Sunday, January 21, 2007

Apabila berhadapan dengan suami

  1. Semasa suami bercakap , isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
  2. Apabila suami marah, hendaklah isteri mendiamkan diri jangan suka menjawab, sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambah kemarahan suami
  3. Kadang-kadang si suami suka mengusik isterinya. Apabila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, isteri jangan cepat merajuk.
  4. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segara apabila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya.
  5. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami, bukannya ikut selera diri sendiri. Suami akan gembira apabila seleranya dipenuhi.
  6. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit . Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut melambangkan peribadi isteri sama ada ikhlas atau terpaksa.
  7. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami di rumah supaya hatinya senang untuk bersenda gurau.
  8. Air minuman suami hendaklah sentiasa disiapkan biarpun sekadar air masak sejuk. Jangan sampai dia minta. Kalau boleh sediakan kuih-muih ringan.
  9. Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertetangan dengan syariat.

Sumber Laman Web: www. perkahwinan.com.my

No comments: