Saturday, December 16, 2006

Sikap Dengki Lemahkan Perpaduan

Apa jua sengketa di bumi ini, lazimnya disebabkan dengki - sifat keji dan tercela. Islam menegah keras umatnya berdengki kerana ia mengakibatkan banyak keburukan yang boleh melemahkan perpaduan ummah. Banyak ayat al-Quran dan hadith menjelaskan hal ini. Dengki biasanya timbul daripada perasaan dendam cemburu, marah, benci dan niat jahat - dek tidak rela atau reda melihat orang lain senang. Ia adalah sifat iblis yang mengubah daripada iman iaitu Adam as. Sifat itu meguasai perasaan dengki terhadap Adam yang dipilih Allah menjadi khalifah di muka bumi. Iblis dan keselurahan keturunan syaitan termasuk golongan laknat disebabkan dengki. Allah memberi peringatan kepada manusia niat disebabkan sifat syaitan dalam friman-Nya yang bermaksud: "Dan syaitan bermaksud menyesatkan manusia dengan sedat yang sejauh-jauhnya." (An-Nisa : 60)
Sifat itu bukan sekadar menambah dosa, malah mengalami muflis di akhirat, apablia kebaikan diperolehi malalui amalan lain binasa dek sifat dengki. Rasulullah saw bersabda: "Dengki itu memakan (membinasakan) kebajikan (pahala), sperti api memakan (membakar) kayu yang kering. (Hadith Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Perbuatan dengki dilakukan perlbagai cara, asalkan orang yang didengki itu menerima kesan buruk. Perbuatan itu boleh berlaku melalui tiga perkara:

  1. Secara halus menerusi sebaran berita (fitnah cacian dan umpatan)
  2. Sihir menggunakan jin
  3. Fizikal (daripada memukul sehingga melancarkan peperangan)

Penyebaran berita fitnah bermotif dengki merupakan tindakan pemberontak (orang fasik). Oleh itu setiap orang perlu lebih berhati-hati menerima berita yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Firman Allah bermaksud "Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu." (Al-Hujarat : 6)

Perbunuhan pertama sesama manusia daripada perasaan dengki membabitkan Qabil dan Habil, dua anak Nabi Adam yang berebut pasangan untuk dijadikan isteri. Untuk insan menerima balasan syurga, Allah sentiasa menguji keimanan setiap kita. Sesiapa reda dan menerima dengan terbuka apa yang terjadi kepadanya memperoleh balasan baik di sisi Allah. Sesuatu yang tidak disenangi menimpa seseorang mungkin tersimpan kebaikan disebaliknya. Ujian daripada Allah, banyak sekali termasuk isteri dan anak (berlaku pada Nabi Nuh), harta benda (ketamakan Qarun yang membawa kemusnahanya), kekuasaan (seperti Firaun) sehingga kecantikan tubuh badan dan kepintaran. Oleh itu, tidak wajar sama sekali seseorang menunjukkan sifat dengki atas apa yang diperolehi orang lain. Anggaplah orang yang menerima kebaikan itu sebenarnya sedang diuji Allah.

Sekiranya dia berada di jalan benar, pasti Allah melimpahkan lebih banyak nikmat kepadanya. Allah lebih mengetahui apa yang menimpa setiap orang. Dia berkuasa memberi dan menentukan setiap kejadian di dunia ini. Sesiapa yang menyimpan sifat dengki terhadap orang lain, samalah dia mecuba mengubah apa yang ditentukan Allah terhadap orang lain. Allah berfirman bermaksud: "Apakah patut mereka dengki kepada manusia kerana kurnia yang diberikan Allah." (An-Nisa : 54)

Retype : Suhana Rasid

No comments: