- Adakah kita melihat dahulu rupa paras orang itu sebelum berfikir bagi menjadikannya pasangan hidup kita?
- Adakah berbaloi jika kita memilih pasangan kita berdasarkan rupa paras shj?
- Berapa lama hubungan yg dibina dpt bertahan?
- Adakah kita rasa kecantikan keluaran begitu penting dlm perhubungan?
- Adakah kencatikan dalaman sprt ketulusan hatinya lebih penting?
Apakah citarasa kita?
Bagi kita yg pernah megalami perpisahan, pasti lbh mengenali hati budi bekas kekasih kita. Cuba renung kembali peristiwa yg pernah berlaku pd diri kita. Semasa kita membuat keputusan dahulu utk menjadikannya kekasih kita, apakah yg kita nilai drpdnya?
Adakah kencantikannya? Keayuan wajahnya? Adakah krn dia mempunyai susuk tubuh yg menarik? Ataupun krn dia mempunyai definisi yg sempurnapd zahir dirinya dan menepati citarasa kita?
Wajah dimamah usia
Cuba bayangkan umur kekasih kita apabila berumur 40thn. Adakah dia masih lagi mempunyai kulit muka yg tegang tanpa kedutan serta badan yg gagah dan montok? Pasti jwpnnya tidak. Muka sudah berkedut, rambut beruban, perut boroi, lemak berlebihan di sana sini dan byk lagi perubahan yg berlaku pd dirinya. Kita perlu igt kencantikan tidak kekal selamanya. Semuanya berubah mengikut peredaran zaman.
Apabila kita ingin bersama dgnnya hanya krn kecantikan fizikalnya, semua ini hilang drpd pandangan kita apabila usia sudah lanjut. Nanti apabila sudah tua, rasa syg pun mula hilang sikit demi sedikit. Maka, berlakulah perceraian. Si suami ckp yg isteri tidak tahu lagi menjaga penampilannya. Si isteri pula asyik komen suaminya tidak pandai jaga badan. Perut sudah memboyot sprt mengandung 5 bulan. Dulu, hendak cari yg cantik sahaja. Lihat skrg! Adakah kecantikan fizikal itu kekal sehingga kita tua?
Hati budi lebih penting drpd fizikal
Kasih syg yg wujud dr dlm sanubari lebih bermakna drpd kasih syg yg wujud drpd sudut luaran shj iaitu melalui rupa paras serta fizikal individu itu. Melalui pemerhatian, kita dpt melihat bagaimana pasangan kekasih itu saling lengkap melengkapi. Cuba pergi ke mana-mana tmpt yg byk dikunjungi olh pasangan yg sdg bercinta sprt KLCC. Perhatikan setiap pasangan kekasih. Apa yg akan kita lihat adalah mereka ini ditemukan utk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Yg tinggi dgn yg rendah, yg kurus dgn yg sedikit berisi, yg lawa dgn yg biasa, yg cerah dgn yg gelap dan bermcm-mcm lagi. Semua ini ditentukan Tuhan. Yg penting, kasih syg yg lahir drpd hati budi kita adalah lebih bermakna drpd lahiriah kita. Jgn terlalu memilih pasangan kekasih itu melalui rupa parasnya shj. Kelak kita juga yg myesal.
Kecantikan adalah subjektif
Apabila kita bertanya kpd rakan-rakan kita, drpd sudut apakah mereka tertarik dgn kekasih mereka? Pasti jwp yg mereka berikan berbeza. Jwpan mereka lebih kurang begini, "Aku suka pd wajah dia, sejuk bila memandang" "Aku tertarik pd senyuman dia, nmpk menawan" "Bila aku pandang dia, aku rasa dia menpunyai personaliti yg menarik dan itu yg menyebabkan aku teringin sgt menjadikan dia kekasihku"
Jelas tidak ada satu skema jwpan yg menunjukkan mereka tertarik kpd kekasih mereka hanya kecantikan luaran shj. Ada juga yg baru pertama kali berjumpa terus terpikat dgn personaliti empunya diri. Saya nasihatkan, jgn memlih pasangan hanya melihat pd kecantikan luaran shj. Tetapi lihatlah kecantikan dalamannya. Kecantikan dalaman bermaksud melihat hati budi, sifat mahmudah yg dimiliki serta sifat jujur dan ikhlas dia berkawan dgn kita. Jgn tertipu dgn rupa luaran. Ramai yg pernah tertipu.
Pakej adalah kelebihan
Saya selalu terdgr kata pakej. Kita juga selalu mendgrnya bukan? Dahulu, perkataan pakej selalunya dikaitkan dgn produk sama ada barangan harian ataupun pakej haji dan umrah. Skrg ini, manusia juga boleh dipakejkan. Maksud pakej disini adalah individu itu lengkap drpd segi fizikal luaran serta dalaman. Mereka boleh dikategorikan sbg individu yg cantik dan kacak serta mempunyai personaliti yg menarik. Pasti ramai yg meminati mereka krn mempunyai pakej yg lengkap dan menjadi rebutan ramai.
Beruntung bagi mereka yg dikurniakan dgn kelebihan ini. Tetapi, ini semua hanyalah ujian Tuhan berikan kpd mereka sama ada mereka mahu bersyukur ataupun berlagak dgn nikmat sementara ini. Apabila kekasih kita memiliki pakej yg lengkap sprt disebutkan diatas, bersyukurlah kpdnya krn dipertemukan dgnnya. Jika kita mempunyai kekasih yg biasa shj, tidak terlal cantik dan tidak terlalu hodoh, terima dia seadanya. Mungkin personalitinya lebih bermakna buat kita.
Jangan tertipu dgn wajahnya
Bentuk fizikal dan rupa paras menjadi keutamaan yg diletakkan di tmpt pertama. Selepas itu, berulah bertindak mengenalinya dgn lebih lanjut bagi mengetahui hati budi bakal kekasih mereka. Ini krn, mereka berpendpt rupa paras dan fizikal menunjukkan sifat dalaman mereka. Apabila cantik luaran, cantiklah sifat dalamannya. Apabila buruk dan hodoh luarannya, dalamannya juga hodoh dan buruk.
Ingin dijelaskan disini, sebenarnya sifat luaran dan dalaman adalah berbeza. Ada org cantik rupa paras tapi bersifat angkuh dan mempunyai sifat ego yg tinggi krn cantik ataupun kacak. Ada juga individu yg tidak berwajah cantik dan kurang drpd segi fizikal, tetapi mempunyai perwatakan yg menarik dan memiliki hati yg baik dan jujur.
Terpulanglah kpd kita utk memilih pasangan kekasih. Apabila rupa paras menjadi ukuran, ramailah individu yg tidak cantik dan kacak tidak menjadi pilihan. Ini krn setiap org terlalu asyik memilih bakal kekasih mereka dikalangan org yg cantik dan kacak. Tepuk dada tanya selera. Pilihlah bakal kekasih kita mengikuti kata hati dan memilih pentunjuk dr Tuhan melalui solat istikharoh dan du'a.
No comments:
Post a Comment