Wednesday, July 12, 2006

ISTIMEWANYA ORANG BERCINTA

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan
berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan
menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana.
Kekasih merupakan insan yang dianggap penting dalam hidup kita.
Kita perlukan pasangan sebagai teman hidup, teman
ketika berduka cita dan teman untuk berkongsi
segala-galanya.
Kadang-kadang hidup ini terasa kekosongan apabila berseorangan, ibarat
layang-layang terputus talinya, tak berhaluan dan arah.
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta
atau 'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas.
Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut
dengan baik.

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya.
Cinta yang tidak pernah luput walau sesaatmalahan terus berkekalan.

Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
Kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya.

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai ganjaran buat hambaNya itu.
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.

Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang bleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah.
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya.
Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup berbuat
apa sahaja keranaNya.
Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan lain-lain diberikan perhatian dan
tumpuan, sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap
Allah lebih-lebih lagi.
Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk bertemu dan bercakap-cakap
dengan kecintaannya.
Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan
kehendak nafsu) menolak ajakan kekasihnya kerana mengutamakan larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.




Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat, membantu kerja-kerja menegakkan agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat.
Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya.
Tidak kerana yang lain.
Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat.
Allah isyatiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh
beribadah, berbuat kebaikan dan berakhlak mulia.
Diantaranya Allah berfirman:


"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar."
Surah: Ali Imran. Ayat:146.

"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan." Surah Ali-Imran. Ayat: 134

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yangbertaubat dan mencintai orang-orang yang
mensucikan diri."
Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222



Untungnya Orang Bercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah
kerana mendapat perhatian, cinta dan kasih sayangNya.
Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya, seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada allah pula.
Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. di Akhirat Allah akan berikan kebahagiaan yang abadi.
Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu.
Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta.
Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya, tuhan yang Maha Pencinta itu dengan rucahan cinta agung.
Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya.
Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.

No comments: