Thursday, March 30, 2006

...: HALAL & HARAM :...


...: HALAL & HARAM :...


The following ingredients should be avoided by all Muslims:
Lard All forms should be avoided except for Plant/Microbial/Synthetic.

The fat of pigs or hogs melted down and made clear. Lard is made especially of the internal fat of the abdomen and is used in cooking.
(Source: World Book Dictionary Millennium 2000 Edition)

Gelatin An odorless, tasteless, protein substance like glue or jelly obtained by boiling the bones, hoofs, and other waste parts of animals. It dissolves easily in hot water and is used in making jellied salads and desserts, camera film, and glue.
(Source: World Book Dictionary Millennium 2000 Edition)

Pepsin An enzyme in the gastric juice of the stomach that helps to digest meat, eggs, cheese, and other proteins.
(Source: World Book Dictionary Millennium 2000 Edition)

Enzymes Microbial Enzymes are okay

A protein substance produced in living cells, that influences a chemical reaction within a plant Or animal without being changed itself an organic catalyst. Enzymes help break down food so that it can be digested. Pepsin is an enzyme.
(Source: World Book Dictionary Millennium 2000 Edition)

Rennet Substance containing rennin, obtained from the stomach of a calf or other ruminant, used for curdling milk in making cheese and junket.
(Source: World Book Dictionary Millennium 2000 Edition)

They Should be avoided unless it is made using vegetables.
The watery part of milk that separates from the curd when milk sours and becomes coagulated or when cheese is made.
(Source: World Book Dictionary Millennium 2000 Edition)
Rennet is used to curd the milk. Whey should be avoided because the rennet used to curd the milk could be from a haram or non-Zabihah animal.

Vanilla Extract A flavoring extract made from the vanilla bean and used in candy, ice cream, and perfumes.
(Source: World Book Dictionary Millennium 2000 Edition)
The flavor extracted from vanilla beans is soluble only in alcohol. Documentation from a distributor of vanilla extract shows that the ingredient contains over 50% alcohol.

IMPORTANT: Look out for these ingredients when you shop. Always remember to read the ingredients before you buy any food product.

----------------------------------------------------------------

What is HALAL?

"Halal" is a Quranic Term, which means 'Lawful' or 'Permitted'. Sometimes it is translated as 'Acceptable' or 'Not forbidden'. Halal foods and drinks are permitted for consumption by Allah- the supreme lawgiver. In the Holy Quran, Allah commands Muslims and all of mankind to eat of the Halal things. Eating Halal is obligatory.

What is HARAM?

The opposite of 'Halal' is "Haram", which means 'Unlawful' or 'Prohibited". The other words used for Haram is 'Unacceptable' or 'Forbidden'. Haram foods and drinks are absolutely prohibited for consumption by Allah. Eating Haram is forbidden for every Muslim. If a Muslim consumes Haraam foods, he would be sinful.


The following products are definitely Halal:

1.Milk (from cows, sheeps, camels or goats).
2.Honey.
3.Fish.
4.Plants which are not intoxicant.
5.Fresh or naturally frozen vegetables.
6.Fresh or dried fruits.
7.Legumes like peanuts, cashew nuts, hazel nuts, walnuts, etc.
8.Grains such as wheat, rice, rye, barley, oat, etc.

Animals such as cows, sheep, goats, deer, moose, chickens, ducks, game birds, etc., are also Halal, but they must be Zabihah (slaughtered according to Islamic Rites) in order to be suitable for consumption. The procedure is as follows: the animal must be slaughtered by a Muslim by putting the animal down on the ground (or holding it if it is small) and slitting it's throat with a very sharp knife to make sure that the main blood vessels are cut. While cutting the throat of the animal without severing it, the person has to recite "Bismillah Allah-u-Akbar".


The following items have been categorically spelled out as being Haram:

1.Pig/Swine/Pork and its by-products.
2.Blood and and blood by-products.
3.Carnivorous animals.
4.Reptiles and insects.

Halal animals which are not slaughtered according to the Islamic Law.
Animals killed in the name of anyone other than God.
The bodies of dead animals or dead before slaughtering.
Alcohol and intoxicants such as Wine, Ethyl Alcohol, and Spirits etc.

The above mentioned items are Haram and should be strictly avoided by all Muslims.




Foods containing ingredients in the following are example of Mushbooh:

-Gelatin.
-Enzymes.
-Emulsifiers.
-Lard.
-Glycerol/glycerin etc.

Muslim should avoid such foods containing Mushbooh or questionable ingredients. Before consuming such items, we have to confirm the source of these ingredients.


What Is Mushbooh?

"Mushbooh" is an Arabic term which means 'doubtful' or 'suspected'. If one does not know the Halal or Haram status of a particular food or drink, such a food or drink is doubtful. A practicing Muslims prevents himself from consuming doubtful things.



Wednesday, March 29, 2006

Baru ana tahu bagaimana demam harus dijaga... Dan ianya ada dalam hadith.

Hadith Asma' r.a:
Bahawa pernah ada seorang wanita yang gelisah kerana demamnya yang teruk, beliau dibawa berjumpa Asma', lalu Asma' meminta air kemudian menyiramnya ke dalam baju wanita itu.

Asma' berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sejukkanlah kepanasan demam itu dengan air. Baginda juga bersabda: Sesungguhnya panas itu adalah dari didihan Neraka Jahanam

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4098

Baru sekarang Ana tahu...

Saturday, March 25, 2006

nape aku tulis???

Amalan menulis jurnal dapat membantu mengurangkan tekanan, menenangkan jiwa dan mengurangkan kerisauan. Bahkan, kajian mengatakan hampir semua orang yang hebat di dunia menulis diari setiap hari.


Semuga dengan adanya jurnal harian, aku dapat mengimbas kembali amalan-amalanku yang lampau. Muhasabah diri / Self Rectification

Wednesday, March 22, 2006

Ketika Bidadari Turun ke Bumi

Dalam buku Temasya ke Syurga, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mengisahkan tentang bidadari-bidadari syurga. Bidadari-bidadari itu adalah wanita yang menyenangkan dipandang mata dan mententeramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Ia memiliki akhlak yang paling baik, gadis, kaya akan cinta dan umurnya sebaya. Siapakah orang yang beruntung mendapatkannya? Siapa lagi kalau bukan orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah, orang-orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah.

Bidadari-bidadari bumi pula sudah ada semenjak Islam mulai bangkit lagi. Seperti apakah bidadari bumi itu? Apakah dia anak, adik, saudara perempuan atau apakah ia isteri dan ibu kita, atau ia hanya berupa angan yang sebenarnya boleh kita realisasikan, tapi syaitan kuat menahan?



Setiap perempuan BOLEH menjadi bidadari bumi,

seperti apakah ciri-cirinya?

1. Ia adalah wanita yang paling taat kepada Allah. Ia senantiasa menyerahkan segala urusan hidupnya kepada hukum dan syariat Allah.

2. Ia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya.

3. Ibadahnya baik dan memiliki budi pekerti serta akhlak yang mulia.

4. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Ia senantiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya.

5. Ia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islami. Jika dilihat menyenangkan dan mententeramkan bila berada dekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah.

6. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya.

7. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya.

"Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" (HR Muslim)

Ya Allah jadikanlah aku, ibuku, kakak dan adikku serta perempuan-perempuan di sekelilingku menjadi bidadari bumi. Agar kelak di syurga kami tidak canggung lagi.

Amin...


Monday, March 20, 2006

Tip Bermalam Di Rumah Mentua

  1. Tolong sama-sama memasak atau menyediakan hidangan mkn mlm. Selepas mkn, basuh pinggam jgn pula biarkan adik ipar apa lagi mak mentua yg membasuhnya. Alahaiii......
  2. Kalau tdk pandai memasak, ckplah terus trg. Jgn pula buat-buat pandai nanti satu isi rumah terpaksa mkn di luar. Tetapi jgn pula lps tgn. Tolong apa yg perlu & tunjukkan dlm perbualan bhw anda ingin bljr memasak masakan yg dimasak.
  3. Pandai pandailah membawa diri, jgn terlalu bergantung pd suami. Sesekali berilah kebebasan pdnya. Lagi pun tdk elok di pandang mak mentua. Nanti dikatanya, anaknya kena 'control' dek menantu.
  4. Selepas mkn, duduk-duduklah bersembang dgn keluarga suami. Tmpt duduk anda yg paling sesuai waktu ini ialah di sblh mak mentua, apa lagi jk anda berdua jarang-jarang bermlm di rumah mereka. Jk perlu, sediakan kopi atau teh panas.
  5. Jgn masuk bilik tidur selagi mak mentua belum masuk tidur. Kecuali jk ramai ipar duai & mlm tlh larut.
  6. Jk biarkan dia dgn ayah mentua atau dgn adik-beradiknya yg lain. Mungkin itulah peluang mereka utk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Jgn suruh dia masuk tidur. Rasanya dia sedia memahami. Lagi pun apa salahnya sesekali dia hendak bersembang dgn adik-beradik dan ipas duainya.
  7. Pakai baju tidur yg sopan. Kalau pun anda sudah terbiasa mengenakan 'lingerie' atau baju tidur seksi, tapi di rumah mentua, pakailah yg sopan sedikit. Masih boleh mengenakan 'lingerie' tetapi hanya ketika di dlm bilik tidur. Igt baju tidur yg anda pakai tadi, hendaklah diletakkan di tepi katil. Manalah tahu jk mentua mengetuk pintu bilik tgh-tgh mlm, mudahlah anda mencapainya.
  8. Apa kata jk tangguhkan dulu soal seks? Itu pun jk suami bersetuju. Bkn apa, malu juga jk mentua & adik-adik ipasr tgk rambut kita basah esok pagi. Tapi jk terpaksa mandi wajib juga, mandilah seawal-awalnya.
  9. Walaupun tidur lewat atau sudah biasa bagun pagi lewat, tapi kali ini anda kena bangun awal. Kalau takut tdk terjaga, pasang 'alarm' telefon bimbit. Tolonglah mak mentua apa yg patut. Terutamanya menyediakan sarapan pagi.
  10. Jgn sesekali tunjukkan rasa kekok jk terpaksa bermlm di rumah mentua yg tdk berbilik. Jk anda menunjukkan rasa tdk selesa, ini akn membuat mentua anda akan rasa rendah diri & sedikit sebyk akan menjadikan hubungan anda dgn mentua tdk mesra. Jk rasa rendah dirinya itu diberitahu kpd ipar duai anda, ia akn melahirkan rasa kecil hati ipar duai terhdp tingkah laku anda trhdp ibunya.
  11. Anda juga perlu sesekali peka & bertanya khabar kesihatan mentua jk mentua kelihatan kurang sihat. Ini akan mengambarkan anda seorg menantu yg mengambil berat ttg kesihatan mentua & membuat dia berasa makin dekat dgn anda.
  12. Lahirkan juga rasa seronok apabila berada di rumah mentua. Seronok dgn suasana & hawa yg sejuk pd waktu mlm & pemandangan yg indah pd waktu pagi.
  13. Jk ada sesuatu keadaan yg kurang selesa buat anda dgn suasana keluarga mentua ketika itu, anda dinasihatkan mengabaikan rasa tersebut buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya utk mengambil & menjaga hati mentua dan suami anda.
  14. Jgn sampai suami menyuruh anda berbuat sesuatu. Perbuatan sprt ini akn mengambarkan anda tdk peka dlm menjaga mkn minum & kesihatan suami di mata mentua.
  15. Yg terakhir, jgn lupa solat sebelum mentua anda solat.

Aku Hanya Manusia Biasa


Tadi pagi aku berkaca Image hosting by Photobucket
Ternyata…

Aku hanya manusia biasa



Yang juga takut untuk jalani

Esok hari yang masih tidak pasti



Aku takut tidak temukan cinta

Yang akan mendampingi

Menyusuri dunia

Dan memasuki yang sesudahnya



Aku takut

Anak-anakku jadi narapidana

Atau pengkhianat agama

Atau pencemar nama keluarga



Aku takut nanti aku mati seorang diri

Tak ada orang tercinta mengantar pergi

Menuntun mengucap syahadat

Ketika nafasku semakin pendek dan berat



Aku tatap sang kaca lagi

Kutangkap tatapan manusia biasa

Yang lebih katakutan dari sebelumnya



Ya, ada satu takut yang paling menakutkan



Aku takut kehilangan rasa bahagia

Ketika kening sujud pada Sang Pemilik Jiwa

Aku takut kehilangan rasa rindu

Pada Engkau, Wahai Penjaga Qalbu



Cukup dengan cintaMu

Aku akan sanggup melawan

Seisi dunia ketakutan



Dengan Cinta,

Seorang manusia biasa

Tips ketika bertengkar

Dlm sesebuah perkahwinan jk tdk prnh berlaku peretengkaran itu menandakan matinya emosi. Namun bkn bererti pertengkaran itu bagus. Dia tetap ada baik dan buruknya. Apabila ada sesuatu yg tdk diingini pd pasangan, akn berlakulah pertengkaran. Ini berlaku dgn hrpan perkara yg tdk baik pd pasangan itu akn hilang. Pertengkaran sebnrnya suatu proses di mana pasangan itu akn hilang. Pertengkaran sebnrnya suatu proses di mana pasangan suami isteri itu mulai cuba utk menyatukan cita rasa, tujuan, keinginan dan cara hidup mereka. Utk proses tersebut, setiap pasangan perlu berbincang dan meluahkan isi hati. Dlm proses itu, tdk mustahil jk berlaku pertengkaran. Tdk dinafikan, ada yg enggan berbincang krn takut berlaku pertengkaran. Mereka lebih rela memendamkan saja perasaan dan berhrp segalanya akn berubah menjadi suatu hari nanti. Lalu hari-hari mendtg dilalui dgn perasaan yg terpendam. Sdgkan pasangannya, langsung tdk tahu apa yg terpendam dlm hati pasangannya.

Tips Ketika Bertengkar

  1. Jgn sesekali mencari atau mengungkit kelemahan pasangan. Tujuan pertengkaran itu hanya utk menyelesaikan sesuatu masalah dan ingin mencari jln penyelesaiannya. Bkn mencari kemenangan.
  2. Tumpuan hendaklah hanya kpd pokok permasalahan bkn hingga meleret-leret kpd perkara yg tdk berkenaan. Krn cara ini akan menjurus pertengkaran besar.
  3. Jgn sesekali menggunakan kata nama 'kau' atau 'aku', sebaliknya gunakan nama yg selalu digunakan. Jk anda selalu memanggil pasangan dgn panggilan 'sayang', terus gunakan panggilan tersebut.
  4. Elakkan drpd mengeluarkan perkataan-perkataan yg kesat dan menyakitkan. Sprt 'kau memang bodoh', 'ini semua salah engkau' dan sbgnya. Sebaiknya gunakan perkataan yg lebih lembut sprt 'abang tidak seharusnya melakukan perkara itu', atau 'abang tidak rasa, tindakan sayang itu betul' atau 'maaf, saya tidak rasa keputusan abang itu tepat. Abang seharusnya......'
  5. Jgn sesekali bertengkar di tmpt tidur atau di hdpn rezeki.
  6. Pastikan tdk di hdpan anak-anak krn akn membuatkan mereka bingung, tertekan dan boleh menyebabkan mereka membuat andaian sendiri, bhw ayah atau ibu mereka bersalah. Dan lagi, biasanya anak-anak tdk pandan menyimpan rahsia. Tdk mustahil perkara itu akn diceritakan kpd org lain.
  7. Sentiasa membatasi kesabaran. Jgn sesekali sehingga bertindak menggunakan fizikal. Sprt memukul, melemparkan brg-brg dan sbgnya krn ia akn mendtgkan kesan yg lebih buruk, sdgkan masalah tidak juga selesai.
  8. Jgn sesekali membenarkan org ke-3 masuk campur dlm pertengkaran anda. Sprt ibu, bapa, mertua, adik-beradik dan sbgnya. Kehadiran mereka biasanya menyebabkan situasi semakin menyulitkan.
  9. Jgn sesekali cuba menggunakan seks atau wang utk membalas pertengkaran krn cara ini akan menjadikan pertengkaran yg lebih hebat.
  10. Jgn sesekali membiarkan emosi menguasai diri.
  11. Mungkin anda tdk dpt menegakkan kebenaran atau tdk mampu memberikan hujah yg betul-betul kukuh. Itu bkn bererti ana tewas. Cuma anda perlukan sedikit waktu utk membuktikan bhw pendpt anda itu betul.
  12. Jgn sesekali menganggap pasangan anda dpt membaca apa yg terkandung dlm pemikiran anda. Jadi anda perlu meluahkan dlm bahasa yg mudah dan jgn sesekali menghrpkan si dia akn mengerti apa yg ana maksudkan.
  13. Ingat, anda dan pasangan adalah dua insan yg berbeza. Pasangan anda telah dibesarkan mengikut caranya sejak dr kecil. Anda bertemua dgnnya setelah sama-sama dewasa. Jadi jgn sesekali anda cuba menjadikan dirinya sprt anda.
  14. Selepas bertengkar, jgn biasakan diri suka menyendiri atau pun keluar meninggalkan pasangan. Tindakan begini tdk mendtgkan manfaat langsung dlm sebuah perkahwinan.
  15. Selesai bertengkar, peluk pasangan anda seerat yg boleh. Ungkapkan perkataan maaf dan minta agar perkara begitu tdk akn berlaku lagi. Bertengkarlah jk ia boleh mendtgkan kebaikan yg akhirnya mampu menyelesaikan perselisihan. Selepas itu anda akn menjadi lebih mesra dan akrab.

Thursday, March 16, 2006

aku nk bljr lagiiii....

Sekolah hujung minggu tak cukup bagiku. Tunggu lagi 2 tahun, aru dpt masuk Az-Zuhri. Aku tak sabar nk masuk skolah tuh. Aku mmg excited nk bljr agama secara dlm. Yg bestnyer, semua kitab2 dlm bhs Arab... Leh lah aku kuatkan bhs arab aku. kalau tak tau, insyaAllah aku akan tau. haizzz... tak sabar... tak sabar... tak SABAR...!!!!!!

Tuesday, March 14, 2006

Empat Soalan Asasi

Empat Soalan Asasi

Daripada Abi Burdah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Tidak bergerak (berjalan) dua kaki seseorang hamba (manusia) itu pada hari kiamat sehinggalah ia ditanya empat perkara: Mengenai umurnya yang telah dihabiskannya, ilmunya yang telah diamalkannya, hartanya dari mana diperolehinya dan apa yang dibelanjakannya, seterusnya mengenai tubuh badannya apakah yang telah digunakannya ? Riwayat Tarmizi Huraian Hadis


'Tidak bergerak dua kaki seseorang hamba pada hari kiamat' bermaksud bahawa seseorang itu tidak dibenarkan keluar dari kawasan akhirat kecuali setelah ditanya dan disoal beberapa soalan, dan empat perkara asasi yang akan disoal adalah:

Tentang umurnya, iaitu bagaimana ia telah dihabiskan
Tentang ilmunya, iaitu yang mana telah diamalkan
Tentang hartanya, iaitu dari mana diperolehi dan apa yang telah dibelanjakan
Tentang tubuh badannya, iaitu bagaimana ia telah digunakan


*Mengenai 'umur bagaimana dihabiskannya' bermaksud adakah sepanjang hidupnya ia telah melakukan kebajikan atau kemungkaran. Semuanya ini akan disoal dan akan ditayang semula di akhirat, dan di waktu itu mulut akan ditutup tetapi anggota lain akan bercakap, mengakui apa yang telah berlaku. Firman Allah SWT: Pada hari ini kami tutup mulut-mulut mereka, dan kami bolehkan tangan-tangan mereka berkata-kata, dan kaki-kaki mereka menjadi saksi, tentang usaha-usaha yang telah mereka kerjakannya


*Mengenai 'ilmu adakah ia berilmu dan beramal dengannya' bermaksud setiap individu muslim itu diwajibkan menuntut ilmu fardu ain, dan beramal dengan ilmu-ilmunya. Maka diharamkan kita menuntut ilmu-ilmu yang salah, seperti sihir dan seumpamanya, dan menjadi fardu kifayah pula bagi kita menuntut ilmu yang memberi manfaat kepada umat Islam dan masyarakat.


*Mengenai 'harta dari mana diperolehi, bagaimana dibelanjakan' bermaksud sejauh manakah ia mencari harta menurut lunas-lunas yang telah digariskan Islam, kerana semua harta di dunia ini sama sahaja dari segi rupa dan nikmatnya, tetapi berbeza dari segi hukumnya. Kita juga diwahibkan menentukan bagaimana pula ia dibelanjakan, sama ada ke arah kemungkaran, seperti pembaziran, atau ke arah kebajikan, seperti membantu orang yang miskin dan sebagainya; semuanya ini akan ditanya di akhirat kelak.


*Mengenai 'tubuh badan, bagaimana ia menggunakan' bermaksud kita hendaklah memastikan tubuh badan yang sihat itu sama ada dihabiskan kepada perkara yang sia-sia atau sebaliknya, dan umat Islam sememangnya dianjurkan semasa tubuh badan yang masih sihat digunakan untuk kebajikan dan amal ibadah kepada Allah SWT.

Kesimpulan Hadis

Di akhirat kelak setiap seorang daripada kita pasti akan disoal empat perkara asasi ini, dan tidak ada satu cara pun yang dapat kita lakukan untuk menyorokkannya.


Dari amalan kita di dunia inilah kita akan menerima pembalasannya di akhirat kelak, samada syurga atau neraka.

Hadis ini mengingatkan kita supaya hendaklah menggunakan peluang yang baik semasa masih hidup di dunia ini untuk melakukan perkara-perkara kebajikan, iaitu menggunakan umur hidupnya, harta kekayaannya, ilmu pengetahuannya, dan tubuh badan serta kesihatannya, untuk segala macam kebajikan dan amal-amal salih.

Wallahu'alam

Friday, March 10, 2006

Bismillah..
Alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah..

Jus got back from e interview.. i hope, i can get e job at al-iman kindergarten.. insyaAllah..
i wanted to sms him today but sadly, i don't have any credit left in my hp.
so bored waiting 1 and a half hour for e interview..
but alhamdulillah...everything went smoothly. on wed they going to call me to come down 4 e interview again at tampines. ya allah, gave me e strength, e wisdom for me to face the interview.

i'm so tired.. not tired bcoz i've got back frm e interview..
but emotional tired. sumtimes..it's hard 4 me to face e facts. it's jus that i don't know wat's e future ahead of me?? a muslim does not wait 4 gd things happen 4 us. u need to get up and put in effort, think..do sumthing.. then Allah will show u the way.. that's how Allah plan 4 us. and if we plan gd thing,Allah will give gd outcome and vice versa.

Wednesday, March 08, 2006

.::. Jgn sombong .::.

Sombong, bongkak, angkuh & takabur atau kibir mempunyai pengertian yg sama. Iaitu salah satu drpd sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian & kemurkaan Allah kpd sesiapa yg memilikinya, walaupun hanya sedikit, & menjadi penghalang drpd syurga.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidak akan masuk syurga org yg di
dalam hatinya terdpt walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."
Firman Allah yg bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yg sombong utk taat sbg hambaKu, mereka akn masuk Jahanam sbgi makhluk yg hina
dina." (Almukmim:60)
Sifat sombong atau takabur ini boleh dibahagikan kpd dua, iaitu, takabur lahir & takabur batin.
Takabur lahir dpt dilihat melalui perbuatan & tindakannya.
Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina org yg dianggapnya lbh rendah
(pangkat, kealiman, darjat keturunan) drpdnya. Ketakburan itu adakalanya dpt dilihat melalui perbicaraan, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar & tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat.
Imam Al Ghazali berkata:
"Org yg takabur itu ialah org yg apabila ditegur, ia marah & benci, sdgkan kalau ia menegur org lain ditegurnya dgn keras & kasar."
Org yg sombong atau takabur ini mudah menghina org lain & akn marah jika ada yg mengatasinya, ia akn dengki apabila org lain mendpt nikmat & akn berdendam dgn org yg menandingnya.
Takabur batin ialah membesarkan diri di dlm hati. Inilah maksiat di dlm hati yg dicela. Dgn adanya rasa angkuh di dlm hatilah lahirnya kata-kata membanggakan diri. Iblis menganggap dirinya lbh mulia dr Nabi Adam, katanya,
"Aku lebih baik & mulia dr dia (Adam), aku dijadikan dr api sdgkan dia dijadikan dr tanah," lalu dgn angkuhnya Iblis enggan tunduk kpd Nabi Adam, sehingga dgn itu menyebabkan Allah melaknat Iblis & keturunannya.

