Saturday, December 16, 2006

Biar tidak berlebihan dalam ibadah,tapi berisitqomah

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi
Muhammad s.a.w bersabda, "Agama itu sangat ringan dan sesiapa yang membebani amalan dalam agama secara berlebihan akan dikalahkan oleh agama itu sendiri (yakni akan merasa bosan melakukan amalan yang berlebih-lebihan). Jadi tidak perlulah engkau berlebihan dan berbuatlah yang benar (yakni melakukan amalan secara sempurna, tanpa tokok tambah atau menguranginya) dan terimalah khabar baik bahawa engkau akan diberi ganjaran dan mohonlah pertolongan (untuk mengerjakan agama) di waktu pagi, siang dan penghujung malam."

(Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah r.a., ketika saya sedang duduk dengan seorang wanita Nabi Muhammad s.a.w datang dan bertanya kepadaku, "Siapakah dia?" Aku menjawab, "Si Fulanah", dan aku menceritakan kepada Nabi s.a.w. bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi s.a.w. bersabda, "Hentikan, lakukanlah amalan mengikut kemampuan kamu sahaja. Sesungguhnya Allah tidak penat (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan lelah dan amalan agama itu adalah yang dikerjakan secara tetap."

(Riwayat Bukhari)

No comments: