Sunday, December 03, 2006

Artikel disiapkan oleh Suhana

Hamidah kurang keyakinan diri dan berpikiran negatif yang menyebabkannya mudah berputus asa sebelum berusaha dengan gigih. Dia tidak boleh memberi alasan atau sebab bahawa dia berputus asa atas dasar tidak berusaha. Sekiranya dia kurang keyakinan dan berpikiran negatif, dia perlu diberi dorongan dan sokongan. Sebenarnya sikap mudah putus asa melakukan amalan baik adalah bisikan syaiton yang mahu menggelakkan manusia dari berbuat baik. Maka lemahlah hati manusia mengamalkan amalan baik dengan usaha yang gigih. Seperti Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menurut riwayat Imam Muslim ertinya :

"Sesorang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disukai di sisi Allah daripada seorang mukmin yang lemah. Dan kedua-duanya itu memang baik. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang berguna untuk dirimu. Dan minta tolonglah kepada Allah, dan jangan sekali-kali kamu lemah, kalau sekiaranya kamu ditimpa sesuatu janganlah kamu berkata : Kalaulah saya berbuat begitu begini. Tetapi katakanlah itu takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya akan dilakukan-Nya. Kerana perkataan 'kalau itu' membuka perbuatan syaitan".

Apa pun yang hendak dibuat, rancang terlebih dahulu. Orang yang gagal merancang, sebenarnya merancang untuk gagal
Jangan suka tunggu sahaja, bertindak dan berusahalah. Allah akan menganugerahi orang-orang yang terus berusaha tanpa putus asa. Akhirnya kita dapat melihat natijah kejayaan bakal diraih di dunia ataupun di akhirat sebagaimana Umar r.a yang bertanya tetntang amal dgn mengatakan:

" Apakah pandanganmu tentang amalan (manusia) yang dilakukan apakah ianya sudah ditetapkan sebelumnya atau baru berlaku ? Maka dijawab oleh baginda dengan bersabda : "Sesungguhnya telah pun ditetapkan segala sesuatu pada setiap perkara" maka di balas oleh Umar : "Apakah kita harus menyerah sahaja kalau demikian ? Maka bersabdalah baginda nabi : "Beramallah wahai anak Khattab, segala sesuatu itu sudah dipermudahkan adapun barangsiapa yang tergolong dari ahli kebaikan (syurga) maka dia dijadikan beramal dengan amalan ahli syurga dan barangsiapa yang tergolong dalam ahli siksa maka dijadikan dia beramal jahat untuk neraka " (Hadith sahih, riwayat Ahmad)

Jika Hamidah telah melakukan amalan yang baik tapi tidak melihat kejayaannya, dia tidak seharusnya rasa kecewa dan berputus asa. Tidak semua yang kita ingin mampu diperolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan. Tetapi yang penting anda telah berusaha dengan gigih dan Allah yang mentakdirkannya. Inilah sifat bertawakal kepada Allah swt selepas berusaha melakukan sesuatu amalan dengan sebaik-baiknya menurut pertunjuk Allah dan rasul dan bersangka baik serta menyerah kepada takdir Allah swt dengan penuh keredhaan dan lapang hati serta yakin dengan perbuatan baiknnya. Seperti Allah Ta'ala berkata:

Katakanlah, "Kerjakanlah amalan yang baik baik; Allah akan melihat pekerjaan kamu, begitu juga dengan rasul dan orang orang yang percaya. Akhirnya, kamu akan dipulangkan kepada Yang Maha Mengetahui segala rahsia rahsia dan apa apa yang dilafazkan, kemudian Dia akan memberitahukan apa apa yang telah kamu lakukan." (Surah Bara'ah:105)

Done By:
(Suhana Rasid)

No comments: