Tuesday, August 08, 2006

semakin byk kite pelajari, semakin byk kite tk tahu

askum wrth,

Ilmu..Semua manusia wajib mempelajari ilmu. Tk kira ilmu apa pun asalkan ianya baik utk kita. Ilmu sgt2 luas..luas dr lautan. Byk rahsia kita tk tahu dan rahsia dibongkar setiap hari. Hidup hingga mati, kita tetap terus belajar. Ilmu kalau kita pelajari adanya betul tapi adanya bathil. Byk timbul2 isu sprt umur khadijah berkahwin dgn Rasulluah bkn 40, purdah dan niqab wajib atau tk wajib, tidak batal wudhuk bila menyentuh wanita, kenduri utk arwah itu bida'ah, islam tidak nyanyi mcm nasyid skrg ni, adakah wajib menutup kepala bila masuk tandas, mengkhususkan puasa utk bln rejab dan mcm2 lagi. Telah byk aku jumpa artikel2 yg sungguh menakjubkan.. Selama ini apa kita amalkan adakah ianya benar atau tidak. Mcm ada keraguan..bahaya tuh kerana keraguan itu permainan dr syaiton.

Mahzab..kita tahu ada 4 mahzab.. skrg ni salafy.. ape tuh? Hmm..aku ada beli buku tajuk 'membela sunnah nabi'. Ia terangkan tentang golongan salafy. Belum habis baca lagi... Aku tk tahu mana hadith dhoif, sohih, maudhu' ada lagikan? Kalau kita sebarkan hadith lemah dan palsu maka kita mendustakan Rasulluah saw. Ramai yg cut and paste artikel, (sama kes mcm akulah) tapi adakah ianya bida'ah? Betul ke ada ajaran mcm gini dlm islam atau dr ajaran nenek moyang kita? Walaupun pelajar2 yg belajar tinggi2 sampai PHD pun, belum pasti mereka ini bijak dan mengamalkannya. Kebykkan mengejar sijil, tapi ada tak menghayati ilmu yg dipelajari. Kadang2 kalau aku tk tahu sama ada ianya benar atau tk, aku baca duku artikel tuh pastu aku soal ustd kt kelas lak. Gementar dan takot pulak ustd tuh..Hehe. Aku rasa ustd sendiri pun tk tahu nk jwb ape. Byk!! Byk!! Byk timbul isu2 mcm ni... Aku tk tahu mana nk ikut ni. Mana satu nak percaya.. Haiz.. Kalau lah aku ni bijak, boleh mengkaji tentang agama Islam, boleh aku mempercayainya sbb aku dah jumpa kebenaran dgn mata aku sendiri. Sekarang, bahasa arab aku lom kuat.. tkleh nk gi jauh2. Takpelah, pelan2 je.. Mencari kebenaran itu pun satu jihad.

No comments: