Abu Bakar r.a. berkata : Inilah hiasan bagi 8 jenis orang :
Tidak meminta-minta merupakan hiasan bagi orang miskin.
Bersyukur merupakan hiasan bagi anugerah dari Allah.
Sabar merupakan hiasan bagi musibah.
Akhlak mulia merupakan hiasan bagi ilmu.
Rendah hati (merendah diri) merupakan hiasan bagi penuntut ilmu.
Banyak menangis (kerana dosa) merupakan hiasan bagi orang yang takut kepada Allah.
Menyembunyikan kebaikan diri sendiri merupakan hiasan bagi orang yang berbuat kebajikan (beramal).
Khusyuk merupakan hiasan bagi orang yang sembahyang.
Kata Saiyidina Ali r.a. : Jika tiada 4 perkara ini nescaya semua orang menjadi soleh :
Puas dengan kebodohan – malas atau tidak mahu berusaha mencari ilmu.
Tamak terhadap dunia (harta, pangkat, wang ringgit dan sebagainya).
Suka menunjuk-nunjuk bila beramal.
Kagum terhadap fikiran sendiri.
Seorang yang bijak ada berkata : ada hal yang merupakan kebaikan. Namun ada 4 hal lebih baik iaitu :
Sifat pemalu kepada lelaki itu baik, tapi sifat pemalu pada perempuan itu lebih baik.
Sifat adil pada setiap orang itu baik, tapi sifat adil pada seorang pemimpin itu lebih baik.
Taubat pada orang tua itu baik, tapi taubat pada orang muda itu lebih baik.
Pemurah orang kaya itu baik, tapi pemurah pada orang miskin itu lebih baik.
No comments:
Post a Comment