Saturday, December 19, 2009

Emails from him.

Assalamu'alaikum wrth,

I read the emails that he and i conversed. I smiled and laugh the way he say things to me in the email, especially the one which he creates a story abt an incident happened. All these email was in the year 31 may - 2 jun 2007.

-------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wrt wrb,
Dah balik? how was today? tiring? don't feel bad about forgetting to call people thing...mistakes happen all the time to everybody!...ok? jangan get affected by it...i & cik osman & cik rahman tak marah or frustrated by it...ok...?
anyway, do you mind the extra work with helping me with the website...a lot of things need to be done...if you can help, i really appreciate it...but if you don't have the time, please tell me...i don't want it to affect your classes/studies...knowledge is more vital especially islamic knowledge. plus i'm not exactly paying you anything...kalau belanja makan ok lah...atau minum air batu ke... =)
my contacts if you want are as follow... msn : sjemain@hotmail.com ... skype : sfnizam
have a good rest, a good nite sleep...tomorrow is a new day...a new beginning... =)
Good nite...sweet dreams...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum, syukran for the design thing....kasihan dia...balik rumah terus buat eh? terima kasih very much!... =)
semalam,saya tunggu tak lama sangat....sampai dalam pukul 12 07.... =) then berdiri kat luar...menunggu yang tak kunjung tiba... =)
semasa berdiri tu, teringat pula kisah lama...kisah seorang yang menunggu dengan penuh harapan di sebuah pintu yang tak terbuka buka...dalam keadaan basah dgn wudhu..orang ramai lalu lalang, melihat orang ni, bertanya pada diri mereka sendiri.... " tak hujan, tak ribut...kenapa si dia ini basah kuyup...& asal mendanguk di depan pintu yg tak terbuka?" =)
insan tu juga bertanya pada dirinya sendiri..."mana ni si pemilik kunci pintu ini..dah pukul 2...tak nampak pun? tak datang mungkin...atau sakit...atau sesuatu telah berlaku pada dirinya...risau saya..." rupa rupa nya...pemilik kunci pintu dah tertinggal kuncinya dah!!! ish....ish....ish.... =) "drop my water face only!" =>
hmmmm, awak tahu tarikh lahir saya bulan 10 eh? camna awak tahu...?ni mesti dah buat investigation tau....apa lagi yang awak dah tahu tentang diri saya? ini tak adil !....u know a lot about me...i know very little about u... tapi org katakan...kalau ada orang take the time to find out things about us...tht is a good thing...tandanya.....got hope!!! =)...orang kata...bukan saya...saya cuma setuju aje... =)
oklah, setakat di sini buat kali ini...nanti kalau saya cerita panjang-panjang, awak asyik tersenyum sendiri...nanti keluarga jadi risau..."kenapa suhana sejak kebelakangan ni tengok computer tersenyum senyum, tengok hp tersenyum senyum... =) dia sakit ke? atau stress..or as i like to say it...stwess... =)
ok...always take good care of yourself...keep on smiling always..selalu selalulah email saya!...kalau sudi... =)
i'll be waiting at kedai mamak joo chiat tepi tangga pada bulan sepuluh untuk awak belanja saya air batu... =) ok..see you...soon!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Ana,
U finally reached home.. =) had your dinner? makan apa?
how was your day today? any good things/ bad things that happen?
macam mana dengan blog that u did with puan hameedah? banyak design or more to set up the blog? bagaimana dapat go online?
ish...ish...1001 questions waiting for answers =)
anyway, just wanted to tell you how much i'm enjoying time spent with you, samada at ofis or sms...any complaints from you...?
maybe i ni terlalu banyak sms ke sampai susah nak layan...any problems, please tell me ok? hope u already read and enjoyed the previous email... =)
good nite, sweet & sour dreams... =)
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Ana,
Alhamdulillah, awak dah balik pun =) how was your day today? ramai orang call?ingat tadi nak singgah ofis, tapi tuition habis pukul 3, tak sempat =(
Insya Allah, i'll be up till very late so kalau perlu apa apa, jgn segan to sms or call..kalau bukan pasal advertisement ni, nak call or sms pun lagi ok !... =)
ok, nanti i email lagi.....senyum senyum selalu =)
Dari
Ijam ( cutie berjanggut!)..... =)

****************************************************************************88

I suddenly miss the feelings that we had when we meet. But now, i don't know, he's just being too serious and kept everything to himself but it's weird when he can be carefree with others. Or is it me that have changed?

But whatever it is... I always love him coz i know there's a good inside of him. He's a responsible man but i hope he 'jaga-jaga batasan dengan wanita'.

Wednesday, December 16, 2009

16.12.09

Assalamu'alaikum wrth,

Apa kabar diriku? Sudah cukup sedia menduduki peperiksaan? Sudah kau memahami dgn sebenar-benarnya? Adakah kau rasa penat dan tertekan? Sudah kau dapat pastikan bhw kau boleh ambil peperiksaan? Yuran kau bagaimana? Sudah dibayar?

Alhamdulillah sihat, dan belum... belum.. belum.. lagi. Aku tidak berapa confident lagi. Ada juga beberapa pelajaran dan topic membuat ku keliru. Ya! Ia amat memenatkan. Pulang sahaja dari kelas, ku terus tidur. Lemah badan ku. Entah mengapa sejak beberapa minggu ini, badan aku mengalahkan ku. Kadang-kala rasa penat semacam. Seperti tiada tenaga lagi. Kenapa ya? Well, badanku bukanlah seperti dahulu pada waktu belasan tahun. Sentiasa ada tenaga sehingga lewat petang. Tetapi sekarang pada umur 22 tahun, ku dapat rasa badanku berubah. Gaya pemakanan juga harus ku tukar.

Hmmm.... aku pernah terbaca surat kabar ttg khasiat dan kebaikan as-shifa atau sauda. Ia memberi tenaga pada badan kita dan lain-lain lagi. Mungkin sekarang, aku memerlukan ubat itu. Suatu hari, aku ingin cuba mengambilnya dan mudahan dapat rasa kesannya yang baik.

Aku mengadu pada abgku ttg duit yuran sekolahku. Aku memang tk nak menyusahkan hidupnya yg sekarang sempit dan susah. Dengan masalah aku, terutama sekali ttg wang menambahkan kesusahannya.

Kadang-kadang aku terpikir, jikalau aku ini dari keluarga yang kaya, tidak perlulah aku bergantung pada abg saiful dan boleh aku membantunya.

Tetapi, inilah qadak dan qadar Allah swt. Tidak semuanya kaya. Tidak semuanya miskin. Adakalanya, kesusahan yang diberiNya, membuat kita lebih bersyukur dan mengenal diri kita bahawa kita ini manusia yg kerdil dan lemah. Allah lah tempat kita bergantung.

Ku membaca tazkiyah nafs dan ada ayat dari Dr Ahmad Faried, tidak salah kita mengadu kpd Allah tapi jgnlah kita salahkan Allah akan nasib kita. Manusia ini perlu meluahkan perasaan. Jika terpendam, maka kusutlah perasaan dan pikirkan kita.

Abg saiful menelepon ku, aku mengadu padanya. Aku bercandang untuk kerja di Mcd ttpi ada keburukannya kerja di sana. Entah mengapa, aku hendak menangis dan ku cuba menahan sebak ku. Mungkin hari itu, aku baru menanya admin ttg yuran tertunggak dan waktu itu aku baru shj solat asar. Maka, perasaan gelisah masih bergelora yg membuat ku rasa sebak.

Abgku hanya mengatakan dia cuba mencari wang itu. Aku rasa amat bersalah padanya. Yalah, abg ingin memulakan hidup baru abg dan aku mula mencari masalah dan lemparkan padanya. Bagaimana hidupnya tidak rasa beban?

Aku harap dan inginkan hidup abgku FREE from MONEY PROBLEMS. That is the first change i want from him when he start his new life in Feb 2010. After many years, his life has been a struggle, hardship, tribulations. It was never easy for him. His time working in B&P might be a worst experience for him. Coz he find hope there for a better life but in the end it turns out bad. After this, he had to pick up the broken pieces once again and make sure that pieces of his life is solid and firm.

Dear hubby,

Work hard, don't gave up hope. Life is like a roller coaster. There's ups and downs. Once u have start ur new life next year, make urself happy, make ur parents happy. Provide ur parents with what they need. Show ur parents that u are now a better man, better son, a better person.

A road ahead will be struggle coz there's few bumps and red lights which u might have to put up with. But don't give up dear.... :) InsyaAllah, Allah is with those who have patience. :)

Love,

Ana. ;)

Thursday, December 10, 2009

I'm worried with my schl fees

Assalamu'alaikum wrth,

Hatiku berat memikirkan masalah yuran sekolahku.... Ku buka buku, kertas-kertas tulis berantakan di meja makan... Tiba-tiba, aku tergerak hati untuk menyimpan receipt zuhri. Rupa-rupanya sudah 3 bulan belum ku bayar. Ya Allah... Bagaimanakah harus ku melangsaikan yuran itu?

Tadi ku cuba mengulangkaji, tetapi pikiran ku menggangu konsentrasiku. Bimbang... Jika aku belajar bersungguh-sungguh, akhirnya aku tidak dapat memasuki peperiksaan. Apakah tindakan segara harus ku ambil? Kerja di mcd terima panggilan pada lewat ptg hingga mlm? Ku amat tidak berminat kerja-kerja sebegitu kerana org-orgnya di sana dan waktunya tidak sesuai malahan jauh sekali dari rumahku. Juga, ku lihat aisyah berkerja di mcd sangat memenatkan. Dia selalu tidak dapat memberi perhatian sepenuh dalam kelas. Dia juga ketinggalan dalam pelajaran. Aku tidak mahu seperti dia....

Boleh kah aku bertahan kerja di sana sambil belajar? Peperiksaan semakin dekat.... Lagi beberapa minggu sahaja, 3 minggu lagi. Bagaimanakah aku mencari cukup wang sebnyk $525 dalam 3 minggu.

Bukan itu shj. Aku juga harus byr kepada mak, kakak dan adek. Wang belanjaan dan wang ku pinjam dari adek-beradek ku... Bagaimana pula dengan wang tambang? Wang tambang pun mahal... Sekurang-kurangnya $100... Itu juga ku harus fikirkan.

Aku nangis............ kerana tidak tahu sama ada aku dapat duduki peperiksaan atau tidak..... Biarlah ku bimbang dan stress ttg pelajaran daripada kewangan. Tetapi, inilah kesusuhan yg dialami pada setiap insan. Nasib hidup manusia berbeza-beza. Dan tahap dan cara ujian pada manusia pun berbeza-beza...

Ya Allah, permudahkan urusanku................