Friday, February 29, 2008

Detik bersejarah kelahiran Muhammad

Oleh : Sulaiman Jeem


Bulan Maulid Rasul menjelang lagi. Tanggal ulang tahun kelahiran nabi pada 12 Rabiulawal 1429H bersamaan 2 Mac 2008 disambut di seluruh dunia. Rasulullah merupakan rahmat seulurh alam semesta (rahmatan lil alamin) kerana mebawakan berbagai kebaikan bukan sahaja kepada umatnya malah seluruh kemanusiaan dan alam ini.

Sejarah mencatat, tatkala nur atau cahaya Muhammad masuk ke rahim ibunya Aminah, Allah memerintahkan kepada melaikat supaya membuka pintu Syurga Firdaus. Kpeada para penghuni langit dan bumi juga telah diberitahu mengenai keputeraan Baginda. Sebaik
mendengar berita gembira itu, beberapa kawasan tanah yang sebelumnya gersang dan kontang, mula menyubur. Pepohon pulah segara merimbun dan berbuah dengan lebatnya, manakala sang angin pula bertiup sepoi-sepoi. Banyak binatang di laut dan di darat begitu riang membicarakannya.

Siti Aminah, bonda Baginda, menceritakan: Ketika kandunganku genap enam bulan, tiba-tiba datang seorang yang tidak kukenali pada suatu malam lalu berkata: "Wahai Aminah, sesungguhnya puan mengandungkan seorang pemimpin besar. Apabila dia lahir kelak, namakanlah dia Muhammad!" Aminah ketika itu sendirian dalam biliknya, manakala Abdul Mutholib sedang bertawaf di Kaabah. Siti Aminah meneruskan: "Menjelang detik kelahiran Muhammad, kudengar suara guruh gegap gempita. Serentak dengan itu kulihat seekor burung menyapu-nyapu sayapnya dia hatiku. Maka hilanglah rasa takut yang mula menjenguk-jenguk dia pintu hatiku."

Aminah segera berpaling. Di hadapannya, dilihat semangkuk minuman. Putih warnannya. Beliau segera meminumnya. Serentak dengan itu beliau melihat pancaran cahaya memanah ke langit. Muncul pula para wanita. Tingginya bak pohon kurma. Mereka segera memegang Aminah. Dalam keadaan gugup dan tercengang Aminah bertanya siapa mereka. Mereka segera menjawab "kami adalah Asiah, istri Firaun, Maryam anak Imran, dan para bidadari dari syurga." Beberapa lelaki kelihatan berdiri tegak di angkasa. Mereka segera menjawab "Kami adalah Asiah, isteri Firaun, Maryam anak Imran, dan para bidadri dari syurga." Beberapa lelaki kelihatan berdiri tegak di angkasa. Mereka memegang cerak perak. Beberapa ekor burung yang paruhnya daripada permata zamrud dan sayap-sayapnya daripada permata ya'kut memenuhi bilik Aminah. "Allaj membuka pemandanganku," tambah Aminah. "Maka aku melihat belahan bumi ini dari timur ke barat dan sebuah lagi di belakang Kaabah," katanya lagi.

Sejurus kemudian Aminah melahirkan Muhammad. Para wanita dari syurga tadi membidaninya. Aminah melihat Muhammad sujud. Jari-jemari tangannya mengangkat ke langit, cerita Aminah. Setelah itu Aminah melihat awan putih menuju ke arahnya. Kemudian menghilang. Ketika itu kedengaran suara ghaib berkumndang "bawa dia mengelilingi bumi dari timur ke barat dan masukkan ke dalam laut supaya seluruh makhluknya mengenalinya." Suara ghaib itu kemudian lenyap. Cahaya gemilang setelah itu memancar daripada tubuh Aminah hingga ke negeri Syam (Syria) pada malam keputeraan Nabi saw. Hal ini sebagai isyarat Muhammad akan berkunjung ke negeri itu suatu masa kelak.

Menurut riwayat, Muhammad lahir dengan kepalanya mengangkat ke langit - bukti ketinggian martabatnya daripada seluruh makhluk lain. Bayi itu dalam keadaan bersih. Pusatnya telah terpotong. Baunya semeriwing. Bercelak pula matanya. Sebahagian para sejarawan lain menyatakan, bayi Muhammad lahir sudah dikhatankan. Tetapi ada sejarawan menyebut datuknya Abdul Mutholib mengkhitankannya setelah berusia tujuh tahun dalam suatu upacara. Ada pula yang menyatakan tujuh hari. Serentak dengan kelahiran besar itu, menurut sejarawan tadi, singgahsana Kaisar di Madinah runtuh. Api sembahan para penganut Majusi di Parsi yang menyala sejak 1,000 tahun tiba-tiba padam.

Pertumbuhan tubuh Muhammad begitu cepat. Beberapa hari Muhammad disusui ibunya. Kemudian disusui Thuaibatul Aslamiah, hamba pakciknya Abu Lahab yang telah dimerdekakan sebaik mendengar Muhammad dilahirkan. Selain menyusukan Muhammad, Thuaibah juga menyusukan anaknya dan Abu Salamah. Sebelum itu, beliau menyuskan pak cik Muhammad, Hamzah. Bayi Muhammad kemudian disusukan Halimah binti Abu Zuaib As Sa’adiah di desa Bani Sa’ad. Puteri Halimah bernama Syiamah turut mengasuh Muhammad. Setelah menikmati udara desa dua tahun, Muhammad dikembalikan kepada ibunya. Setelah itu dibawa semula ke desa untuk bersama para penduduknya lima selama lima tahun.
Selama menyusukan bayi Muhammad, Halimah mengakui ternakannya subur dan berkembang biak.Air susunya juga banyak. Rezekinya pula melimpah. Jibrail telah membelah dada Muhammad ketika anak itu berusia tiga tahun. Ketika berusia empat tahun, ibunya wafat di suatu daerah Madinah bernama Abwa’. Maka bergelarlah kecil itu sebagai anak yatim piatu. Pak ciknya Abu Tholib, mengasuhnya setelah datuknya wafat.

Sejak kecil lagi Muhammad mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya seperti disebutkan Allah dalam Hadith Qudsi, bermaksud: "Andai tidak kerana engkau (hai Muhammad) nescaya tidak Aku jadikan alam semesta." Dalam sebuah Hadith Qudsi yang lain,Allah berfirman bermaksud: "Andai tidak kerena engkau (hai Muhammad) tidak Aku jadikan Nabi Adam." Nabi Muhammad diutus kepada seluruh umat manusia. Sedang para nabi lain diutus khusus untuk sekumpulam umat sahaja. Demikian sebuah lagi kelebihan seperti yang disebut Allah dalam suroh As-Sof ayat 5.
Dalam ayat 6 dalam suroh yang sama, Allah menyebut satu lagi kelebihannya, bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Isa anak Maryam berkata "Hai Bani ISrail sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang diturunkan) sebelumku, Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad). Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti nyata, mereka berkata "ini adalah sihir yang nyata."

Dua potong ayat diatas membuktikan bahawa Nabi Musa dan Nabi Isa (alaihimas-salam) menyeru seluruh umat manusia dan kepada mereka yang beriman, kerana beliau diutus kepada seluruh manusia, seperti yang dijelaskanAllah dalam firman-Nya dalam suroh Saba' ayat 28 bermaksud: "Tiada Kami utus engkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh umat manusia, pembawa khabar gembira dan permberi peringatan, tetapi kebayakan manusia tidak mengetahui." Baginda juga diutus untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam, seperti firman Allah, dalam suroh Al-Anbiya' ayat 107, bermaksud: "Dan tidak kami utus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam."

Perjuangan Nabi Muhammad menyebarkan Islam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Malah sering nayawanya terancam. Bagaimanapun, perjuangan Baginda akhirnya berjaya sehingga Islam kini menjadi agama terpantas perkembangannya di dunia. Bagaimanakah kita membalas budi Baginda? Selagi kita melaksanakan suruhan "amar makruf dan nahi mungkar" - melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan - bererti kita telah membuktikan kecintaan kita kepadanya. Ia merupakan hadiah paling indah untuk hari jadinya.

No comments: