Perbuatan dengki dilakukan perlbagai cara, asalkan orang yang didengki itu menerima kesan buruk. Perbuatan itu boleh berlaku melalui tiga perkara:
- Secara halus menerusi sebaran berita (fitnah cacian dan umpatan)
- Sihir menggunakan jin
- Fizikal (daripada memukul sehingga melancarkan peperangan)
Penyebaran berita fitnah bermotif dengki merupakan tindakan pemberontak (orang fasik). Oleh itu setiap orang perlu lebih berhati-hati menerima berita yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Firman Allah bermaksud "Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Al-Hujarat : 6)
Perbunuhan pertama sesama manusia daripada perasaan dengki membabitkan Qabil dan Habil, dua anak Nabi Adam yang berebut pasangan untuk dijadikan isteri. Untuk insan menerima balasan syurga, Allah sentiasa menguji keimanan setiap kita. Sesiapa reda dan menerima dengan terbuka apa yang terjadi kepadanya memperoleh balasan baik di sisi Allah. Sesuatu yang tidak disenangi menimpa seseorang mungkin tersimpan kebaikan disebaliknya. Ujian daripada Allah, banyak sekali termasuk isteri dan anak (berlaku pada Nabi Nuh), harta benda (ketamakan Qarun yang membawa kemusnahanya), kekuasaan (seperti Firaun) sehingga kecantikan tubuh badan dan kepintaran. Oleh itu, tidak wajar sama sekali seseorang menunjukkan sifat dengki atas apa yang diperolehi orang lain. Anggaplah orang yang menerima kebaikan itu sebenarnya sedang diuji Allah.
Sekiranya dia berada di jalan benar, pasti Allah melimpahkan lebih banyak nikmat kepadanya. Allah lebih mengetahui apa yang menimpa setiap orang. Dia berkuasa memberi dan menentukan setiap kejadian di dunia ini. Sesiapa yang menyimpan sifat dengki terhadap orang lain, samalah dia mecuba mengubah apa yang ditentukan Allah terhadap orang lain. Allah berfirman bermaksud: "Apakah patut mereka dengki kepada manusia kerana kurnia yang diberikan Allah." (An-Nisa : 54)
Retype : Suhana Rasid
No comments:
Post a Comment