
2) Disunatkan juga agar mengajarkannya membaca kalimah syahadah iaitu "Lailaha illallah" dengan membisikkan di telinganya dengan lembut dan perlahan berulang kali. Ini sepertimana yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud: "Ajarkan kepada orang yang sedang menghadapi kematian bacaan Lailaha illallah." (riwayat Muslim) Ada hadis riwayat lain yang menerangkan bahawa disunatkan membaca surah Yaasin.
3) Disunatkan juga agar diingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan pengampunannya serta berdoa agar dimatikannya dengan keadaan beriman dengan Allah s.w.t.
4) Dititiskan air di tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai dia tersedak) kerana ada riwayat orang yang sedang sakarat itu kehausan.
5) Disiwakkan (disugi) perlahan-lahan dengan kayu siwak.
No comments:
Post a Comment