Friday, April 15, 2005

~Penawar bagi Penyakit Takabbur~

Menurut Hajjatul Islam Imam Al-Ghazali, penawar bagi Penyakit Takabbur ialah...:

1- Bila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita, sebab mereka masih belum bergelumang dengan dosa jika dibandingkan dengan kita, di mana setiap langkah kita boleh menjeratkan kita kepada melakukan dosa.

2- Bila berjumpa orang-orang tua, anggaplah juga dia lebih mulia daripada kita keran dia lebih dulu melalui kehidupan ini dan beribadah kepada Allah.

3- Bila berjumpa dengan alim ulamak, anngaplah dia lebih mulia daripada kita keran dia mempunyai ilmu yg lebih jika dibandingkan dg kecetekan ilmu yg ada pada kita.

4- Bila melihat org2 jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana kejahilannya itu, sedangkan kita yg berilmu dan berakal ini pun sering bergelumang dengan dosa.

5- Seandainya berjumpa dgn org2 jahat, janganlah menganggap kita lebih mulia darinya, sebaliknya anggaplah dia akan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.t. dimasa tuanya.

6- Seandainya bertemu dengan orang kafir pula, maka katakanlah di dalam hati bahawa suatu hari nanti, dia akan insaf lalu masuk Islam dan diampunkan Allah dosa-dosanya yg lalu, sedangkan kita yg lahir Islam ini pun masih melakukan dosa.

Wallahua'lam..

No comments: