Sunday, January 21, 2007

Pengikut Rufaqa tidak izin pasang kabel bagi sekolah anal

KL: Seglintir penduduk dipercayai ahli Pertubuhan Rufaqa, yang tinggal di Sungai Penchala, tidak mengambil berat kepentingan pelajaran anak mereka kerana terlalu taksub dengan ajaran serta program yang dianjurkan kumpulan terbabit.
Malah, mereka juga tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah dan kontraktor yang dilantik memasang kabel bawah tanah bagi kegunaan makmal komputer di sekolah anak mereka, sejak dua tahun lalu.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala, Encik Sahid Juri, berkata beliau kelas dengan sikap tidak peka ahli Rufaqa terbabit kerana ia memberi kesan kepada lebih 700 murid di sekolah berkenaan.
Ini kerana pelajar di sekolah itu sehingga kini tidak dapat menggunakan kemudahan komputer sepenuhnya kerana bekalan elektrik yang tidak mencukupi.

Walaupun kontraktor mendapat kelulusan dan mengikut prosedur ditetapkan, mereka berdegil dengan tidak membenarkan penanaman kabel itu dilakukan dan meminta bayaran kerana menggunakan tanah kawasan berkenaan.
"Tanah itu sebenarnya rizab jalan tetapi kontraktor tidak dibenarkan menanam kabel dengan alasan akan membahayakan nyawa mereka kerana dikhuatir akan berlaku kejadian tidak diingini," katanya. Encik Sahid berkata sikap penduduk terbabit menunjukkan Pertubuhan Rufaqa yang mengaku berjuang untuk agama adalah hipokrit kerana mengabaikan pendidikan anak bangsa.

Kebanyakkan anak ahli Rufaqa mempunyai masalah disiplin seperti sering ponteng sekolah dan tidak membayar yuran persekolahan.
Menurutnya, semua anak ahli Rufawa ini diberi bantuan Rancangan Makanan Tambahan dan bantuan Baitulmal tetapi mereka tidak membayar yuran. -Harian Metro.

Retype: Suhana Rasid

No comments: