Semua orang ingin menjadi kaya. Kaya dan berjaya sering diukur mengikut pencapaian berdasarkan kepada jumlah harta yang terkumpul, kejayaan akademik dan peningkatan kerjaya dalam dunia korporat. Wiiliam Gates, Warren Buffet, Karl Abrecht dan Putera Al=Waleed bin Talal Al-Saud adalah antara empat ikon dunia korporat yang memiliki AS$ 21.6 billion (S$ 30.2 billion). Nama mereka tersenarai dalam penunjuk Forbes.com yang menjadi ukuran kemegahan dunia hari ini. Kaya ukur yang digunakan masa kini tentunya berbeza dengan kayu ukur yang digunakan Islam.
Maka ini Dunia Islam mungkin perlu mengetengahkan kayu ukurnya sendiri mengenai kekayaan, kerana ia lebih menyeluruh sesuai dengan norma sejagat dan menepati semangat syariat Islam. Di Singapura berita tentang beberapa peguam, termasuk Melayu/Islam, menghilangkan diri bersama wang berjuta dolar milik klien mereka telah mengakibatkan amalan pengurusan kawalan kewangan firma undang-undang dirombak. Sebelum ini, dua pegawai pengurusan DPPMS dipecat kerana menyalahgunakan prosedur amalan pengurusan pejabat. Ia bukan kes baru. Sebelum ini terdapat beberapa kes melibatkan beberapa karyawan dan peniaga Melayu/Islam yang disabitkan kesalahan pecah amanah, rasuah, penipuan kontrak klien, tidak tunaikan janji, mutu perkhidmatan yang lemah, amalan potong harga, menaikkan harga berlipat ganda dan pelbagai lagi.Kes-kes itu tidak sahaja merugikan pelanggan atau pengguna, malah menghakis kepercayaan orang awam terhadap institusi yang diwakili.
Bagi sesetengah peniaga yang mehu mencari keuntungan berlebihan, tindakan mereka memberi alasan kononnya bekalan tidak mencukupi atau tidak sampai, harga barang komoditi asas naik dan sebagainya, seolah-olah menghalalkan mereka unutk menaikkan harga berlipat ganda. Contohnya ialah isu harga minyak makan yang melanda negara jiran baru-baru ini. Itu adalah antara episod kecil kes ketidakjujuran dan mengambil peluang untuk meraih keuntungan berlipat ganda. Kesimpulan saya ialah kita perlu melihat kepada pegangan nilai individu yang terbabit kerana masalah tidak semestinya berpunca daripada sistem atau strukturnya.
Nilai kejujuran dan sikap bertanggungjawab adalah nilai yang menjangkau semua orang, budaya dan pejawatan yang disandang seseorang itu. Seseorang itu, sama ada berjawatan tinggi seperti menteri, pengarah ataupun pengurus syarikat dan perusahaan, ataupun sekadar pegawai rendah, pemandu teksi ataupun guru agama, mereka semua tertakluk pada nilai akhlak yang asas. Virus kegelojohan harta dan ingin miliki keuntungan di luar lingkungan syariah (hukum Tuhan) akan menjangkit dan mencabar nafsu keinginan megatif yang sentiasa tidak akan berasa puas pada apa yang ada. Selagi manusia bernyawa, dia tidak akan dapat lari daripada tipuan dan godaan syaitan. Ketika manusia mengejar jawatan yang tinggi dan keuntungan yang berlipat ganda, mereka perlu sedar tentang perangkap samar yang perlu ditempohinya. Seorang menteri boleh terkeluar daripada gelanggang politik kerana fitnah wanita. Begitu juga peniaga dan pengusaha boleh jatuh muflis kerana terikan wang dan kekayaan yang melimpah ruah. Saya tidak menyatakan bahawa mengejar kekayaan itu tidak wajar, kerana ajaran Islam sendiri menyuruh umatnya agar berusaha keluar daripada lingkaran kejahilan dan kepapaan.
Umar ibn Khattab pernah berkata: "Jadilah kalian bejana Al-Quran dan sumber ilmu. Mohonlah kepada Allah rezeki yang cukup untuk sehari demi sehari. Harta itu tidak mendatangkan mudarat kepada kalian selagi ia tidak sangat melimpah luah."
Kaya atau miskin, banyak atau sedikit, lama atau sebentar, susah atau mudah adalah istilah yang relatif, tergantung kepada bagaimana kita memandangnya. Ada orang kaya yang tetap kaya, ada orang kaya tetapi dia miskin, ada orang miskin yang kaya, dan akhir sekali ada orang miskin yang tetap miskin.
Jadi dalam kita berusaha menjadi pengusaha dan peniaga yang berjaya, usahlah menyempitkan definisi "memburu kekayaan" hanya sekadar pada sudut kebendaan dan nyata. Lihatlah kekayaan itu pada sudut mata hati dan iman, nescaya kita akan merasakan bahawa limpahan kekayaan yang Allah anugerahkan itu sekadar satu ujian untuk mengukur darjat kebaikan dan ketakwaan kita.
Allah berfirman (yang bermaksud): "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan tambah (nikmat)kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Suroh Ibrahim: 7)
Dalam satu hadith, Rasulullah saw bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya yang disebut kaya itu bukan kerana banyaknya harta benda. Tetapi kekayaan yang sesungguhnya adalah kekayaan jiwa." (Hadith Riwayat Bukhori dan Muslim)
Imam Tabrani meriwayatkan "Semua daging yang tumbuh daripada (duit dan rezeki) yang haram, maka api neraka adalah terlebih utama untuknya."

Oleh: Ustaz Muhammad Jafkar Haji Embek
No comments:
Post a Comment