Thursday, February 16, 2006

30 Tips Ringkas Tambat Hati Suami

Assalamualaikum wrth..
aku petik tips2 di bwh ni dr majalah muslimah NUR. Overall, oklah utk setiap lapisan wanita muslimah. yg dah berkerja, yg student, yg single, yg sdg hamil, isteri dan utk nenek pun boleh. tapi harganya quite expensive tau. kedai letak harga tipu. mereka sengaja letak sticker harga S$5.90 atas harga original. bila aku buka price tag tuh. harga sebenarnya kat buku RM$5.90 jugak. takkan lah harga mesia dan spore sama kan? ni kes riba'!!! nasib baik aku puas hati dgn isi majalahnyer. kalau tk, wasted seyy...

Kebahagiaan berumah tangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yg dicari, bahkan juga kebahagiaan akhirat. Berikut ini adalah panduan khusus buat para isteri:


  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi anda. Apabila suami balik kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.
  2. Tunjukkan keprihatin dgn bertnaya seara khusu mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (Jika suami dlm mood yg sesuai). Belajar dan berlatih utk mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat. Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami tetapi yg lebih penting, beri prihatian dan simpati.
  3. Luangkan masa yg betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30minit setiap hari kpd suami.
    Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau utk memujuk.
  4. Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian, kacak, keserdahanaan dan seumpamanya)
  5. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai, bergantung pd masa tempat dan jenis profesionnya.
  6. Elakkan suami terpaksa menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.
  7. Apabila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu (lebih baik beritahu drpd tidak diberitahu langsung)
  8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah dgn semata-mata dgn ikhlas dan gembira dgn tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesunggunya Allah sgt gembira perbuatan demikian.)
  9. Ucapkan kata-kata sayang yg romantik pd suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah tunggu hingga sejuk.
  10. Apabila suami sejuk, beritahu suami perkara yg menganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  11. Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua perkerjaan yg sedang dilakukan (jika boleh.)
  12. Apabila ingin memesan barang utk dibeli oleh suami, senaraikannya.
  13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  14. Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebyk 7 kali.
  15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara perkara penting atau kecemasan. Telefonlah dgn lebih kerap apabila suami mengalakkannya.
  16. Jika suami perlu menjauhkan dirisekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
  17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg menerlukan penelitian.
  18. Apabila minta bantuan suami, ternangkan pdnya dgn jelas mengenai kerja rumah yg perlu bantuan. Beri pilihan kerja yg disukainya. Jangan memerintah tetapi gunakan perkataan yg lemah lembut.
  19. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
  20. Jangan menunjuk-nunjuk bahawa kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demekian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apablia tersesat jalan.
  21. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah suami.
  22. Jangan tukar-tukar saluran televisyen apbila menonton bersama-sama suami.
  23. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
  24. Apabila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
  25. Buatlah air minuman utk suami tanpa diminta.
  26. Apabila makan diluar, berilah peluang pd suami utk memilih tempat/meja yg disukai. Tanyakan pd suami bagaimana kita perlu berkelakuan di khalayak ramai ketika berada di sisinya.
  27. Beri layanan istimew pd suami di hari-hari istimewa. Sesekali pergi "dating" atau "berbulan madu"
  28. Jika suami melakukan keslahan atau kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras"
  29. Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.
  30. Urut mengurut suami dr semasa ke semasa.

Monday, February 13, 2006

Jagalah Kelakuanmu Ketika Berhijab!

Image hosting by Photobucket wahai kaum hawa.. jagalah auratmu sebagaimana telah diperintahkan Allah s.w.t. Akan tetapi, lindungilah auratmu dgn hati yg ikhlas. bukan semata2 utk mendpt pujian dari insan2 biasa.


kali ini, inginku membahas tentang kehijaban(purdah) wanita. mmg tidak ada salahnya berhijab. kerana penghijaban itu adalah sebahagian dari sifat taqwa. akan tetapi, jgn sampai menimbulkan fitnah kpd wanita2 yg benar2 bertaqwa.


Adab berhijab:-

*tidak meninggikan suara di khalayak ramai

*kurang berbual kosong

*bersifat rendah diri

*menjauh perbuatan dari menarik perhatian orang ramai


itulah adat2 yang mesti dijaga dgn sempurna. dan yang terpenting sekali ialah berhijab dari hati nurani dgn ikhlas.


kpd kakak2 dan adik2 ku yg dikasihi.. bersama2 inginku mengingatkan diri ku sendiri, lindungilah aurat kita dgn sempurna. semoga Allah sentiasa memberi hidayahNya kpd kami dan sekelian umat Islam.. amienn~


harap maaf jika ada salah guna bahasa dan menghiriskan hati. tlg betulkan diri saya ini jika seandainya ada yg tersilap.


sekian..waAllahu'alam...

Berperilaku Halus

AlDakwah.org---Disebutkan dalam Hadits-Hadits berikut:
"Dari Abu Huraihah ra,ujarnya: Rasulullah saw bersabda: "Nasihatilah para wanita itu baik-baik, karena wanita itu diciptakan dari tulang rusuk; dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang teratas. Jika engkau berlaku keras dalam meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Akan tetapi, jika engakau biarkan dia, tentu akan tetap bengkok. Oleh karena itu, berikanlah nasihat baik-baik kepada para wanita." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw bersabda: "Orang mu'mim yang paling baik imannya yaitu yang paling baik akhlaqnya; dan orang yang paling baik di antara kamu yaitu orang yang sangat baik kepada istrinya." (H.R. Bukhari)
Penjelasan:

Perilaku halus & mulia ialah perilaku yg tidak menyakitkan hati org lain. Perilaku ini bisa tercermin pd ucapan & perbuatan. Kalau ada seseorg yg berbicara dgn kata-kata yg halus tetapi isinya menyakitkan hati yg mendengarkan, org semacam itu berperilaku kasar kpd org lain.

Adapun perilaku kasar adalah perilaku yg menyakitkan org lain, baik secara fisik maupun secara mental. Memukul, misalnya, secara fisik menimbulkan rasa sakit pd yg dipukul. Membentak atau memarahi secara semena-mena juga akan menimbulkan rasa sakit pd perasaan yg dimarahi.

Perlakuan kasar semacam ini sudah tentu tidak disukai olh siapa saja, sekalipun olh org uang berbuat keliru atau salah, krn setiap orang pd dasarnya menghendaki sikap ramah atau halus walaupun berbuat salah.

Hadits pertama memerintahkan kpd para suami utk tidak berbuat kasar dlm meluruskan kesalahan-kesalahan istrinya. Para suami hendaknya membetulkan kekeliruan istrinya dgn cara-cara yg halus & baik.

Hadits kedua memuji suami yg memperlakukan istrinya dgn baik & mulia. Oleh krn itu, Rasulullah saw sendiri memberi contoh bagaimana beliau memperlakukan istri-istrinya dgn lembut & ramah.

Kehidupan rumah tangga tidak selalu berjalan dgn mulus. Hampir setiap saat muncul permasalahan yg bisa menimbulkan perselisihan , pertengkaran & percekcokan antara suami istri. Bila suami org yg berperilaku atau kejam, ia tidak akn segan-segan berbuat kasar & kejam kpd istrinya. Sudah tentu perlakuan kasar semacam ini tidak diinginkan olh setiap istri walau berbuat salah.

Istri yg mendapatkan suami berperilaku kasar & kejam akn selalu menjadi sasaran kekasaran & kekejaman suaminya. Ia besar kemungkinan akn lebih byk mengalamai penderitaan fisik & mental drpd menikmati suasana bahagia & sejahtera lahir bathin. Byk kasus kita temukan di tengah masyarakat bahwa perilaku suami yg kasar & kejam kpd istrinya dpt menyebabkan penderitaan fisik & mental istri dan anak-anak selama-lamanya.

Utk mencegah terjadinya tindakan kasar suami terhdp istri, perlulah para perempuan sejak dini benar-benar mengamati & meneliti perilaku calon suaminya apakah dia termasuk org yg suka berbuat kasar & kejam ataukah org yg berperilaku halus & mulia. Cara yg dpt ditempuh antara lain:

Memperhatikan kebiasaan dirinya & keluarganya apakah mereka suka berbuat kasar & kejam atau tidak.
Menanyakan kpd teman-teman atau tetangga dekatnya apakah yg bersangkutan atau keluarganya sehari-hari berperilaku ramah & halus atau kasar & kejam kpd org.
Menanyai para pembantu atau pelayan, jika punya, apakah mereka sering diperlakukan kasar & kejam atau diperlakukan halus & terhormat.
Mengajukan sejumlah pertanyaan yg bersifat tes psikologis sehingga dpt diketahui apakah dia tipe org yg kasar & kejam atau halus & mulia. Utk mencegah agar para perempuan tidak terperangkap dlm rumah tangga yg dikuasai olh suami dgn perilaku kasar & kejam, setiap perempuan yg hendak menikah harus benar-benar memperhatikan sifat & perilaku calon suaminya.


Jika ternyata ia seorg yg berperilaku kasar & kejam, hendaklah ia menjauhinya & menunggu serta memohon kpd Allah utk diberi ganti dgn lelaki lain yg memenuhi harapannya sbg suami yg baik. Ia sebaiknya tidak tergesa-gesa menerima lamaran seorg laki-laki yg belum jelas perilakunya. Ia hendaklah mengadakan penyelidikan yang sungguh-sungguh supaya terjauh dr malapetaka fisik & mental kelak sesudah berumah tangga.***

Thursday, February 09, 2006

Hukuman Menghina Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam

Hukuman Menghina Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam

Bentuk-Bentuk Menghina Rasul

Imam Ibnu Taimiyah dalam bukunya "Ash Sharim Al Maslul 'ala Syatimi Ar Rasul" telah menjelaskan batasan tentang tindakan orang-orang yang menghina Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai berikut:

"Kata-kata yang bertujuan menyalahkan, merendahkan martabatnya, kemudian melaknat, menjelek-jelekkan, menuduh Rasululullah Sallallahu 'alaihi wa sallam tidak adil, meremehkan serta mengolok-olok Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam"

Ibnu Taimiyah menukil pendapat Al Qadhi 'Iyadh yang menjelaskan bentuk-bentuk penghinaan Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam sebagai berikut:

"Orang-orang yang menghina Rasululah Sallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang-orang yang mencela, mencari-cari kesalahan, menganggap pada diri Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam ada kekurangan atau mencela nasab (keturunan) dan pelaksanaan agamanya. Selain itu, juga menjelek-jelekkan salah satu sifatnya yang mulia, menentang atau menyerupakan Rasululah Sallallahu 'alahi wa sallam dengan orang lain dengan niat untuk mencela, menghina, mengecilkan, memburuk-burukkan dan mencari-cari kesalahannya. Maka orang tersebut adalah yang orang yang telah menghina Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam terhadap orang tersebut, ia perlu dibunuh . . ."

Hukuman mati

Imam Asy Syaukani menukil pendapat para fuqaha antara lain pendapat Imam Malik yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani, dan sebagainya, yang menghina Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam terhadap mereka perlu dijatuhi hukuman mati, kecuali apabila mereka bertaubat dan masuk Islam. Sedangkan bagi seorang Muslim, ia harus dilaksanakan tanpa diterima taubatnya. Imam Asy Syaukani mengatakan bahawa pendapat tersebut sama dengan pendapat Imam Syafi'i dan Imam Hambali.

Imam Asy Syaukani dalam kitab "Nailul Authar" jilid VII, halaman 213-215, mengemukakan dua hadis tentang hukuman bagi penghinaan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.

Diriwayatkan dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib Radhiallahu 'anhu yang berbunyi:

"Bahawa ada seorang wanita yahudi yang sering mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam (oleh kerana perbuatannya itu), maka perempuan itu telah dicekik sampai mati oleh seorang lelaki. Ternyata Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam menghalalkan darahnya". (HR Abu Daud)

Ibnu Abbas telah meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi, bahawa ada seorang lelaki buta yang isterinya sentiasa mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. Lelaki itu berusaha melarang dan memperingatkan agar isterinya itu tidak melakukannya. Sampai pada suatu malam (seperti biasanya) isterinya itu mulai lagi mencela dan menjelek-jelekkan Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam. (Merasa tidak tahan lagi), lelaki itu lalu mengambil kapak kemudian dia tebaskan ke perut isterinya dan ia hunjamkan dalam-dalam sampai isterinya itu mati. Keesokan harinya, turun pemberitahuan dari Allah Subhanahu wa ta'ala kepada Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam yang menjelaskan kejadian tersebut. Lantas, hari itu juga Baginda Sallallahu 'alaihi wa sallam mengumpulkan kaum muslimin dan bersabda:

"Dengan menyebut asma Allah, aku minta orang yang melakukannya, yang sesungguhnya tindakan itu adalah hakku; mohon ia berdiri."
Kemudian (kulihat) lelaki buta itu berdiri dan berjalan dengan meraba-raba sampai ia turun di hadapan Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam, kemudian ia duduk seraya berkata:

"Akulah suami yang melakukan hal tersebut ya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. Ku lakukan hal tersebut kerana ia sentiasa mencela dan menjelek-jelekkan dirimu. Aku telah berusaha melarang dan selalu mengingatkannya, tetapi ia tetap melakukannya. Dari wanita itu, aku mendapatkan dua orang anak (yang cantik) seperti mutiara. Isteriku itu sayang padaku. Tetapi kemarin ketika ia (kembali) mencela dan menjelek-jelekkan dirimu, lantas aku mengambil kapak, kemudian menebaskannya ke perut isteriku dan menghujamkan kuat-kuat ke perut isteriku dan menghujamkan kuat-kuat sampai ia mati.

Kemudian Rasululah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Saksikanlah bahawa darahnya (wanita itu) halal" (HR. Abu Daud dan An Nasa'i)

Siapa pelaksananya ?

Empat belas abad yang lalu, tepatnya di kota madinah pada masa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam ada seorang munafiqun yang bernama Abdullah bin Ubay bin salul. Ketika itu ia bersumpah:

"Demi Allah, apabila aku kembali ke Madinah, tentu orang yang paling mulia akan segera mengusir orang yang paling hina."

Maksud Abdullah bin Ubay adalah bahawa dirinya yang ketika itu termasuk pemimpin di antara pemuka kalangan munafiqun yang menganggap lebih mulia daripada Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam; dan bahawasanya Rasulullah Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam itu adalah orang yang paling rendah martabatnya di antara mereka. Dengan demikian, Baginda tidak layak lagi memimpin mereka. Begitulah maksud Abdullah bin Ubay.

Berita tersebut didengar oleh Zaid bin Al Arqam, kemudian ia menyampaikannya kepada Umar. Umar sangat geram mendengar hal ini, lalu ia melapor kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. Dengan menahan emosi, ia berkata, "Izinkan aku, ya Rasulullah, untuk membunuh orang itu, orang yang telah menyebarkan fitnah, agar aku dapat memancung lehernya."

Mendengar permintaan Umar itu, Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam lalu bertanya, "Apakah engkau akan membunuhnya, bila ku izinkan engkau melakukannya?"

Umar menjawab, : "Ya tentu. Demi Allah, jika engkau memerintahkan kepadaku untuk membunuhnya, maka aku akan memancung lehernya, (sekarang juga)."

Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam berusaha menenangkan emosi Umar, seraya berkata "Duduklah dulu".

Tak lama kemudian, datanglah salah seorang terkemuka dari kalangan Anshar yang bernama Usaid bin Hudhair. Ia kemudian berkata "Ya Rasululullah, izinkanlah aku untuk memancung leher orang yang telah menyebarkan fitnah di tengah masyarakat itu"

Kembali Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam berkata seperti apa yang dikatakan Baginda kepada Umar: "Apakah engkau akan membunuhnya, bila ku izinkan engkau melakukannya?"

Usaid bin Hudzair menjawab: "Ya tentu saja. Demi Allah, jika engkau memerintahkan kepadaku untuk membunuhnya, maka aku akan memancung lehernya, (sekarang juga)."

Tetapi, lagi-lagi Rasulullah tidak mengizinkan Usaid melepaskan geramnya.

Berbeza dengan itu, setelah usai Perang Badar, seorang gembong Yahudi bernama Abu 'Afak terus menerus menampakkan permusuhannya pada Islam dan melakukan penghinaan pada Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam. Diantaranya ia menyuruh penyair untuk membuat sya'ir-sya'ir yang mengandung cacian, celaan, cercaan, dan penghinaan terhadap Nabi Sallallahu 'alahi wa sallam. Mendengar hal ini, tanpa banyak komentar seorang sahabat bernama Salim bin Umar mendatangi rumah Abu 'Afak. Kemudian ia menebaskan pedangnya di leher Abu 'Afak sehingga seketika itu juga matilah dia.

Juga pernah suatu waktu ada seorang Yahudi bernama Asma binti Marwan yang sangat membenci Islam. Ia selalu melontarkan perkataan-perkataan yang mengandung penghinaan terhadap Nabi dan Islam. 'Umair bin 'Auf, salah seorang sahabat Nabi mendatangi rumah Asma lalu menancapkan pedang ke dadanya. Ia pun mati. Mensikapi kedua kejadian terakhir ini Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam mendiamkannya.

Demikianlah, sikap Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam tidak mengizinkan membunuh orang munafik Abdullah bin Ubay kerana Baginda khuatir orang-orang mengatakan "Muhammad telah membunuh sahabat-sahabatnya". Bahkan Baginda bersedia mensolatkannya ketika ia meninggal. Namun, Allah segera menurunkan larangan tentang hal itu (lihat surat at Taubah ayat 84). Sementara, untuk kes lainnya, pelaksananya adalah para sahabat yang gagah berani dengan seizin Rasulullah sebagai Kepala Negara.

Wallahu a'lam bissawaab
Wassalam

Beberapa point dan saranan Dr Yusuf al-Qaradhawi

Assalamu'alaikum warohamtullah,

Beberapa point dan saranan Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. yang dapat di
kutip dari akhbar IslamOnline (lapuran khutbah Jumaat pada 3-2-2006)
di Masjid Umar al-Khattab, Doha) :-

- menuntut agar diwujudkan enakmen undang-undang bagi mempertahankan
tempat-tempat suci dan Nabi-Nabi

- Kerajaan dan Umat negara-negara Islam dan Arab hendaklah memberi
tekanan kepada organisasi antarabangsa agar diwujudkan undang-undang
ini, bukan sahaja mendapatkan kema'afan dari akhbar-akhbar tersebut,
tetapi memberi peluang kepada orang-orang Islam menulis di
akhbar-akhbar mereka selama 1 bulan bagi mempertahankan Nabi .

- Adalah menjadi kewajipan umat Islam didalam perkara ini menjalankan
BOIKOT keatas semua barangan-barangan dari negara-negara yang berani
menghina Rasulullah ; kerana setiap sen dari pembelian barangan
tersebut akan pergi kepada kerja-kerja ini. Tugas Kerajaan adalah
melakukan BOIKOT POLITIK dengan cara menarik balik Duta dari Denmark,
dan menutup kedutaan mereka di tempat mereka.

- Umat Islam hendaklah merasa marah dan cemburu terhadap Agama dan
Nabinya, dan mempamerkan bahawa mereka tidak dapat menerima
perkara-perkara seperti ini.

- Beliau beranggapan bahawa : Ini adalah Fardu Ain keatas setiap orang
Islam disemua tempat, dengan membaca hadith : Demi DiriKu ditanganNya,
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintaiKu lebih dari Bapa,
Anaknya dan keseluruhan manusia.

- Beliau memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan Arab agar jangan
memisahkan diri dari rakyatnya, katanya : mereka hendaklah berdiri
dibelakang rakyatnya seperti berada didalam sebuah kapal yang
sama...keatas orang Islam beliau menyeru agar bersatu bagi berhadapan
dengan musuhnya, dan membuktikan bahawa mereka menjawab penghinaan
yang dilontarkan keatas Nabi dan maruah mereka.

- Kepada Kerajaan negara-negara Barat beliau berkata : mereka tahu
akan sikap prokrastinasi atau sokongan mereka keatas akhbar-akhbar
ini, atau kerajaan-kerajaan mereka membentuk TERRORISME yang mereka
sendiri mendakwa menentangnya, dan jika kerajaan mereka tidak
bertindak, maka akan menjadi alasan kepada individu-individu tertentu
yang akan mengambil tindakan sendiri menuntut bela keatas Nabi mereka,
dan mereka akan melakukan keganasan-keganasan yang baru.

- Beliau mengajak semua orang Islam agar : tidak mencampur-adukkan apa
yang berlaku dengan orang-orang Kristian yang hidup dinegara kita.

- Keatas akhbar-akhbar Eropah yang melakukan penerbitan tersebut kata
beliau : ini merupakan jenayah yang paling teruk yang tidak prihatin
terhadap manusia, tetapi mencederakan maruah dan kehormatan ketas
billion umat Islam.

- Mengenai justifikasi mereka terhadap kebebasan memberi pendapat,
beliau berkata : ini merupakan satu tindakan yang kurang ajar yang
tidak boleh kita terima dari apa-apa alasan mereka, dan perkara
penghinaan ini tidak mungkin dapat mereka lakukan keatas keluarga dan
ibu mereka atas nama kebebasan berfikir dan tidak juga dari demokrasi.

Sekian, wassalam


sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2006-02/03/article06.shtml
---------------

Link audio khutbah al-Qaradhawi :
islamonline.net//Arabic/daawa/menbar/khutba/2006/02/gumma_01/01.shtml