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapana kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

yg ni kdg2 lelaki pun ada yg tak perasan. Jari hendaklah tegak sbg memenuhi syarat tapak kaki sujud krn ia termasuk 7 anggota sujud.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

Hal ini tidak ditemukan dalil pelaksanaannya.

Yg tepat :

Abd Allah bin Jubair radiallahu ‘anhu berkata:

Bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, adalah beliau ketika berdoa (tasyahud), beliau mengisyaratkan dengan jarinya dan tidak mengerak-gerakkannya.

[Hadith Sahih : Riwayat Abu 'Uwanah, Abu Daud, an-Nasa'ie dan Baihaqi]

Wail bin Hujur radiallahu ‘anhu berkata: “Aku akan tunjukkan cara solat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.” (Seterusnya beliau menerangkan):

Ketika duduk (tasyahud), beliau duduk di atas kaki kirinya sambil meletakkan tangan telapak tangan kirinya di atas paha dan lutut kirinya. Kemudian baginda mengangkat sedikit siku kanannya di atas paha kanannya. Kemudian baginda melipatkan dua jari (jari kelingking dan jari manisnya) dengan ibu jarinya dan membentuk satu lingkaran (dengan jari tengah). Kemudian baginda mengangkat jarinya (telunjuk) dan aku melihat beliau menggerak-gerakkannya dan baginda berdoa dengannya.

[Hadith Sahih : Riwayat Ahmad, ad-Darimi]

==================

Kesimpulan :

Secara ringkas sy nyatakan, ada 2 cara yg tepat sbgmana yg disebut oleh HADITH.

1. Menggerakkan jari telunjuk dari awal tahiyyat hingga salam.

>> Menurut Syeikh Albani, gerakan jari adalah atas ke bawah. Fiqh Maliki menyebut ke kiri dan ke kanan.

2. Mengangkat jari telunjuk dari awal tahiyat hingga ke akhir.

Terpulang utk memilih antara keduanya. Keduanya tepat kerana berdasarkan sunnah.

Manakala mengangkat jari sewaktu bacaan "illaLlah" itu setakat ini tidak lah lagi dpt diketemukan dalil pelaksanaannya. Maka sbg mencintai sunnah, lebih molek kiranya kita melakukan sesuatu sesuai sbgmana petunjuk RasuluLlah SAW itu sndiri.

yg psl mengangkat jari telunjuk ni kan..ana sendiri tk paham..kene lah research sendiri...sementara ni abaikan dahulu.

Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi memboleh kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

Betul.Ramai di kalangan kita akan tunduk terlebih dahulu sblm salam pertama. Sedangkan hal ini juga tidaklah ada dlm riwayat yg sahih.

Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua-dua kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tangan yang tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Yg afdhal adalah berdoa SEBELUM salam.Iaitu selepas habis bacaan tahiyyat, dan sblm memberikan salam.Kalau kita tengok org lepas solat terus bangun tanpa tadah tangan utk berdoa, kita jgn la awal2 dok kata kat dia : eeeh dia ni, ssolat tp x baca doa .. !
RasuluLlah sndiri dlm beberapa riwayat yg thabit menyebut nabi duduk seketika selepas solat, dan kemudian terus bangun tanpa doa.

Kain digunakan tuk solat.Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang.
Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok-eloknya carilah kain telekung yang tidak jarang (antara caranya ialah dengan menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stoking yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang-lubang sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yang rambut panjang, jika tidak ditutup betul-betul dengan serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.

Thursday, November 17, 2005

Bermesraan Ala Rasulullah


Bermesraan Ala Rasulullah

Bermesraan, itulah yang membuat hubungan
suami-isteri terasa indah dan nikmat. Caranya?

Dalam berkomunikasi, ada dua jenis lambang
yang boleh dipergunakan, iaitu lambang verbal dan
lambang non verbal. Menurut penelitian Profesor
Birdwhistell, maka nilai aktiviti lambang verbal
dibanding non-verbal adalah 35:65. Jadi, justru
lambang non verbal yang lebih efektif dalam
menyampaikan pesan.

Bermesraan, adalah kelakuan suami isteri untuk
menunjukkan saling kasih sayang dalam bentuk
verbal. Sentuhan tangan dan gerak tubuh lainnya,
adalah termasuk lambang non- verbal ketika suami
berkomunikasi dengan isterinya. Komunikasi
verbal semata belumlah efektif jika belum disertai
oleh komunikasi non- verbal, dalam bentuk
kemesraan tersebut.

Rasulullah saw pun merasakan pentingnya
bermesraan dengan isteri, sehingga beliau pun
mempraktikkannya untuk menghias hari-hari
dalam keluarganya, yang tecermin seperti dalam
hadis-hadis berikut:

1. Tidur dalam satu selimut bersama istri

Dari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah
saw dan 'Aisyah ra biasa mandi bersama dalam
satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam
satu selimut dengan 'Aisyah, tiba-tiba 'Aisyah
bangkit. Beliau kemudian bertanya, 'Mengapa
engkau bangkit?' Jawabnya, 'Karena saya haid,
wahai Rasulullah.' Sabdanya, 'Kalau begitu,
pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali
kepadaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut
bersama beliau." (HR Sa'id bin Manshur)

2. Memberi wangi-wangian pada auratnya

'Aisyah berkata, "Sesungguhnya Nabi saw apabila
meminyaki badannya, beliau memulai dari
auratnya dan mengolesinya dengan nurah (sejenis
bedak pewangi), dan isterinya meminyaki
bahagian lain seluruh tubuhnya. (HR Ibnu Majah)

3. Mandi bersama istri

Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Aku biasa mandi
bersama dengan Nabi saw dengan satu bejana.
Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan
kami (ke dalam bejana)." (HR 'Abdurrazaq dan
Ibnu Abu Syaibah)

4. Disisir istri

Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Saya biasa menyisir
rambut Rasulullah saw, saat itu saya sedang haid".
(HR Ahmad)

5. Meminta istri meminyaki badannya

Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Saya meminyaki
badan Rasulullah saw pada hari raya 'Idul Adh-ha
setelah beliau melakukan jumrah 'aqabah." (HR
Ibnu 'Asakir)

6. Minum bergantian pada tempat yang sama

Dari 'Aisyah ra, dia berkata, "Saya biasa minum
dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi
mengambil cawan tersebut dan meletakkan
mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya,
lalu beliau minum, kemudian saya mengambil
cawan, lalu saya menghirup isinya, kemudian
beliau mengambilnya dari saya, lalu beliau
meletakkan mulutnya pada tempat saya
meletakkan mulut saya, lalu beliau pun
menghirupnya." (HR 'Abdurrazaq dan Sa'id bin
Manshur)

7. Membelai isteri

"Adalah Rasulullah saw tidaklah setiap hari
melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua
(isterinya) seorang demi seorang. Beliau
menghampiri dan membelai kami dengan tidak
mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri
yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di
tempatnya." (HR Ahmad)

8. Mencium isteri

Dari 'Aisyah ra, bahwa Nabi saw biasa mencium
isterinya setelah wudhu', kemudian beliau shalat
dan tidak mengulangi wudhu'nya."(HR 'Abdurrazaq)

Dari Hafshah, putri 'Umar ra, "Sesungguhnya
Rasulullah saw biasa mencium isterinya sekalipun
sedang puasa." (HR Ahmad)

9. Tiduran di Pangkuan Isteri

Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Nabi saw biasa
meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun
aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-
Qur'an." (HR 'Abdurrazaq)

10. Memanggil dengan kata-kata mesra

Rasulullah saw biasa memanggil Aisyah dengan
beberapa nama panggilan yang disukainya,
seperti 'Aisy, dan Humaira (pipi merah delima).

11. Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra

Nabi saw biasa memicit hidung 'Aisyah jika ia
marah dan beliau berkata, "Wahai 'Uwaisy,
bacalah do'a: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad,
ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan
hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang
menyesatkan." (HR Ibnu Sunni)

12. Membersihkan titisan darah haid isteri

Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Aku pernah tidur
bersama Rasulullah saw di atas satu tikar ketika
aku sedang haid. Bila darahku menitis ke tikar itu,
beliau mencucinya di bagian yang terkena titisan
darah dan beliau tidak berpindah dari tempat itu,
kemudian beliau shalat di tempat itu pula, lalu
beliau berbaring kembali di sisiku. Bila darahku
menitis lagi ke tikar itu, beliau mencuci di
bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak
berpindah dari tempat itu, kemudia beliau pun
shalat di atas tikar itu." (HR Nasa'i)

13. Bermesraan walau isteri haid

Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Saya biasa mandi
bersama Rasulullah saw dengan satu bejana,
padahal kami sama-sama dalam keadaan junub.
Aku biasa menyisir rambut Rasulullah ketika
beliau menjalani i'tikaf di masjid dan saya sedang
haid. Beliau biasa menyuruh saya menggunakan
kain ketika saya sedang haid, lalu beliau
bermesraan dengan saya." (HR 'Abdurrazaq dan
Ibnu Abi Syaibah)

14. Memberikan hadiah

Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia
berkata, "Ketika Nabi saw menikah dengan Ummu
Salamah, beliau bersabda
kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak
memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah
pakaian berenda dan beberapa botol minyak
kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja
Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira
hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu
memang dikembalikan kepadaku, aku akan
memberikannya kepadamu."

Ia (Ummu Kultsum) berkata, "Ternyata keadaan
Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah
saw, dan hadiah tersebut dikembalikan kepada
beliau, lalu beliau memberikan kepada masing-
masing isterinya satu botol minyak kasturi,
sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut
beliau berikan kepada Ummu Salamah." (HR
Ahmad)

15. Segera menemui isteri jika tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi saw pernah melihat
wanita, lalu beliau masuk ke tempat Zainab, lalu
beliau tumpahkan keinginan beliau kepadanya, lalu
keluar dan bersabda, "Wanita, kalau menghadap,
ia menghadap dalam rupa setan.Bila seseorang di
antara kamu melihat seorang wanita yang
menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana
pada diri istrinya ada hal yang sama dengan yang
ada pada wanita itu." (HR Tirmidzi)

Begitu indahnya kemesraan Rasulullah saw
kepada para isterinya, memberikan gambaran
betapa Islam sangat mementingkan komunikasi
non verbal ini, kerana bahasa tubuh ini akan lebih
efektif menyatakan cinta dan kasih sayang antara
suami isteri.

Tuesday, November 15, 2005

Usia Khadijah semasa berkahwin dgn Nabi 40 thn ?

Usia Khadijah semasa berkahwin dgn Nabi 40 thn ?


Isu Utama :

Sejak kita kecil, kita diajar bahawa, Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Khadijah ra. sewaktu umur Baginda 25 tahun, manakala umur Khadijah ra adalah 40 tahun.

Tanpa byk bicara dan berfikir panjang, kita menerima cerita berkenaan, tambahan pula rata2 hampir sekalian buku2 sirah Nabi menyebutkan demikian.


Sy katakan : Riwayat di atas adalah DUSTA !

===========

Isu Yg Timbul :

Sebelum berkahwin dengan Nabi, Khadijah telah pun berkahwin sebanyak 2 kali.

Suami pertama Khadijah ra : Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah.

Hasilnya mereka mendapat 2 anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Lelaki bernama Hind, dan yg perempuan bernama Halah.

Suami kedua Khadijah ra. : Atiq bin ‘Aid Makhzumi.

Hasilnya mereka mendapat seorang anak perempuan yg turut diberi nama Hind.

Jadi, anak Khadijah sebelum berkahwin dgn Nabi ada 3 : Hind (Lelaki), Halah dan Hind (perempuan).

Setelah berkahwin dengan Nabi SAW, mereka telah memperoleh 7 org anak pula iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum, Fatimah r.a, Qasim, Tayyab dan Tahir.

Maka :

Dapat kita perhatikan, sebelum perkahwinan dengan Baginda SAW, di usia muda Khadijah ra, beliau telah melahirkan 3 org anak, tapi setelah perkahwinan dengan Nabi SAW, Khadijah telah mampu pula melahirkan 7 org anak.

Jadi :

Adakah logik kes sedemikian ? Menurut ilmu Sains Perubatan, seseorang perempuan itu dianggap telah melewati usia subur utk melahirkan anak apabila berumur 45 tahun. Tapi, dalam cerita di atas, dapat difahami bahawa Khadijah ra telah melahirkan anak seramai 7 org (sesetengah ulamak mengatakan 8) setelah usia 40 tahun ?!

============

Kesan Buruknya :

>> Pihak Orientalis akan memperbodoh2kan sejarah Islam dan menggunakan alasan di atas sbg salah satu "modal" utk menghentam Islam.

>> Ada juga yg mendakwa, RasuluLlah SAW hanya berkahwin dengan seorang "janda tua yg kaya" kerana ingin mendapat hartanya.

Masyarakat Kristian di Eropah dan Amerika, mempersendakan Islam dan Nabinya dengan menyindir : "Jika kamu tidak ingin papa, kahwinilah seorang janda kaya."

>> Syiah pula mendakwa bahawa Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak dii'tiraf sbg anak Nabi SAW.

============

Jawapan kita :

Semua isu di atas tak timbul kerana kita katakan : Riwayat usia Khadijah ialah 40 tahun sewaktu berkahwin dengan Baginda SAW adalah DUSTA dan TIDAK BERASAS.

Hujah :

al-Hafiz Ibn Kathir menulis dlm al-Bidayah wa al-Nihayah:

"Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun."

Maksudnya : Kedua2 ulamak sbgmana yg dikatakan oleh Ibn Kathir di atas iaitu Imam Baihaqi dan Hakim menyebutkan bahawa usia Khadijah sewaktu berkahwin dengan RasuluLlah SAW adalah sama ada 35 atau 25 tahun, dan LANGSUNG tidak menyebut 40 tahun.

Ibnu Kathir menulis lagi dalam kitab yg sama berhubung usia Khadijah sewaktu kewafatannya :

"Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar."

Dlm masa yg sama, sekalian ulamak hadith dan sejarawan Islam telah sepakat dan bersetuju mengatakan Khadijah ra telah hidup bersama Nabi SAW selama 25 tahun, dan beliau wafat pada tahun ke-10 kerasulan Baginda. Kita tahu bahawa Baginda SAW diangkat menjadi Rasul pada usianya 40 tahun, jadi Khadijah wafat adalah pada usia Nabi 50 tahun.

Kita ada 2 poin di sini :

[1] Ibn Kathir menyebut : Pendapat yg BENAR adalah Khadijah wafat ketika usianya 50 tahun.

[2] Kita juga tahu bahawa Khadijah ra hidup bersama Nabi selama 25 tahun.

Jadi : Usia Khadijah ra sewaktu berkahwin dengan Nabi SAW adalah 25 tahun.

Sebenarnya riwayat yg mengatakan usia Khadijah adalah 40 tahun sewaktu berkahwin dengan Nabi SAW adalah datangnya dari RIWAYAT SYIAH. Syiah mmg tidak pernah berasa tenteram dan selesa dengan Islam tulen, maka pelbagai cerita2 dongeng, dusta dan karut diserapkan secara perlahan2 ke dlm pemikiran sekalian umat Islam.

Tapi sebenarnya Syiah telah melakukan satu kesilapan yg cukup BODOH.

Mereka mendakwa Fatimah ra (isteri kepada Saidina Ali kw) dilahirkan setelah 5 tahun kerasulan Nabi SAW. Bermakna pada usia Nabi 45 tahun, iaitu sewaktu Khadijah sudah berumur 60 tahun !

Syiah perlu fikir 2 kali, dan datangkan bukti pada kita bagi membuktikan kebenaran dakwaan mereka itu.

Tapi bagi kita, kita dah pun awal2 lagi menolak dakwaan Khadijah berusia 40 tahun sewaktu berkahwin dengan Nabi SAW.

============

Di hadapan kita sekarang ada 2 fakta, satunya daripada Syiah yg telah jelas kita buktikan di atas mengandungi pelbagai kecelaruan yg tidak boleh diterima. Manakala kita juga ada satu lagi iaitu pendapat dari al-Hafiz Ibn Kathir, seorang ulamak Ahli Sunnah wal Jamaah yg faqih serta dianggap antara tokoh yg cukup hebat sama ada dlm pelbagai lapangan, dan beliau juga adalah salah seorang anak murid kepada Syeikhul Islam Ibn Taiymiyah rh. Juga pengarang kepada kitab tafsir yg cukup hebat - Tafseer Ibn Kathir.

Jadi, antara riwayat Syiah, serta riwayat dari Ibn Kathir, mana satu yg kita ingin utamakan ?

============

Kesimpulan :

[1] Jelas, bahawa usia Khadijah ra sewaktu mengahwin RasuluLlah SAW adalah 25 tahun, iaitu usia yg sebaya dengan Baginda SAW. Baginda SAW melalui zaman mudanya bersama dengan seorang bangsawan - janda muda yg sebaya, sepadan dan mendapat gelaran "Wanita Suci" pada Zaman Jahiliyah di Mekah.

[2] Hasil daripada perkahwinan itu juga, Baginda SAW telah memperoleh 7 orang anak, 3 lelaki dan 4 perempuan yg mana suatu keadaan yg boleh diterima aqal berbanding riwayat dusta dari Syiah yg penuh dengan pembohongan.


Ramai orang, bila bercakap tentang perbezaan usia dalam perkahwinan antara lelaki dan perempuan, iaitu merujuk kepada kes "usia perempuan yg lebih tua", maka akan dikaitkan dengan perkahwinan antara Nabi SAW dan Khadijah ra. Mereka katakan ini sebagai SUNNAH.

Pada hakikatnya, "kaitan" yg dibuat itu tidak tepat, kerana fakta sebenar yg selama ini terselindung dari pengetahuan kita menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan usia antara Khadijah ra dan Baginda SAW.

Pihak musuh Islam terutama dari golongan Syiah, tidak akan putus2 berusaha menyebarkan kisah dusta kepada kita. Yg tidak berhati2, sudah tentu akan terus menerima tanpa usul periksa. Maka ekoran dari itu, puak orientalis pula yg untung. Mereka memanfaatkan sepenuhnya setiap kekurangan dan kelemahan Islam sama ada dalam bidang hadith, sejarah dsb utk mencemuh dan menghina Islam.

Tugas kita, sudah tentu adalah bagi "mengembalikan" semula kemurnian Aqidah, Syariat serta Sejarah Islam yg kini telah tercemar oleh tindakan2 jahat musuh2 Islam.

Mudah-mudahan bermanfaat. Sebarkan utk maslahat bersama.

Sekian.

WA

Kajian asal oleh : ALlahyarham Mohammad Habibur Rahman Kandhalwi - Seorang ulama unggul dari India - Pakistan, merupakan hafiz, qari serta pakar dalam bidang Tafsir dan Hadith.

Artikel asal : www.darulkautsar.com

Disunting, diringkas dan ditulis semula oleh : Wan 'G'

Friday, November 11, 2005

wahabi?? ape tu.....

as'kum.

ustaz mana yg mengatakan aliran wahabi membenarkan memijak Al-Quran? boleh bagitau siapakah dia?

wahabi bukanlah suatu mazhab tetapi secara ringkasnya merupakan suatu gerakan tajdid yang dicetuskan oleh syeikh Muhd Abd Wahab memandangkan masyarakat ketika itu sudah terlalu banyak mengamalkan amalan bidaah dan khurafat, seperti bernazar kepada pokok untuk mendapatkan anak dan sebagainya. Secara amnya, gerakan wahabi dinisbatkan kepada gerakan yang bermula di Arab Saudi. Menurut Dr. Mohd Asri, Syeikh Muhd Abd Wahab bermazhab hanbali dalam bidang feqh, manakala dari segi aqidah, beliau bermazhabkan golongan salafiah. (Kebanyakan masyarakat kita bermazhabkan Asyai'rah dalam bab aqidah ).

Mengenai pandangan hantu baik 7071 mengenai masalah ketuhanan, hal itu sudah dijelaskan didalam suatu seminar oleh barisan ulama dari universiti tempatan di petaling jaya.

Sebenarnya, ingin saya perbetulkan hantu baik 70_71, dalam bab ketuhanan, golongan wahabi tidak pernah sekalipun menta'wilkan Tuhan itu duduk diatas Arasy dan hanya menerima ayat Al-Quran berkenaan tanpa mencari-cari maknanya sebagaimana pendirian golongan salaf, sedangkan golongan Asyairahlah yang menta'wilkan Tuhan duduk diatas Arasy itu bermaksud bahawa Tuhan itu mempunyai kekuasaan yang meliputi Arasy Nya. Diharap kita sentiasa berhati-hati dalam membuat dakwaan kita.

Mengenai fanatik didalam agama, hampir kesemua sekte dalam agama mempunyai golongan fanatik, malah didalam mazhab syafi'e kita sendiri terdapat golongan fanatik yang mengkafirkan golongan mazhab lain sebagaimana yang berlaku di India suatu masa dahulu. Tidak perlulah untuk kita melabelkan kesemua pengikut aliran wahabi adalah keras semata-mata hanya segelintir daripada mereka yang mempunyai sikap fanatik membabi buta dalam agama.

Saya secara jujur berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Hadis menerima aliran wahabi adalah salah suatu aliran yang termasuk dalam ahlissunnah wal jamaah.

Sunday, November 06, 2005

melmbtkan qoda' puasa bg wanita

SAIDATINA Aisyah berkata: "Dulu kami haid pada zaman Rasulullah SAW.
Maka, kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan
mengqada solat."

Bagi kaum wanita yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan kerana
kedatangan haid, puasa sunat enam hari dalam Syawal akan memberi
peluang terbaik untuk mereka mengqada puasa, di samping mendapatkan
pahala berpuasa sunat.

Kebiasaan melambatkan qada hingga hampir kepada Ramadan yang akan
datang tidak sepatutnya dilakukan.

Ibadat wajib jika ditinggalkan sewajarnya segera diqada.

Ia juga sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri terhadap Allah.

Apakah makna dan tujuan melambatkan qada puasa wajib? Tidak lain
menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajipan
yang ditinggalkan.

Oleh itu, selagi kesempatan diberikan pergunakanlah ia sebaik-
baiknya.

Masa akan terus berlalu meninggalkan kita, sedangkan Allah berfirman
bermaksud:
"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang yang beriman dan beramal salih dan mereka berpesan-
pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-
Asr, ayat 1 hingga 3)