Kepercayaan pada ramalain tukang tilik/ramal sudah wujud dalam pelbagai masyarakat lain. Masyarakat Arab di zaman jahiliyyah juga terpengaruh dengan tilikan tukang ramal. Malah negara Barat turut terdorong untuk mempercayai ramalan horoskop. Mereka membahagikan individu mengikut bintang melalui tarikh lahir seperti Aquarious, Capricon, Scorpio dan lain-lain lagi. Menerusi bintang ini juga mereka meramalkan apa yang bakal berlaku kepada individu berkenaan sepanjang tahun, bulan, malah setiap hari. Ruangan horoskop sebegini turut diberikan ruangan khusus dalam akhbar seharian. Hal sedemikian mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat. Asal usul kebanyakan ilmu ramalan ini berpandukan kepada pergerakan bintang di langit atau ilmu astrologi.
Bagi masyarakat Melayu, tukang ramal juga dikenali sebagai ahli 'nujum' yang asalnya daripada bahasa Arab 'najm' bermaksud bintang. Menurut Ibnu Taimiyah, tanjim adalah meramal kejadian di bumi berdasarkan petunjuk keadaan bintang. Terciptanya bintang di langit-langit dan pergerakannya bukan berperanan untuk menentukan kebaikan atau keburukan perjalanan hidup makhluk Allah di muka bumi ini.
Peranan bintang adalah sebagai perhiasan di langit, petunjuk arah perjalanan dan pelempar syaitan. Allah berfirman yang maksudnya:
"Dan demi sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang." (Suroh Al-Mulk:5)
Dalam suroh An-Nahl ayat 16, Allah berfirman lagi bermaksud:
"Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda penduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka daoat mengetahui arah yang hendak dituju."
Imam Qatadah berkata:
"Penciptaan bintang ini (oleh Allah) hanya untuk tiga hal: Penghias langit, pelempar syaitan dan tanda bagi orang mengenali arah. Maka barang siapa mentafsirkan selain daripada itu, dia telah salah dan mensia-siakan bahagiannya dan memaksakan diri dalam sesuatu yang dia tidak mengetahuiya." (riwayat Bukhori)
Ramalan sedemikian mencemari kemurniaan tauhid yang boleh mendorong kepada amalam syirik. Kejadian sesuatu perkara itu adalah menurut kehendak Allah semata-mata kerana segala-galanya ditetapkan Allah tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusanNya. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa mempelajari sebahagian daripada ahli nujum (mengkaji bintang untuk membuat ramalan), maka dia sudah mempelajari sebahagian sihir. Semakin bertambah (ilmu yang dipelajari)semakin bertambah pula (dosa-dosanya)." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Rasulullah saw amat khuatir jika umatnya kelak menular budaya mempercayai ramalan ahli nujum. Sesiapa yang menemui tukang ramal termasuk yang menggunakan ilmu astrologi dan mempercayainya maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Mempercayai tukang ramal dan ahli nujum adalah salah satu daripada perkara yang berbentuk kekafiran. Kita wajib meyakini bahawa segala ilmu ghaib yang bakal terjadi hanya milik Allah. Makhluk Allah seperti bintang tidak memiliki ilmu ghaib itu. Hayatilah maksud ayat berikut:
"Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!." (Suroh An-Nahl: 66)
Namun, pengajian pergerakan bintang, bulan dan matahari bagi menentukan arah, angin, kiblat, sesuatu tempat, keadaan cuaca, kiraa hari, taburan hujan mengikut kaedah saintifik adalah dibenarkan.Islam mengiktiraf penggunaan bintang dalam bidang astronomi dan ilmu falak tetapi bukan untuk menentukan nasib atau tuah.

No comments:
Post a Comment