Sunday, January 21, 2007

Rufaqa cuba jual buku tulisan Ashaari

Saya amat setuju dengan tulisan Pak Oteh yang berjudul waspada ajaran sesat yang kian canggih (BH, 11 Disember). Kemunculan Rufaqa ternyata lebih sekadar satu perniagaan. Ia malah di dapati menyokong pembiayaan penyebaran ajaran Al-Arqam (diharamkan di Malaysia) yang di asaskan Ashaari.

Rufaqa di Singapura tiada bezanya. Seorang rakan yang kebetulan ahli Rufaqa pernah mendapat khidmat pengurus Restaurant Rufaqa Family di Tampines unutk menjual tudung Muslimah semasa kami mengadakan Minggu Kesedaran Islam(IAW) di Politeknik Ngee Ann lebih setahun lalu.

Ternyata beliau bawa lebih daripada tudung Muslimah. Beliau berhasrat untuk menjual buku agama sekali. Selaku penasihat, saya dan pengerusi jawatan kuasa IAW itu memutuskan untuk tidak membenarkannya menjual buku agama tersebut kerana ia tidak termasuk dalam perjanjian. Keputusan itu tepat kerana saya diberitahu pengerusi bahawa buku-buku agama yang ingin dijualnya merupakan buku-buku tulisan Ashaari pemimpin Al-Arqam. Tanggungjawab memantau dan mengawasi ajaran sesat bukan tugas MUIS dan Pergas saja tetapi juga tugas kita semua, terutama mereka yang memiliki ilmu agama yang sahih lagi mantap, berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Bagi kita selaku orang awam, mudah sahaja.
Jangan mudah percayakan ustaz-ustaz dengan taklid buta. Hendaklah kita selidik apa yang diajarkan seseorang ustaz, sama ada ia bersesuaian dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Hanya dengan demikian dapat kita pastikan apa yang diajar seseorang ustaz itu sahih dan ajaran Islam yang benar.

(Retype:Suhana Rasid)

No comments: