Monday, December 01, 2008

Suroh Toha (As-Sudais)



I miss expressing my thoughts and feelings in this blog. It's been so long. Very long indeed. Since the day i stop using blog as place for me to let out my sadness and anger, i was cold to everyone.

Oh, Allah forgive me! Your the most Mercyful. Your the Most Compassionate. Your the most Forgiving. Even i try hard to run away from You, even when i thought of not needing You, even when i thought not to seek help from You, i eventually return to You. The day of Resurruction. The day of Qiyamah! The day where everything in this world vanish with the Power of Al-Mighty. No one can help us. Only our 'Amal Soolihan'.

It's so hard, suddenly became heavy to bring both of my hands up, just to recite du'a to you. How can i ask something from You when i've done so many sins and when i konw it's wrong.

Oh Allah! Purify my heart! Oh Allah Purify my heart! Oh Allah!!!! Purfiy my heart!

Suroh Toha really relates to how i feel and the situation i'm in.

Saturday, May 17, 2008

Ikatan Terpenting yang Sering Diabaikan

Oleh Mohd Yusop Hassim


Syariat solat yang dibawa oleh Rasulullah saw pada malam israk dan mikraj ketika baginda diundang menghadap Allah swt merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dipercayai dan diyakini setiap Muslim. Setelah mengaku beragama Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah, barulah diwajibkan kita berpuasa, menunaikan zakat, dan haji bagi yang berkemampuan.


Sebagai rukun, sudah pasti kedudukannya tinggi sekali di sisi Allah swt. Rukun tidak boleh ditinggal atau dipermainkan . Islam seseorang akan menjadi rosak dan dianggap telah melakukan satu dosa besar yang balasan neraka jahanam. Kedudukan solat, jelas terbukti jika diperhatikan cara ia disampaikan fardhunya kepada Nabi Muhammad saw. Baginda juga menerima perintah menunaikan ibadah puasa, zakat, dan haji melalui wahyu yang dibawa oleh Jibrail as. Solat sebagai tiang agama diwajibkan atas setiap umat Islam. Tiada pengecualian selain bagi kaum wanita dalam masa-masa tertentu berdasarkan Al-Quran dan Hadith. Kita diperintahkan mengejarkan solat dalam apa keadaan sekalipun dan di mana saja kita berada selagi nyawa dikandung badan. Contoh orang sakit, caranya solatnya diberi kemudahan.


Dalam rukun Islam pertama, kita mengikrarkan “Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah” Apakah bukti pengakuan ini? Apakah cukup dengan pengakuan di hati dan dalam fikiran sahaja? Bukti ini tidak mencukupi, maka kita diwajibkan solat. Ibadah solat bukan dibuktinya dengan hati dan fikiran saja, malah anggota tubuh kita terbabit sama. Ia adalah satu cara pengakuan yang paling praktikal yang dilakukan kepada Allah swt. Meletakkan dahi di tempat sujud menunjukkan pengiktirafan kita bahawa tiada yang lebih agung dan berkuasa dalam hidup kita selain daripada Allah swt.


Solat juga melambangkan perbuatan pengabdian diri dan kesyukuran kita kepada Allah di atas kurniaan nikmat dan rahmatNya untuk kita terus hidup di dunia yang fana ini. Begitu juga ketika kita menerima sesuatu pemberian daripada seseorang. Kita mengucapkan terima kasih kepadanya. Lihat saja para angkasawan yang hendak ke bulan. Mereka memerlukan banyak persiapan awal untuk kesempurnaan perjalannya. Allah mengurniakan udara secara percuma sahaja kepada kita. Apakah kita tidak mahu bersyukur kepadaNya?


Adalah satu perkara mudah bagi Allah untuk menambah atau menarik balik nikmat yang telah dikurniakan ke atas hamba-hambaNya yang bersyukur dan kufur. Allah berfirman yang maksudnya:


“Jika kamu bersyukur di atas nikmatKu kepada kamu, nescaya Aku akan tambahkan lagi nikmat-nimat itu. Tetapi jika kamu kufur akan nikmat-nikmat itu, maka sesungguhnya azabKu amat pedih.” (Suroh Ibrahim : 7)


Solat yang dilakukan dengan penuh khusyuk dan ikhlas dapat member ketenangan jiwa kepada seseorang. Tubuh kita terdiri daripada rohani dan jasmani, dan memerlukan pengawasan kesinambungan supaya dapat terus hidup dan berkembang. Solat membuktikan bahawa kita memiliki sifat keimanan kepada Allah swt. KepadaNya sahaja tempat kita bergantung dan berlindung. Ia merupakan penghubungan secara langsung antara hamba dengan Tuhan.


Berdoa dengan memenuhi syarat-syaratnya serta dilakukan penuh ikhlas akan didengar dan dimakbulkan dengan izinNya. Pahala solat berjemaah pula diberi ganjaran sebanyak 27 kali ganda jika dibandingkan solat secara individu. Solat yang sempurna akan mendapat nur dan berada dalam keadaan cerah di akhirat kelak.

Sunday, April 20, 2008

Preparing for Exams

Assalamualaikum wrth...........

Ape cite yer? Exam aku nk dekat. 5 May, 14 days/ 2 weeks to go. Minggu lps, Ustzh dh selesai mengajar kita Fiqh dan Quran. Dia dah bagi kita topic2 yg akan keluar utk exams. Aku tgh focus fiqh dr minggu lps sbb Fiqh ada 15 topic. I'm revising back to the 1st topic that is thoharoh, tapi at the same time, aku jugak bljr utk class test jumaat akan dtg. Kalau Ulum Quran pun penting, tapi aku belum start pun. Kalau Quran byk kene hafal makna, kata seiras dan kata berlawanan. Dan aku belum lagi hafal 2 suroh. Takpe.. InsyaAllah...boleh..

Tapi, yg subjek aku paling tk confident ialah Muhadatha (perbualan). Susah... sbb kita kene byk berbual dan byk kene igt vocab2. Dan aku tk tahu pulak mcmane test paper utk Muhadtha tulisan. But insyaAllah i'm going to start tomorrow.

Work? hmm..but i rather focus on my studies... but at the same time i don't want to burden him with my schl fees. Confused! Tadi pagi, makcik dr kelas Nahu Arab di Sallim Mattar call rumah, suruh dtg utk Maulidul Rasul minggu depan. Aku beritahu Puan Rogaiyah, yg aku dh start full-time study. Aku mcm nk pergi ke kelas tuh balik, bljr Nahu sbb di Zuhri ni takde bljr Nahu utk peringkat pra-dip. Kalau ada Nahu pun, tahun depan. Walaupun Nahu di Sallim Mattar itu, agak slow cara mengajar dan byk mengulang krn mkck dan pkck yg lambat menangkap dan lupa pelajaran, tapi aku ingin dtg balik, becoz there's new lesson!! Mungkin hny 2 kali sebln aku dtg sana??? Hmm...tapi memandangkan aku mmg tgh budget dgn duit tambang bus... aku kenelah fikir 2, 3 kali...

Tgklah mcmane ek....

Sunday, April 06, 2008

Akal dan Wahyu


Oleh Ustaz Noor Tijany

Rasulullah saw bersabda: “Allah tidak menjadi suatu makhluk yang terlebih mulia di sisinya daripada akal.” Manusia diperintahkan oleh Allah supaya sentiasa memelihara akal dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya. Jika setiap tindakan manusia mengikut perhitungan akalnya dan tidak mengikut kehendak hawa nafsunya, maka manusia itu akan mulia dan berjaya dalam perjuangannya. Dengan akal, manusia dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk, antara yang betul dengan yang salah. Dengan akal, manusia dapat mencapai ilmu pengetahuan dan kemampuan berfikir. Dengan akal manusia diberi kepercayaan untuk melakasanakan tugas-tugas pengaturan, pengurusan dan pembangunan, terutama sekali tugas kepimpinan sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini. Maka untuk melaksanakan tugasnya, manusia memerlukan ilmu pengetahuan dan untuk mencapai ilmu, Allah memberikan akal dan pancaindera. Tetapi untuk kemaslahatan manusia agar tidak sesat, maka Allah menurunkan petunjuknya dengan perantaraan wahyu yang diturunkan kepada RasulNya.

Akal dan petunjuk tersebut saling menyempurnakan. Tanpa akal, manusia tidak dapat memahami petunjuk dan tanpa pentunjuk, akal mungkin terpengaruh dengan oleh hawa nafsu dan godaan syaitan. Seorang ahli filsafat Yunani yang mashyur, Plato, berkata: “Suatu tanda kelebihan orang berakal ialah apabila dia telah dapat menggunakan pelita pada malam yang gelap.” Perhatikanlah firman Allah dalam suroh Al-Mulk:10 bermaksud: “Dan mereka (penghuni neraka) berkata: ’Jikalau dahulu kami mendengarkan (peringatan yang disampaikan kepada kami) dan kami menggunakan akal kami, nescaya kami tidak menjadi penghuni neraka.’.” Al-Hassan berkata: “Agama seorang tidak akan sempurna sebelum sempurna juga akalnya. Tidaklah Allah menitipkan akal kepada seorang kecuali akal tersebut akan menyelamatkannya. Hanya dengan akal, manusia mampu menyedari hakikat dirinya sebagai hamba Allah.” Allah memuji orang-orang yang sentiasa menggunakan akalnya untuk menapis setiap pandangan yang diberikan kepadanya. Perhatikan firman Allah dalam suroh Az-Zumar: 17-18 (bermaksud): “Maka berilah khabar gembira kepada hamba-hambaKu yang mendengarkan perkataan-perkataan (pandangan-pandangan) yang sampai kepadanya, lalu mereka memilih atau menapis dengan akalnya dan mengikut pandangan yang terbaik daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk daripada Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.”

Kemampuan Akal Terbatas

Akal hanya dapat menjangkau segala apa yang disampaikan kepadanya melalui pancaindera, sedangkan perkara-perkara yang tidak dicapai oleh pancaindera, akal tidak akan mampu memikirkannya. Contohnya, hal-hal yang berkaitan denan alam ghaib, alam metafisik, misalnya kehidupan di alam barzakh, alam akhirat dan adanya makhluk yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera, seperti malaikat, jin, syaitan, dan jenis makhluk-makhluk lainnya. Selain memiliki akal, manusia masih memerlukan pentunjuk wahyu dan pedoman hidup (agama) supaya tidak sesat, kerana perhitungan akal tidak dijamin kebenarannya. Manusia diperintah supaya membaca dan membaca ini melibatkan proses mental yang tinggi, iaitu pengenalan, peringatan, pengamatan dan pemikiran – lihat Suroh Al-‘Alaq: 1-5. Allah telah memerintahkan manusia supaya berfikir dan memikirkan kejadian alam semesta. Sesungguhnya kejadian alam raya ini adalah tanda wujudnya Tuhan. (lihat suroh Al-Baqaroh: 164) Dan dalam Suroh Fusshilat: 54, Allah berfirman (bermaksud): “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di serata tempat di alam yang terbentang luas ini; dan bahkan pada diri mereka sendiri, sehingga menjadi nyata kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Apakah belum jelas bagi mereka bahawa Tuhan mengetahui dan menyaksikan setiap suatu?”

Imam Ghazali mengingatkan bahawa selain akal, ada lagi ayat yang lebih tinggi daripada kekuatan akal, iaitu mengetahui melalui idrak (tanggapan). Idrak ini dijadikan agar manusia dapat mengetahui semua jenis benda yang ada di alam raya ini. Beliau menjelaskan bahawa tahap akal itu bukanlah tahap yang tertinggi. Di sebalik akal, terdapat tahap lain yang di dalamnya tersingkap (kasyaf) perkara-perkara ghaib yang ada di luar jangkauan akal. Di antara paling berharga yang ada pada diri manusia adalah akal. Dengan menggunakan akal dan pemikiran yang positif, manusia akan menghayati hidup lebih bermakna. Orang yang berfikir secara positif sentiasa melihat dunia dari sudut yang meringankan untuk menggalakkan semangatnya. Sebaliknya orang yang berfikir secara negative, melihat rintangan dalam segala usahanya, Tiada pencapaian besar yang dapat diperoleh tanpa pemikiran positif dan semangat yang gigih.

Peranan Nafsu

Dalam diri manusia terdapat beberapa jenis nafsu – nafsu makan, nafsu minum, nafsu seksual, nafsu tamak, nafsu marah dan sebagainya. Dapat dibayangkan seandainya seseorang tidak memliki nafsu makan atau minum, pasti dia tidak ada selera untuk makan dan minum. Jika seseorang tidak memiliki nafsu syahwat, maka hampir dapat dipastikan bahawa kelangsungan manusia di muka bumi ini akan pundah dan musnah kerana tidak bernafsu untuk kahwin. Begitu juga dengan nafus marah, tentu saja dapat menolong di kala ada sesuatu yang menyusahkan atau merugikan dirinya.

Oleh itu, nafsu yang ada pada diri manusia bukan untuk dilenyapkan sama sekali, tetapi perlu dikendalikan, jangan samapai bertindak yang melampaui batas dan berpakat dengan syaitan. Orang yang berakal pasti akan menahan kehendak hawa nafsunya kerana hawa nafsu mengalak kepada kenikmatan yang sifatnya hanya sementara dan membawa kepada kebinasaan. Dari Al Burda al Asiami, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sesuatu yang sangat aku takuti atas kamu adalah syahwat yang menyesatkan perut dan kelamin kamu serta hawa nafsu yang menyebabkan kesengsaraan dan penyesalan.” Hati-hatilah kamu dengan perbuatan zina, kerana zina itu menyebabkan 6 akibat – 3 di dunia dan 3 lagi di akhirat.

Tiga akibat dunia itu:
 Menghilangkan cahaya yang ada pada wajah
 Mengurangi keberkatan rezeki
 Cepat binasa dan merana
Tiga akibat lagi di akhirat:
 Mendatangkan kemurkaan Tuhan
 Susah dalam perhitungan amal
 Masuk nerakan dalam kehinaan

Semoga orang yang terlanjur melakukan perbuatan keji mendapat taufik dan hidayah sehingga dapat bertaubat dan cenderung beramal soleh. Mudah-mudahan juga amal tersebut dapat menghapuskan dosa.

Thursday, April 03, 2008

Di Sebalik Sifat Tidak Tahu Baca & Tulis Rasulullah saw


Oleh Mohd Yusop Hassim

Muhammad bin Abdullah tidak pernah tahu membaca atau menulis sehingglah ke peringkat penerimaan wahyu. Bagitu juga kebanyakan umat sezamannya. Namu, Allah swt telah mengurniakan ‘bakat akal’ yang luar biasa sehingga mereka mampu berfikir dan menghafal. Allah swt telah memilih nabiNya seorang yang ‘buta huruf’. Baginda tidak pernah berguru untuk mendapatkan ilmu. Namun, Baginda menjadi pemimpin teragung di muka bumi ini. Inilah suatu hikmah yang dikehendaki Allah swt untuk RasulNya.

Sifat buta huruf Rasulullah saw itu satu perkara yang unik. Secara logiknya, jika Nabi Muhammad saw boleh membaca dan menulis, nescaya kaum Quraisy ketika itu tidak akan mempercayai baginda. Mereka mungkin menuduhnya menyalin Al-Quran daripada kitab-kitab terdahulu. Tetapi sifat buta hurufnya itu menunjukkan bahawa apa yang disampaikannya dating daripada Allah swt. Sungguhpun yatim piatu, kehidupan baginda tidak melarat. Nabi dipelihara dan diasuh oleh datuk dan pak ciknya dengan akhlak yang mulia dan dilindungi Allah swt. Suroh Al-Qolam ayat 4 menjelaskan hal ini yang bermaksud: “Dan sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang tersangat mulia.”

Bukan itu sahaja keistimewaan baginda. Setiap apa yang dilafakan fasih, beradab dan teratur seolah-olah baginda telah mempelajarinya. Kesempurnaan akalnya tidak harus dilihat sebagai suatu yang agung saja. Sebaliknya, umat Islam hendaklah memahami ‘kesempurnaan kejadian’ akal anugerah Allah swt kepada nabiNya – bagaimana baginda menerima wahyu dan apakah tujuannya serta cara baginda menerangkan kepada umatnya. Yang demikian, boleh dikatakan bahawa ‘buta huruf’ itu salah satu criteria kenabian Rasulullah saw. Pertama Al-Quran itu dating daripada Allah swt. Kedua, kemuliaan akhlak yang ada pada diri Rasulullah saw sendiri dikhususkan oleh Allah swt.

Oleh itu, Al-Quran telah memberikan hujah dengan menentang kaum yang meningakari hal itu. Sila hayati maksud ayat berikut:
“Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalau engakau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu - akan berasa ragu (tentang kebenaranmu).” (Suroh Al-‘Ankabut:48) Mukjizat para anbiya terdahulu adalah mukjizat hissiyah manakala Al-Quran pula mukjizat aqliyah zatiyah, yang mengadungi dalil sawt, tidak terikat pada masa dan tidak pula dikhususkan untuk kehidupan Rasulullah saw.

Ulama dan para ahli falsafah yang silam telah menimba segala ilmu daripadanya. Mereka mengiktiraf bahawa Al-Quran amat sesuai dan baik untuk dijadikan pedoman hidup yang sempurna. Ia juga dapat membina kebudayaan manusia. Justeru, sempurnalah keimanan mereka bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Surah Asy-Syura ayat 52 ada menjelaskan bermaksud: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) – Al-Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui sebelum diwahyukan kepadamu); Apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Quran sebagai cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk kepada sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus.”

Dalam kitabnya, Asy-Syifa, Al-Qadi ‘Iyadh menyatakan: “Nabi Muhammad merupakan manusia yang lebih berakal dan terbijak. Baginda dapat mengesan perkara zahir dan batin seseorang itu seolah-olah baginda telah mempelajari ilmu firasat. “Baginda juga mengetahui tentang siasah am dan khas padahal baginda tidak pernah mengkaji sesebuah kitab. Inilah keistimewaan Rasulullah saw.”

Sunday, March 30, 2008

Usah Kahwin Gah hingga Hutang Bertambah

Re-Type By : Suhana Rasid
Punca masalah masyarakat Melayu sering bermula pada peringkat berumah tangga. Minggu lalu, pojok ini mengupas soal bebanan hutang yang baru-baru ini ditegur oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Bak kata PM Lee, isu ini peka tetapi perlu segera ditangani. Cuma saya ingin menambah: Ini bukan kes dedah pekung di dada, malah membincangkan cara mengelakkan dan mengatasinya.

Kalangan teman saya berpendapat isu belanja besar bagi majilis perkahwinan merupakan permulaan masalah rumah tangga orang Melayu dan meminta saya turut mengetengahkan perkara ini. Sering biaya besar ini di luar kemampuan sehingga menjadi bebanan bukan saja pada ibu bapa, bahkan pasangan yang baru memulakan kehidupan. Seyogia, isu ini memang cerita lama, dan disentuh dalam filem Bujangan Lapok (1957) arahan P. Ramlee. Secara purata, bilangan Muslim yang berkahwin dalam setahun ialah sekitar 4,000 orang. Katakan, purata kes minium setiap majilis walimah $10,000. Ertinya, $40 juta setahun. Rakan sekerja saya agak arif tentang majilis walimah menyatakan belanja $10,000 itu kecil. Angka lebih realistik ialah antara $15,000 dengan $20,000. Jumlah perbelajaan ini memang agak besar, justeru saya tidak terkejut apabila pernah terdengar kes ibu bapa pengantin yang terpaksa berhutang – atau dipanggil skim ‘bikin (majilis) dulu, bayar kemudian’.

Mereka sebenarnya ‘berniaga’ – mengharapkan sumbangan wang tunai hadirin sebagai membayar khidmat mengadakan majilis. Sayangnya, sering harapan mereka tidak kesampaian. Akibatnya, terpaksalah mereka berhutang secara ansuran bulanan kepada pembekal walaupun sesudah dapat cucu. Yang menyedihkan, hutang ini kadangkala membabitkan sama pasangan yang baru bernikah – satu permulaan kurang elok sedang mereka mula melayari bahtera rumag tangga mereka. Belitan hutang semakin mencerut jika pasangan itu mendapat cahaya mata atau ingin membeli barangan mewah seperti kereta. Kehadiran bayi memerlukan belanja tambahan termasuk keperluan makan minum dan kos penjagaan bayi itu. Yang beriya-iya membeli kereta pula, mereka lupa bahawa kos memilikinya bukan hanya merangkumi ansuran bulanan malah duit ming menyedihkan, hutang ini kadangkala membabitkan sama pasangan yang baru bernikah – satu permulaan kurang elok sedang mereka mula melayari bahtera rumag tangga mereka. Belitan hutang semakin mencerut jika pasangan itu mendapat cahaya mata atau ingin membeli barangan mewah seperti kereta. Kehadiran bayi memerlukan belanja tambahan termasuk keperluan makan minum dan kos penjagaan bayi itu. Yang beriya-iya membeli kereta pula, mereka lupa bahawa kos memilikinya bukan hanya merangkumi ansuran bulanan malah duit minyak, tempat letak kenderaan, insurans, cukai jalan raya, bayaran elektronik jalan raya (ERP), penyenggaran kereta, tukar bateri dan tayar serta pelbagai lagi.

Memang semua kos ini tidak menjadi masalah kerpeluan keluarga yang berkemampuan atau orang yang bergaji besar. Tetapi, ada juga keluarga yang ‘tidak mahu kalah’ dengan jiran atau saudara yang membuat majilis gah. Akhirnya orang lain ketawa riang dapat bina mahligai baru, mereka yang berhutang pula terganggu fikiran dek hutang keliling pinggan atau sampai dihambat ‘tailong’. Apabila berlaku kelembapan ekonomi atau syarikat mahu menjimatkan kos sehingga mengakibat pembungan kerja atau potongan gaji, ini boleh membawa kemudaratan kepada mereka yang banyak hutang.

Masalah kewangan ini juga boleh menyebabkan perselisihan faham antarapasangan sehigga ada yang hilang rasa hormat dan cinta pada pasangan masing-masing. Ini pula boleh menjejas kerukunan rumah tangga dan membawa penceraian. Kini kursus persiapan rumah tangga sudah diwajibkan ke atas pasangan baru. Maka wajar soal kos perkahwinan ditangani pada peringkat awal dengan perserta kursus ditegaskan perkara ini agar mereka tidak terjerumus ke dalam kancah skim ‘bikin (majilis) dulu bayar kemudian’ ini. Kempen kesedaran menerusi khutbah dan sebagainya boleh diadakan agar orang Melayu berpada-pada dalam mengadakan majilis perkahwinan. Yang utama majilis hendaklah membawa berkah dan bukan padah.

Ajar anak kejar ilmu, bukan kejar jenama

Re-Type By : Suhana Rasid
Memang menjadi kebiasaan guru sekarang untuk medampingi murid mereka di luar darjah. Ada kalanya kantin sekolah menjadi tempat yang sesuai untuk membicarakan perkara yang tidak bersangkut paut dengan intisari pelajaran mereka. Dalam satu perbualan dengan beberapa orang murid mengenai kegiatan luar darjah mereka di kantin sekolah, saya sempat bertanyakan mengenai kegiatan yang paling digemari oleh murid Melayu, iaitu bola sepak. Saya perhatikan mereka menggunakan but bola yang agak terkini dan dari jenis jenama yang mahal. Saya tahu but itu mahal kerana ia serupa dengan but bola yang digunakan oleh pemainliga Perdana Inggeris seperti Wayne Rooney ataupun Ronaldo dari Manchester United.

Apabila ditanya, mereka mengakui bahawa sememangnya but bola itu mahal. Mereka pandai pula gunakan peribahasa yang diajar oleh guru bahasa mereka, alah membeli menang memakai. Memang tidak sia-sia guru bahasa mengajar mereka perbahasa Melayu. Bezanya ialah pemain terkemuka seperti Steven Gerrard atau Didier Drogba adalah pemain bole profesional yang mempunyai pendapatan beratus ribu dolar dalam seminggu. Murid-murid ini hanya murid sekolah dan belum lagi bermain untuk kelab-kelab setempat! Mereka juga mendapat wang saku daripada ibu bapa mereka walaupn ada yang bekerja sambilan di pusa-pusat makanan segera.

Apa yang lebih penting lagi ialah apabila kita mengajar sesuatu kepada murid-murid hari ini, kita perlu juga menunjukkan contoh sesuai yang boleh dikaitkan dengan nilai-nilai maksud peribahasa itu. Jangan ajar setakat maksud sahaja, tetapi perlu diajar nilai-nilai baik yang harus murid-murid mengetahui. Ini ialah kerana terdapat peribahasa ataupun simpulan bahasa kita yang boleh memberi pengertian negatif kepada mereka. Adalah benar dengan apa yang mereka maksud bahawa sekalipun harga but bola itu tinggi, ia boleh tahan lama. Namun, adakah benar apabila mereka katakan ini akan menyebabkan persembahan mereka lebih cemerlang? Memang tidak salah sekiranya mereka membeli peralatan sukan tang mahal-mahal kerena mereka mahu menjadi pemain yang cemerlang. Namun, adakah baik sekiranya mereka belanja di luar kemampuan mereka sendiri?

Apa yang guru-guru banyak perhatikan ialah murid ini bukan setakat membeli peralatan sukan yang berjenama dan mahal, malah ada juga barang-barang lain yang mereka juga sanggup membelanjakan wang yang banyak. Guru bukan Melayu juga kerap menegur sikap murid Melayu ini yang suka menggunakan sepatu sekolah yang berjenama ataupun beg sekolah yang mahal. Mujurlah mereka terpaksa memakai pakaian seragam yang tidak mahal! Jika tidak, mungkin murid seperti ini akan mengenakan pakaian yang berjenama lagi mahal. Mereka juga akan mentertawakan guru mereka yang menggunakan telefon bimbit yang tidak canggih dan modelnya pula sudah lama. Mereka sanggup bertuar-tukar jenis telefon sekalipun mereka ini masih lagi menuntut. Setiap kali ada model telefon bimbit yang baru, mereka lebih terdahulu menggunakannya.

Mengapa boleh terjadi demikian? Adakah ini sama dengan apa yang telah ditegur oleh Perdana Menteri kita, Encik Lee Hsien Loong, apabila beliau menyatakan supaya kita harus berhemah berbelanja bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. Beliau memberi pandangan ini beberapa minggu yang lalu semasa menghadiri jamuan makan malam meraikan hari ulang tahun ke-60 Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu atau 4PM.

“Ada yang boros mencantikkan rumah mereka dengan mengambil pinjaman ubah suai rumah ayau membeli perabot mahal atau membeli set TV dengan skrin yang besar melalui skim sewa beli.” Adakah semua ini sudah menjadi budaya orang-orang Melayu termasuk juga mereka yang masih menuntut lagi? Tidak lama dahulu, ada juga mereka yang menegur pelajar-pelajar Melayu yang belajar di politeknik kerana ramai pelajar Melayu ini yan menggunakan motosikal sebagai cara pengangkutan mereka ke kampus. Alasan yang mereka beri ialah mereka takut terlambat kerana kampus politeknik mereka jauh dari rumah. Apabila mereka masih lagi di bangku sekolah, biasanya sekolah mereka terletak dekat dengan rumah. Keadaan berlainan apabila mereka belajar di politeknik kerana ada yang mendapat tampat jauh dari rumah mereka. Mereka pula tidak mahu bagun lebih awal lagi untuk perjalanan yang lebih jauh. Bermotosikal menjadi pilihan mereka untuk mengelakkan datang lambat ke politeknik. Ada pensyarah politeknik yang menganggap perkara inilah yang merupakan sebahagian daripada sebab mengapa pelajar-pelajar Melayu tercicir dari politeknik. Mereka akan berfoya-foya dengan motosikal dan tidak menghabiskan masa ang secukupnya untuk menelaah kerja-kerja di kampus. Selesai sahaja dari lektur atau kelas, mereka akan menunggang motosikal untuk bertemu teman-teman. Maklumlah, ini adalah satu alat permainan baru bagi mereka!

Jadi jika dilihat dengan mata kasarnya, bukan sahaja orang Melayu yang sudah dewesa dan bekerja sanggup berbelanja dengan banyaknya untuk menikmati kesenangan yang tidak kekal, malah pelajar Melayu juga sudah menunjukkan sikap yang sama. Adakah pula mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk tujuan pendidikan? Ada ibu bapa yang sanggup memberi alasan yang cepat apabila ditanya mengapa anak mereka lemah dalam sesuatu mata pelajaran tidak mendapatkan bimbingan tambahan di luar sekolah. Ada yang memberi jawapan bahawa mereka tidak mampu menghantar anak mereka untuk tuisyen yang mereka katakan agak mahal dan di luar kemampuan mereka. Golongan seperti ini memang mempunyai banyak alasan apabila sekolah membincangkan kelemahan anak-anak mereka. Apabila dinyatakan bahawa skim tuisyen Medaki tidaklah mahal, mereka akan memberi alasan yang lain seperti anak mereka terpaksa bekerja di hujung minggu untuk menambahkan wang perbelanjaan persekolahan mereka.

Jelaslah, seseorang itu harus mengambil berat nasihat Perdana Menteri kita supaya berbelanja mengikut kemampuan kita. Memang benar murid-murid yang bermain bola memerlukan but bola, tetapi janganlah menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkannya. Belilah mengikut kemampuan kita. Ada guru-guru tuisyen yang mengenakan bayaran yang tinggi, tetapi ada juga institusi yang tidak mengenakan bayaran yang tinggi. Tidak semestinya yang mahal itu baik dan memberi kesan yang kita harapkan. Gunakan khidmat yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah kita asalkan kita mendapatkan perkhidmatan tersebut. Apabila anak-anak masih di sekolah, ia merupakan peringkat paling baik untuk membantu kita mencapai matlamat apa yang telah dinasihatkan oleh Perdana Menteri kita. Kita bukan sahaja harus menunjukkan amalan baik kepada anak kita, malah kita harus juga menjado contoh kepada penanaman nilai-nilai baik ini. Cuba bayangkan, apabila segala peralatan di rumah begitu canggih dan berjenama, termasuklah perabot dan perkakas di rumah, setentunya anak-anak pulah mahukan peralatan dan pakaian yang berjenama!

Tuesday, March 25, 2008

Fathul Makkah

Suroh Al-Fath

Sudah 6 tahun Muhammad hijrah ke Madinah. Perasaan rindu pd ka'bah mulai mengusik hati Muhammad & org-org Islam. Ke sanalah setiap hari mereka menghadapkan wajah untuk bersujud pd Allah Sang Pencipta. Sekarang adalah waktu yg tepat utk mewujudkan kerinduan itu. Maka, Muhammad pun mengumumkan rencananya utk pergi ke Mekah berziarah ke ka'bah. Sekitar 1,400 org bersama Rasulullah saw menempuh perjalanan itu. Mereka pergi dgn pakaian ihram, membawa binatang korban mereka & tidak bersenjata.

Ketika perjalanan ke Mekah,pihak Quraisy yg telah mendgr kabar perjalanan trsbt menjadi bingung bkn kepalang. Apalagi mereka tahu, Muhammad dtg utk menunaikan ibadah & bkn berperang. Namun mereka juga khawatir bila Muhammad tiba-tiba menyerang Mekah. Quraisy pun menyiapkan pasukan tempur di bawah pimpinan Khalid bin Walid yg saat itu masih kafir. Muhammad mengetahui maksud sebenarnya rombongan trsbt. Sebaliknya, Muhammad juga mengirim Usman bin Affan utk menemui Abu Sofyan di Mekah. Usman menegaskan bahwa rombongan dr Madinah hanya akan beribadah ke ka'bah, lalu kembali ke Madinah.

Suasana sempat tegang ketika Usman tak kunjung kembali. Kaum muslimin sampai perlu membuat ikrar Rizwan - siap mati bersama utk menyelamatkan Usman. Syukurlah, itu tk terjadi. Abu Sofyan lalu mengutus Suhail bin Amir untuk berunding dgn Muhammad.

Perundingan dilakukan. Suhail brkeras utk memaksakan pendptnya mengenai isi kesepakatan. Bahkan ia menukar kalimat demi kalimat yg disusun pihak Muslim. Contohnya: trhdp penulisan "Bismillahir-Rahmanir-Rahim" (Dengan nama Allah yg Pengasih & Penyayang) di awal perjanjian. Org Quraisy kenal Allah, tetapi tdk terima agama Islam & tidak mengenal sifat2 Allah. Suhail memaksakannya m'gubah menjdi "Bismikallahumma" (Dengan nama-Mu ya Allah). Ia juga menolak pemakaian istilah "Muhammad Rasululllah" & menggantinya dgn "Muhammad bin Abdullah." Quraisy, tdk menganggap Muhd itu utusan Allah.

Mengenai isi perjanjian itu, Org Mekah yg pergi ke Madinah, mereka mesti dikembalikan ke Mekah. Dan org Madinah yg pergi ke Mekah tidak dibenarkan pulang ke Madinah. Pd pandangan kita, ini memberat sblh kpd Quraisy, & kita rasa tidak adil. Tetapi Muhd terima & mengalah, krn dia melihat dgn pandangan jauh. Sbb2nya, jika org Islam dr Madinah ke Mekah, mereka dpt sebarkan dakwah mereka. Dan jika org Quraisy dtg ke Madinah & dpt lebih tahu ttg agama Islam, mereka akan kembalikan ke Mekah & menganut agama Islam. Perjanjian ini berlaku dlm jangka masa 10 tahun.

Org Islam dlm melakukan ibadah haji di Mekah. Rasulullah menyuruh org lelaki menunjukkan 'biceps' mereka supaya dilihat org Quraisy, org Islam tdk lemah, tdk miskin. Gagah & sihat. Rasulullah saw juga menyuruh mereka lari pd 3 pusingan pertama ketika tawaf 7 kali. Utk menunjukkan, umat Islam cergas & berstamina.

Hanya dlm setahun shj, semakin ramai org menganut agama Islam. Dlm Org Quraisy di Mekah, rasa terancam marah trhdp penduduk Mekah yg beragama islam. Mereka tidak tahan lagi. Mereka pun membunuh org Islam itu tetapi perbuatan itu tlh melanggari perjanjian Hudaibiyah. Org Madinah terus dapat membalas balik kpd Quraisy, dgn penaklukan Mekah. Seramai 10,000 tentera menuju ke Mekah tanpa peperangan dgn Quraisy hanya mghadapi bbrp pemberontak. Dan akhirnya, org Islam tlh berjaya mendapat kembali ke Mekah.

Perkara pertama Org Islam lakukan di Mekah adalah m'ghapuskan berhala2 dlm 300 lbh dlm Kaabah & sekililing Kaabah. Dan perkara kedua pula, bagaimana mereka menghukumkan org Quraisy di Mekah. Rasulllah m'ghadap dgn para Quraisy yg tlh menyeksa, memerangi, membunuh, mencaci, menghina org Islam. Kita sudah pasti ingin membalas balik kan? Sebaliknya, Rasulullah saw berkata:
العفو عند القدرة ,اذهبوا فأنتم الطلقاء
al-Afwu 'aindal qudroh, izhabuu fa antum thulaqo'
"Dimaafkan dgn kekuasan, pergilah kamu, maka kamu semua bebas"

"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskankemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akanmemanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian,disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. AbuDawud - At-Tirmidzi)


Org yg menahan marah & memaafkan kesalahan seseorg, Allah memberi pahala tmpt syurga seluas langit-langit & bumi. Bkn satu langit, ttpi byk langit, maksudnya, the Galaxy.

Dan perkataan Qudroh itu maksudnya, 'org yg mempunyai kekuasaan utk membalas balik ttpi sebaliknya dia memaafkan seseorg itu' Rasulullah saw tlh menang menakluki Mekah tanpa peperangan, dan dia adalah 'Raja' & mempunyai kuasa menghukum org Quraisy, ttpi Nabi Muhd saw hanya memaafkannya.

Friday, March 21, 2008

Ad-Du'a

Ad Du'a. (:

Tuesday, March 11, 2008

Monday, March 10, 2008

Sedikit Siroh ttg Fir'aun

Assalamu'alaikum wrth,

Kelas Muhadasah hari ni kita bc Quran tidak sprt biasa dimana Ustdz Husny akan menyuruh kita buat dialog dr nota2 yg dia tlh bagi. Setiap kump, Ustdz bagi suroh2 yg berbeza. Suroh yg dia pilih ada berkaitan dgn Muhadasah. Dlm suroh yg dia pilih, ada dialog atau perbualan antara Allah dan makhlukNya. Kita diberi bbrp minit utk membaca secara ringkas & memahami maksudnya.

Setiap pljr membaca 2 atau 3 ayat. Alhamdulillah, so far bacaan aku Ustdz tk memperbetulkan walaupun aku tersebut salah di akhir ayat ttpi aku cpt2 baca balik utk memperbetulkan bacaan tdi. Hari ni aku sunggu 'Syiok' dgr cerita siroh Nabi Musa & Fir'aun stlh kump aku dan kump yg lain membaca suroh yg menceritkan ttg kisah Nabi Musa.

Okies, aku cuba igt balik apa Ustdz ceritakan tadi scr ringkas. Dr Suroh Al-'Araf ayat 103-126 & Toha ayat ke 9-36.

Fir'aun bukan nama pd satu Raja ttpi semua Raja di Mesir pd waktu itu dinamakan Fir'aun. Mcm Fir'aun 1,2,3 sama juga mcm Rom ada Ceaser 1,2,3.... Tpi Ustdz tk tau Fir'aun no. ke brape bila Fir'aun itu brhdpn dgn Nabi Musa. Nabi Musa melarikan dirinya dr Mesir sbb Fir'aun & askar2nya sdg mengejar dia atas hukuman membunuh seorg penduduk Mesir. Ttpi Nabi Musa tdk sengaja..Nabi Musa hny ingin menyeleraikan pergaduhan antara seorg Yahudi dgn penduduk Mesir. Nabi Musa ini seorg Yahudi. Jdi Nabi Musa cuba stop the fight, tk secara sengaja..dia tertumbuk salah satu tgnnya ke arah penduduk Mesir lalu dia terbunuh. Tetapi hny satu tumbukan, sbrnya Nabi Musa ni mmg kuat orgnya. Jadi dia pun lari ke satu tmpt bernama Madiyan. Dia ternmpk 2 gadis entah buat ape..time ni aku tk fhm Ustdz nk trgkan ape. Nabi Musa menolong gadis tu utk m'gankat penutup air kolam dgn sendirinya. Tapi utk m'gangkat penutup kolam itu perlukan 10 org. Slps dh tlg gadis trsbt, Nabi Musa tk byk soal. Jadi dia pun rehat di bawah pokok, dan dia rasa teramat penat & lapar. Jdi Musa pun berdo'a utk memberinya sedikit makanan shj. Tiba2 anak Syu'aib menuju ke arah Musa yg sdg rehat. Bapanya, Nabi Syuaib, menjemputnya ke rumah mereka krn ingin membalas kebaikannya. Nabi Musa pun terima undangan itu tapi bila jln balik ke Madiyan, hny anak Syuaib yg brjln di dpn & Nabi Musa shj ketika itu. Jdi utk m'gelakkan sbrg fitnah dr kampung Syuaib, Nabi Musa pun terus jln ke hpn gadis itu.

"Kalau awk nk suruh sy belok ke kiri, maka lemparkanlah batu ke kiri. Jika awk ingin sy belok ke kanan, lemparkanlah batu ke kanan."

Stlh tiba di sana, Nabi Syuaib pun m'ghadiahkan dgn makanan, tmpt tinggal, dan Nabi Syuaib tahu Nabi Musa itu jujur dan kuat orgnya boleh membantu kampung itu. Maka dgn itu, Nabi Syuaib mengkhawini anak perempuan salah satu drpd 2 gadisnya. Ada org ckp kakak yg kahwini Nabi Musa. Tapi ada syarat..mcm mas kahwin gitu. Nabi Musa mest keje dgn Nabi Syuaib selama 8 tahun tapi kalau nk sempurnakan smpi 10thn. Nabi Musa pun trima dn dpt mengkahwini anaknya dn berkerjasama selama 10thn walaupun 8 thn itu sudah memadai.

Slps itu, Fir'aun harus balik ke negeri asalnya Mesir. Dlm perjlnan ke Mesir dgn keluarganya, mereka rehat dkt dgn api ini. Nabi Musa pergi dkt dgn api ni spy ingin mendpt cahaya dlm perjlnan mereka. Time inilah, Allah mengangkat Nabi Musa sbgi Nabi. Ada 2 mukjizat yg ditrgkan pd suroh Toha ayat 21 & 22 iaitu tongkat Nabi Musa jk dicampak menjadi ular yg besar & bila dia meletakkan tgnnya di bawah ketiak & keluar drnya maka keluar cahaya putih. Nabi Musa berdoa kpd Allah spy, lapangkan dadanya, permudahkan urusannya, dan permudahkan lisannya spy mereka memahami perckpan Nabi Musa. Du'a ini Ustdz & Ustdz sllu baca sblm bermula kelas spy urusan dan percakapan mereka lancar dgn keizinan Allah. Du'a ini dari ayat 25 hingga 30, suroh Toha. Dlm ayat 30 menyebut nama Harun. Nabi Harun adalah adik kpd Nabi Musa.

Jadi bila Nabi Musa brhdpn dgn Fir'aun, Fir'aun pun panggil semua sihir2nya yg tersohor. Sihir2 ini pun campak tali, tongkat & menjadi ular, pdhal sihir ini hanya memainkan mata sesiapa yg melihat sihirnya. Padahal ular itu hnylah tongkat atau tali. Tapi bila Nabi Musa mencampakkan tongkatnya, maka tongkat itu tiba2 menjadi ular yg besar, ular yg betul & menghalang tongkat2 sihir itu tadi. Semua sihir2 Fir'aun terus sujud kpd Nabi Musa krn tlh melihat kebenaran Allah. Sihir2 ini berkata, "Mereka berkata, 'Kami beriman kpd Tuhan seluruh alam (yaitu) Tuhannya Musa & Harun" Al-'Arof: 121&122

Maka Fir'aun pun berkata pd mereka, "Mengapa kamu beriman kpdnya sblm aku memberi izin kpdmu? Ssguhnya ini benar-benar tipu muslihat yg tlh kamu rencanakan di kota ini, utk mengusir penduduknya. Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini)."

Ayat di atas, menerangkan bhw nk beriman pun kene mintak izin. Betapa bongkak & sombongnya sehingga menutup kebenaran atas Fir'aun yg dizalimi ini. Fir'aun igt yg semua sihir tu dh sepakat dgn Nabi Musa utk mempermain2kan Nabi Musa padahal ini sesekali tdk benar!

Maka sihir2 ini pun disalib & dipotongkan kaki kiri & tgn kanan, atau kaki kanan dgn kaki kiri. Ttpi hukuman siksaan Fir'aun tidak sedikit mengubah kebenaran & keimanan mereka trhdp Allah.

"Pasti akan aku potong tgn & kakimu dgn bersilang, kemudian aku akn menyalib kamu semua." Al-Arof:124

Jadi apakah kita manusia yg tlh nmpk kebenaran, ingin terus beriman kpd Allah dn menegakkan kebenaranNya?

Friday, March 07, 2008

Mempebaharui Semangat

Assalamualaikum wrth....

Semlm mlm sblm melelapkan mata, aku terigtkan Abgku. Mlm ni aku tak terima sms ucapan mlm hari ni. Mungkin dia penat balik dr kerja. Tadi pagi aku meneleponnya. Panggilan pertama dia tidak angkat hp. Aku tggu slps 30min dan buat panggilan kedua pada pukul 8 pagi. Suaranya serak-serak. Dia baru jer bgn tidur ataupun deringan hpnya yg buat dia bgn dari tidur. Dia kata, bila smpi rumah shj dia tidur krn letih. Almost everyday weekdays dia pulang lewat mlm. Maaf mggu Abg tapi dek kerinduanku semlm mlm, aku tergerak hati utk meneleponnya.

Bila on the way ke sekolah, dlm MRT aku imbas kembali ttg Abgku. Perkara-perkara yg memikat hatiku dan membuat aku ketawa dgn lawaknya. Kdg-kdg ada sifat kebudak-budakan dlm dirinya. It's fun to be with and have him around. Setiap kali ku imbas kembali, senyumanku dgn sendirinya terukir di wajah. Adalah lebih baik kalau kita sering igtkan kenangan-kenangan manis drpd peristiwa pahit. Dgn itu, kita lebih ingin selalu bersamanya dan menghargai kehadiran teman istimewa dlm hidup kita. Betul tak Abg? Hehe...

Slps itu, aku muroji'ah (revise) subjek Fiqh dan juga membaca sambil cuba memahami bab-bab baru. Setiap hari Jumaat, kehadiran pelajar kurang. Ada 2 lelaki dan 5 perempuan dlm kelas. Dan kls seolah-olah tidak bersmgt. Ustzah sedar akan suasana kelas. Dia ceritakan, beberapa thn lepas, ada 2 murid dari Pra-Dip yg masih teruskan ke Diploma dr 20 lebih pljr pada mulanya. Sebab biasanya, pljr-pljr ada halangan seperti bekerja, susah utk cope with the studies, takde minat, masalah hal peribadi dan sbgnya. Ustzh beritahu kami,

"Kalau siapa tk nk bljr, boleh tinggalkan kelas. Ada pljr, bila interview kita tny mereka, boleh bljr? Boleh dtg awal? Pljr biasanya kata..Boleh ustzh...Semuanya boleh. Mula-mula pljr smgt time interview.. lama-kelamaan dah kurang smgtnya. Mungkin ada pakse bljr sbb ibu bapa suruh atau ada yg dgn kehendak sendiri... Jadi, pljr-pljr kenelah sllu bersmgt. Sentiasa baharui smgt... Kalau buat silap tkpe. Tk pyh rasa malu. Dari kesilapan tuh, boleh bljr. Hrp siapa-siapa kwn awk yg tk sllu dtg tuh, beri mereka dorongan spy mereka boleh dtg kelas. Sbb kehadiran itu penting. Kalau tak cukup kehadiran, pljr tak boleh ambil peperiksaan. Kalau boleh, semua teruskan smbg Diploma."

Aku rasa bersmgt dari dorongan drpd Ustzh. Aku sbgi manusia, kdg2 ada rasa malas nk bljr. Smgt bljr kdg2 naik dan turun. Fiqh perlukan kefahaman ttg hukum-hukum. Hari ni, ustzh ada hal lain slps solat Jumaat. Jadi kita habis kls awal pukul 1.15ptg. Sblm itu, Ustzh kasi balik kertas latihan minggu lps. Alhamdulillah! Aku pass!! All correct! Mumtaz! Hehe... Ustzh go through with the kelas using my paper.

"Siapa dpt semua betul. Haa..Suhana markah penuh."

Wokies... Inilah Al-Kisah ku...

Monday, March 03, 2008

Meet my Dearest Abg and Becoming a Peer Meditators

Assalamualaikum wrth...

Yipeeeee~~! At last aku dpt bertemu dgn Abg ku syg selepas 26 hari kite tidak berjumpa.... 26days...24hours..60 mins...60secs... lama tu woiii... Pd mulanya, mmg sedey hatilah yg dia sms, "Sayang, tak jadi jumpa, banyak sgt kerja.." Sedey beb!!! Selepas dia tkde mood utk bekerja mlm di rumah, dia tukar plan utk bertemu aku hari ini.

Aku tak pakai contact lens. Seperti biasa aku igtkan Abg duduk di meja biru. Tetapi alangkah MALUnya aku bhw aku tersilap org. Ada mamat india dok sane minum air beer. Yg si mamat india ni dah mcm takut dan pelik nape pompuan tuh semakin dekat dgn aku?? Haizz..rupa2nyer...Abg duduk di meja coklat. Haizzz... PAISEY! Abg aku pulak, gelak jer..

So, dah duduk standardlah berbual ttg past few days. I'm so HAPPY to finally meet him in the eye. Rindu aku terubat!

3rd of March

Aku diberitahu oleh kak Farhana, aku dipilih sbg student counsellor. Aku betul-betul happy... Alhamdulillah... Tak percaya apa aku dgr tadi. So, lps co-corriculam aku habis cpt pukul 1ptg, 1 ptg hinggalah 3 ptg aku baca buku di luar musollah dan makan tgh hari bersama Sahabana. Ketika kite mkn tuh, Sahabana citekan masalah dia dgn goup memebernyer. Aku dgr dan aku hny memberi dia couragement. Dan jgn pikirkan sgt ttg masalah yg remeh temeh ini.

Kelas Student consuller pun bermula. Actually, dia lebah kepada peer meditators... Mdm Ros isteri kepada Cikgu Abdullah yg mengajar Sains Islam adalah guru kita. Mdm Ros mempunyai Bahasa Inggeris yang mantap dan dia adalah counsellor yang berkelayakan. Hebat! Dia akan train kita bagaimana utk menjadi peer meditators yg baik dan cara2 utk menyelesaikan konflik dan juga ajar kite sedikit ttg pyschology. Mdm Ros berkata kite dipilih dgn teliti oleh Pengurusi Al-Zuhri, Ustd dan Ustzh. Merekalah yg shorlisted us. Mereka pilih kite sbb mereka lihat kita ada potensi utk menjadi a good role model, matang dan ada sifat leadership. Dan aku lihat, aku sorang perempuan shj dari pra-diploma. Di dalam kursus peer maditators ada 7 perempuan dan 7 lelaki. InsyaAllah, dalam testimonial atau di certificate Al-Zuhri akan meletakkan bhw kita tlh menjalani kursus ini.

Alhamdulillah... dan yg peliknya, projek Syahsiah aku adalah Pengurusan Konflik dan hari ini aku tlh menjadi pendgr pada 2 kwn aku yg bermasalah. Mungkin inilah TakdirNya. Jawatan sbg peer meditators adalah tanggungjawab yg berat. I like to lend a listening hear and give people's advice on ways to solve their problem tapi aku tak tahu teknik-tekniknya. Inilah masanya utkku mengambil peluang emas ini. Alhamdulillah!

Friday, February 29, 2008

Detik bersejarah kelahiran Muhammad

Oleh : Sulaiman Jeem


Bulan Maulid Rasul menjelang lagi. Tanggal ulang tahun kelahiran nabi pada 12 Rabiulawal 1429H bersamaan 2 Mac 2008 disambut di seluruh dunia. Rasulullah merupakan rahmat seulurh alam semesta (rahmatan lil alamin) kerana mebawakan berbagai kebaikan bukan sahaja kepada umatnya malah seluruh kemanusiaan dan alam ini.

Sejarah mencatat, tatkala nur atau cahaya Muhammad masuk ke rahim ibunya Aminah, Allah memerintahkan kepada melaikat supaya membuka pintu Syurga Firdaus. Kpeada para penghuni langit dan bumi juga telah diberitahu mengenai keputeraan Baginda. Sebaik
mendengar berita gembira itu, beberapa kawasan tanah yang sebelumnya gersang dan kontang, mula menyubur. Pepohon pulah segara merimbun dan berbuah dengan lebatnya, manakala sang angin pula bertiup sepoi-sepoi. Banyak binatang di laut dan di darat begitu riang membicarakannya.

Siti Aminah, bonda Baginda, menceritakan: Ketika kandunganku genap enam bulan, tiba-tiba datang seorang yang tidak kukenali pada suatu malam lalu berkata: "Wahai Aminah, sesungguhnya puan mengandungkan seorang pemimpin besar. Apabila dia lahir kelak, namakanlah dia Muhammad!" Aminah ketika itu sendirian dalam biliknya, manakala Abdul Mutholib sedang bertawaf di Kaabah. Siti Aminah meneruskan: "Menjelang detik kelahiran Muhammad, kudengar suara guruh gegap gempita. Serentak dengan itu kulihat seekor burung menyapu-nyapu sayapnya dia hatiku. Maka hilanglah rasa takut yang mula menjenguk-jenguk dia pintu hatiku."

Aminah segera berpaling. Di hadapannya, dilihat semangkuk minuman. Putih warnannya. Beliau segera meminumnya. Serentak dengan itu beliau melihat pancaran cahaya memanah ke langit. Muncul pula para wanita. Tingginya bak pohon kurma. Mereka segera memegang Aminah. Dalam keadaan gugup dan tercengang Aminah bertanya siapa mereka. Mereka segera menjawab "kami adalah Asiah, istri Firaun, Maryam anak Imran, dan para bidadari dari syurga." Beberapa lelaki kelihatan berdiri tegak di angkasa. Mereka segera menjawab "Kami adalah Asiah, isteri Firaun, Maryam anak Imran, dan para bidadri dari syurga." Beberapa lelaki kelihatan berdiri tegak di angkasa. Mereka memegang cerak perak. Beberapa ekor burung yang paruhnya daripada permata zamrud dan sayap-sayapnya daripada permata ya'kut memenuhi bilik Aminah. "Allaj membuka pemandanganku," tambah Aminah. "Maka aku melihat belahan bumi ini dari timur ke barat dan sebuah lagi di belakang Kaabah," katanya lagi.

Sejurus kemudian Aminah melahirkan Muhammad. Para wanita dari syurga tadi membidaninya. Aminah melihat Muhammad sujud. Jari-jemari tangannya mengangkat ke langit, cerita Aminah. Setelah itu Aminah melihat awan putih menuju ke arahnya. Kemudian menghilang. Ketika itu kedengaran suara ghaib berkumndang "bawa dia mengelilingi bumi dari timur ke barat dan masukkan ke dalam laut supaya seluruh makhluknya mengenalinya." Suara ghaib itu kemudian lenyap. Cahaya gemilang setelah itu memancar daripada tubuh Aminah hingga ke negeri Syam (Syria) pada malam keputeraan Nabi saw. Hal ini sebagai isyarat Muhammad akan berkunjung ke negeri itu suatu masa kelak.

Menurut riwayat, Muhammad lahir dengan kepalanya mengangkat ke langit - bukti ketinggian martabatnya daripada seluruh makhluk lain. Bayi itu dalam keadaan bersih. Pusatnya telah terpotong. Baunya semeriwing. Bercelak pula matanya. Sebahagian para sejarawan lain menyatakan, bayi Muhammad lahir sudah dikhatankan. Tetapi ada sejarawan menyebut datuknya Abdul Mutholib mengkhitankannya setelah berusia tujuh tahun dalam suatu upacara. Ada pula yang menyatakan tujuh hari. Serentak dengan kelahiran besar itu, menurut sejarawan tadi, singgahsana Kaisar di Madinah runtuh. Api sembahan para penganut Majusi di Parsi yang menyala sejak 1,000 tahun tiba-tiba padam.

Pertumbuhan tubuh Muhammad begitu cepat. Beberapa hari Muhammad disusui ibunya. Kemudian disusui Thuaibatul Aslamiah, hamba pakciknya Abu Lahab yang telah dimerdekakan sebaik mendengar Muhammad dilahirkan. Selain menyusukan Muhammad, Thuaibah juga menyusukan anaknya dan Abu Salamah. Sebelum itu, beliau menyuskan pak cik Muhammad, Hamzah. Bayi Muhammad kemudian disusukan Halimah binti Abu Zuaib As Sa’adiah di desa Bani Sa’ad. Puteri Halimah bernama Syiamah turut mengasuh Muhammad. Setelah menikmati udara desa dua tahun, Muhammad dikembalikan kepada ibunya. Setelah itu dibawa semula ke desa untuk bersama para penduduknya lima selama lima tahun.
Selama menyusukan bayi Muhammad, Halimah mengakui ternakannya subur dan berkembang biak.Air susunya juga banyak. Rezekinya pula melimpah. Jibrail telah membelah dada Muhammad ketika anak itu berusia tiga tahun. Ketika berusia empat tahun, ibunya wafat di suatu daerah Madinah bernama Abwa’. Maka bergelarlah kecil itu sebagai anak yatim piatu. Pak ciknya Abu Tholib, mengasuhnya setelah datuknya wafat.

Sejak kecil lagi Muhammad mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya seperti disebutkan Allah dalam Hadith Qudsi, bermaksud: "Andai tidak kerana engkau (hai Muhammad) nescaya tidak Aku jadikan alam semesta." Dalam sebuah Hadith Qudsi yang lain,Allah berfirman bermaksud: "Andai tidak kerena engkau (hai Muhammad) tidak Aku jadikan Nabi Adam." Nabi Muhammad diutus kepada seluruh umat manusia. Sedang para nabi lain diutus khusus untuk sekumpulam umat sahaja. Demikian sebuah lagi kelebihan seperti yang disebut Allah dalam suroh As-Sof ayat 5.
Dalam ayat 6 dalam suroh yang sama, Allah menyebut satu lagi kelebihannya, bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Isa anak Maryam berkata "Hai Bani ISrail sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang diturunkan) sebelumku, Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad). Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti nyata, mereka berkata "ini adalah sihir yang nyata."

Dua potong ayat diatas membuktikan bahawa Nabi Musa dan Nabi Isa (alaihimas-salam) menyeru seluruh umat manusia dan kepada mereka yang beriman, kerana beliau diutus kepada seluruh manusia, seperti yang dijelaskanAllah dalam firman-Nya dalam suroh Saba' ayat 28 bermaksud: "Tiada Kami utus engkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh umat manusia, pembawa khabar gembira dan permberi peringatan, tetapi kebayakan manusia tidak mengetahui." Baginda juga diutus untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam, seperti firman Allah, dalam suroh Al-Anbiya' ayat 107, bermaksud: "Dan tidak kami utus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam."

Perjuangan Nabi Muhammad menyebarkan Islam menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan. Malah sering nayawanya terancam. Bagaimanapun, perjuangan Baginda akhirnya berjaya sehingga Islam kini menjadi agama terpantas perkembangannya di dunia. Bagaimanakah kita membalas budi Baginda? Selagi kita melaksanakan suruhan "amar makruf dan nahi mungkar" - melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan - bererti kita telah membuktikan kecintaan kita kepadanya. Ia merupakan hadiah paling indah untuk hari jadinya.

Mengikis Kepercayaan pada Ramalan

Oleh: Mohd Yusop Hassim

Kepercayaan pada ramalain tukang tilik/ramal sudah wujud dalam pelbagai masyarakat lain. Masyarakat Arab di zaman jahiliyyah juga terpengaruh dengan tilikan tukang ramal. Malah negara Barat turut terdorong untuk mempercayai ramalan horoskop. Mereka membahagikan individu mengikut bintang melalui tarikh lahir seperti Aquarious, Capricon, Scorpio dan lain-lain lagi. Menerusi bintang ini juga mereka meramalkan apa yang bakal berlaku kepada individu berkenaan sepanjang tahun, bulan, malah setiap hari. Ruangan horoskop sebegini turut diberikan ruangan khusus dalam akhbar seharian. Hal sedemikian mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat. Asal usul kebanyakan ilmu ramalan ini berpandukan kepada pergerakan bintang di langit atau ilmu astrologi.

Bagi masyarakat Melayu, tukang ramal juga dikenali sebagai ahli 'nujum' yang asalnya daripada bahasa Arab 'najm' bermaksud bintang. Menurut Ibnu Taimiyah, tanjim adalah meramal kejadian di bumi berdasarkan petunjuk keadaan bintang. Terciptanya bintang di langit-langit dan pergerakannya bukan berperanan untuk menentukan kebaikan atau keburukan perjalanan hidup makhluk Allah di muka bumi ini.

Peranan bintang adalah sebagai perhiasan di langit, petunjuk arah perjalanan dan pelempar syaitan. Allah berfirman yang maksudnya:
"Dan demi sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang." (Suroh Al-Mulk:5)

Dalam suroh An-Nahl ayat 16, Allah berfirman lagi bermaksud:
"Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda penduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka daoat mengetahui arah yang hendak dituju."

Imam Qatadah berkata:
"Penciptaan bintang ini (oleh Allah) hanya untuk tiga hal: Penghias langit, pelempar syaitan dan tanda bagi orang mengenali arah. Maka barang siapa mentafsirkan selain daripada itu, dia telah salah dan mensia-siakan bahagiannya dan memaksakan diri dalam sesuatu yang dia tidak mengetahuiya." (riwayat Bukhori)

Ramalan sedemikian mencemari kemurniaan tauhid yang boleh mendorong kepada amalam syirik. Kejadian sesuatu perkara itu adalah menurut kehendak Allah semata-mata kerana segala-galanya ditetapkan Allah tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusanNya. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa mempelajari sebahagian daripada ahli nujum (mengkaji bintang untuk membuat ramalan), maka dia sudah mempelajari sebahagian sihir. Semakin bertambah (ilmu yang dipelajari)semakin bertambah pula (dosa-dosanya)." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Rasulullah saw amat khuatir jika umatnya kelak menular budaya mempercayai ramalan ahli nujum. Sesiapa yang menemui tukang ramal termasuk yang menggunakan ilmu astrologi dan mempercayainya maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Mempercayai tukang ramal dan ahli nujum adalah salah satu daripada perkara yang berbentuk kekafiran. Kita wajib meyakini bahawa segala ilmu ghaib yang bakal terjadi hanya milik Allah. Makhluk Allah seperti bintang tidak memiliki ilmu ghaib itu. Hayatilah maksud ayat berikut:
"Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!." (Suroh An-Nahl: 66)

Namun, pengajian pergerakan bintang, bulan dan matahari bagi menentukan arah, angin, kiblat, sesuatu tempat, keadaan cuaca, kiraa hari, taburan hujan mengikut kaedah saintifik adalah dibenarkan.Islam mengiktiraf penggunaan bintang dalam bidang astronomi dan ilmu falak tetapi bukan untuk menentukan nasib atau tuah.

Saturday, February 23, 2008

Assalamualaikum wrth...

It's been 3 weeks since i started my schl on 4 Feb. Alhamdulillah, so far i'm very happy to be there, back being a student, studying in depth abt Islam in Arabic language, the language to better understanding the real source in our Religion.

Although, first 2 weeks it's been tough for me to fully understand what ustd & ustzh was teaching & the schl bks all in Arabic. But Alhamdulilah, i was able to adjust with the lessons but I REALLY NEED MAWRID dictionary. Without it i couldn't translate it before tomorrow's lesson. The dictionary i have now was not much of a help. It took me alot of time even till 1am & most of it wasn't in the dictionary. I want to know each & everyword of them, to prepare myself beforehand so that i wouldn't be lost when they're teaching. I know my ustd & ustdzh already told us, to exactly translate it to Malay, the structure of the sentence will be upside down. But i don't mind coz if we don't start now, then how are we going to do research & study alone then?

I love qns & ans at the end of lesson, coz sometimes i do have doubts & sometimes i couldn't catch what there're trying to say. But i do hesitate to ask qns infront of the class, i felt nervous coz what the classmate will preceive of me. And I DO want to wear JILBAB to school but then people will think i'm too conservative, and think i'm showing off to be 'alim. For me, jilbab helps me to upgrade my self everyday. InsyaAllah, when i'm in Diploma i'll wear it.

I heard from Rasyidah, my friend in Diploma & one of the top student, told me sometimes there's a hostility from those madrasah student towards the circular students. They questioned her, "Kenapa kau sllu dpt no 1 aaahhh?" dgn nada yg tidak puas hati. Aik, mcm salah pulak bdk secular dpt no 1.. Sebaliknya mereka harus bersyukur & sama2 memajukan. But not all of them are like that. When we're dicussing abt the projects at musollah, Amalina said,

"Aku tak sangka budak dr sekular masuk Zuhri tapi ada mereka boleh masuk Kolej. Terharu sey mereka pilih masuk Zuhri."

At that point of time she's unaware i was from circular schl & I was the only budak sekular in the group.

"Suhana dr sekolah sekular ke madrasah?"

Aku brjwb, "Dari sekular."

"Sekolah ape?"

"Assumption English..." aku berbalas.

"Ooo..asal pilih Zuhri?" amal bertny lagi.

"Sbb dah ada rezeki masuk sini & adek-beradek sy ada gi poly tkde yg pilih bidang agama. Jadi sy pilih bidanng ini."

Lain org, lain pendpt. =)

K, bersmbg nanti..

Murnikan Niat, Halusi Amal

Dalam Islam setiap perbuatan berteraskan niat & amalannya. Hal ini terpapar dlm sabda Rasulullah saw: "Sesungguhnya amalan itu bergantung pd niatnya, & sesungguhnya setiap org akan mendapatkan apa yg dia niatkan. Brgsiapa berhijrah krn Allah & RasulNya, hijrshnya akan diterima sbg hijrah krn Allah & RasulNya, & brgsiapa berhijrah krn dunia yg dia cari atau wanita yg hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yg dia inginkan." (HR Bukhori & Muslim)

Makna niat adalag pendorong kehendak manusia utk mewujudkan suatu tujuan. Seorg Mukmin yg baik, pendorongnya hendaklah mementingkan apa yg ada di sisi Allah swt drpd yg ada di sisi manusia. Dia menjadikan niat, perkataan & amalnya hny utk Allah semata. Allah berfirman dgn maksud: "Katakanlah, ssguhnya solat, ibadah, hidup & matiku hnylah utk Allah, Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya. Dan demikian itulah yg diperintahkan kpdku & aku adalah org yg pertama menyerahkan diri (kpd Allah)." Suroh An-Naam: 162-163) Ssguhnya kita setiap hari, sekurang-kurangnya 17 kali dlm solat, selalu membaca kalimatNya pd ayat yg di atas, tidak lain & tidak bkn adalah utk memperbahurui niat kita. Allah mengigtkan kita bhw setiap amal yg dimaksudkan selain utkNya bak debu yg berterbangan. "Dan Kami hadapi sgl amal yg mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yg berterbangan." (suroh Al-Furqon: 23)

Umar Bin Khottob meriwayatkan: "Aku mendgr Rasulullah saw bersabda, bhw "Antara manusia ada org-org yg memiliki niat yg tinggi nilainya, sementara ada pula yg rendah, hingga ada kalanya 2 org yg mengamalkan suatu bentuk amalan yg sama drpd awal, pertengahan, bahkan sampai akhir pelaksanaanya, sama gerakannnya, perbuatannya, ataupun diamnya & juga bacaanya, namun hasilnya berbeza jauh, sejauh antara langit & bumi. Yg demikian ini disbbkan perbezaan niatnya."

Walhasil, setiap org akan mendptkan apa yg dia niatkan: Jk anda berniat krn Allah & utk kesejahteraan akhirat dlm amalan menjlnkan syariat, maka anda akan mendptkannya. Begitulah sebaliknya. Ayuh, jadikan tahun Hijrah 1429 sbg tahun pembahuruan niat menuju jln yg diredoiNya.

Thursday, February 14, 2008

Rahimahallah Hajah Puan Binte Sulaiman

Assalamualaikum wrth,

Tepat pada pukul 6.10ptg Nenekku telah meninggal kami & dunia yg fana ini pada hari Isnin, 11 Feb 2007. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya. Semoga dia bersama mu'minin dan mu'minat. Amin...

Selepas kematiannya, aku terigtkan lagu kegemaranku ini yg maknanya sgt mendalam utk direnungkan bersama-sama.

Videoklip nasyid arab berjudul Farshi at-Turab yg sungguh menyentuh perasaan.. Ingatlah, MATI ITU PASTI!



Meshary Al arada 'farshi al turab'

فرشي التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي
والنور خط كتابه أنسى لقائي
والأهل اين حنانهم باعوا وفائي
والصحب اين جموعهم تركوا اخائي
والمال اين هناءه صار ورائي
والاسم اين بريقه بين الثناءِ
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والحب ودّع شوقه وبكى رثائي
والدمع جف مسيره بعد البكاء
والكون ضاق بوسعه ضاقت فضائي
فاللحد صار بجثتي أرضي سمائي
هذي نهاية حالي فرشي الترابِ
والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي




Dust is my bed, embracing me, and is my cover
The sands are around me, engulfing me from all directions
And the tomb recounts [ the story of ] the darkness of my calamity
And the light has destined that my pleasure is in meeting [Allaah]

Where is the kindness of kin? They relinquished fidelity
Where are the scores of friends? They dispensed with my brotherhood
Where is the bliss of money? I left it behind
And where is the glory of fame and compliments?
That’s my end; dust is my bed

The beloved bade farewell to his love, and cried my elegy
The tears flow dried out, after crying
The vast universe shrank, narrowing my space
The tomb to my corpse became both my land and my sky
That’s my end; dust is my bed

Fear overwhelms my estrangement and sadness is my ailment
Hoping for steadfastness, which is – I swear – my remedy
Sincerely supplicating to the Lord; You are my hope
Hoping- O Allaah – for a paradise, in which my bliss shall be attained

Monday, February 11, 2008

The Kite Runner

Assalamua'alaikum wrth,

Perayaan tahun baru cina bermula pada, Khamis. Bermakna.......CUTI SEKOLAH! Apa rancanganku utk hari ini? Apa lagi....? Menghabiskan masa lapang ini dgn Abg ku syg. I really MISS him & I'm really looking foward to spend time with him today. Sudah lama aku tidak berjln-jln bersama dia. Maklumlah, dia sibuk dgn kerja, tambahan pula dia pun ada NS Training. Mesti dia tgh letih & belakang tulangnya pun rasa sakit.

Kita merancang utk menonton wayang The Kite Runner. Sudah lama juga aku menunggu utk menonton movie ini setelah aku melihat Preview movienyer dan membaca synosipsnya. Buka novelnya tlh menjual dgn laris di seluruh dunia & telah menyentuh hati org dgn kisah hidup 2 sahabat berpisah di negeri yg bergolak dgn peperangan & politik di Kabul, Afghanistan. Makanya, aku tertarik utk menonton movienya. Pada mulanya, kita sudah pun pilih waktu 2.50ptg, tetapi disbbkan abgku ada meeting & aku pun belum siap lagi krn terleka bermain di laptop hingga lupa masa, akhirnya, kita pilih 5ptg.

Bila kita bertemu di bwh blok aku, aku ingin sekali cium pipinya. Yerlah, nk lepaskan rindu. Hati aku berbunga-bunga, bila dia memujiku yg aku nmpk lawa hari ini. Sedap telingaku mendengar pujiannya. Ana pakai lawa pun sbb utk Abgku. Sekali-sekala aku pun harus nmpk lebih cantik dari hari biasa di dpn matanya supaya dia tidak rasa jemu memandangku. Kita menaiki bus 300 bersama adekku, Ct. Ct pun pergi berjln-jln dgn Irwan nanti. Mereka rancang utk bersia-siar di Changi Airport Terminal 3 yg baru sahaja buka sebln lalu.

Dlm mrt, penuh dgn penumpang-penumpang. Tapi, Alhamdulillah, kita dpt juga tmpt duduk. Lama juga perjlnannya, dlm sejam gitu. Kita pun berbual ttg sekolah aku & kisah-kisah lain. Dlm perbualan kita, Abgku memberiku semangat & nasihat utk terus mempelajari & mendalami dgn gigih lagi dlm pelajaranku. Dia juga menasihatiku utk menjimatkan wang perbelanjaanku. Aku tidak akan mensia-siakan peluang ini krn inilah aku minat dan peluang ini mungkin datang hanya sekali.

Setelah kita turun dari stesen mrt Dhoby Ghaut, kita terus jalan menuju ke Cathay untuk beli tiket movie. Kita ada 40 min sblm solat asar. Maka, kita pun gi ke kedai mamak yg dekat dgn Masjid Bencoolen. Aku mkn roti prata keju & air kacang soya. Seperti biasa, dia order air kopi-o. Ketika aku sedang makan, dia menegurku supaya jgn byk memperlecehkan ttg makanan. Dia kata, sebutlah Alhamdulillah....& dia berkata, dia pernah lihat & hidup bersama dgn org-org yg susah utk mencari sesuap makanan & air yg bersih. Kadang-kala kita manusia, lalai & mengambil leka ttg nikmat yg diberi. Tegurannya membuatku rasa lebih hormat atas dirinya. Selepas aku mkn hingga licin pinggannya, kita pun solat asar di Masjid Bencoolen & terus menuju ke Cathay. Kita lewat 10 min tapi, cerita Kite Runner baru sahaja mula.

Aku suka isi ceritanya yg ingin disampaikan. Cerita yg memberi nasihat. Bahagian cerita yg menyedihkan buatku adalah apabila dia membaca surat kawannya, yg sbnrnya adalah Abgnya & ketika dia solat di masjid & lagu Supplication dari Sami Yusuf dimainkan. Kena sungguh! Aku juga agak terkejut sedikit, apabila Abgku pun berkata, dia seperti ingin menangis apabila melihat budak lelaki itu diperkosa oleh kumpulan budak jahat. Hmmm...lelaki pun ada perasaan lembut. Yerlah, siapa tidak rasa sedih dgn nasib budak tu...

Setelah tamat movie itu, kita pun rasa lapar & cerita pun agak lama, 2 jam. Kita pergi gi tmpt mkn yg sama. Aku tidak dpt habiskan nasi briyani ayam. Mmg sedap, tapi kalau dpt bungkuskan yg belen2nya kan bagus. Aku mmg dh kenyang sgt. Abgku bantu utk habiskan makananku. Setelah solat Maghrib, kita pulang rumah menaiki MRT. Dlm perjalanan pulang, kita tidak putus-putus bercakap, bergurau & membuat lawak. Aku igtkan nk beri Abgku tidur dlm MRT sblm smpainya stesen CCK. Tapi, perbualan kita yg rancak membuat Abgku tidak dpt tidur.

Abgku bertny kpdku: "Kalau kita tinggal tmpt mcm kt movie tu mcmane?"
Aku menjawab pdnya bhw aku setuju tapi bukan negeri di bawah pemerintah yg tidak adil & kejam & suasananya mesti aman. Any place, as long we can study & pratice Islam.

Kita duduk berbual di bwh blok sblm kita berpisah utk pulang ke rumah masing-masing. Kalau kita sudah kahwin, kita tidak perlu berpisah2 utk pluang kan? Haiz..aku mmg tk sabar duduk satu rumah dgn Abgku. Kalau kita keluar berjln2 lebih selesa. I cannot wait to be his Wife. Thanks Abg for belanja-ing me! I had a fun & memorable that day. I will cherish every moment with You! Muah!

Menjadi Kaya yang Diberkati

Semua orang ingin menjadi kaya. Kaya dan berjaya sering diukur mengikut pencapaian berdasarkan kepada jumlah harta yang terkumpul, kejayaan akademik dan peningkatan kerjaya dalam dunia korporat. Wiiliam Gates, Warren Buffet, Karl Abrecht dan Putera Al=Waleed bin Talal Al-Saud adalah antara empat ikon dunia korporat yang memiliki AS$ 21.6 billion (S$ 30.2 billion). Nama mereka tersenarai dalam penunjuk Forbes.com yang menjadi ukuran kemegahan dunia hari ini. Kaya ukur yang digunakan masa kini tentunya berbeza dengan kayu ukur yang digunakan Islam.

Maka ini Dunia Islam mungkin perlu mengetengahkan kayu ukurnya sendiri mengenai kekayaan, kerana ia lebih menyeluruh sesuai dengan norma sejagat dan menepati semangat syariat Islam. Di Singapura berita tentang beberapa peguam, termasuk Melayu/Islam, menghilangkan diri bersama wang berjuta dolar milik klien mereka telah mengakibatkan amalan pengurusan kawalan kewangan firma undang-undang dirombak. Sebelum ini, dua pegawai pengurusan DPPMS dipecat kerana menyalahgunakan prosedur amalan pengurusan pejabat. Ia bukan kes baru. Sebelum ini terdapat beberapa kes melibatkan beberapa karyawan dan peniaga Melayu/Islam yang disabitkan kesalahan pecah amanah, rasuah, penipuan kontrak klien, tidak tunaikan janji, mutu perkhidmatan yang lemah, amalan potong harga, menaikkan harga berlipat ganda dan pelbagai lagi.Kes-kes itu tidak sahaja merugikan pelanggan atau pengguna, malah menghakis kepercayaan orang awam terhadap institusi yang diwakili.

Bagi sesetengah peniaga yang mehu mencari keuntungan berlebihan, tindakan mereka memberi alasan kononnya bekalan tidak mencukupi atau tidak sampai, harga barang komoditi asas naik dan sebagainya, seolah-olah menghalalkan mereka unutk menaikkan harga berlipat ganda. Contohnya ialah isu harga minyak makan yang melanda negara jiran baru-baru ini. Itu adalah antara episod kecil kes ketidakjujuran dan mengambil peluang untuk meraih keuntungan berlipat ganda. Kesimpulan saya ialah kita perlu melihat kepada pegangan nilai individu yang terbabit kerana masalah tidak semestinya berpunca daripada sistem atau strukturnya.

Nilai kejujuran dan sikap bertanggungjawab adalah nilai yang menjangkau semua orang, budaya dan pejawatan yang disandang seseorang itu. Seseorang itu, sama ada berjawatan tinggi seperti menteri, pengarah ataupun pengurus syarikat dan perusahaan, ataupun sekadar pegawai rendah, pemandu teksi ataupun guru agama, mereka semua tertakluk pada nilai akhlak yang asas. Virus kegelojohan harta dan ingin miliki keuntungan di luar lingkungan syariah (hukum Tuhan) akan menjangkit dan mencabar nafsu keinginan megatif yang sentiasa tidak akan berasa puas pada apa yang ada. Selagi manusia bernyawa, dia tidak akan dapat lari daripada tipuan dan godaan syaitan. Ketika manusia mengejar jawatan yang tinggi dan keuntungan yang berlipat ganda, mereka perlu sedar tentang perangkap samar yang perlu ditempohinya. Seorang menteri boleh terkeluar daripada gelanggang politik kerana fitnah wanita. Begitu juga peniaga dan pengusaha boleh jatuh muflis kerana terikan wang dan kekayaan yang melimpah ruah. Saya tidak menyatakan bahawa mengejar kekayaan itu tidak wajar, kerana ajaran Islam sendiri menyuruh umatnya agar berusaha keluar daripada lingkaran kejahilan dan kepapaan.

Umar ibn Khattab pernah berkata: "Jadilah kalian bejana Al-Quran dan sumber ilmu. Mohonlah kepada Allah rezeki yang cukup untuk sehari demi sehari. Harta itu tidak mendatangkan mudarat kepada kalian selagi ia tidak sangat melimpah luah."

Kaya atau miskin, banyak atau sedikit, lama atau sebentar, susah atau mudah adalah istilah yang relatif, tergantung kepada bagaimana kita memandangnya. Ada orang kaya yang tetap kaya, ada orang kaya tetapi dia miskin, ada orang miskin yang kaya, dan akhir sekali ada orang miskin yang tetap miskin.

Jadi dalam kita berusaha menjadi pengusaha dan peniaga yang berjaya, usahlah menyempitkan definisi "memburu kekayaan" hanya sekadar pada sudut kebendaan dan nyata. Lihatlah kekayaan itu pada sudut mata hati dan iman, nescaya kita akan merasakan bahawa limpahan kekayaan yang Allah anugerahkan itu sekadar satu ujian untuk mengukur darjat kebaikan dan ketakwaan kita.

Allah berfirman (yang bermaksud): "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan tambah (nikmat)kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Suroh Ibrahim: 7)

Dalam satu hadith, Rasulullah saw bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya yang disebut kaya itu bukan kerana banyaknya harta benda. Tetapi kekayaan yang sesungguhnya adalah kekayaan jiwa." (Hadith Riwayat Bukhori dan Muslim)

Imam Tabrani meriwayatkan "Semua daging yang tumbuh daripada (duit dan rezeki) yang haram, maka api neraka adalah terlebih utama untuknya."
Oleh: Ustaz Muhammad Jafkar Haji Embek

Rasul tidak mahu dianggap isitimewa antara sahabat

Pada satu hari, Rasulullah saw bersama beberapa orang sahabatnya pergi ke sebuah kampung yang jauh dari kota Madinah. Dalam perjalanan pulang, baginda terasa lapar dan menyuruh sahabat membeli seekor kambing. Setelah kambing dibeli, para sahabat menawarkan diri untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan yang perlu untuk memasak kambing tersebut.
Ada yang menyatakan kesediaan untuk menyembelih kambing. Ada pula yang menawarkan diri untuk menyiat kulit dan membersihkannya. Ada juga yang menyanggupi untuk memasak kambing tersebut. Namun tidak ada seorang pun yang menyatakan kesediaan untuk menyediakan alat untuk memasak daging itu.
Rasulullah saw kemudian menawarkan dirinya:
"Biar saya mencari kayu apinya."
Mendengar perkataan Rasulullah saw itu, para sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, biarkan kami sahaja yang bekerja, masakan engkau akan mencari kayu api."
Rasulullah saw menjawab:
"Saya tahu kamu sekalian tentu dapat menyelesaikan pekerjaan memasak ini walaupun saya tidak perlu ikut bekerja. Tetapi walau apa pun jua, saya harus turu bekerja kerana Allah sangat benci kepada seseorang manusia yang mengistimewakan dirinya di antara sesama sahabatnya."

Saturday, February 09, 2008

DID YOU MARRY THE RIGHT PERSON?

During one of our seminars, a woman asked a common question.
She said, “How do I know if I married the right person?”
I noticed that there was a large man sitting next to her so I said,
“It depends. Is that your husband?” In all seriousness, she answered
“How do you know?”

Let me answer this question because the chances are good that it’s weighing on your mind.


Here’s the answer.
EVERY relationship has a cycle. In the beginning, you fell in love with your spouse. You anticipated their call, wanted their touch, and liked their idiosyncrasies.

Falling in love with your spouse wasn’t hard. In fact, it was a completely natural and spontaneous experience. You didn’t have to DO anything. That’s why it’s called “falling” in love…

Because it’s happening TO YOU.

People in love sometimes say, “I was swept of my feet.” Think about the imagery of that __expression. It implies that you were just standing there; doing nothing, and then something came along and happened TO YOU.

Falling is love is easy. It’s a passive and spontaneous experience.
But after a few years of marriage, the euphoria of love fades.

It’s the natural cycle of EVERY relationship.

Slowly but surely, phone calls become a bother (if they come at all), touch is not always welcome (when it happens), and your spouse’s idiosyncrasies, instead of being cute, drive you nuts.

The symptoms of this stage vary with every relationship, but if you think about your marriage, you will notice a dramatic difference between the initial stage when you were in love and a much duller or even angry subsequent stage.

At this point, you and/or your spouse might start asking, “Did I marry the right person?” And as you and your spouse reflect on the euphoria of the love you once had, you may begin to desire that experience with someone else. This is when marriages breakdown. People blame their spouse for their unhappiness and look outside their marriage for fulfillment.

Extramarital fulfillment comes in all shapes and sizes. Infidelity is the most obvious. But sometimes people turn to work, a hobby, a friendship, excessive TV, or abusive substances.

But the answer to this dilemma does NOT lie outside your marriage.
It lies within it. I’m not saying that you couldn’t fall in love with someone else. You could.

And TEMPORARILY you’d feel better. But you’d be in the same situation a few years later. Because (listen carefully to this):

THE KEY TO SUCCEEDING IN MARRIAGE IS NOT FINDING THE RIGHT PERSON; IT’S LEARNING TO LOVE THE PERSON YOU FOUND.

SUSTAINING love is not a passive or spontaneous experience. It’ll NEVER just happen to you. You can’t “find” LASTING love. You have to “make” it day in and day out. That’s why we have the __expression “the labor of love.”

Because it takes time, effort, and energy . And most importantly, it takes WISDOM . You have to know WHAT TO DO to make your marriage work.

Make no mistake about it. Love is NOT a mystery. There are specific things you can do (with or without your spouse) to succeed with your marriage.

Just as there are physical laws of the universe (such as gravity), there are also laws for relationships. Just as the right diet and exercise program makes you physically stronger, certain habits in your relationship WILL make your marriage stronger. It’s a direct cause and effect. If you know and apply the laws, the results are predictable…you can “make” love.

Love in marriage is indeed a “decision”… Not just a feeling.

Hikmah surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah wajib dibaca dengan baik dalam apa jua solat yang kita lakukan. Banyak rahsia yang tersirat di dalamnya jika ditafsir dan diteliti untuk menjadi orang yang bertaqwa.

Lima ayat pertama dalam Al-Fatihah mengandungi didikan (tarbiyah) Allah SWT. Sistem yang dijelaskan Allah harus dipratikkan bagi meningkatkan keimanan, malah kita dapat rasakan bahawa Allah ada di samping kita.

Allah mendidik manusia bukan secara mengejut, tetapi secara beransur-ansur - daripada yang ringan kepada yang agak berat hinggalah sampai kepada matlamat yang Allah maksudkan.

Cara didikan Allah ini amat sesuai dengan akal dan fitrah manusia. Kedua-dua ini tidak boleh diasak sekali gus kerana ia akan binasa. Ia tidak tahan dan akan menjadi jumud atau degil, keras dan agresif.

Allah ingin manusia menyembah dan memohon pertolongan daripada-Nya. Itulah kemuncak pengenal daripada didikan secara beransur -ansur.

Maha Agung Allah perkenalkan dirinya secara berperingkat iaitu:

* Allah SWT memperkenalkan diri-Nya secara ‘gembira’ atau tabsyir. Dalam kalimat ‘Bismillahir Rahmanirrahim’, kita diperkenalkan bahawa Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang. Kita dirasakan nikmat yang melimpah berbentuk rohaniah, maknawiah dan ada nikmat zahir.

* Setelah memahami nikmat gembira itu, Allah mengajak manusia memuji-Nya dengan ayat ‘Alhamdulillah’. Jika tidak dikenalkan apa itu Tuhan dan nikmat, tidak disebut khabar gembira tetapi terus disuruh memuji Allah SWT?

* Manusia disedarkan bahawa pujian itu tidak boleh dikongsi dengan sesiapa pun. Ia hanya untuk Allah semata-mata. Apabila dikatakan nikmat itu daripada Allah mengenalkan diri-Nya bahawa Dia adalah ‘Rabbul ‘Alamin’ yang mentadbir seluruh alam, dunia dan di akhirat.

* Allah SWT kemudian memperkenalkan diri-Nya lagi dengan kalimat ‘Ar Rahmanir Rahim’ - diulang lagi tentang khabar gembira, Ada dua cara Allah memberi nikmat iaitu dengan cara pemurah dan kasih sayang. Dia memberi sedikit nikmat saja. Atas nama Pemurah, Dia memberi benyak, tetapi secara beransur-ansur.

* Manusia akan berfikir, adakah nikmat yang diperolehi itu atas dasar beransur-ansur atau dasar rahmat Allah? Di sini ada didikan untuk kita menakutkan. Apabila seseorang menerima nikmat Allah, dia tidak akan lupa diri. Allah memberi sedikit kepada yang dikasihi atas dasar rahmat juga.

* Allah seterusnya memperkenalkan diri-Nya agar rasa cinta dan takutkan Allah bertambah. Kalimat ‘Maliki Yau Middin’ bermaksud bahawa dia miliki akhirat. Tidak sebut dunia. Ini adalah bahasa kias tentang kekuatan-Nya. Jika akhirat sebagai destinasi terakhir adalah hak-Nya dan di bawah genggamam-Nya, apatah lagi dunia tempat persinggahan ini. Justeru, segala-galanya di bawah kekuasaan Allah SWT.

* Kuasa mutlak di tangan Allah, tidak dikongsi langsung dengan sesiapa. Manusia saja memandang dunia itu besar sedangkan bagi Allah tiada nilainya sekalipun di bandingkan sebelah sayap nyamuk. Maka carilah dunia untuk akhirat. Jika tidak, manusia dalam kerugian.

* Setelah memperkenalkan diri-Nya dalam ayat 1-4, barulah Allah mengesah dan mengikrarkan bahawa Dia yang layak disembah dan tempat memohon pertolongan seperti dalam ayat 5 ‘Iyyaka na’budu wa iyya ka nastai’n’. Jika didikan Allah ini dijadikan panduan oleh setiap pemimpin, ibu bapa dan masyarakat , maka mudahlah ia dididik ke arah mencintai, mematuhi dan melaksanakan perintah Allah SWT.

Oleh: Mohd Yusop Hassim

Friday, February 08, 2008

Kod babi dalam makanan, Hoax!

Emailnya berbunyi camnie …

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141 . Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab ” KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Ulasan IzoBlog:

Pernah baca email seperti di atas? Ini antara salah satu Hoax yang paling popular. Saya ingatkan hanya tersebar di ruangan internet ini sahaja. Tetapi sebaliknya ada individu2 yang telah print artikel di atas dan telah menyebarkannya; di pasar, di balairaya, di sekolah hatta di masjid. Keluarga saya pun antara salah seorang yang menerima artikel tersebut. Masih saya ingat lagi, mana2 makanan yang ada kode E terus dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah. Masa tu saya tak tahu lagi kisah sebenar(saya ingat cuma tersebar dlm tenet jer). Mula2 tu ingatkan mereka buang yang dah expired date. Saya tahu perkara sebenar selepas dimaklumkan oleh adik saya, terus saya periksa kesahihan berita tersebut. Saya sebenarnya pun turut hairan, takkan lah semua jenis jus minuman pun diletakkan lemak babi. Hal itu mendorong saya memeriksa kesahihan berita tersebut.

Untuk pengetahuan anda, bukan semua code E dalam makanan mengandungi lemak babi. Untuk makluman, sistem E-Coded digunakan sebagai satu sistem antarabangsa untuk food addittive ( bahan tambahan untuk makanan - sama ada ianya adalah bahan perasa, bahan pewarna atau bahan awet). Sebahagian besar food additive ini ada yang bersifat bahan natural seperti garam dan gula, ada dihasilkan dari bahan kimia seperti bahan awetan. Anda boleh rujukberkenaan Daftar Kode E dan Kehalalannya. Penulis blog tersebut orang Indonesia. Seorang doktor yang mengkaji secara detail tentang bahan2 yang digunakan di dalam E-Coded food additive dan status kehalalannya.

Masukkan nombor pin secara terbalik, Hoax!

Masukkan nombor pin ATM secara terbalik dalam keadaan terdesak.

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda.

Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.

Ulasan IzoBlog:

Jika anda mencuba seperti mana yang diberitahu, maka saya pasti kad ATM anda akan di’telan’ oleh mesin ATM. Rasanya kad ATM hanya memberi 3 kali cubaan untuk memasukkan nombor pin. Lepas tu jika salah jugak kad tersebut akan di block.
Kalau diikutkan logik akal plak, cuba kita fikir panjang sikit… misalnya nombor pin ATM anda adalah 123321. Maka setiap kali anda memasukkan nombor pin pasti polis akan datang Kenape yer? 123321 jika ditulis bermula daripada depan ke belakang atau ditulis secara terbalik adalah sama. Dah sah!! Mmg confirm Hoax.

Apa itu Hoax?

Hoax adalah usaha untuk memperdayakan orang agar mempercayai sesuatu yang salah itu adalah benar.

Hoax biasanya datang dalam bentuk email peringatan, nasihat palsu, berita bohong atau berita palsu yang biasanya diakhiri dengan menyuruh pembaca menyebarkannya seluas-luasnya!

Hoax beredar di mana sahaja: email, social networking (friendster, myspace, hi5 dll), Yahoo Messenger, bahkan SMS.

Dalam tingaktan ‘penyampah internet’, pada saya hoax berada setingkat lebih parah daripada spam. Biasanya spammer me’nyepam’ email untuk mempromote website diorang, ataupun ingin membuat sesuatu jualan (tapi cara nie tidak betul). Sedangkan orang membuat hoax tak lain tak bukan hanyalah untuk kepuasan peribadi : terasa puas apabila dapat membohongi orang ramai.

Membuat hoax tidak menjadikan seseorang itu mendapatkan keuntungan apa2 pun, kecuali untuk berbangga kerana ‘hasil karya’nya beredar luas di internet. Sementara itu, ribuan bahkan jutaan orang yang bekerja pada industri yang berkaitan mengalami kerugian kerana produknya tiba-tiba saja tidak laku. Sementara ribuan orang yang lain mengalami kecemasan akibat membaca HOAX tersebut. Oleh kerana itu dalam menerima satu2 maklumat hendaklah dilakukan Cross-Check terlebih dahulu terhadap kebenaran isi maklumat tersebut, jangan terus mempercayainya, apatah lagi terus memforwardnya.

Hoax itu boleh juga tersebar di SMS, misalnya anda menerima sms yang memberitahu jika tidak memforwardnya maka anda akan ditimpa bencana, tetapi jika anda memforwardnya anda akan mendapat balasan yang baik, lalu disertakan bukti2 bahawa si A telah ditimpa bencana kerana tidak memforward, dan si B pula dapat kesenangan hidup kerana memforward.

Hoax bukan sahaja berlaku dalam dunia komputer sahaja, bahkan dalam bab2 kesihatan, kewangan, kemanusiaan, atau bahkan tentang cuaca. Biasanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai. Ciri2nya tetap sama, iaitu dengan meyakinkan pembaca agar cerita yang mereka sampaikan kelihatan benar dan logik pada akal fikiran. Contohnya dengan menggunakan istilah2 ilmiah, mencampurkan informasi yang benar dan yang palsu, memberikan data-data yang berupa angka, menambahkan kata-kata ‘ajaib’ dengan memberikan kesaksian palsu ataupun menyuruh kita forward sesuatu perkara tersebut. Tujuannya adalah sama, membuat gossip yang akan membuatkan orang percaya padanya!

Ciri-ciri Hoax:
1. Mudah tersebar melalui email dan seringkali memanfaatkan kemudahan mailing list. Contoh: Yahoo Groups dll

2. Isinya biasanya berisi pesanan yang membuatkan kita berasa cemas, panik dan serba salah.

3. Diakhiri dengan peringatan agar si pembaca memforwardkannya.

4. Biasanya pengirim awal hoax ini tidak diketahui identitinya.

Wednesday, February 06, 2008

Hikmah Bersuci

Islam utama ibadah yang berkait dengan kebersihan.
Oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Kebersihan adalah faktor penting dalam penghidupan manusia kerana kebersihan boleh membawa kebaikan pada diri seseorang dan sekitarannya. Oleh itu agama Islam juga sangat menitikberatkan kebersihan sebagai amalan-amalan keagamaa. Sebagai contoh, Islam mengaitkan kebersihan dengan keimanan. Sabda Nabi saw:
"Kebersihan adalah termasuk keimanan."

Maksudnya, barangsiapa mahu menjadi orang beriman yang baik, maka hendaklah dia sentiasa mengutamakan kebersihan. Islam juga mengaitkan ibadah dengan kebersihan - dihukumkan wajib berwudhuk atau mandi jika seseorang itu dalam keadaan berhadas sebelum melakukan solat.

Oleh itu, barang siapa mahukan sesuatu bagi kepentingan hidupnya di dunia atau di akhirat, maka hendaklah dia beriman, kerana dengan keimanan seseorang itu mengetahui bahawa hanya Allah swt berkuasa untuk memberikan keperluannya. Kemudian, untuk menyempurnakan keimanan pula, dikehendaki dia melaksanakan ibadah solat lima kali sehari sebagai tanda pengabdiannya kepada penciptanya. Solat pula tidak akan diterima melainkan dalam keadaan suci, iaitu mencapai kebersihan melalu wudhuk dan mandi wajib.

Apabila semua manusia dapat mencapai matlamat itu, maka sudah tentu manusia akan hidup bahagia. Wudhuk adalah ibadah pengabdian yang dilakukan dengan mencuci sebahagian anggota badan iaitu sekurang-kurangnya muka, tangan, kepala dan kaki. Pemilihan anggota-anggota ini telah dibuat dengan penuh ketelitian dan sangat bijaksana.

Muka apabila sentiasa dicuci akan membuatnya segar, tangan pula yang sering digunakan untuk menyentuh sesuatu apabila kerap dicuci akan menjadikannya sentiasa bersih. Kepala pula apabila sering dikenakan air akan menjadikannya cergas, sementara kaki yang selalu digunakan untuk melangkah ke mana-mana sahaja apabila selalu dicuci akan menghilangkan kekotoran yang dibawa bersama ke tempat-tempat kediaman.

Mandi pula merupakan suatu ibadah pengabdian kerana dikaitkan dengan hadas besar seperti persetubuhan, mengeluarkan air mani atau wanita yang selesai daripada haid. Persetubuhan halal adalah perbuatan yang harus tetapi kotor kerana sifat persetubuhna yang agresif hingga kadangkala menyebabkan kotoran yang keluar daripada kemaluan 'menyinggih' ke seluruh tubuh badan.

Biasanya setelah melakukan persetubuhan, terkeluar air mani dan lepas keluar haid dan nifas, tubuh menjadi lesu dan lemah. Maka itu, hikmah selanjutnya yang dikaitkan dengan mewajibkan mandi ialah agar Muslim itu kembali bersih dan segar.
Sabda Nabi saw (yang bermaksud):
"Mukmin yang kuat itu lebih baik daripada Mukmin yang lemah."

Mengapa wudhuk dan mandi itu diwajibkan? Jawapannya ialah ramai manusia yang mengamalkan hidup tanpa memelihara dan mementingkan kebersihan. Untuk mengelakkan sifat sedemikian sampai menjejas orang lain, maka Islam mewajibkan mandi dengan mengaitkan kewajiban tersebut dengan iman dan ibadah.

Jadi, siapa yang mahu beriman hendaklah beribadah dan sesiapa yang mahu beribadah mestilah menjaga kebersihan dirinya. Mengapa perlu berwudhuk sampai berkali-kali jika wudhuk terbatal?

Jawapannya ialah ia merupakan ujian keimanan seseorang - sejuah mana dia sanggup mengulangi wudhuknya akan mencerminkan sejauh mana imannya kepada Allah swt.

Selain itu, tiada teori yang menyatakan bahawa tubuh manusia kalau kerap dikenakan air akan membawa bahaya. Sebaliknya, semakin kerap dibersihkan adalah lebih baik. Kulit yang lembap itu lebih baik daripada kulit yang kering. Sungguhpun demikian, Islam tidak membiarkan sesuatu masalah itu tanpa penyelesaian. Bagi mereka yang benar-benar mempunyai masalah buang angin atau terkencing atau keluar darah yang berterusan daripada kemaluan, maka dia tidak perlu mengulangi ibadah bersucinya.

Sabda Rasulullah saw (yang bermaksud): "Apabila seseorang daripada kamu terasa pada perutnya hingga timbul was-was sama ada keluar sesuatu dari duburnya atau tidak, maka janganlah dia keluar dari solatnya hinggalah dia terdengar dan terhidu baunya."
(Riwayat Muslim)

Dalam masalah orang berpenyakit salasil baul (sentiasa terkencing) dan istihadhah (darah yang mengalir berterusan daripada faraj), Rasulullah saw mengajarkan agar mereka membersihkan kemaluan, membalutnya dan kemudian terus melakukan solat tanpa mempedulikan air kencing atau darah yang terus keluar itu.

Antara hikmah yang mendalam mengenai kebersihan melalui ibadah wudhuk dan mandi adalah kesannya di dunia dan akhirat. Di dunia wajah dan tubuh orang yang sentiasa berwudhuk dan mandi itu akan berseri dan senang dipandang orang lain. Itulah sebabnya dikatakan seseorang yang mahu agar dirinya senang dipandang oleh orang lain, hendaklah dia memperbanyakkan wudhuk. Bukan itu sahaja, orang yang berwudhuk itu akan dibersihkan segala dosa yang dibuat oleh anggota-anggota wudhuknya. Sabda Nabi saw (yang bermaksud):
"Apabila seorang hamba Allah itu berwudhuk lalu berkumur-kumur, maka keluarlah segala dosa dari mulutnya; apabila dia mencuci hidung dan menghembuskannya, maka akan keluar dosa dari hidungnya; apabila dia mencuci mukanya, maka akan keluar dosa dari mukanya hingga dari kelopok matanya; apabila dia mencuci tangannya maka akan keluar dosa dari tangannya dan dari celah-celah kukunya; apabila dia mengusap kepalanya; maka akan keluar dosanya dari kepalanya hinggalah dari kedua telinganya; apabila dia mencuci kakinya, maka akan keluarlah dosanya dari kakinya hinggalah dari celah-celah kuku kakinya. Kemudian perjalanannya ke masjid dan solat akan dicatat sebagai pahala-pahala sunat."
(Riwayat Malik, Nasa'i, Ibnu Majah dan Hakim)

Kesimpulannya, hikmah wudhuk adalah:

* tanda-tanda keimanan
* pengampunan dosa
* kebersihan
* kesihatan kulit
* kekuatan dan kesegaran; dan
* wajah berseri