Saturday, November 10, 2007

Al-Hub

Assalamualaikum wrth,
Tidak ku sangka, disisiku adalah seorg insan, jejaka, yang amat ku cintai & sayangi. Hati aku terpaut kerana sifatnya yang baik. He's humble, kind, sweet, caring, hardworking & 'manja' too. =) Aku suka tengok dia bila dia sedang berfokus, renung sahaja wajahnya, dan aku rasa akulah wanita yg paling beruntung memiliki dia. Umur bknlah jadi ukuran untuk bercinta. Yg penting adalah kita jujur dan sentiasa menyayangi.
Tetapi, menjadinya sbgai suami amat sukar jika ada halangan harus dihadapi dan diselesaikan. Bukan dgn sekelip mata...tetapi mengambil masa yg lama.

Ya Zawj...
Having Allah as my God,
Prophet Muhammad as my leader
and you as my husband
is the best gift in my whole life.
Alhamdulillahi Robbil 'alamin....

InsyaAllah.. =)

Sunday, November 04, 2007

Hilang keyakinan kerana doa tidak dimakbulkan Tuhan

Soalan : Tolonglah saya, keimanan saya kian menipis dari hari ke hari. Saya sudah hilang kepercayaan atau yakin kepada Allah - saya rasa sungguh tertekan. Saya tidak berpuasa atau bersembahyang kerana marahkan Allah yang saya rasa tidak mengabulkan permintaan saya. Saya sudah berdoa bertahun-tahun, tetapi sehingga kini permintaan saya tidak juga dikabulkanNya. Saya sedar saya silap, saya juga tahu tentang Ramadhan, tetapi saya masih tetap tidak mahu berpuasa atau bersembahyang. Tolonglah bantu pulihkan semula keimanan saya. Saya tidak tahu apa yang terjadi pada diri saya. Saya juga tidak mahu mati sebagai orang kafir. Apakah yang boleh saya lakukan untuk menebus kerugian pada Ramadhan lalu? Saya tahu, perbuatan saya ini boleh merosakkan diri saya sendiri, tetapi tolanglah saya. Saya tidak sanggup menderita, sudah cukup rasanya penderitaan yang saya tanggung?

Muslima

Jawapan : Nampaknya anda tertekan kerana tidak mendapat apa yang anda mahukan. Pada masa yang sama anda terperangkap antara kemarahan terhadap Pencipta anda, Allah swt, dengan rasa takut untuk berjauhan denganNya. Makna kafir dalam Al-Quran ialah orang yang menolak kebenaran kitab tersebut. Makna pokoknya pula adalah orang yang menyembunyikan kebenaran.

Adakah perbuatan anda menolak kebenaran Al-Quran? Adakah anda menolak kewujudan Allah dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruhNya? Adakah anda tidak percaya kepada malaikat, nabi-nabi, hari kiamat, qadak & qadar? Atau adakah anda menolak Allah kerana Dia tidak mengabulkan permintaan anda? Tidakkah ini merupakan satu bukti kepada anda tentang kewujudanNya?

Bagi saya, tidak mendapat apa yang anda mahukan membuatkan anda rasa kecewa. Kita seperti kanak-kanak, jika kita mendapat apa sahaja yang kita mahukan, kita mungkin akan menghadapi masalah. Ini kerana tidak semua yang kita rasa baik sebab kita sukakannya boleh membawa manfaat kepada kita. Kita mungkin belum bersedia untuk menilai atau menghargai nilai atau barangan yang kita sukakan itu.
Pertama, ibu bapa kita perlu melatih dan mengajar kita bagaimana untuk mengawal keinginan dan emosi kita di samping mendidik kita agar dapat membuat pertimbangan atau keputusan dengan baik. Semakin kita meningkat dewasa, bergantung kepada didikan, kita akan berupaya membuat keputusan yang seimbang mengenai apa yang penting dan yang tidak dalam hidup kita. Malah Nabi Nuh memohon pertolongan Allah dan sebaliknya beliau diberitahu: "Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu (yang dijanjikan akan diselamatkan), sesungguhnya perbuatannya yang tidak baik. Sebab itu janganlah kamu memohon kepadaku sesuatu yang kamu tidak mengetahui (hakikatnya). Sesungguhnya Aku memperingatkan kepadamu supaya kamu jangan termasuk orang-orang yang tidak berpengetahuan." (Al-Hud: 46)

Jika Allah boleh memberitahu anda dan anda sedia mendengar kenapa anda tidak boleh diberi sesuatu yang anda inginkan, apakah anda akan menerimanya? Adakah anda mengerti apakah pelajaran yang patut anda ambil daripadanya? Anda mengaku telah berbuat silap dan hanya Allah yang mengetahui apa yang tersirat di hati anda. Tidak ada orang yang boleh menganggap anda kafir atau sebaliknya. Mohonlah keampunan kepadaNya, bayarlah puasa anda dan bersolatlah seberapa yang terdaya.

Seorang wanita tipanggil untuk temuduga pekerjaan. Beliau meninggalkan rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa kerana takut terlewat untuk datang temuduga. Separuh jalan, beliau teringat bahawa beliau terlupa membawa beberapa dokumen penting. Beliau berpatah balik dan pulang ke rumah. Malangnya, sesampai di rumah beliau dapati kunci pintu tertinggal di dalam rumah. Beliau menelefon tukang kunci yang kemudian memecahkan mengga rumahnya. Ketika beliau berjaya masuk ke dalam rumahnya, masa temuduga beliau telah berakhir. Katakanlah segala-galanya berjalan lancar pagi itu. Beliau mendapat pekerjaan diinginkannya. Tetepi pekerjaan menghendaki beliau menaiki pesawat untuk menghadiri persidangan enam bulan kemudian. Kerana cuaca buruk, pasawat sepatutnya beliau menaiki untuk persidangan itu terhempas. Jadi kemurahan nikmat Tuhan manakah yang anda inginkan? Mendapat pekerjaan atau sebaliknya:
"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan." (An Anfal: 24)