Thursday, August 31, 2006

our last lesson & last class with mr rasyiq....

Askum wrth...

Alhamdulillah.. yesterday was my last lesson for the computer courses at Mendaki. I didn't expected that it was going to be a great memorable day for me eventhough the period was short.. Just 8 days being together. During that 8 days, we've able to build ukhuwah. The class was really fun and energectic with pakciks and makciks that were very spontanous.. During our break time, we share stories, jokes and teka-teki.. and also share songs like nasyid, ceramah and even ct nurhaliza wedding photos.. haha..

Mr Rasyiq Rahman was our teacher. What a great teacher he was! Very-very patience and he also has a sense of humour. He even gave us intellectual games just to exercise our mind. There was one time, before we end our lessons, the pkcks tells us ghost stories, jokes and teka-teki. They really know how to make us laugh.. Mr Rasyiq Rahman also join with us. One of the pkcks.. gave us sugar cane (tebu), bukan air tebu.. batang tebunyer! Entah dr mana pkck tuh dpt.. Ada pulak suruh kita ambek balik rumah.. Panjang giler tebunyer. Tkleh masuk dlm beg. Malulah nk pegang bawak alik. Last2, Mr Rasyiq yg terpakse ambil balik semua tebu-tebu tu since dia ade kereta.

When we were there, we explore the places.. especially tempat makan!!! Haha.. Makan aje aku tau.. Tapi asalkan badan aku maintain tuh sudah le.. hehe.. Hari pertama, kite gi ke tmpt makan Royal Cakes yg ditanggung halal. Woooowwww...byk kek2nyer terhidang di dlm kaca peti sejuk tuh. Air liur meleleh.. Dh tgk kek tuh pun dah tau kek tu mesti sedap gilerrr... hehe.. Aku order New York Cheese cake.. Sedap bangat sihhh... Then the next day, we ate at gerai makan Mas Ayu. Ishhh tk suka lah tmptnyer. Ramai pkck2 yg lepak di sana. Sakit mata aku memandang mereka. Tk selesa betul!! Tapi nk watcmne.. kwn2 semo dh pilih tmpt tuh.. dan perut aku pun mula berkeroncong. Lagipun, makanan situ boleh tahan jugak. Hanya benci tmpt tuh...

Then, hari seterusnya.. kite pergi mkn kt parkway parade.. Mula2 aku igtkan 'pakwe' parade. Aku betul-betul bingung apa tuh pakwe. Sape punya pakwe yg Mr Rasyiq sebutkan tu.. Rupa-rupanyer baru aku tahu lain ejaan. Bunyinyer je yg sama. Itulah aku.. terikut bhs mesia sgt. At Mendaki, there's also free coffea machine. There's about 6 types of coffee. Cuppucino..expresso..milo..teh tarik..mocha..and nescafe. At first i tried the nescafe. Once I took a sip, it was extremely bitter. Then i put about 2 packets of sugar but still the bitterness was too strong. So the next day, I try the expresso. It label there Expresso (double). This coffee is much more worse than the nescafe. Haizzz..I waste another drink. I thought the double was the cream.. rupa2nyer kwn aku bilang, double tuh..double coffee bukan creamnyer.. Laaa...aku igtkan ape seyy.. Bila cikgu tgh ajar tuh, perut aku sakit sbb air expresso tuh lah.. haizz..terpakse aku gi toilet cpt2. Then the 3rd day, I try the mocha. At last, this coffee suit my taste. It was sweet! I've able to finished the mocha.

On the kast day, that falls on wednesday, my sister printed out a happy teachers day card for Mr Rasyiq. Each of us wrote a message and sign the card.Besides that, we bought him 3 different types of cake. All of them are choclate. At the end of the lessons, Rabi'ah gave the cake and the card to Mr Rasyiq. Mr Rasyiq just say "MasyaAllah.. Thank you very much.. Buat susah-susah je.." He smiled with gratitude in his heart. His smile really shows us that he was really grateful for the effort we took. Before we left the class, all of us exchange our email to keep in contact. InsyaAllah....our ukhuwah does not end here..

Haizz..miss u all guys.. Ukhuwah becoz of Allah is really sweet and meaningful.. =) May Allah bless u all.. Amin..Ya Robbal 'Alamin...

Monday, August 28, 2006

last day for my ustdz

aku rasa lapar sgt bila habis meeting tuh. aku gi mkn di long john silver. fuhyooo...ramai org sey. tmpt mana aku nk duduk ni? tiba2 ade org panggil nama aku. masyaAllah..terserempak dgn rosanna.. nasib baik aku dpt share tmpt duduk dgn dia. dia terpakse gi dulu sbb lom siap tukar pakaian ke kelas agama nanti. so, aku pun mkn cepat2 sbb aku dah conquer 3 kerusi yg kosong. so, lps mkn tuh aku call dia. alhamdulillah..dpt jugak aku call dia sementara aku menuju ke andalus. bila hampir smpi ke kelas, aku terserempak dgn daya. kite mmg dah berkali2 plan utk meet sblm gi kelas tapi sllunyer tk jadi. dgn takdir Allah, kite dpt jumpa walaupun kite tk plan sblmnyer...masyaAllah.. =) dpt jugak aku berbual sekejap dgn kwn lama aku ni. aku smpi kt kelas hanya 1 bdk je yg ada. aku dtg awal sgt sebenarnyer. so, aku baca2 buku aqidah dan akhlak sblm ustadz masuk since aku lom dpt buat ulangkaji sblm ni.

kelas pun bermula. aku sprt biasa, beri byk soalan pd ustadz. ttg zakat lah dan ttg sifat qona'ah. ustadz azmi berkongsi ilmu ttgh ilmu hadith. aku dh mula focus betul2. aku ada soal nk tanya sebnrnya tapi aku tgk kelas aku ni tk minat langsung. so, aku simpan soalan2 aku dahulu. lps dah tamat pelajaran, ustadz sprt biasa akan berkata, " Ada apa2 soalan nk tanya sblm solat asar nanti?" Ustadz tahu aku nk soal dia lagi.

"Suhana? Ada soalan?"
"ada ustadz...nk tanya nih..kalau amil dan mualaf dpt zakat fitroh, mereka masih kene byr ke utk zakat fitroh skali?"
"masih kene byr zakat fitroh sbb dia melaksanakan kewajipannyer dgn membyr zakat fitroh dan menerima zakat fitroh itu memberi kelebihan pd amil dan memberi bantuan pd mu'alaf...so..kedua2nyer berbeza"
"ooo..ok..faham2"
"ada lagi?"
"ada...tapi bkn pasal zakat lah.."
"apa dia?"
"erm...pasal hadith ni"
"waahhh... suhana nk masuk ilmu hadith ke?"
"tkdelah..saje2 je nk tahu.. apa tu hadith qudsi?"
"ok..ade dua mcm hadith.. hadith nabawiyyah dan hadith qudsi.. hadith nabawiyyah sprt ustadz dah terangkan tadi ada 3 mcm.. dan hadith qudsi ni dr firman Allah Ta'ala..(ada lagi dia trgkan)"
aku hanya angguk kepala sahaja..
"suhana dpt faham?"
"faham..faham.. jadi.. nape pulak hadith qudsi ni tk termasuk dlm al-quran sdgkan ianya dr firman Allah? dan ada tak hadith yg maudhu' di angkat darjatnya?"
" haha..(ketawa kecil) rasa2nyer..yg lain leh kuar dulu...hanya suhana dan ustadz aje yg berbincang..."
maluuuuuuuuuuuuuuuu...............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku hanya tunduk pale dan mengerut2 dahi...
selepas solat asar kita smbung alik. sblm tamat kelas, ustadz kasi ucapan dan takziroh yg terakhir dan suaranyer pun agak sayu. aku dah sedey ni.. tapi tahan jelah.. nanti org tgk kan..
hrp2 yg mengganti ustadz azmi seorg ustadz/ustadzah yg berkaliber dan dlm pengetahuan ilmunya.

Friday, August 11, 2006

ADAKAH MENYENTUH WANITA MEMBATALKAN WUDUK?

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Rata-rata umat Islam di Malaysia berpendapat bahawa menyentuh wanita
yang bukan muhrim itu membatalkan wuduk walau dalam apa keadaan
sekalipun sama ada dengan syahwat mahupun tidak. Pendapat ini juga
merupakan pendapat yang dipegang oleh Imam Muhammad bin Idris al-
Syafi'i rahimahullah dan beliau berkata:
Apabila seseorang seseorang lelaki menyentuhkan tangan isterinya,
atau bersentuhan sebahagian tubuhnya kepada sebahagian tubuh
isterinya di mana tidak ada pembatas antara dia dan isterinya, baik
dengan nafsu berahi atau tidak, maka wajib atas keduanya berwuduk.
Imam al-Syafi'i, Ringkasan kitab al-Umm, (edisi terjemahan oleh
Mohammad Yassir Abd Mutholib, Pustaka Azzam, Jakarta, 2005) jilid 1,
ms. 25.

Dalil yang telah dipergunakan oleh Imam al-Syafi' rahimahullah
adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan
solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu
basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan
sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka
bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena
air),
atau dalam perjalanan, atau salah seorang daripada kamu datang
dari tempat buang air
, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak
mendapat air
(untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu
bertayamum
dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu
dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak
mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan),
tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak
menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur." Al-
Maaidah (5) : 6

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri solat
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar
dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula
(hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) -
kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan
jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di
antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan
perempuan,
kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau
berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang
suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. al-Nisaa' (4) :
43


Bagi Imam al-Syafi'i rahimahullah ayat "atau kamu sentuh wanita"
menjadi bukti bahawa tersentuh kulit di antara lelaki dan wanita itu
membatalkan wuduk
. Sebelum kita meneruskan perbincangan ini ada
baiknya sekiranya kita memahami bagaimanakah manhaj atau pegangan
Imam al-Syafi'i
yang juga di kenali dengan gelaran al-Nashir al-
Sunnah (Seorang Pembela Sunnah)
dan hal-hal yang bersangkutan
ibadah. Imam al-Syafi'i berkata:
"Bila suatu masalah ada hadisnya yang sah daripada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menurut kalangan ahlul Hadis, tetapi
pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku
hidup mahupun setelah aku mati."
Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di
dalam al-Hilyah, al-Harawi, Ibnul Qayyim di dalam al-I'lam dan al-
Fullani. Penulis nukil daripada buku Sifat Shalat Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin al-
Albani (edisi terjemahan oleh Muhammad Thalib, Media Hidayah,
Yogyakarata, 2000), ms. 59.
Di mukasurat yang seterusnya buku ini
hanya akan disebut sebagai Sifat Shalat Nabi.
Selanjutnya Imam al-Syafi'i rahimahullah juga berkata:
"Setiap hadis yang datang daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
bererti itulah pendapatku, sekalipun kalian tidak mendengarnya
sendiri daripada aku."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim di dalam
Adabu Asy-Syafi'i, ms. 93-94.
Penulis nukil daripada buku Sifat
Shalat Nabi, ms. 58
Masih terdapat banyak lagi kata-kata Imam al-Syafi'i rahimahullah
yang senada dengan apa yang telah penulis turunkan di atas. Oleh itu
melalui risalah ringkas ini penulis akan sedaya upaya mengupas isu
ini dengan merujuk kepada dalil-dalil yang sabit daripada Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam.

TAKRIFAN SEBENAR BERSENTUH DENGAN PEREMPUAN.
Bersentuh di dalam kedua ayat al-Qur'an di atas sebenarnya bukan
merujuk kepada bersentuh antara kulit tetapi ianya sebenarnya
merujuk kepada jimak (persetubuhan).
Terdapat beberapa ayat di dalam
al-Qur'an yang juga menggunakan istilah bersentuh tetapi ianya hanya
menyatakan kepada makna jimak.
"Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (jimak) dengan
mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka,
maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu
tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya tidak menuntutnya);
atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan
maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan
(halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah
pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya
Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan." Al-Baqarah
(2) : 237
Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh
seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh (dijimak)
oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?" Maryam
(19) : 20
Jelas kedua-dua ayat di atas merujuk bersentuh sebagai berjimak.
Ibnu `Abbas radhiallahu 'anh yang merupakan pakar tafsir al-Qur'an
dikalangan para sahabat juga mentafsirkan bersentuh di dalam surah
al-Nisaa' dan al-Maaidah yang telah dipergunakan oleh Imam al-
Syafi'i rahimahullah sebagai dalil untuk menguatkan hujahnya sebagai
jimak. Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata berkata:
Sedangkan makna menyentuh yang kemudian dijadikan dalil bahawa itu
adalah hubungan badan (jimak) di dalam ayat dia atas (iaitu di dalam
surah al-Nisaa' dan al-Maaidah), adalah seperti yang ditafsirkan
oleh Ibnu `Abbas (radhiallahu 'anh).
Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih
Thaharah, (edisi terjemahan oleh Samson Rahman, Pustaka al-Kautsar,
Jakarta 2004) ms. 239.
Syaikh al-`Utsaimin rahimahullah memiliki penjelasan yang begitu
baik tentang surah al-Maaidah ayat ke 6 dan beliau telah membuktikan
bahawa firman-Nya "kamu sentuh perempuan" itu bermaksud jimak. Ayat
tersebut dimulakan dengan pembahagian thaharah asli kepada dua iaitu
berwuduk untuk hadas kecil dan mandi wajib untuk hadas besar.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "…apabila kamu hendak mengerjakan
solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu
basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan
sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki
kamu meliputi buku lali…" menetapkan tentang diwajibkan berwuduk
apabila berhadas kecil untuk bersolat.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "…dan jika kamu junub (berhadas
besar) maka bersucilah dengan mandi wajib…" menerangkan bahawa
apabila kita berhadas besar diwajibkan mandi wajib.
Selanjutnya ayat tersebut menceritakan tentang thaharah pengganti
apabila tidak ada air yakni dengan bertayamum. Jika di awal ayat
tersebut Allah Subhanahu wa Ta'ala telah membahagi thaharah asli
untuk hadas besar dan hadas kecil, tentu sekali thaharah pengganti
yakni tayamum juga akan meliputi perbahasan untuk hadas besar dan
hadas kecil agar ianya sesuai dengan balaghah (sastera bahasa) al-
Qur'an. Antara contoh-contoh yang Allah 'Azza wa Jalla pamerkan
untuk thaharah pengganti adalah:
1) dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
2) atau dalam perjalanan,
3) atau salah seorang daripada kamu datang dari tempat buang
air,
4) atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air
(untuk berwuduk dan mandi),
Perkara (1), (2) dan (3) adalah hadas kecil manakala perkara (4)
sebenarnya merujuk kepada perbuatan yang melibatkan terjadinya hadas
besar yakni berjimak.
Oleh itu Syaikh al-`Utsaimin rahimahullah membuat kesimpulan:
Yang tepat bahawa ayat ini (al-Maaidah (5) : 6) menunjukkan bahawa
firman-Nya: atau kamu sentuh perempuan maksudnya jika kamu
menyetubuhi (berjimak) wanita agar ayat ini meliputi dua sebab yang
mengharuskan bersuci (thaharah) iaitu hadas besar dan hadas kecil.
Dan berwuduk meliputi empat anggota badan, sedangkan mandi (wajib)
meliputi seluruh badan. Sedangkan thaharah pengganti iaitu tayamum
meliputi dua anggota tubuh sahaja baik tayamum untuk hadas kecil
mahupun besar. Syaikh Muhammad bin Shalih al-`Utsaimin, Majmu'
Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Aqidah dan Ibadah :
Bab Ibadah, (edisi terjemahan oleh Furqan Syuhada, Qosdi Ridwanullah
dan Irwan Raihan, Pustaka Arafah, Solo, 2002) ms. 291.
Oleh itu ayat-ayat tersebut sebenarnya hanya menjelaskan bahawa
sekiranya terjadi jimak atau persetubuhan di antara lelaki dan
wanita maka hal tersebut membatalkan wuduk.
PETUNJUK DARI SUNNAH NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM
Terdapat beberapa hadis Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang
menunjukkan sekadar bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita ianya
tidak membatalkan wuduk.
Daripada `Aishah radhiallahu 'anha isteri Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam dia berkata:
Aku tidur dihadapan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, sedang kakiku
di arah kiblatnya. Maka apabila baginda hendak bersujud, baginda
mencolekku, maka aku lantas melipat kakiku. Hadis riwayat Imam
Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, kitab al-Shalah, hadis no: 382
Daripada `Aishah radhiallahu 'anha dia berkata:
Pada suatu malam aku kehilangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam,
maka aku mencarinya dengan tanganku, kemudian tanganku mengenai
telapak kaki baginda yang sedang tertegak dalam keadaan bersujud.
Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahih Muslim, kitab al-Shalah,
hadis no: 486
Maka dari kedua hadis di atas jelaslah bahawa sekadar bersentuhan
kulit sahaja tidaklah membatalkan wuduk. Ada sesetengah pihak
beranggapan bahawa di dalam kedua-dua peristiwa di atas persentuhan
tersebut sebenarnya berlaku di dalam keadaan berlapik namun ini di
sanggah oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Menurut beliau:
Penafsiran bahawa memegangnya dengan menggunakan pembatas (berlapik)
adalah sebuah penafsiran yang jauh terpesong dari zahir hadis. Dr.
Yusuf al-Qaradhawi, Fikih Thaharah, ms 236
Hal ini akan menjadi semakin jelas apabila kita meneliti hadis
seterusnya. Daripada `Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata:
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mencium sebahagian isteri-
isterinya lalu pergi solat tanpa berwuduk lagi. Hadis riwayat Imam
al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, kitab al-Thahaarah, hadis no:
79, Imam Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, kitab al-Thahaarah,
hadis no: 495 dan Imam Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 24584.
Daripada `Aishah radhiallahu 'anha, dia berkata: "Bahawa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menciumnya sedang baginda berpuasa."
Kemudian Nabi bersabda:
Ciuman ini tidaklah merusakkan (membatalkan) wuduk dan tidak pula
membatalkan puasa. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq hadis ini dikeluarkan
oleh Ishak bin Rahawaih dan al-Bazzar dengan sanad yang cukup baik.
Menurut Abdul Hak, tidak ada cacat untuk tidak mengamalkannya.
Penulis nukil dari kitab Fikih Sunnah, (edisi terjemahan oleh
Mahyuddin Syaf, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990) jilid 1, ms.
113.
Menerusi hadis-hadis di atas maka para ulamak menguatkan hujah
mereka bahawa menyentuh perempuan sama ada disertai dengan syahwat
mahupun tidak, ianya tidak membatalkan wuduk. Ini adalah kerana
kebiasaanya bercium itu disertai dengan syahwat. Sekiranya
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ingin membezakan bahawa
ciuman yang bersyahwat itu membatalkan wuduk sementara ciuman yang
biasa tidak membatalkan wuduk pasti ada riwayat darinya yang
menggambarkan tentang perbezaan tersebut. Namun hadis di atas
dibiarkan di dalam bentuk yang umum. Menurut Syaikh Sa'id al-Qahtani:
Menyentuh perempuan berdasarkan pendapat yang kuat tidak membatalkan
wuduk, baik disertai syahwat mahupun tidak, selama tidak disertai
keluarnya mani atau madzi kerana Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
pernah suatu ketika mencium sebahagian isterinya, lalu solat tanpa
memperbaharui wuduknya. Sa'id bin `Ali bin Wahf al-Qahtani, Thaharah
Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam: Tuntunan Bersuci Lengkap, (Edisi
terjemahan oleh Abu Shafiya, Media Hidayah, Jogjakarta, 2004) ms. 86.
Menurut Fahd al-Syuwayyib, penulis kitab al-Ta'lieqaat al-
Salafiyah' ala Sunan al-Nasa'i berkata:
Perkataan ghomazani (mencolek) atau seperti di dalam hadis al-Nasai
massani bi rijilih (menyentuhku dengan kakinya), adalah maklum
bahawa hal itu berarti menyentuh tanpa syahwat. Maka pengarang
menjadikannya sebagai dalil bahawa menyentuh tanpa syahwat itu tidak
membatalkan wuduk. Adapun jika menyentuh dengan syahwat, maka alasan
bahawa tidak batal kerananya ialah kembali kepada asal, iaitu tidak
ada dalil yang menunjukkan tentang ianya membatalkan, sehinggalah
orang yang berpendapat hal itu membatalkan dapat menunjukkan
dalilnya. Dan ini cukup menjadi alasan hal itu tidak membatalkan.
Bahkan akan nampak dalil yang mengindikasikan tidak membatal wuduk,
iaitu hadis mengenai qublah (mencium), yang menurut kebiasaan bahawa
mencium itu tidak terbebaskan dari adanya syahwat. Syaikh Muhammad
bin Shallih al-`Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib,
Beginilah Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam Berwudhu', (edisi
terjemahan oleh Azhar Khalid Seff, Darus Sunnah, Jakarta, 2005), ms.
95-96
Selanjutnya Fahd al-Syuwayyib berkata:
Apabila suami dan isteri merasa aman dari keluarnya suatu cairan,
maka menyentuh itu tidak membatalkan wuduknya tetapi yang lebih
utama adalah mengambil sikap berhati-hati kerana ada kalanya dia
tidak dapat menjamin tidak keluarnya sesuatu cairan di dalam keadaan
ini (adanya syahwat). Wallahu'alam. Syaikh Muhammad bin Shallih al-
`Utsaimin dan Fahd bin Abdur Rahman al-Syuwayyib, Beginilah Nabi
Shallallahu 'alaihi wasallam Berwudhu', ms. 97.
Inilah beberapa petunjuk yang dapat kita ambil dari hadis-hadis Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan perbahasan sama ada
menyentuh wanita itu membatalkan wuduk ataupun tidak. Hadis-hadis
tersebut jelas menunjukkan ianya tidak membatalkan wuduk malah
sebenarnya tidak wujud satu petunjuk pun daripada baginda bahawa hal
tersebut boleh membatalkan wuduk. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu
Taymiyyah rahimahullah di dalam Majmu' al-Fatawa, jilid 21, ms. 235-
236:
Adapun wajib wuduk nyata kerana menyentuh wanita dengan tanpa
syahwat maka yang demikian adalah pendapat yang paling lemah.
Pendapat ini tidak dikenal daripada salah seorang sahabat manapun.
Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi bahawa dia memerintahkan
kaum muslim untuk berwuduk kerana disebabkan hal tersebut. Padahal
in adalah masalah yang sering terjadi yang hampir-hampir kaum muslim
tidak dapat menghindarkan diri darinya. Sebab seorang lelaki selalu
mengambil sesuatu dari isterinya dan mengambilnya dengan tangannya.
Dan yang serupa itu yang terjadi kepada kebanyakkan manusia. Maka
andaikata wuduk diwajibkan disebabkan kerana itu (iaitu bersentuhan
lelaki dan wanita - pen) pastilah Rasulullah memerintahkan sekali
ataupun dua kali dan akan tersebar luas di tengah para sahabat.
Andaikata Rasulullah melakukan itu maka pasti akan ada hadis yang
ditulis mengenai hal ini walaupun hadis ahad. Maka ketika tidak ada
satu hadispun yang memerintahkan masalah ini dari salah seorang dari
kaum muslimin –padahal ini sering kali terjadi- boleh kita fahami
bahawa hal itu tidak wajib. Dinukil daripada kitab Fikih Thaharah
karya Dr Yusuf al-Qaradhawi, ms. 239
KESIMPULAN
Setelah membentang serta membahasakan semua pandangan yang
ada di dalam mazhab-mazhab fikah berkaitan isu sama ada menyentuh
wanita membatalkan wuduk ataupun tidak, Dr Yusuf al-Qaradhawi
membuat kesimpulan seperti berikut (Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Fikih
Thaharah, ms. 240):
Kami menyatakan bahawa pendapat yang paling kuat dalam masalah ini
adalah tidak batalnya wuduk secara mutlak. Sebab yang menjadi
sandaran orang-orang mengkritik pandangan ini adalah ayat yang mulia
ini. (Iaitu surah al-Nisaa' ayat ke 43 dan Surah al-Maaidah ayat ke
6). Padahal tidak ada dilalah (indikasi) yang menunjukkan hal itu
(yakni menyentuh wanita membatalkan wuduk – pen) di dalam ayat
tersebut. Pandangan ini sama dengan apa yang dikatakan oleh
Ibnu `Abbas (radhiallahu 'anh), Sang Tarjuman al-Qur'an (pakar
tafsir al-Qur'an) dan orang yang Rasulullah doakan semoga Allah
mengajarkan takwil (tafsiran). Pandangan ini sangat sesuai dengan
penutup ayat ini:
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
(kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu
dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu
bersyukur. Al-Maaidah (5) : 6
Syaikh Shalih Fauzan pula berkata:
Akan tetapi pendapat yang kuat adalah tidak membatalkan (wuduk
apabila menyentuh wanita) secara mutlak, kecuali bila keluar sesuatu
cairan dari orang yang menyentuh dan disentuh, seperti madzi dan
sebagainya. Di dalam keadaan seperti ini, wuduk orang yang
bersangkutan batal disebabkan sesuatu yang keluar darinya dan bukan
kerana memegang. Syaikh Shalilh bin Fazan bin `Abdullah al-Fauzan,
Fatwa-Fatwa Syaikh al-Fauzan, (edisi terjemahan oleh Ali Murtadho
Syahudi, Jakarta, 2004) ms.153
Penulis melihat sewajarnya kita melihat isu ini dengan minda yang
bersih dari sifat fanatik mazhab. Apatah lagi Imam al-Syafi'i
rahimahullah sendiri menganjurkan kita untuk lebih mengutamakan
sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dari pendapat beliau
sendiri dan sekiranya terdapat sunnah Nabi yang bertentangan dengan
pandangan beliau maka tolaklah pendapat beliau. Firman Allah 'Azza
wa Jalla:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-
bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-
Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula
kesudahannya. al-Nisaa' (4): 59
Melalui ayat di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala mewajibkan bagi kita
sekiranya terjadi sesuatu perselisihan pendapat samada dalam perkara
yang pokok atau cabang dalam agama, hendaklah dirujuk semula kepada
al-Qur'an dan al-Sunnah untuk mendapatkan kepastian tentang
pandangan mana yang lebih benar dan tepat. Keengganan mencerminkan
sikap seseorang yang tidak beriman sepenuhnya kepada Allah Subhanahu
wa Ta'ala dan hari akhirat.
Tambahan pula antara manhaj Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
dalam membuat pilihan ketika memberi pandangan adalah sebagaimana
yang dikhabarkan oleh Umm al-Mukminun `Aishah radhiallahu 'anha:
Tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jika diberi dua
pilihan kecuali baginda memilih yang paling mudah diantaranya selagi
tidak mengandungi dosa. Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahih
al-Bukhari, kitab al-Hudud, hadis no. 6786
Penulis melihat hukum batalnya wuduk apabila bersentuhan di antara
lelaki dan wanita agak memberatkan serta menyukarkan umat Islam
terutamanya bagi pasangan suami isteri. Kesukaran ini akan kelihatan
lebih jelas lagi apabila kita terpaksa berasak-asak di dalam keadaan
jumlah orang yang begitu ramai seperti ketika melaksanakan ibadah
haji atau umrah. Untuk meringankan kesukaran ini maka ada pihak yang
mengambil pendirian untuk bertaklid kepada mazhab Imam Ahmad hanya
ketika melaksanakan ibadah haji dan umrah. Saranan penulis kenapa
tidak kembali sahaja kepada sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
yang sememanganya memudahkan umatnya. Sabda baginda
shallallahu 'alaihi wasallam:
Sesungguhnya kalian diutus untuk memberikan kemudahan dan tidak
diutus untuk menyulitkan. Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam
Shahih al-Bukhari, kitab al-Wudhu', Hadis no: 220
Baginda juga telah memerintahkan kita untuk mempermudahkan segala
urusan sebagaimana sabdanya:
Permudahkanlah dan jangan kamu persulitkan. Hadis riwayat Imam al-
Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, kitab al-'Ilm, Hadis no: 69
Semoga kemudahan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala anugerahkan kepada
kita semua akan menjadi pilihan kita kerana mustahil apa yang
datangnya daripada Allah dan Rasul-Nya serta menjadi amalan para
sahabat Nabi radhiallahu 'anhum akan mengandungi unsur-unsur dosa.
Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala hanya menginginkan kemudahan
kepada hamba-hamba-Nya dan tidak mahu memberati kita semua. Ini
sebagaimana Firman-Nya:
…(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh
kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran… al-
Baqarah (2) : 185

Thursday, August 10, 2006

Yasin Sebagai Qalbul-Quran?

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Telah menjadi sesuatu yang masyhur di kalangan orang awam, mereka selalu membaca hadis: “Inna likulli syai-in qalban wa -qalbul quraan yaasiin." Maksudnya: "Bagi setiap sesuatu tu ada hatinya, hati bagi al-Quran ini ialah Yasin." Hadis ini sebenarnya diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzi, dengan beliau mengingatkan bahawa di dalam sanad ataupun rangkaian para periwayat hadis ini ada seorang yang bernama Harun bin Abi Muhammad, syaikhul majhul-seorang yang tidak dikenali.

Para penganalisa hadis yang terdiri di kalangan para ulamak hadis menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkan bahawasanya hadis ini adalah hadis yang palsu. Ini seperti yang disebut oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani (Rahimahullahu Ta'ala) di dalam kitabnya Silsilatul Ahadithi al-Maudhu' ah wad-Dha'ifah. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya hadis ini adalah palsu.

Kita hendaklah ingat bahawasanya hadis palsu adalah haram diriwayatkan oleh seseorang melainkan hendaklah diterangkan tentang kepalsuannya. Ini seperti yang disebut oleh Imam Ibnus Solah di dalam kitabnya yang masyhur berhubung dengan ilmu hadis, yang dikenali sebagai muqaddimah Ibnus Solah. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya haram seseorang meriwayatkan hadis palsu melainkan hendaklah diterangkan tentang kepalsuannya.

Hadis-Hadis palsu ini muncul kerana seseorang menyandarkan kepada Nabi SAW apa yang baginda tidak ucapkan. Mereka mengada-ngada dan mereka-reka ucapan-ucapan Nabi ataupun perbuatan Nabi yang tidak sama sekali pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Ulamak-ulamak hadis mengesan kepalsuan mereka, para periwayat yang memalsukan hadis ini.

Inilah kepentingan ilmu hadis. Baginda SAW memberi amaran tentang akan berlakunya pemalsuan hadis pada akhir zaman. Kata baginda SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (dalam muqaddimahnya) maksudnya, "Akan datang pada akhir zaman golongan dajjal dan pendusta, mereka akan membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah didengari oleh kamu dan emak bapa kamu. Hendaklah kamu berhati-hati dengan mereka."

Inilah keadaan yang paling bahaya, di mana Rasulullah memberi amaran, kata baginda: "Sesungguhnya dusta kepadaku tidak sama dengan dusta kepadaku dengan sengaja maka siap tempat duduknya di dalam api neraka."

Dalam sejarah pemalsuan hadis, ada beberapa golongan yang terlibat memalsukan hadis. Mereka sebahagian besarnya ialah golongan zanadiqah iaitu mereka yang menzahirkan Islam sedangkan hati dan sanubari mereka memusuhi agama. Mereka ini mereka hadis-hadis yang akan mencemarkan kesucian agama, mencemarkan Rasulullah SAW.

Di sebelah pihak yang lain pula, golongan yang mereka hadis ialah golongan zuhhad, iaitu golongan yang cuba safkan diri mereka kepada kerohanian dan kesufian. Mereka kononnya ingin mengajak orang supaya lebih mendekati agama, dengan mereka hadis-hadis yang tidak pernah diucapkan oleh Nabi.

Antara fokus rekaan mereka ialah hadis yang berhubung dengan fadhilat-fadhilat surah yang membabitkan berbagai-bagai surah. Ini yang seperti dilakukan oleh Abu Ismah Nuh al-Jami' yang mereka hadis-hadis berhubung dengan fadhilat surah, konon katanya, "Sesungguhnya aku merekanya disebabkan untuk menggalakkan orang ramai membaca al-Quran kerana mereka terlalu tertumpu kepada sirah-sirah Nabi SAW." Dia melupai perbuatannya itu adalah perbuatan yang haram dan menjerumuskan dia ke dalam api neraka.

Maka dengan itu hendaklah kita mengambil pengajaran dan pengiktibaran. Janganlah kita memudahkan-mudahkan dalam membaca sesuatu hadis terutama yang berhubung dengan fadhilat-fadhilat surah. Hendaklah terlebih dahulu kita merujuk kepada ahli-ahli dan pakar dalam bidang hadis, atau merujuk kepada huffaz iaitu orang-orang yang menguasai bidang hadis yang terdiri daripada para ulamak silam dan para pengkaji hadis yang menguasai bidang ini, sepertimana yang disebut oleh Syeikh Syu'ib Al-Arna'ud (ketika mentahqiqkan kitab besar oleh Imam Zahabi) katanya, "Tidak halal bagi seseorang meriwayatkan hadis-hadis Nabi, melainkan hendaklah dipastikan terlebih dahulu daripada huffaz bahawasanya hadis itu kedudukannya adalah thabit, iaitu pasti daripada Nabi SAW."

Tuesday, August 08, 2006

Hikmah

Best betul nonton drama Hikmah dr negeri Indon. Cerita penuh suspense.. Dpt rasa sedey, gembira dan rasa geram sgt pd yg perwatakan jahat. Yg best ada nama aku, Ana. Hehehe... Lagi buat aku melekat kt tv. Selain tuh, yg paling penting adalah pengajaran buat kite semua sebalik ceritanya. Setiap yg berlaku itu pasti ade hikmah di sebaliknya... pokoknye percaye kpdNya sepenuh hati yg Dia tidak zalim tapi sesungguhnya Dia Maha Adil dan Maha Berkuasa. SubhanAllah..

Aku tak sabar menanti kesudahan citenyer.. tapi ada sambungannya. Ada part 2, Hikmah 2. Alamakkk.. tahan sabar je lah...


Hikmah

Allah tidak akan memberikan cobaan melebihi kemampuan manusia. Barangsiapa yang bertakwa dan berserah padaNya akan selalu mendapat Hikmah-Nya. Ana adalah gadis yatim piatu, yang hidup bersama ibu tirinya, Ibu Eli, seorang peramal. Ibu Eli memperlakukan Ana sebagai anak tiri. Lebih dari itu Ana dianggap sebagai pembawa sial. Ana hanya dimanfaatkan untuk menghasilkan uang. Tino, adik Ana satu ayah, selalu dihasut untuk membenci Ana. Tino yang masih kecil tak berdaya membela Ana dari perlakuan ibunya. Demikian pula halnya dengan Umi, pembantu yang menderita keterbelakangan mental. Sekalipun mereka tak mampu berbuat apa-apa untuk menolong Ana, tapi mereka senantiasa mendoakan Ana, dan akhirnya doa mereka didengar Allah.

Sejak pertama kali melihat Ana, Adrian jatuh cinta pada pandangan pertama. Adrian adalah anak dari keluarga kaya raya. Sekalipun tidak mengenal agama, Adrian pada dasarnya baik hati. Adrian mencari cinta sejati dan tidak pernah mementingkan materi. Hal ini berbeda dengan pandangan keluarganya. Bu Ratna (ibu Adrian) dan Lika (adik Adrian) sangat materialistis dan mementingkan bibit bebet bobot. Mereka menentang hubungan Adrian dan Ana.

Dengan bantuan Hasyim dan Vina (paman dan bibi Adrian) mereka mencoba menggagalkan percintaan Adrian dan Ana. Namun cinta mengalahkan segalanya. Adrian nekad meninggalkan kehidupannya, rela melarat dan menderita hidup bersama Surya (sahabatnya) di rumah susun, demi untuk merebut hati Ana. Dan ketulusan niat Adrian didengar oleh Allah, Adrian akhirnya berhasil meminang Ana. Pernikahan berjalan lancar berkat bantuan Arman, kakak Adrian yang memegang kendali bisnis keluarga Adrian.

Arman adalah pria yang bijaksana, dewasa, dan bertanggung jawab. Arman amat menyayangi adiknya dan mengenal sifat adiknya. Berkat Arman lah keluarga Adrian akhirnya terpaksa menerima Ana. Namun kebencian keluarga Adrian tidak berhenti sampai disitu. Mereka tetap berusaha memisahkan Adrian dari Ana dengan berbagai macam cara. Dalam acara bulan madu, Adrian dan Ana mengalami kecelakaan. Ana selamat namun Adrian menghilang. Semua mengira Adrian sudah meninggal. Namun Ana dengan ketekunannya yakin bahwa Allah tidak akan memisahkannya dari suaminya. Adrian akhirnya ditemukan. Sayangnya setelah siuman Adrian kehilangan ingatannya. Adrian tidak ingat lagi akan masa lalunya.

Hal ini dimanfaatkan oleh keluarga Adrian. Bu Ratna, Lika, Hasyim dan Vina berhasil meracuni dan mempengaruhi Adrian. Kedekatan Ana dan Arman dijadikan senjata untuk menjelek-jelekan Ana dan Arman dimata Adrian. Sampai akhirnya Adrian yang tadinya sangat dekat dengan Arman, menjadi membencinya. Bahkan cinta Adrian yang begitu dalam pada Ana berubah menjadi dendam karena Adrian merasa Ana mengkhianati dan memanfaatkannya hanya demi materi. Tapi kepercayaan dan keteguhan iman Ana mengalahkan segalanya. Ana melewati berbagai cobaan dengan tabah. Kebencian dan caci maki dibalasnya dengan senyum dan kepasrahan. Hanya pada Allah Ana berdoa dan menyerahkan segalanya. Dibalik semua cobaan, pasti ada hikmahnya. Segala penderitaan justru semakin membuat Ana kuat. Sebuah drama percintaan yang sarat dengan nilai nilai keagamaan. HIKMAH mengajak pemirsa untuk berserah hanya kepada Allah dan untuk setia berada di jalanNya meski cobaan mendera. Dibalik segala cobaan pasti ada hikmah yang menanti. Allah memberikan cobaan untuk membuat manusia menjadi lebih kuat dan semakin dekat padaNya.

semakin byk kite pelajari, semakin byk kite tk tahu

askum wrth,

Ilmu..Semua manusia wajib mempelajari ilmu. Tk kira ilmu apa pun asalkan ianya baik utk kita. Ilmu sgt2 luas..luas dr lautan. Byk rahsia kita tk tahu dan rahsia dibongkar setiap hari. Hidup hingga mati, kita tetap terus belajar. Ilmu kalau kita pelajari adanya betul tapi adanya bathil. Byk timbul2 isu sprt umur khadijah berkahwin dgn Rasulluah bkn 40, purdah dan niqab wajib atau tk wajib, tidak batal wudhuk bila menyentuh wanita, kenduri utk arwah itu bida'ah, islam tidak nyanyi mcm nasyid skrg ni, adakah wajib menutup kepala bila masuk tandas, mengkhususkan puasa utk bln rejab dan mcm2 lagi. Telah byk aku jumpa artikel2 yg sungguh menakjubkan.. Selama ini apa kita amalkan adakah ianya benar atau tidak. Mcm ada keraguan..bahaya tuh kerana keraguan itu permainan dr syaiton.

Mahzab..kita tahu ada 4 mahzab.. skrg ni salafy.. ape tuh? Hmm..aku ada beli buku tajuk 'membela sunnah nabi'. Ia terangkan tentang golongan salafy. Belum habis baca lagi... Aku tk tahu mana hadith dhoif, sohih, maudhu' ada lagikan? Kalau kita sebarkan hadith lemah dan palsu maka kita mendustakan Rasulluah saw. Ramai yg cut and paste artikel, (sama kes mcm akulah) tapi adakah ianya bida'ah? Betul ke ada ajaran mcm gini dlm islam atau dr ajaran nenek moyang kita? Walaupun pelajar2 yg belajar tinggi2 sampai PHD pun, belum pasti mereka ini bijak dan mengamalkannya. Kebykkan mengejar sijil, tapi ada tak menghayati ilmu yg dipelajari. Kadang2 kalau aku tk tahu sama ada ianya benar atau tk, aku baca duku artikel tuh pastu aku soal ustd kt kelas lak. Gementar dan takot pulak ustd tuh..Hehe. Aku rasa ustd sendiri pun tk tahu nk jwb ape. Byk!! Byk!! Byk timbul isu2 mcm ni... Aku tk tahu mana nk ikut ni. Mana satu nak percaya.. Haiz.. Kalau lah aku ni bijak, boleh mengkaji tentang agama Islam, boleh aku mempercayainya sbb aku dah jumpa kebenaran dgn mata aku sendiri. Sekarang, bahasa arab aku lom kuat.. tkleh nk gi jauh2. Takpelah, pelan2 je.. Mencari kebenaran itu pun satu jihad.

Monday, August 07, 2006

AFUNDI: Pelaburan ke Neraka

Dalam sebuah hadis Rasulullah, baginda ada menyatakan:

"..sesungguhnya dosa itu risikonya adalah ke neraka"
- Riwayat Bukhari.

Tolong menolong kepada kemungkaran juga adalah salah satu dosa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah:

"Kamu hendaklah tolong menolong kepada kebaikan dan ketaqwaan dan JANGAN kamu tolong menolong terhadap perbuatan dosa dan permusuhan"

Melihat kepada perkembangan semasa, adakah kita dapat lihat program AF sebagai satu program ketaqwaan atau kebaikan? Semua sudah tahu tentang AF, semua sudah kenal siapa mawi, vince dan zahid dan lain-lain lagi. Semua sudah tengok aksi tarikan, pelukan, dedah aurat anak-anak muda berfantasi di atas pentas. Saya rasa tidak ada sebab untuk kita katakan program itu satu program kebaikan atau ketaqwaan. Kalau ada kebaikan sekalipun, tidak cukup untuk menampung perbuatan yang jelas dan terang haramnya. Buka aurat, dedah tubuh, peluk sana sini, itu pun sudah cukup untuk dikategorikan seabgai dosa.

Saya rasa tidaklah terlalu ekstrim pendapat ini. Kerana saya sendiri anti kepada pemikiran ekstrim terutama pada zaman umat Islam jauh daripada agamanya. Kalau program Akademi Fantasi itu boleh dikategorikan sebagai program ketaqwaan, atau sekurang-kurangnya menjana kepada ekonomi dan pertumbuhan negara, mungkin pendapat ini boleh dikatakan ekstrim. Tapi bagi saya, program ini banyak merugikan negara. Pada zaman inflasi sedang naik, masih ramai yang membazir wang dengan mengundi. Pada zaman Pak Lah mahukan peningkata modal insan berasaskan ilmu, masih ramai umat yang leka dalam fantasi mereka nak menjadi orang glamer, berhibur dan semata-mata hiburan. Hiburan meringankan minda, merosakkan pemikiran. Umat tidak menjadi umat yang tahan lasak. Umat sentiasa berhibur takut untuk berjuang.

Sudah berbagai fatwa dikemukakan tentang undian AFUNDI ini haram. Dan sewajarnya pendapat ini diketengahkan kepada umum. Setiap SEN yang diundi menyumbang kepada perbuatan yang haram adalah haram jua berasaskan kepada firman Allah di atas. Dan setiap yang haram akan membawa kepada NERAKA jua akhirnya. Jika anda ada ahli keluarga, sahabat yang suka mengAFUNDI, beritahulah daripada undi orang menari dan menyanyi lebih baik dermakan RM10 kepada PALESTIN.

Derma palestin adalah wajib, undi AF adalah haram. Utamakan yang wajib. Elakkan yang haram.
http://ideologi.muamalat.net/

Saturday, August 05, 2006

Purdah @ NIQAB ?

Imam Nawawi (Syarh Muhazzab) mengatakan pendapat jumhur >> aurat wanita adalah MUKA dan TAPAK TANGAN.

Riwayat : Peristiwa RasuluLlah SAW terlihat wajah seorang wanita kemudian timbul rasa "keinginan" dlm diri Baginda. Kemudian Nabi SAW mendapatkan salah seorang dari isteri2 Baginda SAW. (hingga ke akhir hadith)

Riwayat ini menunjukkan "MUKA" bukan aurat sbb Baginda nampak wajah perempuan tersebut. Adalah MUSTAHIL jika muka itu aurat dan haram diperlihat, tapi NABI tidak melarang perbuatan itu. Klo haram, sudah tentu Nabi SAW akan melarang wanita tersebut memperlihatkan wajahnya.

Cuma ada sbhgn ulamak menyebut memakai purdah @ niqab adalah "sunnatul mustahab" @ disukai.

Jadi, klo nak pakai pun tidak salah sbb dikira beramal dgn salah satu dari qaul ulamak. Tapi pendapat majoriti tetap hanya MUKA dan TAPAK TANGAN yg menjadi aurat bg wanita.

Cuma yg pakai takleh hentam yg tak pakai, begitulah sebaliknya.

Dalam peristiwa Haji, Nabi SAW tidak menyuruh pakai sarung tangan dan menutup muka.

Thursday, August 03, 2006

Perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi menyelenggara orang yang baru menghembuskan nafas terakhir

1 Hendaklah ditutup mata dan mulutnya (jika terbuka).

2 Mengusap dan mengurut seluruh anggotanya khususnya pergelangan- pergelangan tangan, siku, peha, lutut dan kaki. Ini bagi memastikan keseluruhan pergelangan tersebut menjadi lembut bagi memudahkan urusan permandian.

3 Meletakkan satu benda yang berat di atas perutnya dengan tujun agar tidak dimasuki angin.

4 Menyalinkan pakaiannya yang sedang dipakai dengan kain yang dapat menutup seluruh anggota badannya.

5 Setelah itu disunatkan agar disegerakan penyelenggaraan mayat tersebut dengan memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan seterusnya mengebumikannya.

Support them eventhough they are shiites

A fresh wave of appalling atrocity scenes fills television and newspapers, this time from Lebanon. Israel is sparing no effort in destroying Lebanon's infrastructure and killing the civilians. The recent Qana massacre is just one episode of this bloody series.

The war leaves us with the obligation to react positively and to rush to help our brothers and sisters. This is the time for solidarity and unity as taught by Islam. Questions arise about how to help and what roles Muslims should play. Many Muslims are eager to do something, but they do not know how. This folder attempts to give answers.

Unfortunately, some Muslims do not share this spirit. "Why should we help Hizbullah when they are not Sunni Muslims?" they wonder. Some prohibit any form of cooperation or support to the Lebanese resistance; they even prohibit du`aa'. This is a serious issue indeed. The last things we need in this critical situation are disruption and disunity. True, differences do exist between Sunnis and Shiites, but these differences do not exclude the Shiites from the fold of Islam, nor do they excuse forsaking them in their struggle against the Israeli aggression. The folder highlights this issue and presents the scholars' calls to set aside these differences and focus on our common goal.

As we have been witnessing daily atrocities against innocent civilians, wanton destruction of property and infrastructure, and environmental pollution, the folder also presents the Islamic etiquette of war, which prohibits killing women, children, the aged; uprooting trees; and killing animals.

Wednesday, August 02, 2006

Perkara-perkara yang perlu dilakukan menghadapi orang sedang nazak

1) Apabila pesakit sedang menghadapi kematian, disunatkan bagi ahli keluarganya atau sesiapa yang menziarahinya agar membaringkannya dengan memiringkan ke kanan dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Jika perkara ini sukar dilakukan maka hadapkan sahaja mukanya ke arah kiblat dengan meninggikan kepalanya dengan bantal.

2) Disunatkan juga agar mengajarkannya membaca kalimah syahadah iaitu "Lailaha illallah" dengan membisikkan di telinganya dengan lembut dan perlahan berulang kali. Ini sepertimana yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud: "Ajarkan kepada orang yang sedang menghadapi kematian bacaan Lailaha illallah." (riwayat Muslim) Ada hadis riwayat lain yang menerangkan bahawa disunatkan membaca surah Yaasin.

3) Disunatkan juga agar diingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan pengampunannya serta berdoa agar dimatikannya dengan keadaan beriman dengan Allah s.w.t.

4) Dititiskan air di tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai dia tersedak) kerana ada riwayat orang yang sedang sakarat itu kehausan.

5) Disiwakkan (disugi) perlahan-lahan dengan kayu siwak.