Sunday, March 05, 2006

دعوة إلى التنقل والترحال




قال الإمام الشافعي رحمه الله تعالى


من راحة فدع الأوطان واغترب  ما في المقام لذي عـقـل وذي أدب
Tidaklah layak bagi orang yang berakal dan beradab
Untuk bersenang-senang, maka tinggalkanlah negerimu dan pergilah menggembara


وانْصَبْ فإن لذيذ العيش في النَّصبسافر تجد عوضـا عمن تفارقــه
Musafirlah kamu akan mendapatkan ganti orang yang kau tinggalkan
Bersusah-susahlah sesungguhnya keindahan hidup itu adalah dalam kesusahan


إن سـاح طاب وإن لم يجر لم يطب إني رأيت ركـود الـماء يفسـده
Saya melihat air itu jika bertakung akan rosak
Apabila ia mengalir ia akan menjadi baik dan jika ia idak mengalir ia tidak akan menjadi baik


والسهم لولا فراق القوس لم يصبوالأسد لولا فراق الغاب ما افترست
Dan singa jika tidak bergerak daripada hutan tidak akan mendapat buruannya
Dan anak panah jika tidak berpisah dengan busurnya ia tidak akan kena sasarannya


لملَّها الناس من عجم ومن عـرب والشمس لو وقفت في الفلك دائمة
Dan matahari itu jika berhenti di angkasa
Nescaya semua manusia akan merasa bosan


والعود في أرضـه نوع من الحطب والتِّبرُ كالتُّـرب مُلقى في أماكنـه
Dan permata itu seperti tanah terletak di tempatnya
Dan gaharu ditempatnya sejenis daripada kayu yang lain



وإن تغرب ذاك عـزّ كالذهــبفإن تغرّب هـذا عـَزّ مطلبـــه
Apabila yang ini berpisah mulialah pencarinya
Dan jika yang itu berpisah mulialah seperti emas



~~Syi'ir bahasa arab di atas yg dikarang oleh Al-Imam As-Syafie amat ana gemari yang bererti Ajakan untuk berpindah dan bermusafir.
~~Bermusafirlah!!Timbalah pengalaman dibumi Allah yg sangat2 luas
!إن أرض الله واسعة..
Akhir kalam minni,renungkanlah ayatullah dari surah Az-Zumar ayat 9 ini :
"قل هل يستوى الذين يعلمون والذين لا يعلمون"

Friday, March 03, 2006

Ku lemah tanpaMu Allah..





Hujjatul Islam Imam al-Ghazali r.a. dalam kitabnya "Ayyuhal Walad" berpesan: "Wahai anakku yang dikasihi, engkau bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah ta`ala dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau juga tidak peduli dengan kejian mereka."

"cintaMU, rahmatMU, kasih sayangMU, cintaMU, pertolonganMU, pujukanMU, kata kataMU, redhaMU, semua yang dariMU, YA Allah, menguatkan diriku, membangunkan kembali diri di kala kecundang, memujuk hati di kala sabar dan tabah semakin diuji, menjadi tempat diri berteduh ketika hujan ribut kesedihan dan kecewa itu sering kali melanda."

usah membuat sesuatu yang terpaksa, memaksa dan dipaksa, kerana ia bukan sahaja menyakiti dirimu, bahkan juga diri orang lain.

perbetulkan niat, ikhlas semata kerana Allah, LillahiTaala, sebelum semasa dan sesudah.


--~~Dari Ana untuk ana..~~--