Tuesday, January 29, 2008

Usah Sampai Tersilap Makna 'Salam'

Apa rasa anda, sebagai Muslim memberi salam kepada saudara seagama saja dalam majilis yang turut dihadiri tetamu pelbagai agama? Bagaimana kalau itu tiba-tiba tertarik untuk bertanya mengapa ucap selamat berbeza, bukan salam, untuk mereka?

Persoalan ini wajar ditimbangkan dalam usaha bersama membangun jalinan yang baik dalam hubungan antara kepercayaan. Sudah lazim di majilis kita kebelakangan ini, pengacara dan mungkin juga tetamu terhormat, membuka kata: "Kepada para tetamu beragama Islam, saya ucapkan assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Kepada tetamu lain(maksudnya yang bukan Islam) pula, diucapkan selamat datang..."

Mungkin variasinya berlainan, tetapi maksud nya tetap serupa. Ucapan salam dengan lafaz assalamualaikum warahmatullah hanya untuk tetamu seagama (Islam). Tetamu bukan Islam pula dialu-alukan dengan pengucapan biasa (seperti selamat datang, selamat pagi atau selamat berjumpa). Mengapa mesti berbeza? Ada orang mengaitkan alasan agama dengan keperluan agama dengan keperluan perbezaan itu. Ucapan salam (assalamualaikum...) memberi pengertian mendoakan orang yang diberi salam itu agar mendapat kebaikan atau kesejahteraan daripada Allah. Ertinya, ada konotasi agama. Lantaran itu, orang Islam , atas sebab agama dikatakan dilarang mendoakan kebaikan atau kesejahteraan kepada orang bukan Islam. Benarkah ajaran Islam yang mendorong kebaikan sejagat tiba-tiba melarang penganutnya daripada bersikap (dan berharap) baik kepada mereka yang tidak seagama? Tetapi bagaimana dengan tetamu yang bukan Islam - bermakna mereka itu diiktiraf sebagai kenalan baik atau sahabat.

Membezakan ucap selamat kepada hadirin yang berlainan agama itu juga tidak mempunyai fungsinya selain daripada hanya menyegarkan adanya perbezaan kepercayaan atau agama di kalangan para undangan. Sebaliknya, amalan itu terutama pengertian yang dikatakan berdasarkan agama seperti yang difahamkan boleh membangkitkan kepekaan antara kepercayaan dan agama. Kesannya mungkin berlawanan dengan hasrat memupuk rasa muhibah di kalangan warga yang berlainan agama dan kepercayaan. Ertinya, amalan itu ada implikasi yang boleh menjejas usaha membangunkan jalinan hubungan dalam kehidupan masyarakat majmuk di sini.

Sesetengah pihak mungkin berpendirian bahawa usaha membangunkan jalinan muhibah dan keharmonian antara kaum dan kepercayaan tidak harus sampai menggadai prinsip agama. Namun orang lain mungkin mempersoal dari sudut Islam bukan sebuah agama ekslusif sehingga terlalu menekankan kelainan. Di manakah maksud Islam sebagai rahmatan lil 'alamin (rahmat seluruh alam) jika Muslim dilarang mendoakan kebaikan untuk mereka yang berlainan agama? Demikian soalan yang mungkin ditimbulkan sebahagian pihak. Dari sudut yang lain pula, mungkin ada orang berpendapat bahawa baik pengacara mahupun tetamu terhormat di majilis-majilis Melayu/Islam, berbuat yang sama sekadar mengulang satu kelaziman, tetapi tidak mempunyai sebarang maksud tertentu. Jika demikian, mengapa tidak saja amalan ini ditinjau semula supaya kesan negatif yang tidak disengajakan itu tidak terus mengikat diri. Ertinya, jangan sampai para tetamu bukan Islam melihat amalan ini satu bentuk diskriminasi Muslim dalam melayan tetamu mereka - atas dasar agama!

Kepekaan Muslim pada implikasi yang boleh wujud daripada amalan seperti ini merupakan satu cara memelihara imej Islam. Ia juga membantu membetulkan persepsi umum yang salah kepada masyarakat Islam sendiri. Kini pun, kebiasaan malan melarang memberi salam kepada bukan Islam mungkin dilihat sebagai satu lagi petanda meningkatkannya proses radikalisasi di kalangan sebahagian masyarakat Islam. Sebenarnya, isu benar atau tidak agama Islam melarang Muslim memberi salam kepada bukan Muslim bukanlah persoalan baru. Ikhtila agama dalam hal ini berlaku juga di tempat lain. Yang bermakna ia bukan ketentuan yang bulat disepakati. Bagi sesetengah masyarakat Islam pun, ia bukan lagi masalah besar. Mungkin berguna disusur semula secara ringkas latar belakangnya.

Perbincangan mengenai ucapan salam kepada bukan Muslim berlegar di sekitar beberapa hadith riwayat Muslim dengan sanadnya daripada beberapa Sahabat iaitu Abu Huroiroh, Aisyah (isteri Nabi), Abdullah bin Umar dan Anas bin Malik. Ulama terkemudian mendapati hanya hadith melalui Abu Huroiroh yang isinya bersifat keras dalam larangan mengucapkan salam kepada Yahudi dan Nasrani. Hadith itu bermaksud:
Jangan kamu mengucapkan salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Jika kamu bertemu salah seorang daripada mereka di jalan, desaklah dia ke pinggir (maksudnya dilayan dengan keras).

Menurut ulama, ada sembilan Hadith lain yang sama mesejnya, tetapi memberi gambaran sikap Nabi yang berlembut. Reaksi Nabi dalam peristiwa mengucapkan salam in mesti difahami dalam konteks sikap jahat orang Yahudi yang memberikan salam kepada baginda. Mereka tidak memberikan salam perdamaian dengan mengucapkan assalamu'alaikum, sebaliknya mengucapkan assamu alaikum yang bermaksud "kematian bagimu" atau "celaka bagimu" atau "kehinaan bagimu". Riawayat Aisyah menunjukkan reaksi Nabi yang sopan. Malah baginda menegur isterinya suapay tidak bertindak kasar dan melaknat Yahudi yang tidak sopan itu. Mendengar salam jahat Yahudi itu, Aisyah membalasnya dengan waalaummussam walla'nah (dan bagimu kematian dan laknat), yang baginda tegur dengan berkata:
"Perlahan-lahan, Aisyah. Sesungguhnya Allah mnyukai keramahan dalam semua urusan."

Saya teringat membaca cerita seorang alim besar di sebuah seminar antara agama di Jawa tengah pada 1995, memberi salam kepada audiens bergama Kristian. Audiensnya membalas dengan mengucapkan salam sepenuhnya. Perbuatan ulama itu pula dibantah seorang Muslim. Ulama itu memberikan jawapan berikut:
"Dulu Nabi Muhammad saw melarang mengucapkan salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka memusuhi Nabi dan orang-orang Islam. Sekarang saudara-saudara sebagai orang Kristian bersahabat dengan saya. Kita bersaudara, bukan bermusuhan. Kerana itu. saya mengucapkan salam kepada saudara-saudara."

Beliau menukil peristiwa orang Yahudi yang memberi ucapan yang bermaksud melaknat Nabi dan membandingkan situasi yang berbeza dalam hubungannya dengan audiensnya yang beragama Kristian itu. Rekod sejarah juga menunjukkan Nabi saw memulai atau mengucapkan salam dalam surat baginda kepada Negus, raja Ethopia (Habsyah), seorang bukan Muslim. Malah, aya al-Quran (Suroh 25:63) menganjurkan Muslim supaya baik kepada sesiapa pun: "Dan hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang adalah orang-orang yang berjalan di muka bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka menjawab: Salam Sejahatera."


Sebagai Muslim, sesiapa pun boleh berpegang terus pada pendirian masing-masing dalam soal memulai atau mengucapkan salam kepada orang bukan Islam. Ini bukannya isu yang hendak diketengahkan di sini. Persoalan yang lebih utama ialah memastikan kita sedar dengan apa yang kita ucapkan dan amalkan agar tidak menghasilkan natijah yang kita sendiri tidak menginginkannya. Ini termasuklah dalam mendekati isu kepekaan dalam kehidupan sebuah masyarakat majmuk seperti di Singapura. Pun perlu difahami bahawa asas bahas isu mengucapkan salam ini adalah hukum Muslim menjawab salam orang bukan Islam. Itulah rujukan daripada sumber hadith yang dipakai. Dan pendapat ulama sendiri tidak sepakat. Ramai yang tidak melarangnya jika dalam suasan muhibah dan perhubungan baik. Dalam hal Muslim memulai atau mengucapkan salam kepada orang bukan Islam pula, kebanyakan ulama tidak melarangnya. Janganlah sampai keliruan sendiri dalam hal memulai atau mengucapkan salam itu mengukuhkan lagi prejudis orang dalam melihat Islam sebagai agama yang eksklusif - sampai kepada tidak boleh bersikap baik mendoakan kebaikan dan kesejahteraan orang yang tidak seagama, apatah lagi tetamu kita.
Oleh: Maarof Salleh

Saturday, January 19, 2008

Rimas....tapi Ketenangan hampir tiba =)

Assalamualaikum wrth,
Alhamdulillah....Syukrilillah..... Akhirnya! Aku diterima masuki DPI! Gembiranya hatiku ini... Sudah lama ku menunggu saat2 ini utk tiba. Tak sabar utk mendalami ilmu Islam. 4 Feb kelasnya akan mula. =) Aku ditemu duga oleh 2 Ustd yg berkaliber. Ustd yg berjanggut itu peramah orangnya. Dia bertny,"Awk dr skolah sekular. Siapa yg pilihkan utk awk memasuki sekolah ini?"

