Saturday, January 20, 2007

Gejala Taksub Kepada Dr Mohd Asri (MAZA) – Perbincangan

Gejala Taksub Kepada Dr Mohd Asri (MAZA) – Perbincangan

Permasalahan ta’asub yang berlaku di kalangan umat Islam segalanya disebabkan kejahilan dan kelemahan ilmu serta kekurangan maklumat sehingga melahirkan rasa rendah diri yang ketara lalu wujud perasaan kagum dan penghormatan yang melampau terhadap seseorang yang mempunyai kelebihan yang tidak kita punyai.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan.” (Hud : 112).

Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan seorang ulama muda tanahair yang berjaya membawa dakwah dan perubahan yang bermanfaat serta cukup bagus kepada umat Islam di Malaysia. Beliau bukan sahaja memiliki keilmuan yang mendalam tetapi juga memiliki peribadi yang memikat. Tidak hairan kenapa dengan cepat beliau berjaya membuka mata ramai pihak dan menarik ramai umat Islam kepada dakwah seruan yang dibawanya iaitu memartabatkan kitab dan sunnah.

Pada hari ini nama Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis semakin terkenal dan menjadi bahan perbualan di mana-mana disebabkan pelbagai isu yang diketengahkan oleh beliau dan ulasan serta komen beliau yang mengundang perhatian ramai. Mempunyai penyokong dari pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan pelajar IPT dan universiti serta golongan professional menjadikan beliau cukup terkenal dan memiliki kekuatan suara dalam masyarakat.

Dr Asri mempunyai pengikut dan kumpulan penyokong dari golongan pelajar seperti di Universti Islam Antarabangsa Malaysia, ustaz-ustaz muda keluaran Jordan dan Syiria, laman-laman web seperti Al-Ahkam.net yang merupakan laman pro-Dr Asri , markaz persendirian yang bernama Markaz Imam Ibn Qayyim di Pulau Pinang juga sehingga kepada orang politik seperti Dato Sri Shahidan Kasim, Menteri Besar Negeri Perlis.

Beliau sekalipun merupakan bekas pelajar kepada Dr Radhi USM, juga merupakan tokoh angkatan baru yang menyertai perjuangan aliran salafi di Malaysia berbanding orang-orang lama di Yayasan Anda, yayasan Al-Khadeem milik Ustaz Hussain Yee, Yayasan An-Nidda dan tokoh-tokohnya seperti Dr Abdullah Yassin, Prof Dr Johari Mat, Ustaz Abdullah Al-Qari di Kelantan, Ustaz Rasul Dahri di Johor yang suatu ketika dahulu pernah dihebohkan juga hampir dilantik menjadi Mufti Perlis dan lain-lain tokoh lama yang banyaknya sudah dilupakan atau senyap dari perbualan orang namun ternyata Dr Mohd Asri berbeza dan lain dari yang lain apabila beliau mempunyai kredebiliti tersendiri.

Beliau bijak memainkan peranan dan kesempatan serta mempunyai kekuatan dengan gerakan pelajar yang merupakan sesuatu yang unik serta berbeza dari tokoh-tokoh salafi Malaysia sebelum ini yang jauh hubungan mereka dengan pelajar universiti. Selain itu ceramah dan kuliah Dr Mohd Asri dihadiri oleh golongan professional dan orang kenamaan yang membentuk satu kelebihan kepada dakwah yang dibawa oleh beliau.

Usaha dakwah beliau yang membawa seruan kembali kepada kitab dan sunnah dan mendaulatkan isi kandungannya mendapat sambutan banyak pihak serta kejayaan beliau menghadapi tentangan dari pihak-pihak yang kurang disukai ramai seperti Astora Jabat dan lain-lain menaikkan lagi nama beliau di mata masyarakat.

Ciri-ciri Ta’asub

Persoalan Ta’asub muncul di dalam mana-mana sahaja kelompok umat Islam dan ianya ibarat satu penyakit yang tidak dapat dipisahkan sebaliknya terus hidup menjadi parasit dalam umat Islam.

Gejala Ta’asub dapat dilihat pada ciri-ciri yang dimiliki oleh umat Islam terhadap tokoh-tokoh tertentu atau pada fahaman tertentu seperti :

1) Menganggap apa yang disampaikan oleh guru atau fahaman mereka sebagai mesti benar dan tidak akan salah sama sekali
2) Menganggap apa yang diucapkan oleh guru dan tokoh tertentu mesti bertepatan dengan kitab dan sunnah atau membawa maksud dari kitab dan sunnah
3) Menyakini kelebihan guru dan fadhilatnya yang melebihi orang lain sekaligus menjamin kebenaran pendapatnya
4) Merasakan gurunya sudah cukup menjadi rujukannya tanpa perlu melihat kepada pendapat orang lain atau kepada ulama dan tokoh lain
5) Menyakini jalan perjuangan yang dibawa oleh gurunya bertepatan dengan kitab dan sunnah serta mesti disokong walaupun tidak memahaminya atau masih belum memahami isi kandungan kitab dan sunnah

Ciri-ciri Kecil (yang menandakan bibit ta’asub kepada Dr Mohd Asri)

a) Hanya mendengar dan mengambil ilmu dari Dr Mohd Asri dan yang sealiran dengannya sahaja tanpa melihat pendapat dan tokoh lain
b) Mengkagumi Dr Mohd Asri dengan berlebih-lebihan dan mengangkat beliau melebihi yang sepatutnya atau melebihi kelayakkannya misalnya mengatakan beliau ulama mujtahid atau konon pernah berguru dengan ulama besar seperti Syeikh Albani dan lain-lain sedangkan hakikatnya tidak dan sebagainya
c) Ghairah menyampaikan segala khabar dan berita berkait Dr Mohd Asri sekalipun hakikatnya tidak penting dan merupakan hal yang remeh
d) Seronok mendapat peluang berhubung dekat dengan Dr Mohd Asri dan mendampinginya melebihi tokoh-tokoh lain sekalipun tidak salah tetapi hal ini sudah mula menunjukkan bibit-bibit kekaguman yang boleh merosakkan.


Saya yakin mereka yang selama ini ta’asub kepada Dr Mohd Asri pasti akan memberikan komen terhadap tulisan saya ini, bahkan mungkin ada yang akan memarahi saya tetapi demi kerana mahukan kebaikan kepada umat Islam juga kerana menyayangi tokoh ulama muda kita maka perlu saya tegur umat Islam supaya jangan ta’asub kerana jika tidak maka sudah pasti dakwah seruan Dr Asri sendiri yang melarang umat Islam ta’asub akan gagal apabila umat Islam hanya berubah arah dari ta’asub kepada aliran lama menjadi ta’asub kepada Dr Mohd Asri.

Sekiranya tidak ada sesiapa yang ta’asub kepada Dr Mohd Asri maka artikel ini tidak akan dimarahi sebaliknya diterima dengan terbuka dan gembira sebagai salah satu nasihat yang baik kerana agama itu ialah nasihat.

Sabda baginda salallahualaihiwasalam kepada Tamim Ad-Dari ra :
الدين النصيحة , الدين النصيحة, الدين النصيحة
“ Sesungguhnya Agama itu ialah nasihat, sesungguhnya agama itu ialah nasihat, sesungguhnya Agama itu ialah nasihat.”

(Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 95 Bab 55).


Perihal Gejala Ta’asub

Masalah ta’asub sudah lama merebak dan menjadi virus yang mendaging dalam jasad umat Islam sejak zaman berzaman. Pelbagai ubat yang dibawa oleh para ulama untuk menghilangkan virus ini akhirnya berubah menjadi virus baru yang terus beranak- pinak.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu berdiri kerana Allah, menjadi saksi dengan keadilan. Janganlah kerana kebencianmu terhadap satu kaum, sehingga membuatkan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana keadilan itu lebih dekat kepada taqwa dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (Al-maidah : 8).


Ta’asub muncul daripada kelemahan ilmu manusia yang seterusnya membawa kepada perasaan lemah dan rendah diri serta mengkagumi seseorang atau fahaman tertentu sebagai agung dan mulia. Sikap ini membawa kepada ketaatan dan kepatuhan tanpa perintah terhadap peribadi orang yang dikagumi atau dihormati.

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam sekalipun sebagai seorang rasul utusan Allah dan merupakan hamba Allah yang paling mulia melarang umat-Nya dari memiliki sikap ghulu (melampau) dan ta’asub terhadap baginda.

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra bahawa baginda rasulullah bersabda : “ Berhati-hatilah kamu daripada ghulu (melampau) dalam agama kerana sesungguhnya orang sebelum kamu telah dihancurkan disebabkan sikap melampau mereka dalam agama.” (Hadith riwayat Ahmad dan lain-lain).

“ Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama, Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Faathir : 28).

Para ahli ilmu menyebutkan bahawa dimaksudkan ulama itu ialah mereka yang memiliki perasaan takut kepada Allah swt dan disebabkan itulah mereka mendapat kedudukan sebagai ulama dari ilmu yang dimiliki membawa mereka menuju kepada takut kepada Allah swt lalu menghasilkan ketaatan.

Sehingga para ulama menyebutkan orang yang paling banyak berfatwa di kalangan kamu ialah orang yang paling berani masuk ke dalam neraka lantaran disebabkan banyak berfatwa mendedahkan dirinya kepada pelbagai kesalahan dan juga tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul dari keputusannya kerana melibatkan kehidupan dan pengaruh kepada orang lain.

Utbah ibn Muslim pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah berkawan dengan Ibn Umar ra (Abdullah Ibn Umar ra) selama tiga puluh empat bulan dan seringkali ketika beliau ditanya dengan sesuatu persolan maka djawab oleh beliau dengan berkata : “Aku tidak tahu”.

Demikian juga Ibn Abi Laila ra yang menyebutkan aku pernah melihat seratus dua puluh lebih para sahabat rasulullah salallahualaihiwasalam dari kalangan ansar yang apabila ditanyakan dengan sesuatu permasalahan agama maka dia menyerahkan kepada yang lain sehingga sahabat yang lain itu menyerahkan kepada yang lain sehingga seringkali persoalan itu kembali kepada sahabat yang pertama ditanyakan tadi.

Setiap yang diusahakan di dunia hari ini akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat maka hendaklah kita berhati-hati khasnya di dalam ilmu agama yang memerlukan kepada ahli di dalam bidangnya.

Gejala ta’asub tidak pernah hilang walaupun pelbagai ulama muncul menyeru supaya umat Islam menghentikan ta’asub kerana disebabkan beberapa faktor yang akan kita bincangkan.

Dakwah Fardhi Tidak Secara Jamaie

Permasalahan yang menimpa waqi (situasi) semasa hari ini ialah ramai tokoh-tokoh pendakwah muda dan mereka yang hebat ilmunya bergerak dengan berdakwah secara fardhi (individu) dan tidak secara jamaie. Hal ini membawa kepada perkembangan gejala ta’asub dengan serius.

Tokoh seperti Dr Mohd Asri Zainul Abidin lebih dikenali sebagai tokoh fardhi (individu) bukan jamaie (kumpulan) ini disebabkan kononnya fahaman salaf itu tidak boleh berorganisasi disebabkan pendapat sesetengah mereka yang termakan ubat bius kejahilan yang menganggap ianya bid’ah.

Disebabkan berorganisasi itu bid’ah maka kefahaman salafi yang dibius ini menganggap salafi mesti bergerak sebagai individu dan berjalannya kefahaman salafi itu mesti dengan bekerjasama dengan pihak pemerintah yang sekalipun zalim dan mencapai tahap taghut.

Mereka lalu menjadi tokoh-tokoh di dalam masyarakat yang segala tindak-tanduknya diputuskan oleh mereka sendiri melalui pendapat dan ijtihad mereka lalu segala keputusan itu disokong oleh pelajar-pelajar mereka yang menjadi pengikut setia sebagai satu keputusan yang dari kitab dan sunnah.

Bahkan Imam Abu Ishak As-Syatibi ra telah memperingatkan umat Islam akan hakikat ini dengan menyebutkan di dalam kitabnya Al-Itishom m/s 173 jilid 2 dengan bermaksud : “ Sesungguhnya yang menjadi sebab utama bid’ah dan pertikaian yang membawa kepada perpecahan umat dan malapetaka ialah seseorang mempercayai dirinya ialah seorang mujtahid atau termasuk ahlul ilmi wal ijtihad dalam ilmu agama sedangkan hakikatnya dirinya belumlah mencapai tahap itu.

Maka apabila dia beramal dengan pendapatnya maka dianggap pendapatnya ialah sebagai pendapat ulama dan khilafnya sebagai khilaf ulama lalu baik hal itu berlaku di dalam hal yang furu (cabang) atau hal yang mendasar dan usul baik iktikad dan amaliyah sehingga seringkali dia mengambil sesetengah hal yang juz’iyah atau furu’iyah (cabang) dari syariat lalu diruntuhkan hal yang kulliyat atau usul dengannya atau sebaliknya sehinggalah jadi apa yang zahir itu sepintas lalu seolah menepati makna tetapi hakikatnya tidak mencapai maksud syarak maka inilah dia seorang tukang pembuat bid’ah.”

“(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ianya di sisi Allah adalah amat besar.” (An-Nur :15).

Maka dari sikap ini kita lihat banyak kacau bilau dalam masyarakat melayu hari ini serta umat Islam umumnya di pelbagai Negara dan daerah kekacauan dan keraguan yang menyesakkan apabila kejahilan dan kebenaran yang tidak penuh bertemu sehingga fitnah tidak pernah kehabisan dari terus membakar umat Islam.

Sekalipun ada kalanya pendapat mereka diperalatkan oleh pihak pemerintah dan kumpulan tertentu untuk kepentingan duniawi dan berhasrat serta bermaksud yang tidak baik terhadap hukum syarak.

Sesungguhnya di dalam Islam, gelaran, kemasyhuran serta kedudukan title bukanlah menjadi sesuatu tujuan yang dibenarkan untuk dimiliki jika tidak ada keperluan daruri atau mendesak yang membawa kepada keperluan dan kemanfaatan akhirat.

Bahkan di dalam persoalan menuntut ilmu, mempelajari ilmu agama dengan tujuan mendapat kedudukan dan juga gelaran penghormatan dari manusia maka hukumnya ialah haram dan berdosa ini berdalilkan kepada hadith Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam yang pernah bersabda : “Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk menyaingi para ulama, atau untuk berdebat dan mengalahkan orang yang bodoh atau untuk mencari wajah manusia kepadanya maka Allah akan menempatkan dirinya di dalam api neraka”. (Hadith sahih riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

Ketiadaan Syura dalam Dakwah

Permasalahan yang kerap belaku dalam situasi dakwah hari ini ialah apabila umat Islam mengabaikan konsep syura (mesyuarat) dan perbincangan di antara ulama dalam dakwah sehingga mengakibatkan berjalannya dakwah itu sebagai suatu yang dimonopoli oleh kumpulan tertentu dan berlaku berdasarkan ijtihad individu.

وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (As-Syura : 38).

Kita melihat tokoh-tokoh di tanahair baik Dr Asri dan lain-lain menjadi suatu yang biasa apabila mengeluarkan pendapat dan pandangan seolah-olah mereka ialah ulama bertaraf mujtahid dan kurang menjalankan gerak kerja yang disebut syura di kalangan ahlul ahli wal aqdi (mereka yang ahli dan layak dalam bermesyuarat dan membuat keputusan) yang memiliki kelayakkan dalam memberikan pandangan dalam sesuatu hal sehingga setiap masalah dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik dan menepati maksud syarak serta menepati keperluan waqi (semasa).

Para imam mazhab benar-benar meninggalkan kepada kita semua teladan yang baik dalam masalah berfatwa dan keilmuan sehingga perlu dicontohi oleh para pelajar ilmu bukan hanya kepada kealiman mereka tetapi juga pada taqwa dan keimanan mereka.

Al-Imam Malik ra pernah berkata “ Barangsiapa yang ditanya akan suatu persoalan maka sebelum dia menjawabnya hendaklah terlebih dahulu menyerahkan dirinya kepada pertimbangan syurga dan neraka dari perbuatannya itu apakah dia dapat melepaskan diri di akhirat kelak kemudian barulah dia boleh menjawab persoalan tersebut.”

Bahkan Imam Malik ra sendiri terkenal dengan jawapannya paling berhikmah iaitu “Aku tidak tahu” sehingga apabila seorang dari muridnya berkata apakah akan aku pulang memberitahu orang-orang ramai mengenai engkau tidak tahu dalam masalah ini ? Lalu dijawab oleh imam dengan berkata : “Ya, beritahu kepada orang-orang lain bahawa aku tidak tahu”. Demikianlah wara’ dan taqwa mereka kepada Allah swt mengatasi ilmu mereka.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظّاً غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu Berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad (berazam), Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali-Imran : 159).

Berkata Imam Ibn Katsir dalam tafsirnya yang menukilkan riwayat dari Ibn Mardawaih bahawa Ali ra telah ditanya tentang maksud apakah “berazam & membulatkan tekad” di dalam ayat di atas maka dijawab bermesyuarat dengan mereka yang mempunyai pandangan (pengetahuan) kemudian mengikuti pandangan mereka.

Pendakwah Harus Melahirkan Madrasah Bukan Pengikut

Para pendakwah dan tokoh ilmuan harus melahirkan madrasah dan sekolah yang melahirkan generasi Islam dari didikan yang sahih dan bukannya melahirkan pengikut yang jahil serta tidak memiliki apa-apa ilmu sebaliknya menuruti guru-guru-nya atau menaqalkan (memetik) ayat-ayat dan hujah-hujah dari buku-buku tulisan gurunya.

Kejayaan seseorang pendakwah itu bukanlah dari hasil peribadi yang dicapai sebaliknya dari ilmu dan hasil usaha sekolah yang dibentuk olehnya sehingga menjadikan dirinya sebagai contoh dan teladan kepada umat. Ubay bin Ka'ab berkata : 'Sesungguhnya sederhana di jalan ini dan (di atas) sunnah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh tetapi dalam menentang jalan ini dan bercanggah dengan sunnah. Maka lihatlah amalan kalian jika dalam keadaan bersungguh-sungguh atau sederhana hendaknya di atas manhaj (cara pemahaman dan pengamalan) para Nabi dan sunnah mereka.'

Rasulullah menghasilkan sekolah Al-Qur’an yang darinya telah lahir para sahabat dengan tarbiyah rabbani maka demikian juga ulama-ulama Islam selepas itu yang terkenal seperti Al-Imam Ibn Taimiyyah ra yang menghasilkan madrasah beliau sehingga darinya lahir para Imam hebat seperti Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah ra, Imam Ibn Katsir ra dan juga Al-Imam Adz-Zahabi dan lain-lain.

Suatu hari Dr Mohd Asri dan lain-lain tokoh yang ada hari ini akan kembali menemui Allah swt dan segala pencapaian peribadi seperti menjadi mufti, menjawat jawatan ahli lembaga fatwa kebangsaan atau sebagainya langsung tidak membawa manfaat kecuali apabila ianya menghasilkan satu generasi baru yang membawa perubahan kepada apa yang dikehendaki oleh kitab dan sunnah.

Dr Mohd Asri dan lain-lain tokoh harus menjadi seperti ulama yang bertindak sebagai guru yang tidak menyimpan buah maut dari para pelajarnya sebaliknya menjadi guru yang melatih anak-anak murid supaya menjadi lebih hebat dari dirinya sendiri sehingga dengan itu barulah generasi dakwah yang berlandaskan kitab dan sunnah akan terbentuk.

Jangan Menyeru Kepada Seruan Peribadi

Seruan dakwah harus dikembalikan kepada Allah swt kerana Dialah pemilik segala seruan dan sebaik-baik seruan ialah kembali kepada Allah swt dan mengabdikan diri kepada-Nya. Dakwah salafiyah di Malaysia seringkali terdedah kepada pelbagai masalah disebabkan ianya digerakkan oleh tokoh peribadi dan seruan dakwah berbentuk seruan kepada peribadi.

Alangkah baiknya nasihat Al-fadhil Syeikh Soleh Ibn Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan yang menasihati para pemuda di dalam kitabnya dengan mengatakan “Ikutilah haq (kebenaran) itu walau siapa pun dia dan janganlah mengikuti orang-orang nanti kamu akan menyalahi kebenaran”.(Menjawab Persoalan-persoalan Baru m/s 149).

Berkata Al-Auzaie ra : “ Kami mengikuti sunnah daripada sumbernya” ( lihat Syarh Sunnah oleh Al-Lalikaie).

Berkata Ibn Abbas ra : “ Aku berasa bimbang diturunkan ke atas kamu batu daripada langit apabila aku mengatakan Allah swt berfirman sekian maka kamu bahkan mengatakan telah berkata Abu Bakar dan Umar sekian dan sekian”. (lihat di dalam Musnad Ahmad no. 337/1 dan disahihkan isnadnya oleh Syeikh Ahmad Syakir ra).

Hal ini telah disyarahkan oleh Syeikhul Islam Muhammad Abd Wahab di dalam Kitab Tauhid dan dijelaskan oleh Syeikh Soleh ibn Fauzan dengan berkata sekiranya ta’asub terhadap pendapat dan tokoh agung seperti Abu Bakar ra dan Umar ra yang merupakan sebaik manusia selepas para nabi tanpa dalil adalah dilarang maka apatah lagi ta’asub dan mengikuti pendapat mereka yang lain ?

Maka sudah tentu sekali pendapat Mufti Kerajaan Negeri Selangor menduduki kedudukan yang boleh diterima dan ditolak berdasarkan hujah dan dalil yang dikemukakan oleh beliau dan diperbincangkan oleh para ahli ilmu dan ulama.

“Janganlah kamu menjadikan panggilan (seruan) Rasul diantara kamu seperti panggilan (seruan) sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain). Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang berangsur- angsur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih.” (An-Nur : 63).

Seruan kepada peribadi seperti mengajak para pemuda dan pemudi meminati Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebagai langkah berdakwah konon untuk mendekatkan para pemuda kepada jalan salaf soleh bukanlah cara yang baik dan tepat. Sebaliknya membawa para pemuda terus mendekati isi kandungan dakwah melalui contoh teladan dan juga isi dasar kandungan kitab dan sunnah itulah yang terbaik.

Mengikuti Dr Mohd Asri tidak menjamin apa-apa keselamatan di sisi Allah swt sebaliknya mengikuti kebenaran yang dibawa oleh para ulama termasuk apa-apa yang benar yang dibawa oleh Dr Mohd Asri itulah yang dapat membawa kepada keselamatan di dunia dan di akhirat.

Penawar Gejala Ta’asub

Mengubati masalah ta’asub bukanlah mudah sebaliknya memerlukan kepada pelbagai usaha baik daripada pihak masyarakat dan juga para ulama dan tokoh-tokoh yang menjadi bahan idola serta ta’asub masyarakat.

Permasalahan ini perlu dikupas dan diperhalusi oleh setiap umat Islam yang benar-benar mahu mencari ubat dan penawar kepada penyakit dan virus yang menimpa umat Islam dan mahukan kebaikan, perpaduan dan keselamatan bagi semua umat Islam.

Mengikhlaskan Niat Kerana Allah

Menjadikan diri kita semua ikhlas kerana Allah swt maka insyaAllah segala permasalahan akan diberikan hidayah oleh Allah dan pertunjuk serta jalan keluar yang diredhai-Nya. Mengikhlaskan niat kerana Allah swt semata-mata akan melapangkan kita buat seketika dan membolehkan akal waras kembali berfikir dan meneliti setiap hujah dan pandangan daripada pelbagai pendapat sehingga boleh mencelikkan mata kita dari sikap ta’asub dan kekaguman yang melampau.

قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah iaitu tuhan sekalian alam.” (Al-An’am : 162).

Benarlah sabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam : “ Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan kepadanya maka diberikan kepadanya akan kefahaman dalam agama.” (Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah yang mengehendaki kita beroleh hidayah, apakah kita pernah lupa kemungkinan suatu ketika dahulu kita bukanlah seperti apa yang kita ada pada hari ini ? Lupakah kita suatu masa dahulu mungkin kita tergolong di kalangan mereka yang melakukan maksiat lalu dengan hidayah dari-Nya kita beroleh pengetahuan dan perubahan sehingga mendapat kedudukan seperti sekarang ?

Bagi mereka yang mempunyai sikap ta’asub kepada tokoh tertentu pastinya boleh menginsafi bahawa sebelum mereka menjadi pengikut kepada tokoh tersebut mereka pernah menjadi sekian dan sekian dan bagaimana mereka boleh diberi hidayah oleh Allah untuk menemui kefahaman yang sedia ada sekarang maka sudah pasti mereka juga boleh diberikan lagi hidayah oleh Allah untuk terus menemui kebenaran dari ilmu Allah swt yang tidak akan pernah putus.

“Maka Maha Tinggi Allah raja yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al qur'an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan Katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (Thaha : 114).

Meluaskan ilmu pengetahuan dan maklumat

Sesiapa pun harus menyedari ilmu mereka terhad dibanding kebenaran hakiki yang merupakan ilmu Allah swt. Tidak akan selesai pengajian dan penyelidikkan mencari kebenaran sekalipun menjawat pangkat mufti atau memiliki phd.

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَاداً لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَداً
“Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".(Al-Kahfi : 109).

وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan habis (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Luqman : 27).

Perlulah diketahui segala fatwa dan keputusan hukum agama yang diputuskan tanpa mempunyai dalil yang qathi serta jelas dari kitab dan sunnah disebut sebagai keputusan zanni (sangkaan) yang beroleh pahala ijtihad dan tidak mencapai hukum mutlak dan ganjaran serta kebenarannya hanyalah diketahui oleh Allah swt.

Ta’asub kepada pendapat atau pegangan dalam sesuatu masalah agama yang tidak mempunyai dalil yang qathie atau yakin dan jelas adalah merupakan sesuatu yang tidak wajar disebabkan ianya boleh jadi tersilap dan tersalah tetapi disisi Allah selama kita memenuhi syarat-syarat pelaksanaannya maka ianya dianggap benar disisi Allah swt.
Bergerak Secara Berjemaah

Gejala Ta’asub dapat dielakkan dengan mengerakkan usaha dakwah secara berjemaah dan bermesyuarat dengan ahli ilmu yang mempunyai kedudukan di dalam agama serta taqwa.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah : 2).

Perintah berjemaah merupakan satu perintah yang disebut sebagai wajib berdasarkan kepada hadith baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud “ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel, selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan.

Maka bertanyalah para sahabat ra kepada baginda akan siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku .” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).

Iaitu jalan serta manhaj yang beradanya nabi dan para sahabatnya iaitu jalan salaf soleh dalam iktiqad (kepercayan) serta aqidah mereka itulah yang benar.

Manakala kalimah dan pengertian jemaah berdasarkan hadith pula boleh dilihat pada riwayat yang pelbagai dari baginda rasulullah salallahualaihiwasalam yang menyebut perihal jemaah.

Seperti yang dikeluarkan oleh At- Tibrani dengan sanad yang sahih akan sabda baginda nabi salallahualaihiwasalam :

عليكم بالجماعة فان يد الله على الجماعة
“Hendaklah kamu berada dalam jemaah sesungguhnya tangan Allah itu berada dalam jemaah” (Riwayat Tibrani 447 /12).

Dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi ra , dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda pernah bersabda :

يد الله مع الجما عة
“Tangan Allah itu bersama jemaah” (Riwayat Tirmidzi m/s 367 Jilid 6).

Juga melalui riwayat yang lain di tambah dengan

فان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد
“ Sesungguhnya Syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua” (riwayat Ahmad dan Nasaie, Tirmidzi dan Ibn hibban dan lain-lain.)

Juga dari riwayat Abi Dzar ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwasalam :

من فا رق الجماعة شبرا فقد خلع الله ربقه ألاسلام من عنفه
“Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jemaah walaupun sejengkal maka Allah akan mencabut ikatan Islam dari tengkuknya” (Hadith sahih riwayat Abu Daud no. 4750).

Sebenarnya masih banyak hadith yang menyebut mengenai perihal kewajipan melazimi dan berada dalam jemaah dan larangan dari keluar atau mengasingkan diri dari jemaah.

Juga disebut melalui riwayat Umar Ibn Khattab ra menyebut bersabdanya baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :

من أراد بحبوحة الجنة فليلزم الجماعة
“Barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah” (Hadith Sahih riwayat Tirmidzi no 2165, Ibn Majah dan Humaidi).

Imam Al-Hafidz Mubarakfuri dalam kitabnya Syarah Jami’ Tirmidzi Tuhfatul Ahwazi mensyarahkan hadith ini dengan menyebut kewajipan berjemaah dalam hadith ini ialah bermaksud menetapkan diri bersama kepimpinan masyarakat Islam kerana Islam itu ialah sudah merupakan sebuah jemaah dan barangsiapa yang memisahkan dirinya dan keluar dari jemaah (masyarakat Islam) itu atau menyisihkan diri (membuat jemaah baru) maka sesungguhnya dia telah menghilangkan islam dari dirinya seperti apa yang disebut oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim yang menyebut :

من خرج من الطاعة و فرقوا الجماعة فمات مات ميتة جاهلية
“ Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah”

Bahkan berkata lagi Hafidz, hal ini juga disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syaikhain (Imam Bukhari dan Muslim) dari Huzaifah al-yamani ra akan hadith yang berbunyi :
تلزم جماعة المسلمين وامامهم “ Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” dan dalam riwayat Khalid bin Sabi’ di sisi Tibrani menambah apabila kamu melihat Khalifah maka taatilah dan apabila tiada khalifah maka berperanglah ( Sila lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 385 Jilid 6).

Menurut para ulama salaf soleh seperti apa yang diriwayatkan oleh Muhammad Ibn Sirrin dari Ibn Mas’ud ra bahawa yang dimaksudkan jemaah itu ialah para sahabat baginda dan sebahagiannya mengatakan mereka itu ialah para ulama kerana para ulama itu pewaris nabi salallahualaihiwasalam ان العلماء ورثة الأنبياء (Hadith Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606, Abu Daud dan Ibn Majah).

Berdasarkan situasi pada hari ini, jemaah yang berbentuk organisasi dan membawa kefahaman yang sahih yang diperjuangkan oleh rasulullah dan para sahabat boleh memainkan peranan sebagai penyelamat umat Islam daripada kesesatan dan kejahilan. Tidak ada halangan dan kedosaan bergerak menjalankan dakwah secara berjemaah bahkan itulah yang paling afdhal selain membawa berkah dan kebaikan kepada umat Islam. Disebabkan dengan membawa dakwah secara berjemaah maka umat Islam selain teratur dan tersusun maka harakah dakwah juga bebas dari godaan syaitan secara peribadi dan ancaman-ancaman penyelewengan.

Wallahualam.


p/s :
Sekiranya anda tidak ta'asub maka anda tidak perlu risau kepada artikel ini

Wednesday, January 10, 2007

Malam mulai merambat kelam. Di luar mungkin langit malam mulai mendinginkan cuaca bumi. Kami di dalam rumah, sedang bersantai menonton televisi. Sambil tidur-tiduran, mata kami tertuju pada kotak ajaib itu. Sesekali kami mengomentari apa yang kami saksikan.

Setelah beberapa lama acara yang kami tonton berlangsung, tiba waktu jeda untuk iklan komersial. Berbagai produk ditawarkan. Berbagai kelebihan ditonjolkan. Masing-masing produsen berusaha membujuk para penikmat televisi untuk menggunakan barang yang mereka hasilkan. Selama iklan-iklan produk bermunculan, selama itu pula mata kami tetap menyaksikan televisi.

Hingga muncul sebuah iklan sinetron baru yang segera ditayangkan dalam waktu dekat. Tiba-tiba tangan istri saya berusaha memalingkan pandangan saya dari televisi ke wajahnya.

"Abang liat wajah Ade aja," begitu ucapnya.

Ternyata usahanya itu untuk mencegah saya melihat aksi seorang artis perempuan yang bernyanyi dan menari berlenggak-lenggok mengikuti irama musik pengiring. Rupanya istri saya tak ingin saya menyaksikan adegan tersebut.

"Ade suka sama mata Abang, bercahaya," ucap istri saya sambil menatap kedua mata saya.

"Emangnya mata Abang bercahaya," tanya saya.

"Iya."

"Masa?" tanya saya lagi dengan penasaran.

"Mata Abang akan bercahaya kalau tidak digunakan untuk melihat hal-hal yang tidak boleh dilihat." Ucapnya sambil mencium kedua mata saya.

Duh, menjaga pandangan di zaman sekarang ini sepertinya tidak mudah, atau mungkin saya yang kurang keras berusaha. Bila ke setiap penjuru mata ini memandang, maka ada saja hal yang tak layak untuk dipandang hadir seakan sengaja dipajang.

----------ooooooo000ooooooo----------
kuingin mata ini tetap sehat
hingga tetap bisa melihat
kuingin mata ini tetap 'afiat
hingga terhindar dari maksiat
kuingin mata ini tetap bercahaya
hingga terwujud apa yang dipinta
dari seorang wanita
pecinta jiwa ini yang alpa

ya Allah yang maha melihat
berilah hamba kekuatan agar tak berhianat
kepadaMu sang pemberi nikmat
kepada orang yang telah memberiku amanat
hingga cintanya tetap melekat
di bawah naungan mahabbahMu yang tidak bercacat
dan kami tercatat
sebagai penghuni surga dunia dan akhirat
----------ooooooo000ooooooo----------

Monday, January 01, 2007

Terrorism Draws Great Harm Upon the Muslims!

Question: Is it permissible to hijack planes, blow up buildings and carry out revolts [against the government]? Is this considered to be from the essence of Islaam that one loves to act upon? Benefit us, may Allaah reward you.

Answer: These affairs are from the destruction that Islaam prohibits, and it draws a lot of evil upon the Muslims because the non-Muslims make this a reason to attack the Muslims and annihilate them. It is these actions that the Kufaar have taken as grounds to dispraise Islaam as being a religion of terrorism, they say this because of such activities.

Islaam prohibits Bombings, destruction and hijacking planes because it causes harm to the Muslims before it does to other than them, and because it is a form of harm that does not contain any benefit.

.

Al Ijabaat Al Muhimah Fee Al Mashaakil Al Mudlahamah: P.81



Terrorism only causes Muslims living in their own countries to be killed as you are now witnessing. This is not from the affairs of Da'wah, nor is it from the affairs of Jihaad. Likewise bombings and causing destruction, this only draws great evil upon the Muslims as is now happening...


Fataawa al A-imah: p.65
Ash Shaykh Al 'Alaamah Saalih Ibn Fawzaan Al Fawzaan

The Mark of Prostration (On the Forehead)

Question:
Is there any proof that the mark that develops on the forehead from prostration is a sign of righteousness?


Answer:

This is not a sign of righteousness; rather, light on one’s face, calmness in ones chest, good manners, and the like are. As for the mark that results from prostrating, it even shows up on the face on those people who only pray the obligatory prayers, from some kind of sensitivity in their skin. And it does not appear on the faces of some people who pray often and who prolong their prostrations.


Shaykh Muhammad bin Saalih al-`Uthaymeen

Fatawa Islamiyah vol.8, p.330 DARUSSALAM

Are demonstrations from solving problems ?

Question: Is it from the means of the da’wah to stage demonstrations for the purpose of solving the problems of the Islaamic Ummah?

Answer: Answer: Our religion is not a religion of chaos. Our religion is a religion of discipline, and a religion of order, and calm, and tranquility. And demonstrations are not from the actions of the Muslims and it is not something the Muslims are familiar with. And the religion of Islaam is a religion of calm, and a religion of mercy, and a religion of discipline; not chaos, and not disorder, and not (a religion) of inciting trials (fitan). And this is the religion of Islaam. And rights are earned by asking for them in the manner legislated by the Shar’iah and through ways legislated by the Shar’iah. And demonstrations cause bloodshed and cause the ruination of wealth (of the Muslims). And these matters are not permissible.

Shaykh Saalih al-Fawzaan Taken from: Majmoo' Fataawa wa Rasa'il - Volume Two, Number 141, 143, and 146


*I noticed that some groups/association/schools from our ummah make demonstrations. For example, KUIS Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Indeed this shows their ignorance in the sunnah/hadith

Saturday, December 16, 2006

Sikap Dengki Lemahkan Perpaduan

Apa jua sengketa di bumi ini, lazimnya disebabkan dengki - sifat keji dan tercela. Islam menegah keras umatnya berdengki kerana ia mengakibatkan banyak keburukan yang boleh melemahkan perpaduan ummah. Banyak ayat al-Quran dan hadith menjelaskan hal ini. Dengki biasanya timbul daripada perasaan dendam cemburu, marah, benci dan niat jahat - dek tidak rela atau reda melihat orang lain senang. Ia adalah sifat iblis yang mengubah daripada iman iaitu Adam as. Sifat itu meguasai perasaan dengki terhadap Adam yang dipilih Allah menjadi khalifah di muka bumi. Iblis dan keselurahan keturunan syaitan termasuk golongan laknat disebabkan dengki. Allah memberi peringatan kepada manusia niat disebabkan sifat syaitan dalam friman-Nya yang bermaksud: "Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sedat yang sejauh-jauhnya." (An-Nisa : 60)
Sifat itu bukan sekadar menambah dosa, malah mengalami muflis di akhirat, apablia kebaikan diperolehi malalui amalan lain binasa dek sifat dengki. Rasulullah saw bersabda: "Dengki itu memakan (membinasakan) kebajikan (pahala), sperti api memakan (membakar) kayu yang kering. (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Perbuatan dengki dilakukan perlbagai cara, asalkan orang yang didengki itu menerima kesan buruk. Perbuatan itu boleh berlaku melalui tiga perkara:

  1. Secara halus menerusi sebaran berita (fitnah cacian dan umpatan)
  2. Sihir menggunakan jin
  3. Fizikal (daripada memukul sehingga melancarkan peperangan)

Penyebaran berita fitnah bermotif dengki merupakan tindakan pemberontak (orang fasik). Oleh itu setiap orang perlu lebih berhati-hati menerima berita yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Firman Allah bermaksud "Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Al-Hujarat : 6)

Perbunuhan pertama sesama manusia daripada perasaan dengki membabitkan Qabil dan Habil, dua anak Nabi Adam yang berebut pasangan untuk dijadikan isteri. Untuk insan menerima balasan syurga, Allah sentiasa menguji keimanan setiap kita. Sesiapa reda dan menerima dengan terbuka apa yang terjadi kepadanya memperoleh balasan baik di sisi Allah. Sesuatu yang tidak disenangi menimpa seseorang mungkin tersimpan kebaikan disebaliknya. Ujian daripada Allah, banyak sekali termasuk isteri dan anak (berlaku pada Nabi Nuh), harta benda (ketamakan Qarun yang membawa kemusnahanya), kekuasaan (seperti Firaun) sehingga kecantikan tubuh badan dan kepintaran. Oleh itu, tidak wajar sama sekali seseorang menunjukkan sifat dengki atas apa yang diperolehi orang lain. Anggaplah orang yang menerima kebaikan itu sebenarnya sedang diuji Allah.

Sekiranya dia berada di jalan benar, pasti Allah melimpahkan lebih banyak nikmat kepadanya. Allah lebih mengetahui apa yang menimpa setiap orang. Dia berkuasa memberi dan menentukan setiap kejadian di dunia ini. Sesiapa yang menyimpan sifat dengki terhadap orang lain, samalah dia mecuba mengubah apa yang ditentukan Allah terhadap orang lain. Allah berfirman bermaksud: "Apakah patut mereka dengki kepada manusia kerana kurnia yang diberikan Allah." (An-Nisa : 54)

Retype : Suhana Rasid

Biar tidak berlebihan dalam ibadah,tapi berisitqomah

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi
Muhammad s.a.w bersabda, "Agama itu sangat ringan dan sesiapa yang membebani amalan dalam agama secara berlebihan akan dikalahkan oleh agama itu sendiri (yakni akan merasa bosan melakukan amalan yang berlebih-lebihan). Jadi tidak perlulah engkau berlebihan dan berbuatlah yang benar (yakni melakukan amalan secara sempurna, tanpa tokok tambah atau menguranginya) dan terimalah khabar baik bahawa engkau akan diberi ganjaran dan mohonlah pertolongan (untuk mengerjakan agama) di waktu pagi, siang dan penghujung malam."

(Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah r.a., ketika saya sedang duduk dengan seorang wanita Nabi Muhammad s.a.w datang dan bertanya kepadaku, "Siapakah dia?" Aku menjawab, "Si Fulanah", dan aku menceritakan kepada Nabi s.a.w. bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi s.a.w. bersabda, "Hentikan, lakukanlah amalan mengikut kemampuan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah tidak penat (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan lelah dan amalan agama itu adalah yang dikerjakan secara tetap."

(Riwayat Bukhari)

Sunday, December 03, 2006

Artikel disiapkan oleh Suhana

Hamidah kurang keyakinan diri dan berpikiran negatif yang menyebabkannya mudah berputus asa sebelum berusaha dengan gigih. Dia tidak boleh memberi alasan atau sebab bahawa dia berputus asa atas dasar tidak berusaha. Sekiranya dia kurang keyakinan dan berpikiran negatif, dia perlu diberi dorongan dan sokongan. Sebenarnya sikap mudah putus asa melakukan amalan baik adalah bisikan syaiton yang mahu menggelakkan manusia dari berbuat baik. Maka lemahlah hati manusia mengamalkan amalan baik dengan usaha yang gigih. Seperti Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menurut riwayat Imam Muslim ertinya :

"Sesorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai di sisi Allah daripada seorang mukmin yang lemah. Dan kedua-duanya itu memang baik. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang berguna untuk dirimu. Dan minta tolonglah kepada Allah, dan jangan sekali-kali kamu lemah, kalau sekiaranya kamu ditimpa sesuatu janganlah kamu berkata : Kalaulah saya berbuat begitu begini. Tetapi katakanlah itu takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya akan dilakukan-Nya. Kerana perkataan 'kalau itu' membuka perbuatan syaitan".

Apa pun yang hendak dibuat, rancang terlebih dahulu. Orang yang gagal merancang, sebenarnya merancang untuk gagal
Jangan suka tunggu sahaja, bertindak dan berusahalah. Allah akan menganugerahi orang-orang yang terus berusaha tanpa putus asa. Akhirnya kita dapat melihat natijah kejayaan bakal diraih di dunia ataupun di akhirat sebagaimana Umar r.a yang bertanya tetntang amal dgn mengatakan:

" Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : "Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara" maka di balas oleh Umar : "Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ? Maka bersabdalah baginda nabi : "Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun barangsiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan barangsiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka " (Hadith sahih, riwayat Ahmad)

Jika Hamidah telah melakukan amalan yang baik tapi tidak melihat kejayaannya, dia tidak seharusnya rasa kecewa dan berputus asa. Tidak semua yang kita ingin mampu diperolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan. Tetapi yang penting anda telah berusaha dengan gigih dan Allah yang mentakdirkannya. Inilah sifat bertawakal kepada Allah swt selepas berusaha melakukan sesuatu amalan dengan sebaik-baiknya menurut pertunjuk Allah dan rasul dan bersangka baik serta menyerah kepada takdir Allah swt dengan penuh keredhaan dan lapang hati serta yakin dengan perbuatan baiknnya. Seperti Allah Ta'ala berkata:

Katakanlah, "Kerjakanlah amalan yang baik baik; Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga dengan rasul dan orang orang yang percaya. Akhirnya, kamu akan dipulangkan kepada Yang Maha Mengetahui segala rahsia rahsia dan apa apa yang dilafazkan, kemudian Dia akan memberitahukan apa apa yang telah kamu lakukan." (Surah Bara'ah:105)

Done By:
(Suhana Rasid)

Sunday, October 29, 2006

Selamat tinggal ya shahrul ramadhan al mubarak

Ku saksi
sebuah kehibaan
ditinggal pergi semakin berjauhan

Ku saksi
sebuah kemunduran
'amal ibadah mula berkurangan

Ku saksi
sebuah kehilangan
hatiku mula rasa kebimbangan

Semoga ramadhan kali ini
dapat ku akhiri
dengan pengampunan yang tiada bertepi

Selamat tinggal ya shahrul ramadhan al mubarak!


Saturday, October 28, 2006

rayer pertama bersama fami|i

askum wrth....
kul 5 pagi aku dpt sms dr abg. aku pun online. terkebil2 mataku. aku dh tk tau nk ckp kt dia. aku tadi tido kul 2.30 pagi.. sbb tuh aku rasa ngantok sgt. tulah aku, tk nk tido awal. nilah akibatnyer.... =( lps tuh, abg ckp "tkde ucapan raya tkde maaf pun" dgn suaranyer yg hampa. ish..buat aku bersalah. mmg pun aku salah.. dah lah malu aku ni.. maaf sbb ana tau ana tk berbual abg yg sepatutnyer.. ='(

1st rumah kiter gi umah mak tok. bila dh smpi jer, hujan turun. nasib baik, kiter dh smpi kalau tk basah kuyut nanti. kiter berkumpul ramai2 di sana.lps tuh, ambek gmbr2 kt umah maktok.
mk tok nk kasi kiter duit rayer. kite ckp "tk pyh lah mak tok. semua dh besar2" aku kesian gak kt mk tok..kiter tk jadi mkn kt umah mk tok. sbb dah agak trlmbt. so kiter gi ke umah kt bedok. lama sey bus tuh..haizz... tggu punya tggu tk smpi daaa... so, aku bosan2, aku petik gmbr, ambek video. maklumlah camera baru. kene main2 sikit. hehe.. haa..dh dtg bas..alamak penuhnyer. kiter tggu bus lagi satu..tapi bus tuh bukan 2 tingkaat. confirm tk dpt tmpt duduk ni. =( but the, after a while, aku dh dpt seat. sblh aku ni cina laki. dia berbual dgn aku. aku tk fhm lah ape dia berbual sbb ade speaking china... aku cuba lah jwb2 sikit. aku pun trtido dlm bas. alhamdulillah dh smpi kt bus interchange. adek-beradek aku semua nk tahu ape aku berbual dgn cina tuh. haha.. alhamdulillah dh smpi kt umah nenek aku sblh bapak. kiter jumpa adek bapak aku. dia ade 7 anak!!!! byk tuh.. kecik2 semua. satu budak ni cute sgt. aku peluk2 dia, cium2 dia dan bermain2 dgn dia. smpikan ct ckp aku buat mcm anak aku sendiri..kalau tuh anak aku kan bagus.hehe

lps tuh gi umah yg lain, then kiter terjumpa mereka lagi.. hehe..aku geram dgn budak tuh. ape lagi..aku ambek budak tuh duduk atas riba aku. dia diam jer.. nilah budak baik..hehe.. aku peluk2 dia. so cute!!! hahahaha.. mcm nk bawak alek jer. then, gi umah kucing tuh..lupa namanyer. kt situ lah dia hidangkan makanan sedap2. =D lps aku dan akak aku solat asar dan maghrib di situ, aku terus turun bwh utk makan. hehe..then, kiter trpakse alek sbb 2 akak aku keje sok dan ct lak skolah. aku jer yg nk teruskan. so, kiter pun alek naik mrt. alhamdulillah... dpt gak tmpt duduk skali lagi.. =) dh smpi terus solat, rehat2 dulu lps tuh online..

aku jumpa abg kt ym.. aku nk kai mic dgn dia.. tapi segan lak.. sbb tadi kiter chat mcm tkde mood. hmm..lagipun..dia nk dgr ke cite aku ni. =(

Mlm Rayer..

Allahu akbar!!! Alhamdulillah.. 1 Syawal 1427H. Aku dpt menyambut raya 'adilfitri sekali lagi. Tapi ku rindui romadhon...sbb bulan tuh lah aku kene strict kan diri aku utk menjaga mata,lidah,hati dan telinga dr merosakkan nilai puasa dan ibadah ku. Pengalaman yg aku tidak lupa pd bulan Romadhon ialah Romadhon Youth Challange. Suatu pengalaman yg memberi p'gajaran pd ku. Membuka minda dan hati apa yg berlaku di masyarakat melayu Spura. Dan aku dpt enjoy, rasa senang hati melakukan keje2 kebajikan. Terimalah ibadahku Ya Allah...

Lps maghrib, ramai yg sms aku. Dr mesir, dr mesia, dr indon dan dr spura.. MasyaAllah..smpi full msg. Terpakse aku delete sms lama aku. Inilah ukhuwah..tidak melupakan pershbtan di jauh. Tapi sedeynyer, aku tkde krdt langsung! Haizz..hrp2 mereka tidak kecil hati sbb tdk ucapkan mereka ari rayer. Alhamdulillah, persiapan ari rayer ni dh habis. Aku penat giler pasang langsir, letak karpet. Sarungkan kain sofa. Penat..penat..penat..tapi best! Aku dpt lihat result makeover ruang tamu aku. Fuhyoooo...maroon sey..nmpk grand. Skali skala jer. Lps tuh alik pd asal.

then kul 6, aku gi umah ummie. ummie nk kasi famili aku sedikit makanan. ketupat mereka buat sendiri. actually aku dh lama nk bljr mcmane nk mengayam ketupat. kalau tk tau, mcm bukan perempuan jer aku ni. kebykkan tau mengayam ketupat. aku jer yg tk tau..tapi aku nk bljr satu ari nanti..InsyaAllah! fuhyooo..buka ari ni byk makanan...sedap2 lak tuh. mak aku masak, sambal udang. udang nyer besar2 sey. selain tuh, mak masak sayur lodeh.. jarang2 mak aku masak lauk tuh. onli when raya then she will masak. mak aku dh beli lontong dan ketupat. yg ummie lak kasi kite smblg goreng, ayam masak merah dan her own made ketupat. yum!yum!yum! sedap semuanyer...

1 thing yg aku regret tk buat mlm tuh, ialah main bunga api... =( tk best lah. jeles jer tgj budak2 main.. haizzz... =(

Friday, October 20, 2006

Aurat Seorang Wanita dengan yang Lain

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fiqh pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walaupun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1. Suami
2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami. Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh s.u.a.m.i. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Bukan Islam
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yg bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. bersabda yg maksudnya: "Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

Ini adalah kerana dikhuatiri wanita bukan Islam boleh mendedahkan perwatakan tubuh badan dan aurat wanita muslimah kepada rakan-rakan lelakinya yang bukan Islam mahupun yang beragama Islam.

6. Aurat ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud)

Terbitan : Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor

RYC

Askum wrth..
Early in the morning, iryani, ct and me came down to mejed khair to register and report there as a volunteer for the Romadhon Youth Challange. Once, registered, i went up stairs to musollah wanita. Took my wudhu, but my left arms hit hard on the metal paip. It was extremely painful!!! Astghfirullah.. Mcmane aku nk buat keje dgn tgn sakit mcm gini?? Mungkin satu ujian utk ku. Mana tau aku dpt tahan ke tk.. Ketika masuk ke 'itikaf utk solat sunat, aku lihat dgn hati yg damai melihat anak yg kecil m'gikut-ikut ibunya solat. MasyaAllah.. Sudah pun dididik dr awal dgn keagamaan. Setelah tuh, aku turun bwh dan menunggu sukarelawaan yg lain. Ketika head leader, Ismail, dr AKYM buat breifing pd kami, aku lihat ada camera dan host wanita. Mereka ckp host tuh NurulHuda dr pemenang...ape ek nama pertandigannyer..Mcm nk jadi bintang gitulah.. Aku bukannyer ambek tahu sgt pun. Dia duduk di dpn aku. Aksyen mendgr jer..hehe. Setelah kite berpecah pd group masing2, kite disuruh utk berta'ruf. Semua dah bersekolah atau pun kerja. Aku paisey le nk ckp aku duk umah jer. Bila turn aku lak, aku terpakse tipu yg aku ambek private school. Adek aku dah terkejut...lps tuh Iryani dan Ct asyik ketawa jer.. Smpi adek aku nk nangis gitu.. Haha.. Yg budak sblh tuh umo 24 tahun dah start tanya aku soalan. Dia tanya brape yuran aku byr sbb dia pun nk skolah sana gak. Aku dah tk tahu nk ckp ape.. Aku ckp aku tk ambek tahu sgt. Haha..

Then, off we go to Bukit Batok Homed For The Aged. Group aku naik kete sey..weee~~ best2 Tk pyh nk jln2 mcm group lain.Alhamdulillah.. =) Bila kite smpi sana.. org2 tua semua tgh makan.. kite terpakse tggu mereka habis makan so that we could begin our task, decorating the stage and the canteen area. The girls mostly decorate kt stage dan tepi2 jer. Yg laki kene panjat tangga. Lps dah hiasa semua, aku dan geng aku jln2 satu round. Lps tuh kite berbual dgn pkck2 dan nyonya2 di situ.. 1 nyonya tuh buat persembahan kecil utk kite.. Tak phm ape dia nyanyi.. tapi kite buat muka gembira jer. Perangai mereka sprt budak2 kecik...Dah kembali waktu muda2 mereka. Lps dah berbual dgn mereka, kite berangkat ke umah lain yg memerlukan bantaun kami.. Aku terpakse berpisah dgn ct. Aku join, the team yg lain utk lipat kain, mop dan sapu rumah di Bukit Pjg. Bila kite turun tangga, kite ternmpk pasangan ni..entah ape mereka buat. Perempuan tuh dgn muka terkejut bila kite tiba2 berada di blkg mereka. Aku hanya lipat kain aje. Berlambak sey kain baju mereka.. Bergunung-gunung.. Aku rasa kedai jual baju pun leh kalah. Kite main lipat jer. tak tahu dah bersih atau tk. Once dah mop semua..kite ambek gmbr sama2. Aku ternmpk perempuan tadi kt tangga tuh, lukakan lengannyer sendiri. Darah kuar.. tapi dia buat mcm tkde pape2. Dia sprt mcm biasa jer. Dgn rambut perang tk bersikat, pakaian yg ketat dgn seluar shorts.. haizz.. teruk gak keadaannyer.

Lps tuh, kite semua berjln kaki ke Mejed Al-Iman. Di situ kite de brief di sana, Ismail hendak kite semua berkongsi pengalaman dan pendpt kami ketika membersihkan ruma tadi. Semua mcm diam... Haizz.. Aku pun gerak dulu.. Aku beri pendapat sendiri..

Ana: Actually the task that was given to us, wasn't that difficult. We should be fortunate that it is easy to handle, coz there's other houses which is much more worst. Sape nama dia?? Aaahh.. 'G'. Dia bilang ade satu rumah teruk sgt sampaikan kene kai kasut bila masuk rumah. Bau bahangnyer masih melekat di bajunyer. Hingga mereka trpakse kai mask.

Ismail also agree to my statement. Then, kite solat zohor. Lps tuh ada tadarus sikit, tapi aku tk sempat nk habis sbb membe mejed khair dipanggil turun utk briefing skali lagi beramai-ramai dgn team2 yg lain. I listen attentively to their story sharing on house cleaning. There's really interesting stories that suprised me. Ada seorg ibu yg dh hampir buta tinggal bersama anak yg menengah 2. Rumahnyer dasyat habis!!!! Susah nk bersihkan. Ada 20 org dlm satu rumah tuh. Bygkan betapa teruknyer rumahnyer smpikan perlu 20 org utk bersihkan. Ibu tuh berasa sgt bersyukur, krn raya tahun ini rasa berbeza dr raya lps. Aku rasa mcm tersentuh hati bila dgr cite tuh. Aku rasa mcm berbaloi buat keje ni semua.. Keje ni dpt mengembirakan hati org lain. Subhanallah.. Bagusnyer dpt menolong org dgn hati yg ikhlas dan gembira.

Lps tuh, kite berbuka. Aku, mas, dayah dan ct tk tau kt mana kene buka. Kite terjumpa satu hidangan ni dh siap atas tikar. Tak tahu sape punyer. Tiba2 dh azan..aku cpt2 ambek kurma dr mangkuk tuh kasi adek aku. Lps tuh kuar dr situ. Hahaha.. mcm pencuri kurma gitu.. Rupa2nyer, kt situlah tmpt kite berbuka. Hahaha.. Aperaakkkk... Lps selesai solat terawih, kite turun bwh lagi utk briefing for the street da'wah. Fuhhhh..nasib baik aku dpt join dgn group ct sbb nama aku tk dipanggil. Then naik bas ke Esplanade. Ketika dlm bus tuh.. budak2 laki nyanyi kelakar sey.. Tak habis2 buat bising dgn lawak mereka. Aku dan ct dah ketawa je..
Aku tk kasi satu keping phamplet pun sbb malu sgt. Lagipun ada rasa sikit takot sbb tgk budak2 melayu dah jadi wild!! Lepak sana dan sini..dn pakaian mcm gitu skali. Byk sey mat dan minah. Ish.. tgklah remaja skrh. Tkde pegangan hidup. Nak enjoy je.. Tunjjukanlah mereka ke jln yg lurus..Itu aje aku mampu berdu'a di dlm hati..

Alhamdulillah...!! Dh smpi pun dimejed assyakirin.. =) Kite rest di auditorium.. Perempuan leh tido kt sini. Lgpun sini ade aircon! Hehe.. sedap je tido. Alamak..bising sey pompuan2 ni semua.. Byk colok.. Tkleh ke tido. Smbg cite sok kan leh.. Haiz..
Bgn awal utk qiam, solat sunat berjemaah. Lps tuh, bersahur nasi lemak. Aku dan ct mcm tkde selera jer mkn. Kite minum air teh o jer. Then aku dan ct tido alek.. Haha.. Then boleh alik!!! Mula tkde org kt bus stop.. Igtkan nk naik baz tadi sbb tk ramai org. Tapi ct tuh tgh cari beg duitnyer. Tertinggal lah bas tuh.. Dah le semakin ramai bdk2 dah dtg.. Tapi alhmdullilah tk pack bas tuh. Alhamdulillah dh smpi pun kt umah.. =)

Romadhon Youth Challange memberi aku pengalaman baru. Satu kegiatan yg baik utk belia remaja pd bulan Romadhon. Kite tidak seharusnya, terperap di rumah membaca Al-Quran dan buat ibadah2 di rumah. Malahan kite dpt mem perolehi pahala melakukan ibadah di luar rumah dgn menghulurkan bantuan kpd masyarakat melayu Islam di Singapura. Dgn membantu mereka yg kurang berkemampuan, kite dpt melahirkan rasa simpati pd mereka. Kita dpt membahagiakan hidup mereka walaupun sementara shj. Kite akan rasa tenang hati dan lega dgn ibadah kami. Ini semuanya ni'mat membantu saudara2 kami. Selain itu, dgn pengalaman tersebut, kite dpt mempelajari ni'mat bersyukur krn kite hidup jauh selesa dprd mereka dan juga membuka mata dan hati. Melihat, berjalan dan mentafsir di atas bumi ini. Berbagai ragam manusia... remaja, org tua, mkck dan pkck, kanak2.. Di dunia fana ini, tiada yg sementara.. maka berrebutlah membuat amal jariyah utk bekalan di akhirat nanti. Ya Allah, terimalah 'ibadah kami..Amin..

Tuesday, October 17, 2006

Friendster?? Malas nk layan..

aku mula mengenal fs masa secondary 5. tk minat sgtlah.. jus add kwn skolah aku je. then fs skrg dh maju.. leh letak blog, lagu, stylekan fs.. dan mcm2 lagi...
inilah buat aku minat.. sbb aku dpt letak2 ape di fs. dan bukan aku je yg minat..yg lain pun minat. semakin ramai yg nk add aku. aku dh mula suka.. dan aku pun suka berbalas testi..
tapi, skrg ni, aku dah malas nk layan. fs ini hanya nk mengejar popularity pd pendpt aku. kalau kwn kt fs pun, kwn yg tk kenal langsung. mmg lah baik utk berukhuwah dan berbalas testi utk menasihati sesama manusia..tapi bila aku fikir dlm2, renungkan balik. ini semua buang masa jer. entah lah..cmne nk ckp ek.. pd aku mcm gitulah. tiada lah gunanyer kite berbalas testi tanpa merenungkan ayat2 tersebut dan m'gamalkannyer. kalau kwn ramai2 buat ape? nk tunjuk pd semua kite ni ade kwn ramai sbb kite ni popular?? dah leee. kim salam je pd semua..hanya menunjukkan sifat riya' jer. dan ade beberape org pernah msg aku yg dia sukakan fs aku..very islamic. alhamdulillah..tapi diri aku ni?? islamic ke? dpt ke aku tegakkan agama Allah?? nk tunjuk pd semua org aku ni 'alim? haizz.. astghfirullah.. sepatutnyer rendahlah diri aku. dan skrg ni ramai wanita menunjuk2 pic yg lawa2. for what?? jus to pikat the guys.. haizz.. tkde yg kwn sejati dlm hidupku melainkan sha dan daya.. shbtku. aku kalau bosan aku jus log in. tgk ape yg terbaru.. skrg ni.. dah tk gile2kan fs.. tk gilekan mencari popularity. aku dah slow down dgn fs. buat keje yg lain lagi bagus..byk faedah. itu semua merosakkan hati manusia.

Friday, October 13, 2006

Renungan : Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.
Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain.

Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!!

Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia brcadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan
masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,
jadikanlah tempe ini. Amin".
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.
"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."
Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan
doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Tuesday, October 10, 2006

Memisahkan tmpt tidur anak & Meminta Izin utk memasuki Kamar Tidur Ibu Bapa

Artikel ini ingin menyelami persoalan penting mengenai aurat dalam rumah, sama ada antara ibubapa dengan anak-anak atau antara anak-anak sendiri. Islam telah menyusun beberapa adab dalaman dalam sesebuah rumah, sama ada yang telah ditetapkan dalam al-Quran atau melalui sunnah Rasulullah s.a.w sendiri. Ia mampu membina dan membentuk akhlak anak-anak dan menghindarkan sebuah keluarga itu daripada sebarang unsur yang membawa kepada kemaksiatan kepada Allah s.w.t.

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat isyak.

Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: 58-59)

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan 'harta' yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. Oleh itu anak-anak yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibubapa, terutama waktu-waktu ibubapa beristirehat. Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. Allah s.w.t. menjelaskan bahawa tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas ialah :

1. Sebelum solat Subuh. Waktu ini ialah waktu ketika ibubapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini juga kemungkinan adalah waktu ibubapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibubapa sebelum masuk. Waktu inilah waktu 'persendirian' bagi ibubapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibubapa.

2. Sekitar sebelum waktu Zuhur. Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu 'Qailulah' iaitu antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat, sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur. Anak-anak sewajarnya meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibubapa demi mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.

3. Selepas Isyak. Waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik. Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan ibu bapa terpelihara.

Islam sangat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar. Ia sebenarnya merangkumi etika kejiranan yang melibatkan komuniti di luar rumah kita.

Selain daripada perlakuan anak-anak dalam menjaga adab-adab tersebut, pemeliharaan aurat juga wajar dipraktikkan oleh ibubapa sendiri melalui konsep 'Kepimpinan Melalui Teladan'.

Ibubapa juga seharusnya menjaga penampilan diri mereka melalui etika pakaian yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati syarak terutama di hadapan anak-anak. Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam yg boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden yang tidak baik.

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. untuk memelihara aurat anak-anak dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna. Di dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. yang bermaksud: Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)

Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala negatif, Islam telah menutup ruang-ruang yang boleh membawa gejala tersebut. Rumah yang baik sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.

Ia berhubung-kait dengan faktor perkembangan seksologi anak-anak yg bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan kemudian berlakunya beberapa perubahan terutama dari segi fizikal mereka. Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa perubahan hormon dalam tubuh badan seseorang.

Perkembangan peringkat umur baligh biasanya akan memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga mendorong sikap dan tindakan 'ingin tahu' mereka. Di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah s.a.w. supaya ibu bapa memisahkan bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur mereka 10 tahun supaya aurat mereka terpelihara dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keturunan mereka.

Di dalam firmanNya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)

Sunday, October 08, 2006

tazkiroh slps terawih.. utk peringatan ku..

Alhamdulillah..sudah selesai solat terawih tadi. Hanya buat 8 rakaat sahaja kalau ade syarahan. mlm sabtu itu, seorg ustdz, lupa namanya, diberi tajuk ttg 'Berlumba-lumba di bulan Romadhon'. Dia m'gatakan, dia mahu memberi tazkiroh krn ingin m'gingati para jemaah dan dirinya juga. so, dlm hati aku, ape bezanyer syarahan, ceramah dan tazkiroh? hmm, got to find out perbezaanya. Dia lupa hari ni sudah masuk 15 romadhon dan dgn itu dia tdk melakukan du'a qunut tadi. Dia meminta maaf dan dia kata du'a qunut ini hanya sunat shj.

Tazkiroh yg dia sampaikan bagus bagiku. Aku dpt m'ghayatinya. Dia hanya menyentuh 2 perkara shj. iaitu berlumba-lumba dlm ibadah dan ilmu pengetahuan. Sebenarnya byk perkara dia sampaika tapi, dia sebarkan apa yg dia mampu buat. maknanya, dia tk nk suruh org buat tapi dia sendiri tidak buat. Hmm.. kagum aku sbb dia tidak berbangga-bangga. Bulan romadhon ini..ialah bulan quran di mana quran itu diturun pd romadhon. dan ramai yg cuba m'gkhatamkan quran. Dia memberi smgt pd buta huruf yg tidak tahu baca quran. Mereka masih dpt ganjaran pahala dgn membaca tafsiran quran tapi dgn syarat dia mesti ada niat utk mempelajari membaca quran. Dia juga m'gingatkan kita supaya memahami isi kandungannya. Dgn pehaman tersebut kita dpt rasa gementar dgn amaran Allah, tahu jln ceritanya dan hukum2nya. Bukan baca dgn buta hati. Main ikut sedap bacaan jer tanpa menghayati kandungannyer. Dia ceritakan dia nmpk pkck di bus stop membaca quran sambil menunggu bas. Waahhh.. smgtnya ada. Dia tahu m'gisi masanya. Jarang juga kita jumpa org2 mcm tuh. Dia juga katakan ttg puasa dan quran dpt memberi syafaat. Di hari akhirat nanti, puasa akan m'gatakan. "Ya Allah berilah dia makan dan minum kerana dia lapar dan dahaga krn puasa."dan quran pula: "Ya Allah berilah dia syafaat krn dia letih, tidak tidur malam hanya utk membacaku." (mcm tuhlah citenyer..tk igt sgt)

Dia juga menyentuh ttg 'iktikaf. Ada juga bab 'itikaf kita harus tahu. Hmm..buat aku curious utk ketahui lebih lanjut. Dia menegur pkck ni kerana dia salah tmpt solat 'iktikaf. Tapi dia membalasnya dgn kasar. "Aku nk solat sini, aku punya sukalah!" Haiz.. baru tegur dgn baik tapi boleh marah pkck tuh. Dia juga kata dia amat kecewa dan aku pun sgt2 kecewa sbb ada yg sambut romadhon dgn berpesta-pesat dan buat konsert bukan sebaliknya. Sepatutnya kita sambut dgn byk ibadah dn jauhi perkara2 yg dpt merosakkan puasa kita. Aku faham ape yg ustdz mahu tujukan ttg berpesta-pesta itu. Baru2 ni, kt bugis, ade satu carnival buat pertama kalinya. Ada konsert pulak tuh. Artis2 semua dia situ meraihkan carnival Suria Raya. Semlm aku pergi dgn adek-beradek ku. Aku tk masuk pun carnival tuh. Aku solat maghrib di mejed sultan dan terus pulang. Bila on the way nk pulang, azan 'isya berkumandang dgn kuatnyer dan dekat situ sdg m'ganjurkan konsert. Aku sgt2 sayu, sedih dan kecewa dgn umat skrg ni...Sudah hilang pegangan mereka. Mereka seolah2 sudah lupa dlm keseronakan. Sdgkan Allah mengajak mereka utk solat!!! Semoga Allah memberi petunjuk pd mereka dan jauhilah kami dr neraka.

Ada satu ayat dia katakn buat aku suka dan igt. Ilmu jaga kita tapi kita jaga harta. Ilmu dpt berkongsi tapi tidak pd harta. Ilmu tidak boleh dicuri tapi harta boleh dicuri. 'Ilmu yg dipelajari dr tadika hingga university dpt membantu kita utk berjaya dan mengelakkan dr perkara bahaya. Dan harta pula, ia tidak boleh jaga kita.. tapi kita harus jaga harta supaya ianya tidak berkurang. Jika kite berkongsi harta, harta kite berkurangan. Contohnya, $10 aku, aku share 4 org. So kurang duit aku. Tapi 'ilmu tidak kurang..jika kita share kt si fulan..dan si fulan pass kt org lain.. 'Ilmu kita tidak sedikit pun dikurangkan. Klau harta senang dicuri,rugilah kita. Tapi 'ilmu pula, org lain tidak dpt mencuri ilmu yg tlh terkunci dlm otak kita. That's why 'ilmu is the most important and valuable than any material things in this world. Byk manfaat kite perolehi dgn 'ilmu dari harta. Ada byk lagi lah dia katakan.....

Best2! =D InsyaAllah... next time i'll try to attend the next syarahan...

Tuesday, September 26, 2006

Berilah aku semangat...

Marhaban Ya Romadhon..

Wahai Allah.... semgtku semakin hilang utk menegakkan agamaMu..
Penuhilah roh2ku dgn 'ilmuMu...
Romadhon sudah tiba.. Alhamdulillah Ya Allah..
Allah.. boleh kah aku beristiqomah melakukan ibadat dgn penuh khusyu iaitu takut kpd Mu...
Ikhlaskan hatiku utk beribadat pdMu...Bukan utk menunjuk2..krn itu adalah perkara syirik!!!
Terimalah hambaMu..
Terimalah ibadatku... ibadatku..ibadatku...
Terimalah.
Aku tahu itulah yg paling penting.
Apalah gunanya Ya Allah, jika aku beri nasihat-nasihat pd shbtku, di friendster, apakah manfaat aku dpt? sdgkan aku, byk yg lom beramal..
Aku memohon pdMu...bantulah aku. Berilah aku semangat.
Aku yg berlumur dgn dosa-dosa...
Aku bukan lah sesiapa di sisiMu Ya Allah...
Ya Allah... aku tidak mahu dipuji dr sesiapa krn ia hanya menimbulkan rasa riak dlm hatiku...
Syukurilah aku dgn apa yg ada..
Semuanya milikMu. semua nya pinjaman drMu.
Allah, Nape manusia brlumba-lumba mencari kekayaan sehingga tidak menuruti perintah Mu.,.
Ya Allah, lihatlah tmptku..
Bazaar di sana dan disitu... Manakah ibadah mereka?
Hanyalah Engkat tmpt aku berteduh..
Hanya pdMu lah..aku mengangkat dua belah tgnku.. Tgnku yg penuh dosa...
Memohon keampunan.. dosa-dosaku.. Mampukah Engkau mengampuniku?
Jagalah hatiku.. jgnlah aku bersifat sombong, berdengki, bersangka buruk,...
Rendahkanlah hati hambaMu...
Berilah Aku Semangat Ya ALLAH....................................................................................

Sunday, September 24, 2006

Kitakah ummat yg mencintai Baginda

Message: ana amik dr blog seorang kwn..

Apa itu sunnah?

Satu cerita benar…
Mamat kata: Engkau simpan janggut macam
kambinglah brother….

Aku kata: hek eleh, mamat nih, kalau org simpan
janggut, kau cakap cam kambing, yg korang lari
cari tempat teduh time hujan turun kau tak cakap
pulak macam kambing!

Mamat kata: Apahal kau beserban, berjubah ni, tu
budaya arab, pakai baju cam lain pun boleh…


Aku kata: kau tak paham hati aku, aku dah jatuh
cinta ngan nabi,(Ya Allah berilah aku cinta pada
Nabi) kau tengok anak muda sekarang, pasal
minat dengan artis diorang, sanggup tiru, gantung
CD kat tengkuk, ikat kain kat kepala, bertindik kat
pusat, kat rumah pakai baju emak, kat luar pakai
baju adik(org perempuan), warnakan rambut,
bukan dapat duit pun!, tapi diorang dapat
menambahkan cinta diorang pada artis
kesayangan diorang, aku bukan nak cakap aku
baik, tapi kalau ada hadith yg bagitahu pakai
macam nabi takde pahalapun aku akan tetap
pakai, sebab aku sayang kat nabi, apa yg nabi
buat kalau boleh aku nak buat semuanya…tapi
aku hanya mampu buat setakat nih, dan ditambah
pulak ada hadith yg bagitahu kelebihan sunnah,
makin ghairahlah aku nak amal, aku tahu kau pun
sayang nabi gak, tapi kau minat gitu2 je, macam
kau minat artis gitu2, kau tak beli kaset yg
original, cukup dengar lagu kat radio, kau pun tak
nak pakai cam artis yg kau minat, memang kau
minat artis tu, tapi kau bukan peminat yg setia!

Mamat kata: Kau kalau nak mengajar aku ke
sape, kena ada tauliah dulu…!

Aku kata: memang betul cakap kau, aku
hanyakah di ibaratkan tukang kebun sekolah yg di
beri kebenaran untuk mengajar murid2 di kelas
pemulihan, lalu murid2 tu tak mahu belajar sebab
aku hanya tukan kebun..kesian murid tu kerana
akhirnya semuanya gagal dan jadi tukan kebun, ha
ha ha…!(tukan kebun bukan satu kerja yg hina, ini
hanya contoh)

Nota:
((( di sini ada dua kasihan, isk..isk…(menangis)
pertama, kasihan pada umat kerana aku yg bukan
nabi@ustaz ni jumpa mereka, maka percakapan
aku yg tak berhikmah/tak paindai/cakap lepas ini
menyebabkan mereka makin jauh dari ugama,
sepatutnya Nabi yg jumpa mereka isk..isk..barulah
mereka dapat hidayat..isk..isk…

kedua: kasihan yg kedua adalah, Aku buat
daqwah tanpa Nabi di sisi, bila aku kena marah,
caci, hina, laknat, aku takde tempat nak
ngadu….Nabi dah takde(sebak). Kat sini macam2
org hina mu ya Rasululullah, (kes terbaru, isu
kartun)..isk..isk..aku rindu padamu ya Rasullulah…
tapi takpe, aku ada Allah, hanya pada Allah aku
mengadu..isk..iskk..)))

sambung balik:
mamat kata: kalau cam tu kenapa kau naik motor,
kau kan nak ikut sunnah, kenapa tak naik unta ke,
kuda cam Nabi buat?

Aku kata: Hek eleh mamat nih, Nabi mana ada
ajar doa naik unta@kuda, nabi ajar doa naik
kenderaan, aku naik kapal selam pun baca doa
nih!, kalau kau terer, aku nak belajarlah jugak doa
naik unta dan kuda ha ha ha…
Lalu aku pun melompat ke atas motor RX-Z ku dan
meninggalan mamat yg aku sayangi(aku dan
mamat kawan baik)
Dari jauh lampu belakang RX-Z ku menghilang dari
pandangan mamat…..dan kedengaran sayup2
suara aku membaca doa naik kenderaan….
SEKIAN…

Ada org tanya aku, apa bezanya sunnah dengan
sunnat?
Aku kata(setakat yg aku belajar)
Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat
Nabi tak mengaku ummat…
Dalil:(aku malas sangat nak tulis hadith, takut
salah)

Tuesday, September 19, 2006

Mendaki's Sports Day


:: This is the lane we made inside the hall! ::



:: Warm up exercise b4 starting the game ::



:: The teams assemble at their lane ::


:: The 2 emcees for the event.. Faiz and Yana. Explaining how to play the games ::


:: Mabuk teping game. One of the mkck from team 5, have to search for the gula-gula. =D ::



:: Caterpillar game ::


:: Immnunity Challenge ::


:: Team 5 trying to solve the puzzle ::


:: They're resting ::


Assalamualaikum wrth...
Minggu lps hari jumaat, aku dan adek aku buat sukarelawan di mendaki. Mula2 kite fikir sports day ni tuk budak2 tapi bukan. Event ni utk staff2 di Mendaki. Bestnyer.. mereka dpt enjoy waktu keje. Sebenarnya, acara ni dilangsungkan di East Coast Park... tapi hujan dr rahmat Allah turun dgn lebat dan tidak berhenti. Kita terpakse ikut wet weather plan. Kite buat dlm hall. Kecik jugak..tapi alhamdulillah dpt jugak kite uruskan acara tuh dgn lancar dan baik. Dan terutama skali ada air-con.. hehe.. dan tmpt solatnyer pun ada di situ. Kite buat lima lane sbb ada 5 kump. Dlm satu kump ade 12 participants. 10 wanita dan 2 lelaki. Kebykkan pkck dan makck. Ana bahagian logistic. Baguslah aku ambil logistic bukan emcee atau referee.. Kalau emcee, aku mmg gementar pegang mic.. kalau referee, susah nk control participants tuh.. Keje aku hanya siapkan props utk games. Ada 4 mcm game. Pyramid puzzle, caterpillar, mabuk tepung dan immunity challange. Yg game yg paling gerek ialah mabuk tepung dan immunity challange. Aku hanya tgk dan ketawa kan mereka jer.. Klakar sey mkck2 tuh main.. Yg mabuk tepung tuh mereka kene cari gula yg tulen dlm tepung. Hanya boleh gunakan mulut shj utk mencari gula tuh.. Haha... muka semua kene tepung.. nasib baik aku tk join.. Immunity challenge byk menggunakan minda utk solve the puzzle. There are 24 box..and place the alphabet card that has different colours in that puzzle box. Every horizontal and vertical rows must have different alphabet and colours. Cannot be repeated. Hmmm... challenging gilerrr.. aku rasa aku pun tkleh buat tapi minda mkck2 ni leh tahan... mereka dpt solve puzzle tuh. Chewaaahh.. Ana salute pd mereka!

Setelah dah habis main game semua tuh, ada lagi satu pertandingan. Setiap team harus mempersembahkan cheer mereka. Waaaahhh...leh tahan cheer mereka. Penuh smgt mereka cheer.. Cheer yg paling best ialah team 5.. Hanya team itu yg tkde laki.. Mereka cheer ttg keseksian pompuan... Haaa.. jgn main2 lelaki.. Wanita ni semua hebat2..

Finally. the game was officially has ended. Mereka boleh balik awal, tk pyh terus keje disitu. Bagusnyerrr... Tapi aku lom boleh balik lg. Aku dan sukarelawan yg lain perlu kemaskan props.. dan susan balik kerusi2 di hall ni. Ketua sukarelawan, iaitu Faiz dan Yana beri beribuan2 ucapan terima kasih pd kite semua sbb sudi menolong mereka. Dgn itu mereka berikan kite sebuah kad ucapan dan duit $5. Woooww...aku tk sangka... Tkpelah..rezeki ku... hehe.. Leh aku simpan duit utk kuar beli mkn.. hehe.. Harap2 aku dpt volounter pd bulan Romadhon akan tiba ni.. Tak sabar membuat kebajikan di bulan yg mulia itu.. =)