Thursday, December 10, 2009

I'm worried with my schl fees

Assalamu'alaikum wrth,

Hatiku berat memikirkan masalah yuran sekolahku.... Ku buka buku, kertas-kertas tulis berantakan di meja makan... Tiba-tiba, aku tergerak hati untuk menyimpan receipt zuhri. Rupa-rupanya sudah 3 bulan belum ku bayar. Ya Allah... Bagaimanakah harus ku melangsaikan yuran itu?

Tadi ku cuba mengulangkaji, tetapi pikiran ku menggangu konsentrasiku. Bimbang... Jika aku belajar bersungguh-sungguh, akhirnya aku tidak dapat memasuki peperiksaan. Apakah tindakan segara harus ku ambil? Kerja di mcd terima panggilan pada lewat ptg hingga mlm? Ku amat tidak berminat kerja-kerja sebegitu kerana org-orgnya di sana dan waktunya tidak sesuai malahan jauh sekali dari rumahku. Juga, ku lihat aisyah berkerja di mcd sangat memenatkan. Dia selalu tidak dapat memberi perhatian sepenuh dalam kelas. Dia juga ketinggalan dalam pelajaran. Aku tidak mahu seperti dia....

Boleh kah aku bertahan kerja di sana sambil belajar? Peperiksaan semakin dekat.... Lagi beberapa minggu sahaja, 3 minggu lagi. Bagaimanakah aku mencari cukup wang sebnyk $525 dalam 3 minggu.

Bukan itu shj. Aku juga harus byr kepada mak, kakak dan adek. Wang belanjaan dan wang ku pinjam dari adek-beradek ku... Bagaimana pula dengan wang tambang? Wang tambang pun mahal... Sekurang-kurangnya $100... Itu juga ku harus fikirkan.

Aku nangis............ kerana tidak tahu sama ada aku dapat duduki peperiksaan atau tidak..... Biarlah ku bimbang dan stress ttg pelajaran daripada kewangan. Tetapi, inilah kesusuhan yg dialami pada setiap insan. Nasib hidup manusia berbeza-beza. Dan tahap dan cara ujian pada manusia pun berbeza-beza...

Ya Allah, permudahkan urusanku................

No comments: