Monday, August 07, 2006

AFUNDI: Pelaburan ke Neraka

Dalam sebuah hadis Rasulullah, baginda ada menyatakan:

"..sesungguhnya dosa itu risikonya adalah ke neraka"
- Riwayat Bukhari.

Tolong menolong kepada kemungkaran juga adalah salah satu dosa sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah:

"Kamu hendaklah tolong menolong kepada kebaikan dan ketaqwaan dan JANGAN kamu tolong menolong terhadap perbuatan dosa dan permusuhan"

Melihat kepada perkembangan semasa, adakah kita dapat lihat program AF sebagai satu program ketaqwaan atau kebaikan? Semua sudah tahu tentang AF, semua sudah kenal siapa mawi, vince dan zahid dan lain-lain lagi. Semua sudah tengok aksi tarikan, pelukan, dedah aurat anak-anak muda berfantasi di atas pentas. Saya rasa tidak ada sebab untuk kita katakan program itu satu program kebaikan atau ketaqwaan. Kalau ada kebaikan sekalipun, tidak cukup untuk menampung perbuatan yang jelas dan terang haramnya. Buka aurat, dedah tubuh, peluk sana sini, itu pun sudah cukup untuk dikategorikan seabgai dosa.

Saya rasa tidaklah terlalu ekstrim pendapat ini. Kerana saya sendiri anti kepada pemikiran ekstrim terutama pada zaman umat Islam jauh daripada agamanya. Kalau program Akademi Fantasi itu boleh dikategorikan sebagai program ketaqwaan, atau sekurang-kurangnya menjana kepada ekonomi dan pertumbuhan negara, mungkin pendapat ini boleh dikatakan ekstrim. Tapi bagi saya, program ini banyak merugikan negara. Pada zaman inflasi sedang naik, masih ramai yang membazir wang dengan mengundi. Pada zaman Pak Lah mahukan peningkata modal insan berasaskan ilmu, masih ramai umat yang leka dalam fantasi mereka nak menjadi orang glamer, berhibur dan semata-mata hiburan. Hiburan meringankan minda, merosakkan pemikiran. Umat tidak menjadi umat yang tahan lasak. Umat sentiasa berhibur takut untuk berjuang.

Sudah berbagai fatwa dikemukakan tentang undian AFUNDI ini haram. Dan sewajarnya pendapat ini diketengahkan kepada umum. Setiap SEN yang diundi menyumbang kepada perbuatan yang haram adalah haram jua berasaskan kepada firman Allah di atas. Dan setiap yang haram akan membawa kepada NERAKA jua akhirnya. Jika anda ada ahli keluarga, sahabat yang suka mengAFUNDI, beritahulah daripada undi orang menari dan menyanyi lebih baik dermakan RM10 kepada PALESTIN.

Derma palestin adalah wajib, undi AF adalah haram. Utamakan yang wajib. Elakkan yang haram.
http://ideologi.muamalat.net/

No comments: