Sunday, March 30, 2008

Ajar anak kejar ilmu, bukan kejar jenama

Re-Type By : Suhana Rasid
Memang menjadi kebiasaan guru sekarang untuk medampingi murid mereka di luar darjah. Ada kalanya kantin sekolah menjadi tempat yang sesuai untuk membicarakan perkara yang tidak bersangkut paut dengan intisari pelajaran mereka. Dalam satu perbualan dengan beberapa orang murid mengenai kegiatan luar darjah mereka di kantin sekolah, saya sempat bertanyakan mengenai kegiatan yang paling digemari oleh murid Melayu, iaitu bola sepak. Saya perhatikan mereka menggunakan but bola yang agak terkini dan dari jenis jenama yang mahal. Saya tahu but itu mahal kerana ia serupa dengan but bola yang digunakan oleh pemainliga Perdana Inggeris seperti Wayne Rooney ataupun Ronaldo dari Manchester United.

Apabila ditanya, mereka mengakui bahawa sememangnya but bola itu mahal. Mereka pandai pula gunakan peribahasa yang diajar oleh guru bahasa mereka, alah membeli menang memakai. Memang tidak sia-sia guru bahasa mengajar mereka perbahasa Melayu. Bezanya ialah pemain terkemuka seperti Steven Gerrard atau Didier Drogba adalah pemain bole profesional yang mempunyai pendapatan beratus ribu dolar dalam seminggu. Murid-murid ini hanya murid sekolah dan belum lagi bermain untuk kelab-kelab setempat! Mereka juga mendapat wang saku daripada ibu bapa mereka walaupn ada yang bekerja sambilan di pusa-pusat makanan segera.

Apa yang lebih penting lagi ialah apabila kita mengajar sesuatu kepada murid-murid hari ini, kita perlu juga menunjukkan contoh sesuai yang boleh dikaitkan dengan nilai-nilai maksud peribahasa itu. Jangan ajar setakat maksud sahaja, tetapi perlu diajar nilai-nilai baik yang harus murid-murid mengetahui. Ini ialah kerana terdapat peribahasa ataupun simpulan bahasa kita yang boleh memberi pengertian negatif kepada mereka. Adalah benar dengan apa yang mereka maksud bahawa sekalipun harga but bola itu tinggi, ia boleh tahan lama. Namun, adakah benar apabila mereka katakan ini akan menyebabkan persembahan mereka lebih cemerlang? Memang tidak salah sekiranya mereka membeli peralatan sukan tang mahal-mahal kerena mereka mahu menjadi pemain yang cemerlang. Namun, adakah baik sekiranya mereka belanja di luar kemampuan mereka sendiri?

Apa yang guru-guru banyak perhatikan ialah murid ini bukan setakat membeli peralatan sukan yang berjenama dan mahal, malah ada juga barang-barang lain yang mereka juga sanggup membelanjakan wang yang banyak. Guru bukan Melayu juga kerap menegur sikap murid Melayu ini yang suka menggunakan sepatu sekolah yang berjenama ataupun beg sekolah yang mahal. Mujurlah mereka terpaksa memakai pakaian seragam yang tidak mahal! Jika tidak, mungkin murid seperti ini akan mengenakan pakaian yang berjenama lagi mahal. Mereka juga akan mentertawakan guru mereka yang menggunakan telefon bimbit yang tidak canggih dan modelnya pula sudah lama. Mereka sanggup bertuar-tukar jenis telefon sekalipun mereka ini masih lagi menuntut. Setiap kali ada model telefon bimbit yang baru, mereka lebih terdahulu menggunakannya.

Mengapa boleh terjadi demikian? Adakah ini sama dengan apa yang telah ditegur oleh Perdana Menteri kita, Encik Lee Hsien Loong, apabila beliau menyatakan supaya kita harus berhemah berbelanja bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri. Beliau memberi pandangan ini beberapa minggu yang lalu semasa menghadiri jamuan makan malam meraikan hari ulang tahun ke-60 Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu atau 4PM.