Aku menjawab,"Sy sendiri. Sekolah Andalus pun sy yg pilih sendiri. Sy terus masuk menengah 2. Dan tahun lps sy tamatkan menengah 4 dan masuki sekolah ini."

Ustd bertny lagi, "Apa yg mendorong awk utk memilih mempelajari bidang ini? Adakah ibu bapa yg suruh awk ke.....?"

Aku membalasnya, "Takde org yg mendorong sy utk pilih bidang ini, hny sebabkan latar blkg keluarga sy yg membuat sy memilih bidang ini."

Ustd tny, "Maksud awk?"

"Dlm keluarga sy semua pilih poly atau ite. Jadi, sy pilih bidang ini."
Tetapi selain drpd itu, aku ingin mendidik keluargaku dan keluarga yg akan dtg, bersama Abgku. Aku tidak mahu belajar mencetak ilmu shj.

Bila dia tahu sy akan berhenti kerja bln ini, dia berkata, "Yuran sekolah awk yg byr?"

"Tak, tapi ada org yg sponsorkan." =)

Wajah Ustd seperti terkejut sedikit. Dia seperti ingin tahu siapa dia. "Ooo..Alhamdulillah..Smg Allah mempermudahkan awk untuk mempeljari ilmu ini. Smg menjadi manfaat pada masyarakat."

"InsyaAllah", jawab aku.

Dan aku harus berterima kasih dan menghargai kepada Abg ku Sayang, kerana tanpanya aku tidak dpt mengejar impianku. Dialah yg membantu segalanya supaya aku dpt bljr secepat mungkin. =) Jazakallahu Khoir!

Lagi 12 hari....12 hari pdku seperti 12 bulan! Setiap hari aku tk mahu gi kerja. Siapa yg suka? Sudah lama aku menahan di sana. Dengan kerja sistem tk teratur, pelanggan yg cerewet, tambah lagi dengan kerenah mereka. Pada 3 staff yg terbaru, sy harap anda semua bersabar di sana, mungkin pada mulanya ok. Lama kelamaan anda semua akan mengalami masalah ini. Apa pun hadapilah dengan kebijaksanaan anda semua. =) Inilah asam garam pekerjaan. Dan pada aku, hujung bulan Jan, tamatlah pengalaman aku di sana nanti. Enough is Enough!

Semenjak beberapa hari ini aku rasa rimas dgn kerja tambah lagi dgn kelakuan Abg ku terhadap staff yg lain. Pada nya bukan satu masalah. Bukan satu kesalahan. Tapi sebagai wanita, aku rasa ianya satu kesalahan. Aku masih igt lagi ketika di chat dia berkata,

"Abg dh mula kenal & jatuh hati pd seorg insan bernama suhana rasid. Jadi abg rasa tk selesa bergurau senda dgn wanita lain walaupun dianggap kwn aje pasal abg nk setia hny pd Ana! Klau Abg bergurau senda dengan meka, rasa mcm tk setia pd ana."

That's very touching. Tapi semenjak beberapa hari ini, kata2nya seperti manis di bibir sahaja. Adakah dari hatinya? Bagaimana aku harus layan dia sebaik mungkin sedgkan dia bergurau senda dgn org lain? Di depan mataku sendiri! Dia seperti lebih gembira dgn mereka drpd aku. Kerana aku marah dia dan dia marah aku. Terus dia ada mood bergurau dgn mereka. Seperti ingin mencari kebahagiaan di tmpt lain. Aku seperti spare part dia...sbb aku belum confirm menjadi teman hidup dia. Dan mengapa staff mereka tny soalan dia tk marah malahan boleh bergurau lagi dan aku tny soalan, dia sprt marah aku. Selalunya, yg kena marah adalah aku. Train the trainer belum habis, aku kene marah, tak buat letter of guarantee, aku kene marah lagi dan mcm2 lagi. Bagaimana aku tidak stress. Semuanya ingin secepat mungkin. Dan bukan aku tidak mahu mengajar mereka, tapi lihatlah sendiri, kerjanya tidak teratur. Tapi aku ajar mereka yg mereka dpt handle.

Aku sgt2 cemburu. Hingga termimpi, yg aku menangis di depannya, jatuh ke lutut tapi dia dan staff lain tetap berkata mereka yg betul. Dan hari ini aku termimpi lagi ttg dia. Dia cuba memujuk ku. Sakit pandangan mataku melihat mereka bersenda gurau. Rimas....Aku rimas...

Mengapa.....Aku yang terluka...
Aku yang merana....
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta...
Aku yang sengsara...
Rimas,rimas..aku rimas

Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak di dada
Biar ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti caraku memujukmu
Pernahkah kau hargai caraku mencintaimu

Lafaskan kata dari bibir
Adakahnya dari hati
Mungkin kau tak fahami maksudnya
yang tersembunyi
Titisan air mata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini