Sunday, April 20, 2008

Preparing for Exams

Assalamualaikum wrth...........

Ape cite yer? Exam aku nk dekat. 5 May, 14 days/ 2 weeks to go. Minggu lps, Ustzh dh selesai mengajar kita Fiqh dan Quran. Dia dah bagi kita topic2 yg akan keluar utk exams. Aku tgh focus fiqh dr minggu lps sbb Fiqh ada 15 topic. I'm revising back to the 1st topic that is thoharoh, tapi at the same time, aku jugak bljr utk class test jumaat akan dtg. Kalau Ulum Quran pun penting, tapi aku belum start pun. Kalau Quran byk kene hafal makna, kata seiras dan kata berlawanan. Dan aku belum lagi hafal 2 suroh. Takpe.. InsyaAllah...boleh..

Tapi, yg subjek aku paling tk confident ialah Muhadatha (perbualan). Susah... sbb kita kene byk berbual dan byk kene igt vocab2. Dan aku tk tahu pulak mcmane test paper utk Muhadtha tulisan. But insyaAllah i'm going to start tomorrow.

Work? hmm..but i rather focus on my studies... but at the same time i don't want to burden him with my schl fees. Confused! Tadi pagi, makcik dr kelas Nahu Arab di Sallim Mattar call rumah, suruh dtg utk Maulidul Rasul minggu depan. Aku beritahu Puan Rogaiyah, yg aku dh start full-time study. Aku mcm nk pergi ke kelas tuh balik, bljr Nahu sbb di Zuhri ni takde bljr Nahu utk peringkat pra-dip. Kalau ada Nahu pun, tahun depan. Walaupun Nahu di Sallim Mattar itu, agak slow cara mengajar dan byk mengulang krn mkck dan pkck yg lambat menangkap dan lupa pelajaran, tapi aku ingin dtg balik, becoz there's new lesson!! Mungkin hny 2 kali sebln aku dtg sana??? Hmm...tapi memandangkan aku mmg tgh budget dgn duit tambang bus... aku kenelah fikir 2, 3 kali...

Tgklah mcmane ek....

Sunday, April 06, 2008

Akal dan Wahyu


Oleh Ustaz Noor Tijany

Rasulullah saw bersabda: “Allah tidak menjadi suatu makhluk yang terlebih mulia di sisinya daripada akal.” Manusia diperintahkan oleh Allah supaya sentiasa memelihara akal dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Jika setiap tindakan manusia mengikut perhitungan akalnya dan tidak mengikut kehendak hawa nafsunya, maka manusia itu akan mulia dan berjaya dalam perjuangannya. Dengan akal, manusia dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, antara yang betul dengan yang salah. Dengan akal, manusia dapat mencapai ilmu pengetahuan dan kemampuan berfikir. Dengan akal manusia diberi kepercayaan untuk melakasanakan tugas-tugas pengaturan, pengurusan dan pembangunan, terutama sekali tugas kepimpinan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini. Maka untuk melaksanakan tugasnya, manusia memerlukan ilmu pengetahuan dan untuk mencapai ilmu, Allah memberikan akal dan pancaindera. Tetapi untuk kemaslahatan manusia agar tidak sesat, maka Allah menurunkan petunjuknya dengan perantaraan wahyu yang diturunkan kepada RasulNya.

Akal dan petunjuk tersebut saling menyempurnakan. Tanpa akal, manusia tidak dapat memahami petunjuk dan tanpa pentunjuk, akal mungkin terpengaruh dengan oleh hawa nafsu dan godaan syaitan. Seorang ahli filsafat Yunani yang mashyur, Plato, berkata: “Suatu tanda kelebihan orang berakal ialah apabila dia telah dapat menggunakan pelita pada malam yang gelap.” Perhatikanlah firman Allah dalam suroh Al-Mulk:10 bermaksud: “Dan mereka (penghuni neraka) berkata: ’Jikalau dahulu kami mendengarkan (peringatan yang disampaikan kepada kami) dan kami menggunakan akal kami, nescaya kami tidak menjadi penghuni neraka.’.” Al-Hassan berkata: “Agama seorang tidak akan sempurna sebelum sempurna juga akalnya. Tidaklah Allah menitipkan akal kepada seorang kecuali akal tersebut akan menyelamatkannya. Hanya dengan akal, manusia mampu menyedari hakikat dirinya sebagai hamba Allah.” Allah memuji orang-orang yang sentiasa menggunakan akalnya untuk menapis setiap pandangan yang diberikan kepadanya. Perhatikan firman Allah dalam suroh Az-Zumar: 17-18 (bermaksud): “Maka berilah khabar gembira kepada hamba-hambaKu yang mendengarkan perkataan-perkataan (pandangan-pandangan) yang sampai kepadanya, lalu mereka memilih atau menapis dengan akalnya dan mengikut pandangan yang terbaik daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk daripada Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.”

Kemampuan Akal Terbatas

Akal hanya dapat menjangkau segala apa yang disampaikan kepadanya melalui pancaindera, sedangkan perkara-perkara yang tidak dicapai oleh pancaindera, akal tidak akan mampu memikirkannya. Contohnya, hal-hal yang berkaitan denan alam ghaib, alam metafisik, misalnya kehidupan di alam barzakh, alam akhirat dan adanya makhluk yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera, seperti malaikat, jin, syaitan, dan jenis makhluk-makhluk lainnya. Selain memiliki akal, manusia masih memerlukan pentunjuk wahyu dan pedoman hidup (agama) supaya tidak sesat, kerana perhitungan akal tidak dijamin kebenarannya. Manusia diperintah supaya membaca dan membaca ini melibatkan proses mental yang tinggi, iaitu pengenalan, peringatan, pengamatan dan pemikiran – lihat Suroh Al-‘Alaq: 1-5. Allah telah memerintahkan manusia supaya berfikir dan memikirkan kejadian alam semesta. Sesungguhnya kejadian alam raya ini adalah tanda wujudnya Tuhan. (lihat suroh Al-Baqaroh: 164) Dan dalam Suroh Fusshilat: 54, Allah berfirman (bermaksud): “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di serata tempat di alam yang terbentang luas ini; dan bahkan pada diri mereka sendiri, sehingga menjadi nyata kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Apakah belum jelas bagi mereka bahawa Tuhan mengetahui dan menyaksikan setiap suatu?”

Imam Ghazali mengingatkan bahawa selain akal, ada lagi ayat yang lebih tinggi daripada kekuatan akal, iaitu mengetahui melalui idrak (tanggapan). Idrak ini dijadikan agar manusia dapat mengetahui semua jenis benda yang ada di alam raya ini. Beliau menjelaskan bahawa tahap akal itu bukanlah tahap yang tertinggi. Di sebalik akal, terdapat tahap lain yang di dalamnya tersingkap (kasyaf) perkara-perkara ghaib yang ada di luar jangkauan akal. Di antara paling berharga yang ada pada diri manusia adalah akal. Dengan menggunakan akal dan pemikiran yang positif, manusia akan menghayati hidup lebih bermakna. Orang yang berfikir secara positif sentiasa melihat dunia dari sudut yang meringankan untuk menggalakkan semangatnya. Sebaliknya orang yang berfikir secara negative, melihat rintangan dalam segala usahanya, Tiada pencapaian besar yang dapat diperoleh tanpa pemikiran positif dan semangat yang gigih.

Peranan Nafsu

Dalam diri manusia terdapat beberapa jenis nafsu – nafsu makan, nafsu minum, nafsu seksual, nafsu tamak, nafsu marah dan sebagainya. Dapat dibayangkan seandainya seseorang tidak memliki nafsu makan atau minum, pasti dia tidak ada selera untuk makan dan minum. Jika seseorang tidak memiliki nafsu syahwat, maka hampir dapat dipastikan bahawa kelangsungan manusia di muka bumi ini akan pundah dan musnah kerana tidak bernafsu untuk kahwin. Begitu juga dengan nafus marah, tentu saja dapat menolong di kala ada sesuatu yang menyusahkan atau merugikan dirinya.

Oleh itu, nafsu yang ada pada diri manusia bukan untuk dilenyapkan sama sekali, tetapi perlu dikendalikan, jangan samapai bertindak yang melampaui batas dan berpakat dengan syaitan. Orang yang berakal pasti akan menahan kehendak hawa nafsunya kerana hawa nafsu mengalak kepada kenikmatan yang sifatnya hanya sementara dan membawa kepada kebinasaan. Dari Al Burda al Asiami, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesuatu yang sangat aku takuti atas kamu adalah syahwat yang menyesatkan perut dan kelamin kamu serta hawa nafsu yang menyebabkan kesengsaraan dan penyesalan.” Hati-hatilah kamu dengan perbuatan zina, kerana zina itu menyebabkan 6 akibat – 3 di dunia dan 3 lagi di akhirat.

Tiga akibat dunia itu:
 Menghilangkan cahaya yang ada pada wajah
 Mengurangi keberkatan rezeki
 Cepat binasa dan merana
Tiga akibat lagi di akhirat:
 Mendatangkan kemurkaan Tuhan
 Susah dalam perhitungan amal
 Masuk nerakan dalam kehinaan

Semoga orang yang terlanjur melakukan perbuatan keji mendapat taufik dan hidayah sehingga dapat bertaubat dan cenderung beramal soleh. Mudah-mudahan juga amal tersebut dapat menghapuskan dosa.

Thursday, April 03, 2008

Di Sebalik Sifat Tidak Tahu Baca & Tulis Rasulullah saw


Oleh Mohd Yusop Hassim

Muhammad bin Abdullah tidak pernah tahu membaca atau menulis sehingglah ke peringkat penerimaan wahyu. Bagitu juga kebanyakan umat sezamannya. Namu, Allah swt telah mengurniakan ‘bakat akal’ yang luar biasa sehingga mereka mampu berfikir dan menghafal. Allah swt telah memilih nabiNya seorang yang ‘buta huruf’. Baginda tidak pernah berguru untuk mendapatkan ilmu. Namun, Baginda menjadi pemimpin teragung di muka bumi ini. Inilah suatu hikmah yang dikehendaki Allah swt untuk RasulNya.

Sifat buta huruf Rasulullah saw itu satu perkara yang unik. Secara logiknya, jika Nabi Muhammad saw boleh membaca dan menulis, nescaya kaum Quraisy ketika itu tidak akan mempercayai baginda. Mereka mungkin menuduhnya menyalin Al-Quran daripada kitab-kitab terdahulu. Tetapi sifat buta hurufnya itu menunjukkan bahawa apa yang disampaikannya dating daripada Allah swt. Sungguhpun yatim piatu, kehidupan baginda tidak melarat. Nabi dipelihara dan diasuh oleh datuk dan pak ciknya dengan akhlak yang mulia dan dilindungi Allah swt. Suroh Al-Qolam ayat 4 menjelaskan hal ini yang bermaksud: “Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang tersangat mulia.”

Bukan itu sahaja keistimewaan baginda. Setiap apa yang dilafakan fasih, beradab dan teratur seolah-olah baginda telah mempelajarinya. Kesempurnaan akalnya tidak harus dilihat sebagai suatu yang agung saja. Sebaliknya, umat Islam hendaklah memahami ‘kesempurnaan kejadian’ akal anugerah Allah swt kepada nabiNya – bagaimana baginda menerima wahyu dan apakah tujuannya serta cara baginda menerangkan kepada umatnya. Yang demikian, boleh dikatakan bahawa ‘buta huruf’ itu salah satu criteria kenabian Rasulullah saw. Pertama Al-Quran itu dating daripada Allah swt. Kedua, kemuliaan akhlak yang ada pada diri Rasulullah saw sendiri dikhususkan oleh Allah swt.

Oleh itu, Al-Quran telah memberikan hujah dengan menentang kaum yang meningakari hal itu. Sila hayati maksud ayat berikut:
“Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalau engakau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu - akan berasa ragu (tentang kebenaranmu).” (Suroh Al-‘Ankabut:48) Mukjizat para anbiya terdahulu adalah mukjizat hissiyah manakala Al-Quran pula mukjizat aqliyah zatiyah, yang mengadungi dalil sawt, tidak terikat pada masa dan tidak pula dikhususkan untuk kehidupan Rasulullah saw.

Ulama dan para ahli falsafah yang silam telah menimba segala ilmu daripadanya. Mereka mengiktiraf bahawa Al-Quran amat sesuai dan baik untuk dijadikan pedoman hidup yang sempurna. Ia juga dapat membina kebudayaan manusia. Justeru, sempurnalah keimanan mereka bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Surah Asy-Syura ayat 52 ada menjelaskan bermaksud: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui sebelum diwahyukan kepadamu); Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran sebagai cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk kepada sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus.”

Dalam kitabnya, Asy-Syifa, Al-Qadi ‘Iyadh menyatakan: “Nabi Muhammad merupakan manusia yang lebih berakal dan terbijak. Baginda dapat mengesan perkara zahir dan batin seseorang itu seolah-olah baginda telah mempelajari ilmu firasat. “Baginda juga mengetahui tentang siasah am dan khas padahal baginda tidak pernah mengkaji sesebuah kitab. Inilah keistimewaan Rasulullah saw.”