“Ada yang boros mencantikkan rumah mereka dengan mengambil pinjaman ubah suai rumah ayau membeli perabot mahal atau membeli set TV dengan skrin yang besar melalui skim sewa beli.” Adakah semua ini sudah menjadi budaya orang-orang Melayu termasuk juga mereka yang masih menuntut lagi? Tidak lama dahulu, ada juga mereka yang menegur pelajar-pelajar Melayu yang belajar di politeknik kerana ramai pelajar Melayu ini yan menggunakan motosikal sebagai cara pengangkutan mereka ke kampus. Alasan yang mereka beri ialah mereka takut terlambat kerana kampus politeknik mereka jauh dari rumah. Apabila mereka masih lagi di bangku sekolah, biasanya sekolah mereka terletak dekat dengan rumah. Keadaan berlainan apabila mereka belajar di politeknik kerana ada yang mendapat tampat jauh dari rumah mereka. Mereka pula tidak mahu bagun lebih awal lagi untuk perjalanan yang lebih jauh. Bermotosikal menjadi pilihan mereka untuk mengelakkan datang lambat ke politeknik. Ada pensyarah politeknik yang menganggap perkara inilah yang merupakan sebahagian daripada sebab mengapa pelajar-pelajar Melayu tercicir dari politeknik. Mereka akan berfoya-foya dengan motosikal dan tidak menghabiskan masa ang secukupnya untuk menelaah kerja-kerja di kampus. Selesai sahaja dari lektur atau kelas, mereka akan menunggang motosikal untuk bertemu teman-teman. Maklumlah, ini adalah satu alat permainan baru bagi mereka!

Jadi jika dilihat dengan mata kasarnya, bukan sahaja orang Melayu yang sudah dewesa dan bekerja sanggup berbelanja dengan banyaknya untuk menikmati kesenangan yang tidak kekal, malah pelajar Melayu juga sudah menunjukkan sikap yang sama. Adakah pula mereka sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk tujuan pendidikan? Ada ibu bapa yang sanggup memberi alasan yang cepat apabila ditanya mengapa anak mereka lemah dalam sesuatu mata pelajaran tidak mendapatkan bimbingan tambahan di luar sekolah. Ada yang memberi jawapan bahawa mereka tidak mampu menghantar anak mereka untuk tuisyen yang mereka katakan agak mahal dan di luar kemampuan mereka. Golongan seperti ini memang mempunyai banyak alasan apabila sekolah membincangkan kelemahan anak-anak mereka. Apabila dinyatakan bahawa skim tuisyen Medaki tidaklah mahal, mereka akan memberi alasan yang lain seperti anak mereka terpaksa bekerja di hujung minggu untuk menambahkan wang perbelanjaan persekolahan mereka.

Jelaslah, seseorang itu harus mengambil berat nasihat Perdana Menteri kita supaya berbelanja mengikut kemampuan kita. Memang benar murid-murid yang bermain bola memerlukan but bola, tetapi janganlah menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkannya. Belilah mengikut kemampuan kita. Ada guru-guru tuisyen yang mengenakan bayaran yang tinggi, tetapi ada juga institusi yang tidak mengenakan bayaran yang tinggi. Tidak semestinya yang mahal itu baik dan memberi kesan yang kita harapkan. Gunakan khidmat yang boleh membantu kita menyelesaikan masalah kita asalkan kita mendapatkan perkhidmatan tersebut. Apabila anak-anak masih di sekolah, ia merupakan peringkat paling baik untuk membantu kita mencapai matlamat apa yang telah dinasihatkan oleh Perdana Menteri kita. Kita bukan sahaja harus menunjukkan amalan baik kepada anak kita, malah kita harus juga menjado contoh kepada penanaman nilai-nilai baik ini. Cuba bayangkan, apabila segala peralatan di rumah begitu canggih dan berjenama, termasuklah perabot dan perkakas di rumah, setentunya anak-anak pulah mahukan peralatan dan pakaian yang berjenama!

No comments: