Thursday, August 04, 2005

*~ Lemah-Lembut Rasullah pd Isterinya ~*





Sayidatina 'Aisyah menceritakan,
"Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat² berangkat ke masjid & cepat² pula kembali sesudah selesai sembahyang."
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
"Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah²an')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
"Belum ada apa² wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata,
"Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya.
Rasulullah menegur,
"Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
"Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," Sahut Nabi s.a.w.
"Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu & ibu kepada anak²mu? "
Pernah baginda bersabda,
"Sebaik² lelaki adalah yang paling baik & lemah-lembut terhadap isterinya. "
Prihatin, sabar & tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

No comments: