Friday, February 08, 2008

Masukkan nombor pin secara terbalik, Hoax!

Masukkan nombor pin ATM secara terbalik dalam keadaan terdesak.

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.

Ulasan IzoBlog:

Jika anda mencuba seperti mana yang diberitahu, maka saya pasti kad ATM anda akan di’telan’ oleh mesin ATM. Rasanya kad ATM hanya memberi 3 kali cubaan untuk memasukkan nombor pin. Lepas tu jika salah jugak kad tersebut akan di block.
Kalau diikutkan logik akal plak, cuba kita fikir panjang sikit… misalnya nombor pin ATM anda adalah 123321. Maka setiap kali anda memasukkan nombor pin pasti polis akan datang Kenape yer? 123321 jika ditulis bermula daripada depan ke belakang atau ditulis secara terbalik adalah sama. Dah sah!! Mmg confirm Hoax.

No comments: