Sunday, March 30, 2008

Usah Kahwin Gah hingga Hutang Bertambah

Re-Type By : Suhana Rasid
Punca masalah masyarakat Melayu sering bermula pada peringkat berumah tangga. Minggu lalu, pojok ini mengupas soal bebanan hutang yang baru-baru ini ditegur oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Bak kata PM Lee, isu ini peka tetapi perlu segera ditangani. Cuma saya ingin menambah: Ini bukan kes dedah pekung di dada, malah membincangkan cara mengelakkan dan mengatasinya.

Kalangan teman saya berpendapat isu belanja besar bagi majilis perkahwinan merupakan permulaan masalah rumah tangga orang Melayu dan meminta saya turut mengetengahkan perkara ini. Sering biaya besar ini di luar kemampuan sehingga menjadi bebanan bukan saja pada ibu bapa, bahkan pasangan yang baru memulakan kehidupan. Seyogia, isu ini memang cerita lama, dan disentuh dalam filem Bujangan Lapok (1957) arahan P. Ramlee. Secara purata, bilangan Muslim yang berkahwin dalam setahun ialah sekitar 4,000 orang. Katakan, purata kes minium setiap majilis walimah $10,000. Ertinya, $40 juta setahun. Rakan sekerja saya agak arif tentang majilis walimah menyatakan belanja $10,000 itu kecil. Angka lebih realistik ialah antara $15,000 dengan $20,000. Jumlah perbelajaan ini memang agak besar, justeru saya tidak terkejut apabila pernah terdengar kes ibu bapa pengantin yang terpaksa berhutang – atau dipanggil skim ‘bikin (majilis) dulu, bayar kemudian’.

Mereka sebenarnya ‘berniaga’ – mengharapkan sumbangan wang tunai hadirin sebagai membayar khidmat mengadakan majilis. Sayangnya, sering harapan mereka tidak kesampaian. Akibatnya, terpaksalah mereka berhutang secara ansuran bulanan kepada pembekal walaupun sesudah dapat cucu. Yang menyedihkan, hutang ini kadangkala membabitkan sama pasangan yang baru bernikah – satu permulaan kurang elok sedang mereka mula melayari bahtera rumag tangga mereka. Belitan hutang semakin mencerut jika pasangan itu mendapat cahaya mata atau ingin membeli barangan mewah seperti kereta. Kehadiran bayi memerlukan belanja tambahan termasuk keperluan makan minum dan kos penjagaan bayi itu. Yang beriya-iya membeli kereta pula, mereka lupa bahawa kos memilikinya bukan hanya merangkumi ansuran bulanan malah duit ming menyedihkan, hutang ini kadangkala membabitkan sama pasangan yang baru bernikah – satu permulaan kurang elok sedang mereka mula melayari bahtera rumag tangga mereka. Belitan hutang semakin mencerut jika pasangan itu mendapat cahaya mata atau ingin membeli barangan mewah seperti kereta. Kehadiran bayi memerlukan belanja tambahan termasuk keperluan makan minum dan kos penjagaan bayi itu. Yang beriya-iya membeli kereta pula, mereka lupa bahawa kos memilikinya bukan hanya merangkumi ansuran bulanan malah duit minyak, tempat letak kenderaan, insurans, cukai jalan raya, bayaran elektronik jalan raya (ERP), penyenggaran kereta, tukar bateri dan tayar serta pelbagai lagi.

Memang semua kos ini tidak menjadi masalah kerpeluan keluarga yang berkemampuan atau orang yang bergaji besar. Tetapi, ada juga keluarga yang ‘tidak mahu kalah’ dengan jiran atau saudara yang membuat majilis gah. Akhirnya orang lain ketawa riang dapat bina mahligai baru, mereka yang berhutang pula terganggu fikiran dek hutang keliling pinggan atau sampai dihambat ‘tailong’. Apabila berlaku kelembapan ekonomi atau syarikat mahu menjimatkan kos sehingga mengakibat pembungan kerja atau potongan gaji, ini boleh membawa kemudaratan kepada mereka yang banyak hutang.

Masalah kewangan ini juga boleh menyebabkan perselisihan faham antarapasangan sehigga ada yang hilang rasa hormat dan cinta pada pasangan masing-masing. Ini pula boleh menjejas kerukunan rumah tangga dan membawa penceraian. Kini kursus persiapan rumah tangga sudah diwajibkan ke atas pasangan baru. Maka wajar soal kos perkahwinan ditangani pada peringkat awal dengan perserta kursus ditegaskan perkara ini agar mereka tidak terjerumus ke dalam kancah skim ‘bikin (majilis) dulu bayar kemudian’ ini. Kempen kesedaran menerusi khutbah dan sebagainya boleh diadakan agar orang Melayu berpada-pada dalam mengadakan majilis perkahwinan. Yang utama majilis hendaklah membawa berkah dan bukan padah.

No comments: