Saturday, December 16, 2006

Sikap Dengki Lemahkan Perpaduan

Apa jua sengketa di bumi ini, lazimnya disebabkan dengki - sifat keji dan tercela. Islam menegah keras umatnya berdengki kerana ia mengakibatkan banyak keburukan yang boleh melemahkan perpaduan ummah. Banyak ayat al-Quran dan hadith menjelaskan hal ini. Dengki biasanya timbul daripada perasaan dendam cemburu, marah, benci dan niat jahat - dek tidak rela atau reda melihat orang lain senang. Ia adalah sifat iblis yang mengubah daripada iman iaitu Adam as. Sifat itu meguasai perasaan dengki terhadap Adam yang dipilih Allah menjadi khalifah di muka bumi. Iblis dan keselurahan keturunan syaitan termasuk golongan laknat disebabkan dengki. Allah memberi peringatan kepada manusia niat disebabkan sifat syaitan dalam friman-Nya yang bermaksud: "Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sedat yang sejauh-jauhnya." (An-Nisa : 60)
Sifat itu bukan sekadar menambah dosa, malah mengalami muflis di akhirat, apablia kebaikan diperolehi malalui amalan lain binasa dek sifat dengki. Rasulullah saw bersabda: "Dengki itu memakan (membinasakan) kebajikan (pahala), sperti api memakan (membakar) kayu yang kering. (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Perbuatan dengki dilakukan perlbagai cara, asalkan orang yang didengki itu menerima kesan buruk. Perbuatan itu boleh berlaku melalui tiga perkara:

  1. Secara halus menerusi sebaran berita (fitnah cacian dan umpatan)
  2. Sihir menggunakan jin
  3. Fizikal (daripada memukul sehingga melancarkan peperangan)

Penyebaran berita fitnah bermotif dengki merupakan tindakan pemberontak (orang fasik). Oleh itu setiap orang perlu lebih berhati-hati menerima berita yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Firman Allah bermaksud "Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Al-Hujarat : 6)

Perbunuhan pertama sesama manusia daripada perasaan dengki membabitkan Qabil dan Habil, dua anak Nabi Adam yang berebut pasangan untuk dijadikan isteri. Untuk insan menerima balasan syurga, Allah sentiasa menguji keimanan setiap kita. Sesiapa reda dan menerima dengan terbuka apa yang terjadi kepadanya memperoleh balasan baik di sisi Allah. Sesuatu yang tidak disenangi menimpa seseorang mungkin tersimpan kebaikan disebaliknya. Ujian daripada Allah, banyak sekali termasuk isteri dan anak (berlaku pada Nabi Nuh), harta benda (ketamakan Qarun yang membawa kemusnahanya), kekuasaan (seperti Firaun) sehingga kecantikan tubuh badan dan kepintaran. Oleh itu, tidak wajar sama sekali seseorang menunjukkan sifat dengki atas apa yang diperolehi orang lain. Anggaplah orang yang menerima kebaikan itu sebenarnya sedang diuji Allah.

Sekiranya dia berada di jalan benar, pasti Allah melimpahkan lebih banyak nikmat kepadanya. Allah lebih mengetahui apa yang menimpa setiap orang. Dia berkuasa memberi dan menentukan setiap kejadian di dunia ini. Sesiapa yang menyimpan sifat dengki terhadap orang lain, samalah dia mecuba mengubah apa yang ditentukan Allah terhadap orang lain. Allah berfirman bermaksud: "Apakah patut mereka dengki kepada manusia kerana kurnia yang diberikan Allah." (An-Nisa : 54)

Retype : Suhana Rasid

Biar tidak berlebihan dalam ibadah,tapi berisitqomah

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi
Muhammad s.a.w bersabda, "Agama itu sangat ringan dan sesiapa yang membebani amalan dalam agama secara berlebihan akan dikalahkan oleh agama itu sendiri (yakni akan merasa bosan melakukan amalan yang berlebih-lebihan). Jadi tidak perlulah engkau berlebihan dan berbuatlah yang benar (yakni melakukan amalan secara sempurna, tanpa tokok tambah atau menguranginya) dan terimalah khabar baik bahawa engkau akan diberi ganjaran dan mohonlah pertolongan (untuk mengerjakan agama) di waktu pagi, siang dan penghujung malam."

(Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah r.a., ketika saya sedang duduk dengan seorang wanita Nabi Muhammad s.a.w datang dan bertanya kepadaku, "Siapakah dia?" Aku menjawab, "Si Fulanah", dan aku menceritakan kepada Nabi s.a.w. bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi s.a.w. bersabda, "Hentikan, lakukanlah amalan mengikut kemampuan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah tidak penat (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan lelah dan amalan agama itu adalah yang dikerjakan secara tetap."

(Riwayat Bukhari)

Sunday, December 03, 2006

Artikel disiapkan oleh Suhana

Hamidah kurang keyakinan diri dan berpikiran negatif yang menyebabkannya mudah berputus asa sebelum berusaha dengan gigih. Dia tidak boleh memberi alasan atau sebab bahawa dia berputus asa atas dasar tidak berusaha. Sekiranya dia kurang keyakinan dan berpikiran negatif, dia perlu diberi dorongan dan sokongan. Sebenarnya sikap mudah putus asa melakukan amalan baik adalah bisikan syaiton yang mahu menggelakkan manusia dari berbuat baik. Maka lemahlah hati manusia mengamalkan amalan baik dengan usaha yang gigih. Seperti Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menurut riwayat Imam Muslim ertinya :

"Sesorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai di sisi Allah daripada seorang mukmin yang lemah. Dan kedua-duanya itu memang baik. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang berguna untuk dirimu. Dan minta tolonglah kepada Allah, dan jangan sekali-kali kamu lemah, kalau sekiaranya kamu ditimpa sesuatu janganlah kamu berkata : Kalaulah saya berbuat begitu begini. Tetapi katakanlah itu takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya akan dilakukan-Nya. Kerana perkataan 'kalau itu' membuka perbuatan syaitan".

Apa pun yang hendak dibuat, rancang terlebih dahulu. Orang yang gagal merancang, sebenarnya merancang untuk gagal
Jangan suka tunggu sahaja, bertindak dan berusahalah. Allah akan menganugerahi orang-orang yang terus berusaha tanpa putus asa. Akhirnya kita dapat melihat natijah kejayaan bakal diraih di dunia ataupun di akhirat sebagaimana Umar r.a yang bertanya tetntang amal dgn mengatakan:

" Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : "Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara" maka di balas oleh Umar : "Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ? Maka bersabdalah baginda nabi : "Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun barangsiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan barangsiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka " (Hadith sahih, riwayat Ahmad)

Jika Hamidah telah melakukan amalan yang baik tapi tidak melihat kejayaannya, dia tidak seharusnya rasa kecewa dan berputus asa. Tidak semua yang kita ingin mampu diperolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan. Tetapi yang penting anda telah berusaha dengan gigih dan Allah yang mentakdirkannya. Inilah sifat bertawakal kepada Allah swt selepas berusaha melakukan sesuatu amalan dengan sebaik-baiknya menurut pertunjuk Allah dan rasul dan bersangka baik serta menyerah kepada takdir Allah swt dengan penuh keredhaan dan lapang hati serta yakin dengan perbuatan baiknnya. Seperti Allah Ta'ala berkata:

Katakanlah, "Kerjakanlah amalan yang baik baik; Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga dengan rasul dan orang orang yang percaya. Akhirnya, kamu akan dipulangkan kepada Yang Maha Mengetahui segala rahsia rahsia dan apa apa yang dilafazkan, kemudian Dia akan memberitahukan apa apa yang telah kamu lakukan." (Surah Bara'ah:105)

Done By:
(Suhana Rasid)

Sunday, October 29, 2006

Selamat tinggal ya shahrul ramadhan al mubarak

Ku saksi
sebuah kehibaan
ditinggal pergi semakin berjauhan

Ku saksi
sebuah kemunduran
'amal ibadah mula berkurangan

Ku saksi
sebuah kehilangan
hatiku mula rasa kebimbangan

Semoga ramadhan kali ini
dapat ku akhiri
dengan pengampunan yang tiada bertepi

Selamat tinggal ya shahrul ramadhan al mubarak!


Saturday, October 28, 2006

rayer pertama bersama fami|i

askum wrth....
kul 5 pagi aku dpt sms dr abg. aku pun online. terkebil2 mataku. aku dh tk tau nk ckp kt dia. aku tadi tido kul 2.30 pagi.. sbb tuh aku rasa ngantok sgt. tulah aku, tk nk tido awal. nilah akibatnyer.... =( lps tuh, abg ckp "tkde ucapan raya tkde maaf pun" dgn suaranyer yg hampa. ish..buat aku bersalah. mmg pun aku salah.. dah lah malu aku ni.. maaf sbb ana tau ana tk berbual abg yg sepatutnyer.. ='(

1st rumah kiter gi umah mak tok. bila dh smpi jer, hujan turun. nasib baik, kiter dh smpi kalau tk basah kuyut nanti. kiter berkumpul ramai2 di sana.lps tuh, ambek gmbr2 kt umah maktok.
mk tok nk kasi kiter duit rayer. kite ckp "tk pyh lah mak tok. semua dh besar2" aku kesian gak kt mk tok..kiter tk jadi mkn kt umah mk tok. sbb dah agak trlmbt. so kiter gi ke umah kt bedok. lama sey bus tuh..haizz... tggu punya tggu tk smpi daaa... so, aku bosan2, aku petik gmbr, ambek video. maklumlah camera baru. kene main2 sikit. hehe.. haa..dh dtg bas..alamak penuhnyer. kiter tggu bus lagi satu..tapi bus tuh bukan 2 tingkaat. confirm tk dpt tmpt duduk ni. =( but the, after a while, aku dh dpt seat. sblh aku ni cina laki. dia berbual dgn aku. aku tk fhm lah ape dia berbual sbb ade speaking china... aku cuba lah jwb2 sikit. aku pun trtido dlm bas. alhamdulillah dh smpi kt bus interchange. adek-beradek aku semua nk tahu ape aku berbual dgn cina tuh. haha.. alhamdulillah dh smpi kt umah nenek aku sblh bapak. kiter jumpa adek bapak aku. dia ade 7 anak!!!! byk tuh.. kecik2 semua. satu budak ni cute sgt. aku peluk2 dia, cium2 dia dan bermain2 dgn dia. smpikan ct ckp aku buat mcm anak aku sendiri..kalau tuh anak aku kan bagus.hehe

lps tuh gi umah yg lain, then kiter terjumpa mereka lagi.. hehe..aku geram dgn budak tuh. ape lagi..aku ambek budak tuh duduk atas riba aku. dia diam jer.. nilah budak baik..hehe.. aku peluk2 dia. so cute!!! hahahaha.. mcm nk bawak alek jer. then, gi umah kucing tuh..lupa namanyer. kt situ lah dia hidangkan makanan sedap2. =D lps aku dan akak aku solat asar dan maghrib di situ, aku terus turun bwh utk makan. hehe..then, kiter trpakse alek sbb 2 akak aku keje sok dan ct lak skolah. aku jer yg nk teruskan. so, kiter pun alek naik mrt. alhamdulillah... dpt gak tmpt duduk skali lagi.. =) dh smpi terus solat, rehat2 dulu lps tuh online..

aku jumpa abg kt ym.. aku nk kai mic dgn dia.. tapi segan lak.. sbb tadi kiter chat mcm tkde mood. hmm..lagipun..dia nk dgr ke cite aku ni. =(

Mlm Rayer..

Allahu akbar!!! Alhamdulillah.. 1 Syawal 1427H. Aku dpt menyambut raya 'adilfitri sekali lagi. Tapi ku rindui romadhon...sbb bulan tuh lah aku kene strict kan diri aku utk menjaga mata,lidah,hati dan telinga dr merosakkan nilai puasa dan ibadah ku. Pengalaman yg aku tidak lupa pd bulan Romadhon ialah Romadhon Youth Challange. Suatu pengalaman yg memberi p'gajaran pd ku. Membuka minda dan hati apa yg berlaku di masyarakat melayu Spura. Dan aku dpt enjoy, rasa senang hati melakukan keje2 kebajikan. Terimalah ibadahku Ya Allah...

Lps maghrib, ramai yg sms aku. Dr mesir, dr mesia, dr indon dan dr spura.. MasyaAllah..smpi full msg. Terpakse aku delete sms lama aku. Inilah ukhuwah..tidak melupakan pershbtan di jauh. Tapi sedeynyer, aku tkde krdt langsung! Haizz..hrp2 mereka tidak kecil hati sbb tdk ucapkan mereka ari rayer. Alhamdulillah, persiapan ari rayer ni dh habis. Aku penat giler pasang langsir, letak karpet. Sarungkan kain sofa. Penat..penat..penat..tapi best! Aku dpt lihat result makeover ruang tamu aku. Fuhyoooo...maroon sey..nmpk grand. Skali skala jer. Lps tuh alik pd asal.

then kul 6, aku gi umah ummie. ummie nk kasi famili aku sedikit makanan. ketupat mereka buat sendiri. actually aku dh lama nk bljr mcmane nk mengayam ketupat. kalau tk tau, mcm bukan perempuan jer aku ni. kebykkan tau mengayam ketupat. aku jer yg tk tau..tapi aku nk bljr satu ari nanti..InsyaAllah! fuhyooo..buka ari ni byk makanan...sedap2 lak tuh. mak aku masak, sambal udang. udang nyer besar2 sey. selain tuh, mak masak sayur lodeh.. jarang2 mak aku masak lauk tuh. onli when raya then she will masak. mak aku dh beli lontong dan ketupat. yg ummie lak kasi kite smblg goreng, ayam masak merah dan her own made ketupat. yum!yum!yum! sedap semuanyer...

1 thing yg aku regret tk buat mlm tuh, ialah main bunga api... =( tk best lah. jeles jer tgj budak2 main.. haizzz... =(

Friday, October 20, 2006

Aurat Seorang Wanita dengan yang Lain

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fiqh pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walaupun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1. Suami
2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami. Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh s.u.a.m.i. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Bukan Islam
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yg bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. bersabda yg maksudnya: "Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

Ini adalah kerana dikhuatiri wanita bukan Islam boleh mendedahkan perwatakan tubuh badan dan aurat wanita muslimah kepada rakan-rakan lelakinya yang bukan Islam mahupun yang beragama Islam.

6. Aurat ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud)

Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor

RYC

Askum wrth..
Early in the morning, iryani, ct and me came down to mejed khair to register and report there as a volunteer for the Romadhon Youth Challange. Once, registered, i went up stairs to musollah wanita. Took my wudhu, but my left arms hit hard on the metal paip. It was extremely painful!!! Astghfirullah.. Mcmane aku nk buat keje dgn tgn sakit mcm gini?? Mungkin satu ujian utk ku. Mana tau aku dpt tahan ke tk.. Ketika masuk ke 'itikaf utk solat sunat, aku lihat dgn hati yg damai melihat anak yg kecil m'gikut-ikut ibunya solat. MasyaAllah.. Sudah pun dididik dr awal dgn keagamaan. Setelah tuh, aku turun bwh dan menunggu sukarelawaan yg lain. Ketika head leader, Ismail, dr AKYM buat breifing pd kami, aku lihat ada camera dan host wanita. Mereka ckp host tuh NurulHuda dr pemenang...ape ek nama pertandigannyer..Mcm nk jadi bintang gitulah.. Aku bukannyer ambek tahu sgt pun. Dia duduk di dpn aku. Aksyen mendgr jer..hehe. Setelah kite berpecah pd group masing2, kite disuruh utk berta'ruf. Semua dah bersekolah atau pun kerja. Aku paisey le nk ckp aku duk umah jer. Bila turn aku lak, aku terpakse tipu yg aku ambek private school. Adek aku dah terkejut...lps tuh Iryani dan Ct asyik ketawa jer.. Smpi adek aku nk nangis gitu.. Haha.. Yg budak sblh tuh umo 24 tahun dah start tanya aku soalan. Dia tanya brape yuran aku byr sbb dia pun nk skolah sana gak. Aku dah tk tahu nk ckp ape.. Aku ckp aku tk ambek tahu sgt. Haha..

Then, off we go to Bukit Batok Homed For The Aged. Group aku naik kete sey..weee~~ best2 Tk pyh nk jln2 mcm group lain.Alhamdulillah.. =) Bila kite smpi sana.. org2 tua semua tgh makan.. kite terpakse tggu mereka habis makan so that we could begin our task, decorating the stage and the canteen area. The girls mostly decorate kt stage dan tepi2 jer. Yg laki kene panjat tangga. Lps dah hiasa semua, aku dan geng aku jln2 satu round. Lps tuh kite berbual dgn pkck2 dan nyonya2 di situ.. 1 nyonya tuh buat persembahan kecil utk kite.. Tak phm ape dia nyanyi.. tapi kite buat muka gembira jer. Perangai mereka sprt budak2 kecik...Dah kembali waktu muda2 mereka. Lps dah berbual dgn mereka, kite berangkat ke umah lain yg memerlukan bantaun kami.. Aku terpakse berpisah dgn ct. Aku join, the team yg lain utk lipat kain, mop dan sapu rumah di Bukit Pjg. Bila kite turun tangga, kite ternmpk pasangan ni..entah ape mereka buat. Perempuan tuh dgn muka terkejut bila kite tiba2 berada di blkg mereka. Aku hanya lipat kain aje. Berlambak sey kain baju mereka.. Bergunung-gunung.. Aku rasa kedai jual baju pun leh kalah. Kite main lipat jer. tak tahu dah bersih atau tk. Once dah mop semua..kite ambek gmbr sama2. Aku ternmpk perempuan tadi kt tangga tuh, lukakan lengannyer sendiri. Darah kuar.. tapi dia buat mcm tkde pape2. Dia sprt mcm biasa jer. Dgn rambut perang tk bersikat, pakaian yg ketat dgn seluar shorts.. haizz.. teruk gak keadaannyer.

Lps tuh, kite semua berjln kaki ke Mejed Al-Iman. Di situ kite de brief di sana, Ismail hendak kite semua berkongsi pengalaman dan pendpt kami ketika membersihkan ruma tadi. Semua mcm diam... Haizz.. Aku pun gerak dulu.. Aku beri pendapat sendiri..

Ana: Actually the task that was given to us, wasn't that difficult. We should be fortunate that it is easy to handle, coz there's other houses which is much more worst. Sape nama dia?? Aaahh.. 'G'. Dia bilang ade satu rumah teruk sgt sampaikan kene kai kasut bila masuk rumah. Bau bahangnyer masih melekat di bajunyer. Hingga mereka trpakse kai mask.

Ismail also agree to my statement. Then, kite solat zohor. Lps tuh ada tadarus sikit, tapi aku tk sempat nk habis sbb membe mejed khair dipanggil turun utk briefing skali lagi beramai-ramai dgn team2 yg lain. I listen attentively to their story sharing on house cleaning. There's really interesting stories that suprised me. Ada seorg ibu yg dh hampir buta tinggal bersama anak yg menengah 2. Rumahnyer dasyat habis!!!! Susah nk bersihkan. Ada 20 org dlm satu rumah tuh. Bygkan betapa teruknyer rumahnyer smpikan perlu 20 org utk bersihkan. Ibu tuh berasa sgt bersyukur, krn raya tahun ini rasa berbeza dr raya lps. Aku rasa mcm tersentuh hati bila dgr cite tuh. Aku rasa mcm berbaloi buat keje ni semua.. Keje ni dpt mengembirakan hati org lain. Subhanallah.. Bagusnyer dpt menolong org dgn hati yg ikhlas dan gembira.

Lps tuh, kite berbuka. Aku, mas, dayah dan ct tk tau kt mana kene buka. Kite terjumpa satu hidangan ni dh siap atas tikar. Tak tahu sape punyer. Tiba2 dh azan..aku cpt2 ambek kurma dr mangkuk tuh kasi adek aku. Lps tuh kuar dr situ. Hahaha.. mcm pencuri kurma gitu.. Rupa2nyer, kt situlah tmpt kite berbuka. Hahaha.. Aperaakkkk... Lps selesai solat terawih, kite turun bwh lagi utk briefing for the street da'wah. Fuhhhh..nasib baik aku dpt join dgn group ct sbb nama aku tk dipanggil. Then naik bas ke Esplanade. Ketika dlm bus tuh.. budak2 laki nyanyi kelakar sey.. Tak habis2 buat bising dgn lawak mereka. Aku dan ct dah ketawa je..
Aku tk kasi satu keping phamplet pun sbb malu sgt. Lagipun ada rasa sikit takot sbb tgk budak2 melayu dah jadi wild!! Lepak sana dan sini..dn pakaian mcm gitu skali. Byk sey mat dan minah. Ish.. tgklah remaja skrh. Tkde pegangan hidup. Nak enjoy je.. Tunjjukanlah mereka ke jln yg lurus..Itu aje aku mampu berdu'a di dlm hati..

Alhamdulillah...!! Dh smpi pun dimejed assyakirin.. =) Kite rest di auditorium.. Perempuan leh tido kt sini. Lgpun sini ade aircon! Hehe.. sedap je tido. Alamak..bising sey pompuan2 ni semua.. Byk colok.. Tkleh ke tido. Smbg cite sok kan leh.. Haiz..
Bgn awal utk qiam, solat sunat berjemaah. Lps tuh, bersahur nasi lemak. Aku dan ct mcm tkde selera jer mkn. Kite minum air teh o jer. Then aku dan ct tido alek.. Haha.. Then boleh alik!!! Mula tkde org kt bus stop.. Igtkan nk naik baz tadi sbb tk ramai org. Tapi ct tuh tgh cari beg duitnyer. Tertinggal lah bas tuh.. Dah le semakin ramai bdk2 dah dtg.. Tapi alhmdullilah tk pack bas tuh. Alhamdulillah dh smpi pun kt umah.. =)

Romadhon Youth Challange memberi aku pengalaman baru. Satu kegiatan yg baik utk belia remaja pd bulan Romadhon. Kite tidak seharusnya, terperap di rumah membaca Al-Quran dan buat ibadah2 di rumah. Malahan kite dpt mem perolehi pahala melakukan ibadah di luar rumah dgn menghulurkan bantuan kpd masyarakat melayu Islam di Singapura. Dgn membantu mereka yg kurang berkemampuan, kite dpt melahirkan rasa simpati pd mereka. Kita dpt membahagiakan hidup mereka walaupun sementara shj. Kite akan rasa tenang hati dan lega dgn ibadah kami. Ini semuanya ni'mat membantu saudara2 kami. Selain itu, dgn pengalaman tersebut, kite dpt mempelajari ni'mat bersyukur krn kite hidup jauh selesa dprd mereka dan juga membuka mata dan hati. Melihat, berjalan dan mentafsir di atas bumi ini. Berbagai ragam manusia... remaja, org tua, mkck dan pkck, kanak2.. Di dunia fana ini, tiada yg sementara.. maka berrebutlah membuat amal jariyah utk bekalan di akhirat nanti. Ya Allah, terimalah 'ibadah kami..Amin..

Tuesday, October 17, 2006

Friendster?? Malas nk layan..

aku mula mengenal fs masa secondary 5. tk minat sgtlah.. jus add kwn skolah aku je. then fs skrg dh maju.. leh letak blog, lagu, stylekan fs.. dan mcm2 lagi...
inilah buat aku minat.. sbb aku dpt letak2 ape di fs. dan bukan aku je yg minat..yg lain pun minat. semakin ramai yg nk add aku. aku dh mula suka.. dan aku pun suka berbalas testi..
tapi, skrg ni, aku dah malas nk layan. fs ini hanya nk mengejar popularity pd pendpt aku. kalau kwn kt fs pun, kwn yg tk kenal langsung. mmg lah baik utk berukhuwah dan berbalas testi utk menasihati sesama manusia..tapi bila aku fikir dlm2, renungkan balik. ini semua buang masa jer. entah lah..cmne nk ckp ek.. pd aku mcm gitulah. tiada lah gunanyer kite berbalas testi tanpa merenungkan ayat2 tersebut dan m'gamalkannyer. kalau kwn ramai2 buat ape? nk tunjuk pd semua kite ni ade kwn ramai sbb kite ni popular?? dah leee. kim salam je pd semua..hanya menunjukkan sifat riya' jer. dan ade beberape org pernah msg aku yg dia sukakan fs aku..very islamic. alhamdulillah..tapi diri aku ni?? islamic ke? dpt ke aku tegakkan agama Allah?? nk tunjuk pd semua org aku ni 'alim? haizz.. astghfirullah.. sepatutnyer rendahlah diri aku. dan skrg ni ramai wanita menunjuk2 pic yg lawa2. for what?? jus to pikat the guys.. haizz.. tkde yg kwn sejati dlm hidupku melainkan sha dan daya.. shbtku. aku kalau bosan aku jus log in. tgk ape yg terbaru.. skrg ni.. dah tk gile2kan fs.. tk gilekan mencari popularity. aku dah slow down dgn fs. buat keje yg lain lagi bagus..byk faedah. itu semua merosakkan hati manusia.

Friday, October 13, 2006

Renungan : Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.
Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.

Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia brcadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan
masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,
jadikanlah tempe ini. Amin".
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan
doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Tuesday, October 10, 2006

Memisahkan tmpt tidur anak & Meminta Izin utk memasuki Kamar Tidur Ibu Bapa

Artikel ini ingin menyelami persoalan penting mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibubapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri. Islam telah menyusun beberapa adab dalaman dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunnah Rasulullah s.a.w sendiri. Ia mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat isyak.

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: 58-59)

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan 'harta' yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. Oleh itu anak-anak yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibubapa, terutama waktu-waktu ibubapa beristirehat. Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. Allah s.w.t. menjelaskan bahawa tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas ialah :

1. Sebelum solat Subuh. Waktu ini ialah waktu ketika ibubapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini juga kemungkinan adalah waktu ibubapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibubapa sebelum masuk. Waktu inilah waktu 'persendirian' bagi ibubapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibubapa.

2. Sekitar sebelum waktu Zuhur. Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu 'Qailulah' iaitu antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat, sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur. Anak-anak sewajarnya meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibubapa demi mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.

3. Selepas Isyak. Waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik. Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan ibu bapa terpelihara.

Islam sangat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar. Ia sebenarnya merangkumi etika kejiranan yang melibatkan komuniti di luar rumah kita.

Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga adab-adab tersebut, pemeliharaan aurat juga wajar dipraktikkan oleh ibubapa sendiri melalui konsep 'Kepimpinan Melalui Teladan'.

Ibubapa juga seharusnya menjaga penampilan diri mereka melalui etika pakaian yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati syarak terutama di hadapan anak-anak. Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam yg boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden yang tidak baik.

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. untuk memelihara aurat anak-anak dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna. Di dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. yang bermaksud: Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)

Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala negatif, Islam telah menutup ruang-ruang yang boleh membawa gejala tersebut. Rumah yang baik sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.

Ia berhubung-kait dengan faktor perkembangan seksologi anak-anak yg bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan kemudian berlakunya beberapa perubahan terutama dari segi fizikal mereka. Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa perubahan hormon dalam tubuh badan seseorang.

Perkembangan peringkat umur baligh biasanya akan memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga mendorong sikap dan tindakan 'ingin tahu' mereka. Di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah s.a.w. supaya ibu bapa memisahkan bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur mereka 10 tahun supaya aurat mereka terpelihara dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keturunan mereka.

Di dalam firmanNya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)

Sunday, October 08, 2006

tazkiroh slps terawih.. utk peringatan ku..

Alhamdulillah..sudah selesai solat terawih tadi. Hanya buat 8 rakaat sahaja kalau ade syarahan. mlm sabtu itu, seorg ustdz, lupa namanya, diberi tajuk ttg 'Berlumba-lumba di bulan Romadhon'. Dia m'gatakan, dia mahu memberi tazkiroh krn ingin m'gingati para jemaah dan dirinya juga. so, dlm hati aku, ape bezanyer syarahan, ceramah dan tazkiroh? hmm, got to find out perbezaanya. Dia lupa hari ni sudah masuk 15 romadhon dan dgn itu dia tdk melakukan du'a qunut tadi. Dia meminta maaf dan dia kata du'a qunut ini hanya sunat shj.

Tazkiroh yg dia sampaikan bagus bagiku. Aku dpt m'ghayatinya. Dia hanya menyentuh 2 perkara shj. iaitu berlumba-lumba dlm ibadah dan ilmu pengetahuan. Sebenarnya byk perkara dia sampaika tapi, dia sebarkan apa yg dia mampu buat. maknanya, dia tk nk suruh org buat tapi dia sendiri tidak buat. Hmm.. kagum aku sbb dia tidak berbangga-bangga. Bulan romadhon ini..ialah bulan quran di mana quran itu diturun pd romadhon. dan ramai yg cuba m'gkhatamkan quran. Dia memberi smgt pd buta huruf yg tidak tahu baca quran. Mereka masih dpt ganjaran pahala dgn membaca tafsiran quran tapi dgn syarat dia mesti ada niat utk mempelajari membaca quran. Dia juga m'gingatkan kita supaya memahami isi kandungannya. Dgn pehaman tersebut kita dpt rasa gementar dgn amaran Allah, tahu jln ceritanya dan hukum2nya. Bukan baca dgn buta hati. Main ikut sedap bacaan jer tanpa menghayati kandungannyer. Dia ceritakan dia nmpk pkck di bus stop membaca quran sambil menunggu bas. Waahhh.. smgtnya ada. Dia tahu m'gisi masanya. Jarang juga kita jumpa org2 mcm tuh. Dia juga katakan ttg puasa dan quran dpt memberi syafaat. Di hari akhirat nanti, puasa akan m'gatakan. "Ya Allah berilah dia makan dan minum kerana dia lapar dan dahaga krn puasa."dan quran pula: "Ya Allah berilah dia syafaat krn dia letih, tidak tidur malam hanya utk membacaku." (mcm tuhlah citenyer..tk igt sgt)

Dia juga menyentuh ttg 'iktikaf. Ada juga bab 'itikaf kita harus tahu. Hmm..buat aku curious utk ketahui lebih lanjut. Dia menegur pkck ni kerana dia salah tmpt solat 'iktikaf. Tapi dia membalasnya dgn kasar. "Aku nk solat sini, aku punya sukalah!" Haiz.. baru tegur dgn baik tapi boleh marah pkck tuh. Dia juga kata dia amat kecewa dan aku pun sgt2 kecewa sbb ada yg sambut romadhon dgn berpesta-pesat dan buat konsert bukan sebaliknya. Sepatutnya kita sambut dgn byk ibadah dn jauhi perkara2 yg dpt merosakkan puasa kita. Aku faham ape yg ustdz mahu tujukan ttg berpesta-pesta itu. Baru2 ni, kt bugis, ade satu carnival buat pertama kalinya. Ada konsert pulak tuh. Artis2 semua dia situ meraihkan carnival Suria Raya. Semlm aku pergi dgn adek-beradek ku. Aku tk masuk pun carnival tuh. Aku solat maghrib di mejed sultan dan terus pulang. Bila on the way nk pulang, azan 'isya berkumandang dgn kuatnyer dan dekat situ sdg m'ganjurkan konsert. Aku sgt2 sayu, sedih dan kecewa dgn umat skrg ni...Sudah hilang pegangan mereka. Mereka seolah2 sudah lupa dlm keseronakan. Sdgkan Allah mengajak mereka utk solat!!! Semoga Allah memberi petunjuk pd mereka dan jauhilah kami dr neraka.

Ada satu ayat dia katakn buat aku suka dan igt. Ilmu jaga kita tapi kita jaga harta. Ilmu dpt berkongsi tapi tidak pd harta. Ilmu tidak boleh dicuri tapi harta boleh dicuri. 'Ilmu yg dipelajari dr tadika hingga university dpt membantu kita utk berjaya dan mengelakkan dr perkara bahaya. Dan harta pula, ia tidak boleh jaga kita.. tapi kita harus jaga harta supaya ianya tidak berkurang. Jika kite berkongsi harta, harta kite berkurangan. Contohnya, $10 aku, aku share 4 org. So kurang duit aku. Tapi 'ilmu tidak kurang..jika kita share kt si fulan..dan si fulan pass kt org lain.. 'Ilmu kita tidak sedikit pun dikurangkan. Klau harta senang dicuri,rugilah kita. Tapi 'ilmu pula, org lain tidak dpt mencuri ilmu yg tlh terkunci dlm otak kita. That's why 'ilmu is the most important and valuable than any material things in this world. Byk manfaat kite perolehi dgn 'ilmu dari harta. Ada byk lagi lah dia katakan.....

Best2! =D InsyaAllah... next time i'll try to attend the next syarahan...

Tuesday, September 26, 2006

Berilah aku semangat...

Marhaban Ya Romadhon..

Wahai Allah.... semgtku semakin hilang utk menegakkan agamaMu..
Penuhilah roh2ku dgn 'ilmuMu...
Romadhon sudah tiba.. Alhamdulillah Ya Allah..
Allah.. boleh kah aku beristiqomah melakukan ibadat dgn penuh khusyu iaitu takut kpd Mu...
Ikhlaskan hatiku utk beribadat pdMu...Bukan utk menunjuk2..krn itu adalah perkara syirik!!!
Terimalah hambaMu..
Terimalah ibadatku... ibadatku..ibadatku...
Terimalah.
Aku tahu itulah yg paling penting.
Apalah gunanya Ya Allah, jika aku beri nasihat-nasihat pd shbtku, di friendster, apakah manfaat aku dpt? sdgkan aku, byk yg lom beramal..
Aku memohon pdMu...bantulah aku. Berilah aku semangat.
Aku yg berlumur dgn dosa-dosa...
Aku bukan lah sesiapa di sisiMu Ya Allah...
Ya Allah... aku tidak mahu dipuji dr sesiapa krn ia hanya menimbulkan rasa riak dlm hatiku...
Syukurilah aku dgn apa yg ada..
Semuanya milikMu. semua nya pinjaman drMu.
Allah, Nape manusia brlumba-lumba mencari kekayaan sehingga tidak menuruti perintah Mu.,.
Ya Allah, lihatlah tmptku..
Bazaar di sana dan disitu... Manakah ibadah mereka?
Hanyalah Engkat tmpt aku berteduh..
Hanya pdMu lah..aku mengangkat dua belah tgnku.. Tgnku yg penuh dosa...
Memohon keampunan.. dosa-dosaku.. Mampukah Engkau mengampuniku?
Jagalah hatiku.. jgnlah aku bersifat sombong, berdengki, bersangka buruk,...
Rendahkanlah hati hambaMu...
Berilah Aku Semangat Ya ALLAH....................................................................................

Sunday, September 24, 2006

Kitakah ummat yg mencintai Baginda

Message: ana amik dr blog seorang kwn..

Apa itu sunnah?

Satu cerita benar…
Mamat kata: Engkau simpan janggut macam
kambinglah brother….

Aku kata: hek eleh, mamat nih, kalau org simpan
janggut, kau cakap cam kambing, yg korang lari
cari tempat teduh time hujan turun kau tak cakap
pulak macam kambing!

Mamat kata: Apahal kau beserban, berjubah ni, tu
budaya arab, pakai baju cam lain pun boleh…


Aku kata: kau tak paham hati aku, aku dah jatuh
cinta ngan nabi,(Ya Allah berilah aku cinta pada
Nabi) kau tengok anak muda sekarang, pasal
minat dengan artis diorang, sanggup tiru, gantung
CD kat tengkuk, ikat kain kat kepala, bertindik kat
pusat, kat rumah pakai baju emak, kat luar pakai
baju adik(org perempuan), warnakan rambut,
bukan dapat duit pun!, tapi diorang dapat
menambahkan cinta diorang pada artis
kesayangan diorang, aku bukan nak cakap aku
baik, tapi kalau ada hadith yg bagitahu pakai
macam nabi takde pahalapun aku akan tetap
pakai, sebab aku sayang kat nabi, apa yg nabi
buat kalau boleh aku nak buat semuanya…tapi
aku hanya mampu buat setakat nih, dan ditambah
pulak ada hadith yg bagitahu kelebihan sunnah,
makin ghairahlah aku nak amal, aku tahu kau pun
sayang nabi gak, tapi kau minat gitu2 je, macam
kau minat artis gitu2, kau tak beli kaset yg
original, cukup dengar lagu kat radio, kau pun tak
nak pakai cam artis yg kau minat, memang kau
minat artis tu, tapi kau bukan peminat yg setia!

Mamat kata: Kau kalau nak mengajar aku ke
sape, kena ada tauliah dulu…!

Aku kata: memang betul cakap kau, aku
hanyakah di ibaratkan tukang kebun sekolah yg di
beri kebenaran untuk mengajar murid2 di kelas
pemulihan, lalu murid2 tu tak mahu belajar sebab
aku hanya tukan kebun..kesian murid tu kerana
akhirnya semuanya gagal dan jadi tukan kebun, ha
ha ha…!(tukan kebun bukan satu kerja yg hina, ini
hanya contoh)

Nota:
((( di sini ada dua kasihan, isk..isk…(menangis)
pertama, kasihan pada umat kerana aku yg bukan
nabi@ustaz ni jumpa mereka, maka percakapan
aku yg tak berhikmah/tak paindai/cakap lepas ini
menyebabkan mereka makin jauh dari ugama,
sepatutnya Nabi yg jumpa mereka isk..isk..barulah
mereka dapat hidayat..isk..isk…

kedua: kasihan yg kedua adalah, Aku buat
daqwah tanpa Nabi di sisi, bila aku kena marah,
caci, hina, laknat, aku takde tempat nak
ngadu….Nabi dah takde(sebak). Kat sini macam2
org hina mu ya Rasululullah, (kes terbaru, isu
kartun)..isk..isk..aku rindu padamu ya Rasullulah…
tapi takpe, aku ada Allah, hanya pada Allah aku
mengadu..isk..iskk..)))

sambung balik:
mamat kata: kalau cam tu kenapa kau naik motor,
kau kan nak ikut sunnah, kenapa tak naik unta ke,
kuda cam Nabi buat?

Aku kata: Hek eleh mamat nih, Nabi mana ada
ajar doa naik unta@kuda, nabi ajar doa naik
kenderaan, aku naik kapal selam pun baca doa
nih!, kalau kau terer, aku nak belajarlah jugak doa
naik unta dan kuda ha ha ha…
Lalu aku pun melompat ke atas motor RX-Z ku dan
meninggalan mamat yg aku sayangi(aku dan
mamat kawan baik)
Dari jauh lampu belakang RX-Z ku menghilang dari
pandangan mamat…..dan kedengaran sayup2
suara aku membaca doa naik kenderaan….
SEKIAN…

Ada org tanya aku, apa bezanya sunnah dengan
sunnat?
Aku kata(setakat yg aku belajar)
Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat
Nabi tak mengaku ummat…
Dalil:(aku malas sangat nak tulis hadith, takut
salah)

Tuesday, September 19, 2006

Mendaki's Sports Day


:: This is the lane we made inside the hall! ::



:: Warm up exercise b4 starting the game ::



:: The teams assemble at their lane ::


:: The 2 emcees for the event.. Faiz and Yana. Explaining how to play the games ::


:: Mabuk teping game. One of the mkck from team 5, have to search for the gula-gula. =D ::



:: Caterpillar game ::


:: Immnunity Challenge ::


:: Team 5 trying to solve the puzzle ::


:: They're resting ::


Assalamualaikum wrth...
Minggu lps hari jumaat, aku dan adek aku buat sukarelawan di mendaki. Mula2 kite fikir sports day ni tuk budak2 tapi bukan. Event ni utk staff2 di Mendaki. Bestnyer.. mereka dpt enjoy waktu keje. Sebenarnya, acara ni dilangsungkan di East Coast Park... tapi hujan dr rahmat Allah turun dgn lebat dan tidak berhenti. Kita terpakse ikut wet weather plan. Kite buat dlm hall. Kecik jugak..tapi alhamdulillah dpt jugak kite uruskan acara tuh dgn lancar dan baik. Dan terutama skali ada air-con.. hehe.. dan tmpt solatnyer pun ada di situ. Kite buat lima lane sbb ada 5 kump. Dlm satu kump ade 12 participants. 10 wanita dan 2 lelaki. Kebykkan pkck dan makck. Ana bahagian logistic. Baguslah aku ambil logistic bukan emcee atau referee.. Kalau emcee, aku mmg gementar pegang mic.. kalau referee, susah nk control participants tuh.. Keje aku hanya siapkan props utk games. Ada 4 mcm game. Pyramid puzzle, caterpillar, mabuk tepung dan immunity challange. Yg game yg paling gerek ialah mabuk tepung dan immunity challange. Aku hanya tgk dan ketawa kan mereka jer.. Klakar sey mkck2 tuh main.. Yg mabuk tepung tuh mereka kene cari gula yg tulen dlm tepung. Hanya boleh gunakan mulut shj utk mencari gula tuh.. Haha... muka semua kene tepung.. nasib baik aku tk join.. Immunity challenge byk menggunakan minda utk solve the puzzle. There are 24 box..and place the alphabet card that has different colours in that puzzle box. Every horizontal and vertical rows must have different alphabet and colours. Cannot be repeated. Hmmm... challenging gilerrr.. aku rasa aku pun tkleh buat tapi minda mkck2 ni leh tahan... mereka dpt solve puzzle tuh. Chewaaahh.. Ana salute pd mereka!

Setelah dah habis main game semua tuh, ada lagi satu pertandingan. Setiap team harus mempersembahkan cheer mereka. Waaaahhh...leh tahan cheer mereka. Penuh smgt mereka cheer.. Cheer yg paling best ialah team 5.. Hanya team itu yg tkde laki.. Mereka cheer ttg keseksian pompuan... Haaa.. jgn main2 lelaki.. Wanita ni semua hebat2..

Finally. the game was officially has ended. Mereka boleh balik awal, tk pyh terus keje disitu. Bagusnyerrr... Tapi aku lom boleh balik lg. Aku dan sukarelawan yg lain perlu kemaskan props.. dan susan balik kerusi2 di hall ni. Ketua sukarelawan, iaitu Faiz dan Yana beri beribuan2 ucapan terima kasih pd kite semua sbb sudi menolong mereka. Dgn itu mereka berikan kite sebuah kad ucapan dan duit $5. Woooww...aku tk sangka... Tkpelah..rezeki ku... hehe.. Leh aku simpan duit utk kuar beli mkn.. hehe.. Harap2 aku dpt volounter pd bulan Romadhon akan tiba ni.. Tak sabar membuat kebajikan di bulan yg mulia itu.. =)

IBNU REJAB DAN NISHFU SYA'BAN

Assalaamu'alaikum

Baru-baru ini di dalam Berita Harian membuat ulasan tentang amalan
Nisfu Sya'ban.

Pertikaian timbul ketika amalan di atas dikaitkan dengan majlis khas
iaitu majlis Nisfu Syaaban. Maka ada yang mengatakan ia bidaah dan
ada pula yang mengatakan ia sunat dan masing-masing mempunyai hujah
sendiri dianggap sah dari sudut pandang ilmu ijtihad.

Dalam kitab Lata'if al-Ma'arif fi ma Limawasim al-'Am min al-Wazaif
karangan Ibn Rajab al-Hambali (w 795H) dibincangkan dengan jelas
masalah di atas pada muka surat 259-269 yang intinya ulama Hijaz
membidaahkan amalan menghidupkan malam Nisfu Syaaban manakala ulama
Syam khasnya para Tabi'in mengagungkan malam Nisfu Syaaban.

Ulama Nusantara mengikuti jejak ulama Syam, utara Semenanjung Arab
sekarang dengan tidak menyalahkan ulama Hijaz, Saudi sekarang.

Bagi ulama Syam cara menghidupkan malam Nisfu Syaaban adalah dengan
memperbanyakkan ibadah dan doa, bagi ulama Nusantara cara
menghidupkan malam Nisfu Syaaban seperti disebutkan pada permulaan
jawapan ini.

Di antara fadilat malam Nisfu Syaaban adalah pengampunan Allah ke
atas umat manusia kecuali orang musyrik, orang yang bermusuhan,
pembunuh diri, dan pelaku zina.

Komen akob:

Al-Hafidz Ibnu Rajab rahimahullah sebenarnya telah berkata berkata
(di dalam al-Lathaif al-Ma'aarif, Mathba'ah Daru Ihya al-Kutub
Arabiyah, Kaherah, 1342H, ms. 144):

Para tabi'in dari penduduk negeri syam seperti Khalid bin Ma'dan,
Makhul, Luqman bin Amir dan sebagainya mengagungkan malam Nisfu
Sya'ban dan mereka bersungguh-sungguh dalam beribadah di dalamnya.
Daripada merekalah akhirnya orang-orang mengambil kemuliaan
pengangungannya. Ada yang mengatakan bahawa telah sampai kepada
mereka dalam masalah ini (iaitu pengagungan malam Nisfu Sya'ban)
hadis-hadis israiliyat, ketika hal ini terbongkar di negeri itu,
menusia berselisih pendapat dalam hal ini, di antara mereka ada yang
menerimanya dan sepakat untuk mengagungkannya, mereka ini adalah
kelompok dari negeri Basrah dan lain-lain, sedangkan kebanyakkan
ulamak Hijaz, seperti Atha' dan Ibnu Abi Malikah menolak
pengagungannya. Dinukil daripada Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dari
fuqaha penduduk Madinah, iaitu pendapat sahabat Imam Malik dan lain-
lain bahawa semua itu adalah bid'ah.

Para ulamak Syam berselisih pendapat tentang cara meramaikannya,
paling tidak terbahagi menjadi dua pendapat:-

1) Disunnahkan untuk meramaikannya dengan cara berjemaah di
masjid. Khalid bin Ma'dan dan Luqman bin Amir dan sebagainya memakai
pakaian terbaik mereka, berbangga, bermegah-megah, untuk tinggal di
masjid pada malam itu. Cara semacam ini disepakati oleh Ishak bin
Rahawih dan dia berkata mengenai perayaan itu di dalam masjid, "Hal
ini bukan bid'ah di nukil oleh Harb al-Kirmani daripadanya dalam
Masail-nya.

2) Berkumpul pada malam itu di dalam masjid untuk solat,
membaca cerita dan doa hukumnya makruh, tetapi tidak makruh bila
seseorang mengerjakan sendirian. Ini adalah pendapat Auza'i, imam
penduduk Syam, faqih, orang alim mereka. Inilah pendapat yang
mendekati kebenran insya-Allah. – Dinukil dari kitab Syaikh Abdullah
bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry bertajuk al-Bida' al-Hauliyyah, (edisi
terjemahan bertajuk: Ritual Bid'ah Dalam Setahun, Darul Falah,
Jakarta 2003), ms. 314-315.

Sekian kata-kata Ibnu Rajab rahimahullah. Apa yang dapat kita fahami
daripada kata-katanya tersebut ini.

1) Amalan pengangungan Nisfu Sya'ban ini hanyalan amalan
tabi'in di Syam. Bukannya berasal daripada Rasulullah
shallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabat radhiallahu 'anhum

2) Menurut Ibnu Rejab mereka berdalilkan hadis-hadis
Israiliyat. Bolehkan hadis israiliyat di jadikan hujah untuk
mengsunatkan sesuatu amalan? Itu pokok persoalannya. Tambahan pula
ulamak-ulamak hadis telah mengumpulkan hadis-hadis yang membicarakan
tentang keutamaan malam Nisfu Sya'ban yang kemudiannya setelah
ditahqiq (dilakukan penilaian di atas darjat hadis tersebut) lalu
mereka merumuskan bahawa tidak ada satupun riwayat yang sahih
kecuali sebuah riwayat daripada daripada Mu'adz bin Jabal
radhiallahu 'anh daripada Nabi shallahu 'alaihi wasallam, baginda
bersabda: Allah memerhatikan kepada makhluknya pada malam Nishfu
Sya'ban lalu Dia memberi keampunan kepada semua makhluknya kecuali
orang musyrik dan mereka yang suka berbalah. – Hadis riwayat Ibnu
Abu `Ashim dalam kitab al-Sunnah, Ibnu Hibban di dalam Shahihnya,
dan al-Hafidz al-Haithami di dalam Majmu' al-Zawaid. Hadis tersebut
tidak menunjukkan apa-apa amalan yang tertentu sempena Nisfu
Sya'ban. Sekiranya ingin diampunkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala
pada malam tersebut maka hendaklah kita menjauhi perbuatan syirik
dan jangan suka berbalah.

3) Amalan tersebut tersebut ditolak oleh jumhur ulamak hijaz
seperti di Madinah. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum
majoriti para sahabat radhiallahu 'anhum menetap di hijaz namun
begitu tidak terdapat satu riwayatpun yang menunjukkan para tabi'in
di hijaz mengamalkan amalan seperti di Syam.

4) Tidak ada di dalam kaedah mana-mana mazhab bahawa amalan
penduduk syam boleh dijadikan hujah. Apatah lagi amalan tersebut
maqtu' (terhenti) kepada segeintir kecil tabi'in di Syam. Tambahan
pula di dalam Mazhab Syafi'i amalan yang mauquf pada sahabat
bukanlah hujah, inikan pula amalan yang hanya maqtu' pada tabi'in.
Oleh itu kaedah dari mazhab mana yang dipakai untuk mengsunatkan
amalan tertentu pada malam Nisfu Sy'aban?

5) Ibnu Rejab sendiri telah menguatkan pendapat bahawa
meramaikan masjid dengan upacara-upacara ibadah sempena malam Nisfu
Sy'aban merupakan makruh. Inilah juga pendapat Imam bagi penduduk
Syam iaitu Auza'i rahimahullah.

6) Pembolehan Ibnu Rejab dan Au'za'i untuk menghidupkan malam
Nisfu Sya'ban dengan ibadah secara sendirian juga bukanlah hujjah
melainkan diperturunkan dalil akan hal itu akan tetapi hadis
tersebut sememangnya tidak wujud. Namun demikian meneruskan amalan-
amalan sunnah yang sememangnya biasa dilakukan sepeti tahajjud, baca
al-Qur'an, berdoa, berzikir pada setiap hari adalah dibenarkan
asalkan bukan berniat dikhususkan sempena Nisfu Sya'ban.

7) Ibnu Rajab tidak menceritakan tentang amalan mengkhususkan
bacaan Yassin yang diselang-selikan dgn doa-doa khusus sebagaimana
yang biasa di amalkan oleh Umat Islam di Malaysia.

8) Ibnu Rejab juga tidak menceritakan tentang puasa nisfu
sya'ban sebagaimana yang biasa diamalkan di Malaysia.

9) Di dalam kitab yang sama Ibnu Rajab juga berkata bahawa
solat malam Nisfu Sya'ban tidak ada dalilnya baik daripada Nabi
shallahu 'alaihi wasallam mahupun para sahabat tetapi hanya tradisi
peninggalan sebahagian tabi'in dari fuqaha' penduduk Syam.

KESIMPULAN

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi:

Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi shallahu 'alaihi wasallam
dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk
menghidupkan malam Nishfu Sya'ban, membaca doa tertentu dan
mendirikan solat tertentu seperti yang kita lihat di sebahagian
negeri umat Islam.

Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam itu
selepas Maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yassin dan
mendirikan solat 2 rakaat dengan niat panjang umur, 2 rakaat yang
lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia. Kemudian
mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik daripada golongan salaf
(iaitu para sahabat, tabi'in dan tabi'ut tabi'in).

Ia satu doa yang panjang, menyanggahi nas (al-Qur'an dan al-Sunnah)
juga bercanggahan dan bertentangan makna… Perhimpunan (malam Nishfu
Sya'ban) seperti yang kita lihat dan dengar berlaku di sebahagian
negeri orang Islam adalah bid'ah dan direka-reka. Sepatutnya kita
melakukan ibadah sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan
ialah dengan mengikuti perbuatan salaf, segala keburukan itu adalah
bid'ah (rekaan) golongan selepas mereka (khalaf). Setiap yang diada-
adakan itu bid'ah dan setiap bid'ah itu membawa kepada kesesatan
serta setiap yang sesat itu menuju ke neraka. – Dr. Yusuf al-
Qaradawi, Fatwa Mu'asarah, jilid 1, ms. 382-383. Di nukil dari buku
Membela Islam Tanggungjawab & Disiplin karya Dr. Mohd. Asri Zainul
Abidin, Karya Bestari, Shah Alam, 2006, ms. 95.

Syaikh Muhammad Abdussalam rahimahullah pula berkata:

Solat 6 rakaat, pada malam Nishfu Sya'ban dengan niat untuk menolak
bala, panjang umur dan untuk kekayaan, dan juga membaca surah Yasin
beserta doanya merupakan hal yang baru dalam agama (bid'ah) dan
bertentangan dengan sunnah Rasul. – Syaikh Muhammad Abdussalam Khadr
al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada'at (edisi terjemahan bertajuk
Bid'ah-Bid'ah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta 2004) ms.
155.

Imam al-Nawawi rahimahullah di dalam Majmu' Syarah Muhazzab pula
berpendapat:

Solat yang dikenal dengan solat al-Raghaib iaitu 12 rakaat yang
dilakukan di antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama dari
bulan Rejab dan solat Nishfu Sya'ban sebanyak 100 rakaat; kedua-dua
solat tersebut adalah bid'ah yang mungkar. Janganlah hendaknya orang
terperdaya kerana kedua-duanya disebutkan dalam kitab Qutub al-Qulub
dan Ihya' Ulumiddin, dan jangan terperdaya dengan hadis yang
disebutkan dalam kedua kitab itu kerana semuanya adalah batil
belaka. – Dinukil dari buku Amalan Bid'ah Pada Bulan Muharram,
Rejab, Sya'ban & Ramadhan karya Dr. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris,
Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur 1995, ms. 106.

Setelah menyebut sejumlah ayat dan hadis serta pendapat para ulamak
tentang malam Nishfu Sya'ban, Syaikh Abdul Aziz Abdullah bin Bazz
rahimahullah berkata:

Berdasarkan ayat-ayat, hadis-hadis dan pendapat para ahli ilmu di
atas jelaslah bagi orang yang mencari kebenaran bahawa memperingati
malam Nishfu Sya'ban dengan solat dan sebagainya serta
mengkhususukan siangnya untuk berpuasa adalah bid'ah mungkar menurut
kebanyakkan ahli ilmu dan tidak ada dasarnya dalam syari'at yang
murni, tetapi peringatan malam Nishfu Sya'ban ini terjadi dalam
Islam setelah masa sahabat. Cukuplah bagi para pencari kebenaran
mengenai masalah ini dan masalah lain melihat firman Allah:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam
itu menjadi agama untuk kamu. – al-Maaidah (5) : 3

Kemudian dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang semakna dengan ayat
di atas:

Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami
(iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. -
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1718.

Juga dari hadis-hadis lain yang semakna dengannya yang diriwayatkan
dalam Shahih Muslim:

Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Solat Malam (Qiyam al-Lail)
di antara lain-lain malam, dan jangan mengkhususkan hari Jumaat
dengan puasa di antara lain-lain hari, kecuali puasa wajib. - Hadis
riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, hadis no: 1144.

Seandainya mengkhususkan malam-malam tertentu dengan ibadah itu
boleh tentu malam Jumaat lebih utama untuk dikhususkan dari malam-
malam selainnya, kerana malam Jumaat adalah hari terbaik yang
dijelaskan dalam hadis sahih daripada Rasulullah.

Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Sebaik-baik hari yang terbit di dalamnya matahari adalah hari
Jumaat – Hadis riwayat Imam Ahmad.

Ketika Nabi shallahu 'alaihi wasallam melarang untuk
mengkhususkannya di antara malam-malam lainnya, hal ini menunjukkan
bahawa malam-malam lainnya walaupun dianggap mulia, juga tidak boleh
dikhususkan untuk beribadah kecuali ada dalil sahih yang menunjukkan
pengkhususannya. –Dinukil dari kitab Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz
al-Tuwaijiry bertajuk al-Bida' al-Hauliyyah, (edisi terjemahan
bertajuk: Ritual Bid'ah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta 2003)
ms. 319-320.

Oleh itu tidak ada amal ibadah yang perlu dikhususkan sempena Nishfu
Sya'ban kerana tidak ada hadis yang sahih dari Nabi shallahu 'alaihi
wasallam menganjurkannya. Hadis-hadis yang dijadikan dalil oleh
mereka yang menyatakan terdapat amalan-amalan tertentu berkaitan
Nishfu Sya'ban kesemuanya lemah dan palsu sehingga tidak boleh
dijadikan hujah. Tentang penggunaan hadis-hadis yang tidak sabit
daripada Rasulullah shallahu 'alaihi wasallam Imam al-Thahawi
rahimahullah di dalam kitabnya Musykilul Athar (jilid 1, ms. 176)
telah berpesan:

Barangsiapa yang menceritakan (hadis) daripada rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam atas dasar zhan / persangkaan, bererti
dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda shallallahu 'alaihi
wasallam dengan tanpa haq (dengan tidak benar). Dan orang yang
menceritakan (hadis) daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam
dengan tanpa haq, bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada
baginda shallallahu 'alaihi wasallam dengan cara yang batil. Dan
orang yang telah menceritakan (hadis) daripada baginda
shallallahu 'alaihi wasallam dengan cara yang batil, nescaya dia
menjadi salah seorang pendusta yang masuk ke dalam sabda Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam:
Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku, maka hendaklah dia
mengambil tempat tinggalnya di neraka. (Hadis riwayat Imam al-
Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, hadis no: 107)
- Dinukil daripada kitab al-Masaa-il tulisan Ustaz Abdul Hakim bin
Amir Abdat, jilid 1, ms. 41)

Wallahu'alam

Wednesday, September 06, 2006

Once- Dealova..

aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

reff: kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada

Thursday, August 31, 2006

our last lesson & last class with mr rasyiq....

Askum wrth...

Alhamdulillah.. yesterday was my last lesson for the computer courses at Mendaki. I didn't expected that it was going to be a great memorable day for me eventhough the period was short.. Just 8 days being together. During that 8 days, we've able to build ukhuwah. The class was really fun and energectic with pakciks and makciks that were very spontanous.. During our break time, we share stories, jokes and teka-teki.. and also share songs like nasyid, ceramah and even ct nurhaliza wedding photos.. haha..

Mr Rasyiq Rahman was our teacher. What a great teacher he was! Very-very patience and he also has a sense of humour. He even gave us intellectual games just to exercise our mind. There was one time, before we end our lessons, the pkcks tells us ghost stories, jokes and teka-teki. They really know how to make us laugh.. Mr Rasyiq Rahman also join with us. One of the pkcks.. gave us sugar cane (tebu), bukan air tebu.. batang tebunyer! Entah dr mana pkck tuh dpt.. Ada pulak suruh kita ambek balik rumah.. Panjang giler tebunyer. Tkleh masuk dlm beg. Malulah nk pegang bawak alik. Last2, Mr Rasyiq yg terpakse ambil balik semua tebu-tebu tu since dia ade kereta.

When we were there, we explore the places.. especially tempat makan!!! Haha.. Makan aje aku tau.. Tapi asalkan badan aku maintain tuh sudah le.. hehe.. Hari pertama, kite gi ke tmpt makan Royal Cakes yg ditanggung halal. Woooowwww...byk kek2nyer terhidang di dlm kaca peti sejuk tuh. Air liur meleleh.. Dh tgk kek tuh pun dah tau kek tu mesti sedap gilerrr... hehe.. Aku order New York Cheese cake.. Sedap bangat sihhh... Then the next day, we ate at gerai makan Mas Ayu. Ishhh tk suka lah tmptnyer. Ramai pkck2 yg lepak di sana. Sakit mata aku memandang mereka. Tk selesa betul!! Tapi nk watcmne.. kwn2 semo dh pilih tmpt tuh.. dan perut aku pun mula berkeroncong. Lagipun, makanan situ boleh tahan jugak. Hanya benci tmpt tuh...

Then, hari seterusnya.. kite pergi mkn kt parkway parade.. Mula2 aku igtkan 'pakwe' parade. Aku betul-betul bingung apa tuh pakwe. Sape punya pakwe yg Mr Rasyiq sebutkan tu.. Rupa-rupanyer baru aku tahu lain ejaan. Bunyinyer je yg sama. Itulah aku.. terikut bhs mesia sgt. At Mendaki, there's also free coffea machine. There's about 6 types of coffee. Cuppucino..expresso..milo..teh tarik..mocha..and nescafe. At first i tried the nescafe. Once I took a sip, it was extremely bitter. Then i put about 2 packets of sugar but still the bitterness was too strong. So the next day, I try the expresso. It label there Expresso (double). This coffee is much more worse than the nescafe. Haizzz..I waste another drink. I thought the double was the cream.. rupa2nyer kwn aku bilang, double tuh..double coffee bukan creamnyer.. Laaa...aku igtkan ape seyy.. Bila cikgu tgh ajar tuh, perut aku sakit sbb air expresso tuh lah.. haizz..terpakse aku gi toilet cpt2. Then the 3rd day, I try the mocha. At last, this coffee suit my taste. It was sweet! I've able to finished the mocha.

On the kast day, that falls on wednesday, my sister printed out a happy teachers day card for Mr Rasyiq. Each of us wrote a message and sign the card.Besides that, we bought him 3 different types of cake. All of them are choclate. At the end of the lessons, Rabi'ah gave the cake and the card to Mr Rasyiq. Mr Rasyiq just say "MasyaAllah.. Thank you very much.. Buat susah-susah je.." He smiled with gratitude in his heart. His smile really shows us that he was really grateful for the effort we took. Before we left the class, all of us exchange our email to keep in contact. InsyaAllah....our ukhuwah does not end here..

Haizz..miss u all guys.. Ukhuwah becoz of Allah is really sweet and meaningful.. =) May Allah bless u all.. Amin..Ya Robbal 'Alamin...

Monday, August 28, 2006

last day for my ustdz

aku rasa lapar sgt bila habis meeting tuh. aku gi mkn di long john silver. fuhyooo...ramai org sey. tmpt mana aku nk duduk ni? tiba2 ade org panggil nama aku. masyaAllah..terserempak dgn rosanna.. nasib baik aku dpt share tmpt duduk dgn dia. dia terpakse gi dulu sbb lom siap tukar pakaian ke kelas agama nanti. so, aku pun mkn cepat2 sbb aku dah conquer 3 kerusi yg kosong. so, lps mkn tuh aku call dia. alhamdulillah..dpt jugak aku call dia sementara aku menuju ke andalus. bila hampir smpi ke kelas, aku terserempak dgn daya. kite mmg dah berkali2 plan utk meet sblm gi kelas tapi sllunyer tk jadi. dgn takdir Allah, kite dpt jumpa walaupun kite tk plan sblmnyer...masyaAllah.. =) dpt jugak aku berbual sekejap dgn kwn lama aku ni. aku smpi kt kelas hanya 1 bdk je yg ada. aku dtg awal sgt sebenarnyer. so, aku baca2 buku aqidah dan akhlak sblm ustadz masuk since aku lom dpt buat ulangkaji sblm ni.

kelas pun bermula. aku sprt biasa, beri byk soalan pd ustadz. ttg zakat lah dan ttg sifat qona'ah. ustadz azmi berkongsi ilmu ttgh ilmu hadith. aku dh mula focus betul2. aku ada soal nk tanya sebnrnya tapi aku tgk kelas aku ni tk minat langsung. so, aku simpan soalan2 aku dahulu. lps dah tamat pelajaran, ustadz sprt biasa akan berkata, " Ada apa2 soalan nk tanya sblm solat asar nanti?" Ustadz tahu aku nk soal dia lagi.

"Suhana? Ada soalan?"
"ada ustadz...nk tanya nih..kalau amil dan mualaf dpt zakat fitroh, mereka masih kene byr ke utk zakat fitroh skali?"
"masih kene byr zakat fitroh sbb dia melaksanakan kewajipannyer dgn membyr zakat fitroh dan menerima zakat fitroh itu memberi kelebihan pd amil dan memberi bantuan pd mu'alaf...so..kedua2nyer berbeza"
"ooo..ok..faham2"
"ada lagi?"
"ada...tapi bkn pasal zakat lah.."
"apa dia?"
"erm...pasal hadith ni"
"waahhh... suhana nk masuk ilmu hadith ke?"
"tkdelah..saje2 je nk tahu.. apa tu hadith qudsi?"
"ok..ade dua mcm hadith.. hadith nabawiyyah dan hadith qudsi.. hadith nabawiyyah sprt ustadz dah terangkan tadi ada 3 mcm.. dan hadith qudsi ni dr firman Allah Ta'ala..(ada lagi dia trgkan)"
aku hanya angguk kepala sahaja..
"suhana dpt faham?"
"faham..faham.. jadi.. nape pulak hadith qudsi ni tk termasuk dlm al-quran sdgkan ianya dr firman Allah? dan ada tak hadith yg maudhu' di angkat darjatnya?"
" haha..(ketawa kecil) rasa2nyer..yg lain leh kuar dulu...hanya suhana dan ustadz aje yg berbincang..."
maluuuuuuuuuuuuuuuu...............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku hanya tunduk pale dan mengerut2 dahi...
selepas solat asar kita smbung alik. sblm tamat kelas, ustadz kasi ucapan dan takziroh yg terakhir dan suaranyer pun agak sayu. aku dah sedey ni.. tapi tahan jelah.. nanti org tgk kan..
hrp2 yg mengganti ustadz azmi seorg ustadz/ustadzah yg berkaliber dan dlm pengetahuan ilmunya.

Friday, August 11, 2006

ADAKAH MENYENTUH WANITA MEMBATALKAN WUDUK?

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Rata-rata umat Islam di Malaysia berpendapat bahawa menyentuh wanita
yang bukan muhrim itu membatalkan wuduk walau dalam apa keadaan
sekalipun sama ada dengan syahwat mahupun tidak. Pendapat ini juga
merupakan pendapat yang dipegang oleh Imam Muhammad bin Idris al-
Syafi'i rahimahullah dan beliau berkata:
Apabila seseorang seseorang lelaki menyentuhkan tangan isterinya,
atau bersentuhan sebahagian tubuhnya kepada sebahagian tubuh
isterinya di mana tidak ada pembatas antara dia dan isterinya, baik
dengan nafsu berahi atau tidak, maka wajib atas keduanya berwuduk.
Imam al-Syafi'i, Ringkasan kitab al-Umm, (edisi terjemahan oleh
Mohammad Yassir Abd Mutholib, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005) jilid 1,
ms. 25.

Dalil yang telah dipergunakan oleh Imam al-Syafi' rahimahullah
adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan
solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu
basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan
sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka
bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena
air),
atau dalam perjalanan, atau salah seorang daripada kamu datang
dari tempat buang air
, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak
mendapat air
(untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu
bertayamum
dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu
dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak
mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),
tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." Al-
Maaidah (5) : 6

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar
dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula
(hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) -
kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan
jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di
antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan
perempuan,
kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau
berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang
suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. al-Nisaa' (4) :
43


Bagi Imam al-Syafi'i rahimahullah ayat "atau kamu sentuh wanita"
menjadi bukti bahawa tersentuh kulit di antara lelaki dan wanita itu
membatalkan wuduk
. Sebelum kita meneruskan perbincangan ini ada
baiknya sekiranya kita memahami bagaimanakah manhaj atau pegangan
Imam al-Syafi'i
yang juga di kenali dengan gelaran al-Nashir al-
Sunnah (Seorang Pembela Sunnah)
dan hal-hal yang bersangkutan
ibadah. Imam al-Syafi'i berkata:
"Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah daripada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menurut kalangan ahlul Hadis, tetapi
pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku
hidup mahupun setelah aku mati."
Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di
dalam al-Hilyah, al-Harawi, Ibnul Qayyim di dalam al-I'lam dan al-
Fullani. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-
Albani (edisi terjemahan oleh Muhammad Thalib, Media Hidayah,
Yogyakarata, 2000), ms. 59.
Di mukasurat yang seterusnya buku ini
hanya akan disebut sebagai Sifat Shalat Nabi.
Selanjutnya Imam al-Syafi'i rahimahullah juga berkata:
"Setiap hadis yang datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
bererti itulah pendapatku, sekalipun kalian tidak mendengarnya
sendiri daripada aku."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam
Adabu Asy-Syafi'i, ms. 93-94.
Penulis nukil daripada buku Sifat
Shalat Nabi, ms. 58
Masih terdapat banyak lagi kata-kata Imam al-Syafi'i rahimahullah
yang senada dengan apa yang telah penulis turunkan di atas. Oleh itu
melalui risalah ringkas ini penulis akan sedaya upaya mengupas isu
ini dengan merujuk kepada dalil-dalil yang sabit daripada Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam.

TAKRIFAN SEBENAR BERSENTUH DENGAN PEREMPUAN.
Bersentuh di dalam kedua ayat al-Qur'an di atas sebenarnya bukan
merujuk kepada bersentuh antara kulit tetapi ianya sebenarnya
merujuk kepada jimak (persetubuhan).
Terdapat beberapa ayat di dalam
al-Qur'an yang juga menggunakan istilah bersentuh tetapi ianya hanya
menyatakan kepada makna jimak.
"Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (jimak) dengan
mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka,
maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu
tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya);
atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan
maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan
(halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah
pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya
Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan." Al-Baqarah
(2) : 237
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh
seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh (dijimak)
oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?" Maryam
(19) : 20
Jelas kedua-dua ayat di atas merujuk bersentuh sebagai berjimak.
Ibnu `Abbas radhiallahu 'anh yang merupakan pakar tafsir al-Qur'an
dikalangan para sahabat juga mentafsirkan bersentuh di dalam surah
al-Nisaa' dan al-Maaidah yang telah dipergunakan oleh Imam al-
Syafi'i rahimahullah sebagai dalil untuk menguatkan hujahnya sebagai
jimak. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata berkata:
Sedangkan makna menyentuh yang kemudian dijadikan dalil bahawa itu
adalah hubungan badan (jimak) di dalam ayat dia atas (iaitu di dalam
surah al-Nisaa' dan al-Maaidah), adalah seperti yang ditafsirkan
oleh Ibnu `Abbas (radhiallahu 'anh).
Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih
Thaharah, (edisi terjemahan oleh Samson Rahman, Pustaka al-Kautsar,
Jakarta 2004) ms. 239.
Syaikh al-`Utsaimin rahimahullah memiliki penjelasan yang begitu
baik tentang surah al-Maaidah ayat ke 6 dan beliau telah membuktikan
bahawa firman-Nya "kamu sentuh perempuan" itu bermaksud jimak. Ayat
tersebut dimulakan dengan pembahagian thaharah asli kepada dua iaitu
berwuduk untuk hadas kecil dan mandi wajib untuk hadas besar.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "…apabila kamu hendak mengerjakan
solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu
basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan
sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali…" menetapkan tentang diwajibkan berwuduk
apabila berhadas kecil untuk bersolat.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "…dan jika kamu junub (berhadas
besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…" menerangkan bahawa
apabila kita berhadas besar diwajibkan mandi wajib.
Selanjutnya ayat tersebut menceritakan tentang thaharah pengganti
apabila tidak ada air yakni dengan bertayamum. Jika di awal ayat
tersebut Allah Subhanahu wa Ta'ala telah membahagi thaharah asli
untuk hadas besar dan hadas kecil, tentu sekali thaharah pengganti
yakni tayamum juga akan meliputi perbahasan untuk hadas besar dan
hadas kecil agar ianya sesuai dengan balaghah (sastera bahasa) al-
Qur'an. Antara contoh-contoh yang Allah 'Azza wa Jalla pamerkan
untuk thaharah pengganti adalah:
1) dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
2) atau dalam perjalanan,
3) atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang
air,
4) atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air
(untuk berwuduk dan mandi),
Perkara (1), (2) dan (3) adalah hadas kecil manakala perkara (4)
sebenarnya merujuk kepada perbuatan yang melibatkan terjadinya hadas
besar yakni berjimak.
Oleh itu Syaikh al-`Utsaimin rahimahullah membuat kesimpulan:
Yang tepat bahawa ayat ini (al-Maaidah (5) : 6) menunjukkan bahawa
firman-Nya: atau kamu sentuh perempuan maksudnya jika kamu
menyetubuhi (berjimak) wanita agar ayat ini meliputi dua sebab yang
mengharuskan bersuci (thaharah) iaitu hadas besar dan hadas kecil.
Dan berwuduk meliputi empat anggota badan, sedangkan mandi (wajib)
meliputi seluruh badan. Sedangkan thaharah pengganti iaitu tayamum
meliputi dua anggota tubuh sahaja baik tayamum untuk hadas kecil
mahupun besar. Syaikh Muhammad bin Shalih al-`Utsaimin, Majmu'
Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah :
Bab Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah
dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 291.
Oleh itu ayat-ayat tersebut sebenarnya hanya menjelaskan bahawa
sekiranya terjadi jimak atau persetubuhan di antara lelaki dan
wanita maka hal tersebut membatalkan wuduk.
PETUNJUK DARI SUNNAH NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Terdapat beberapa hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang
menunjukkan sekadar bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita ianya
tidak membatalkan wuduk.
Daripada `Aishah radhiallahu 'anha isteri Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam dia berkata:
Aku tidur dihadapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sedang kakiku
di arah kiblatnya. Maka apabila baginda hendak bersujud, baginda
mencolekku, maka aku lantas melipat kakiku. Hadis riwayat Imam
Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, kitab al-Shalah, hadis no: 382
Daripada `Aishah radhiallahu 'anha dia berkata:
Pada suatu malam aku kehilangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam,
maka aku mencarinya dengan tanganku, kemudian tanganku mengenai
telapak kaki baginda yang sedang tertegak dalam keadaan bersujud.
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, kitab al-Shalah,
hadis no: 486
Maka dari kedua hadis di atas jelaslah bahawa sekadar bersentuhan
kulit sahaja tidaklah membatalkan wuduk. Ada sesetengah pihak
beranggapan bahawa di dalam kedua-dua peristiwa di atas persentuhan
tersebut sebenarnya berlaku di dalam keadaan berlapik namun ini di
sanggah oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Menurut beliau:
Penafsiran bahawa memegangnya dengan menggunakan pembatas (berlapik)
adalah sebuah penafsiran yang jauh terpesong dari zahir hadis. Dr.
Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 236
Hal ini akan menjadi semakin jelas apabila kita meneliti hadis
seterusnya. Daripada `Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mencium sebahagian isteri-
isterinya lalu pergi solat tanpa berwuduk lagi. Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, kitab al-Thahaarah, hadis no:
79, Imam Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, kitab al-Thahaarah,
hadis no: 495 dan Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 24584.
Daripada `Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata: "Bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menciumnya sedang baginda berpuasa."
Kemudian Nabi bersabda:
Ciuman ini tidaklah merusakkan (membatalkan) wuduk dan tidak pula
membatalkan puasa. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq hadis ini dikeluarkan
oleh Ishak bin Rahawaih dan al-Bazzar dengan sanad yang cukup baik.
Menurut Abdul Hak, tidak ada cacat untuk tidak mengamalkannya.
Penulis nukil dari kitab Fikih Sunnah, (edisi terjemahan oleh
Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 1, ms.
113.
Menerusi hadis-hadis di atas maka para ulamak menguatkan hujah
mereka bahawa menyentuh perempuan sama ada disertai dengan syahwat
mahupun tidak, ianya tidak membatalkan wuduk. Ini adalah kerana
kebiasaanya bercium itu disertai dengan syahwat. Sekiranya
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ingin membezakan bahawa
ciuman yang bersyahwat itu membatalkan wuduk sementara ciuman yang
biasa tidak membatalkan wuduk pasti ada riwayat darinya yang
menggambarkan tentang perbezaan tersebut. Namun hadis di atas
dibiarkan di dalam bentuk yang umum. Menurut Syaikh Sa'id al-Qahtani:
Menyentuh perempuan berdasarkan pendapat yang kuat tidak membatalkan
wuduk, baik disertai syahwat mahupun tidak, selama tidak disertai
keluarnya mani atau madzi kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
pernah suatu ketika mencium sebahagian isterinya, lalu solat tanpa
memperbaharui wuduknya. Sa'id bin `Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, (Edisi
terjemahan oleh Abu Shafiya, Media Hidayah, Jogjakarta, 2004) ms. 86.
Menurut Fahd al-Syuwayyib, penulis kitab al-Ta'lieqaat al-
Salafiyah' ala Sunan al-Nasa'i berkata:
Perkataan ghomazani (mencolek) atau seperti di dalam hadis al-Nasai
massani bi rijilih (menyentuhku dengan kakinya), adalah maklum
bahawa hal itu berarti menyentuh tanpa syahwat. Maka pengarang
menjadikannya sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa syahwat itu tidak
membatalkan wuduk. Adapun jika menyentuh dengan syahwat, maka alasan
bahawa tidak batal kerananya ialah kembali kepada asal, iaitu tidak
ada dalil yang menunjukkan tentang ianya membatalkan, sehinggalah
orang yang berpendapat hal itu membatalkan dapat menunjukkan
dalilnya. Dan ini cukup menjadi alasan hal itu tidak membatalkan.
Bahkan akan nampak dalil yang mengindikasikan tidak membatal wuduk,
iaitu hadis mengenai qublah (mencium), yang menurut kebiasaan bahawa
mencium itu tidak terbebaskan dari adanya syahwat. Syaikh Muhammad
bin Shallih al-`Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib,
Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwudhu', (edisi
terjemahan oleh Azhar Khalid Seff, Darus Sunnah, Jakarta, 2005), ms.
95-96
Selanjutnya Fahd al-Syuwayyib berkata:
Apabila suami dan isteri merasa aman dari keluarnya suatu cairan,
maka menyentuh itu tidak membatalkan wuduknya tetapi yang lebih
utama adalah mengambil sikap berhati-hati kerana ada kalanya dia
tidak dapat menjamin tidak keluarnya sesuatu cairan di dalam keadaan
ini (adanya syahwat). Wallahu'alam. Syaikh Muhammad bin Shallih al-
`Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi
Shallallahu 'alaihi wasallam Berwudhu', ms. 97.
Inilah beberapa petunjuk yang dapat kita ambil dari hadis-hadis Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan perbahasan sama ada
menyentuh wanita itu membatalkan wuduk ataupun tidak. Hadis-hadis
tersebut jelas menunjukkan ianya tidak membatalkan wuduk malah
sebenarnya tidak wujud satu petunjuk pun daripada baginda bahawa hal
tersebut boleh membatalkan wuduk. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu
Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu' al-Fatawa, jilid 21, ms. 235-
236:
Adapun wajib wuduk nyata kerana menyentuh wanita dengan tanpa
syahwat maka yang demikian adalah pendapat yang paling lemah.
Pendapat ini tidak dikenal daripada salah seorang sahabat manapun.
Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi bahawa dia memerintahkan
kaum muslim untuk berwuduk kerana disebabkan hal tersebut. Padahal
in adalah masalah yang sering terjadi yang hampir-hampir kaum muslim
tidak dapat menghindarkan diri darinya. Sebab seorang lelaki selalu
mengambil sesuatu dari isterinya dan mengambilnya dengan tangannya.
Dan yang serupa itu yang terjadi kepada kebanyakkan manusia. Maka
andaikata wuduk diwajibkan disebabkan kerana itu (iaitu bersentuhan
lelaki dan wanita - pen) pastilah Rasulullah memerintahkan sekali
ataupun dua kali dan akan tersebar luas di tengah para sahabat.
Andaikata Rasulullah melakukan itu maka pasti akan ada hadis yang
ditulis mengenai hal ini walaupun hadis ahad. Maka ketika tidak ada
satu hadispun yang memerintahkan masalah ini dari salah seorang dari
kaum muslimin –padahal ini sering kali terjadi- boleh kita fahami
bahawa hal itu tidak wajib. Dinukil daripada kitab Fikih Thaharah
karya Dr Yusuf al-Qaradhawi, ms. 239
KESIMPULAN
Setelah membentang serta membahasakan semua pandangan yang
ada di dalam mazhab-mazhab fikah berkaitan isu sama ada menyentuh
wanita membatalkan wuduk ataupun tidak, Dr Yusuf al-Qaradhawi
membuat kesimpulan seperti berikut (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih
Thaharah, ms. 240):
Kami menyatakan bahawa pendapat yang paling kuat dalam masalah ini
adalah tidak batalnya wuduk secara mutlak. Sebab yang menjadi
sandaran orang-orang mengkritik pandangan ini adalah ayat yang mulia
ini. (Iaitu surah al-Nisaa' ayat ke 43 dan Surah al-Maaidah ayat ke
6). Padahal tidak ada dilalah (indikasi) yang menunjukkan hal itu
(yakni menyentuh wanita membatalkan wuduk – pen) di dalam ayat
tersebut. Pandangan ini sama dengan apa yang dikatakan oleh
Ibnu `Abbas (radhiallahu 'anh), Sang Tarjuman al-Qur'an (pakar
tafsir al-Qur'an) dan orang yang Rasulullah doakan semoga Allah
mengajarkan takwil (tafsiran). Pandangan ini sangat sesuai dengan
penutup ayat ini:
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
(kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu
dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur. Al-Maaidah (5) : 6
Syaikh Shalih Fauzan pula berkata:
Akan tetapi pendapat yang kuat adalah tidak membatalkan (wuduk
apabila menyentuh wanita) secara mutlak, kecuali bila keluar sesuatu
cairan dari orang yang menyentuh dan disentuh, seperti madzi dan
sebagainya. Di dalam keadaan seperti ini, wuduk orang yang
bersangkutan batal disebabkan sesuatu yang keluar darinya dan bukan
kerana memegang. Syaikh Shalilh bin Fazan bin `Abdullah al-Fauzan,
Fatwa-Fatwa Syaikh al-Fauzan, (edisi terjemahan oleh Ali Murtadho
Syahudi, Jakarta, 2004) ms.153
Penulis melihat sewajarnya kita melihat isu ini dengan minda yang
bersih dari sifat fanatik mazhab. Apatah lagi Imam al-Syafi'i
rahimahullah sendiri menganjurkan kita untuk lebih mengutamakan
sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari pendapat beliau
sendiri dan sekiranya terdapat sunnah Nabi yang bertentangan dengan
pandangan beliau maka tolaklah pendapat beliau. Firman Allah 'Azza
wa Jalla:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-
bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-
Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya. al-Nisaa' (4): 59
Melalui ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala mewajibkan bagi kita
sekiranya terjadi sesuatu perselisihan pendapat samada dalam perkara
yang pokok atau cabang dalam agama, hendaklah dirujuk semula kepada
al-Qur'an dan al-Sunnah untuk mendapatkan kepastian tentang
pandangan mana yang lebih benar dan tepat. Keengganan mencerminkan
sikap seseorang yang tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu
wa Ta'ala dan hari akhirat.
Tambahan pula antara manhaj Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
dalam membuat pilihan ketika memberi pandangan adalah sebagaimana
yang dikhabarkan oleh Umm al-Mukminun `Aishah radhiallahu 'anha:
Tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua
pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi
tidak mengandungi dosa. Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih
al-Bukhari, kitab al-Hudud, hadis no. 6786
Penulis melihat hukum batalnya wuduk apabila bersentuhan di antara
lelaki dan wanita agak memberatkan serta menyukarkan umat Islam
terutamanya bagi pasangan suami isteri. Kesukaran ini akan kelihatan
lebih jelas lagi apabila kita terpaksa berasak-asak di dalam keadaan
jumlah orang yang begitu ramai seperti ketika melaksanakan ibadah
haji atau umrah. Untuk meringankan kesukaran ini maka ada pihak yang
mengambil pendirian untuk bertaklid kepada mazhab Imam Ahmad hanya
ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah. Saranan penulis kenapa
tidak kembali sahaja kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
yang sememanganya memudahkan umatnya. Sabda baginda
shallallahu 'alaihi wasallam:
Sesungguhnya kalian diutus untuk memberikan kemudahan dan tidak
diutus untuk menyulitkan. Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam
Shahih al-Bukhari, kitab al-Wudhu', Hadis no: 220
Baginda juga telah memerintahkan kita untuk mempermudahkan segala
urusan sebagaimana sabdanya:
Permudahkanlah dan jangan kamu persulitkan. Hadis riwayat Imam al-
Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, kitab al-'Ilm, Hadis no: 69
Semoga kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala anugerahkan kepada
kita semua akan menjadi pilihan kita kerana mustahil apa yang
datangnya daripada Allah dan Rasul-Nya serta menjadi amalan para
sahabat Nabi radhiallahu 'anhum akan mengandungi unsur-unsur dosa.
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya menginginkan kemudahan
kepada hamba-hamba-Nya dan tidak mahu memberati kita semua. Ini
sebagaimana Firman-Nya:
…(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran… al-
Baqarah (2) : 185