Thursday, February 09, 2006

Beberapa point dan saranan Dr Yusuf al-Qaradhawi

Assalamu'alaikum warohamtullah,

Beberapa point dan saranan Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. yang dapat di
kutip dari akhbar IslamOnline (lapuran khutbah Jumaat pada 3-2-2006)
di Masjid Umar al-Khattab, Doha) :-

- menuntut agar diwujudkan enakmen undang-undang bagi mempertahankan
tempat-tempat suci dan Nabi-Nabi

- Kerajaan dan Umat negara-negara Islam dan Arab hendaklah memberi
tekanan kepada organisasi antarabangsa agar diwujudkan undang-undang
ini, bukan sahaja mendapatkan kema'afan dari akhbar-akhbar tersebut,
tetapi memberi peluang kepada orang-orang Islam menulis di
akhbar-akhbar mereka selama 1 bulan bagi mempertahankan Nabi .

- Adalah menjadi kewajipan umat Islam didalam perkara ini menjalankan
BOIKOT keatas semua barangan-barangan dari negara-negara yang berani
menghina Rasulullah ; kerana setiap sen dari pembelian barangan
tersebut akan pergi kepada kerja-kerja ini. Tugas Kerajaan adalah
melakukan BOIKOT POLITIK dengan cara menarik balik Duta dari Denmark,
dan menutup kedutaan mereka di tempat mereka.

- Umat Islam hendaklah merasa marah dan cemburu terhadap Agama dan
Nabinya, dan mempamerkan bahawa mereka tidak dapat menerima
perkara-perkara seperti ini.

- Beliau beranggapan bahawa : Ini adalah Fardu Ain keatas setiap orang
Islam disemua tempat, dengan membaca hadith : Demi DiriKu ditanganNya,
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintaiKu lebih dari Bapa,
Anaknya dan keseluruhan manusia.

- Beliau memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan Arab agar jangan
memisahkan diri dari rakyatnya, katanya : mereka hendaklah berdiri
dibelakang rakyatnya seperti berada didalam sebuah kapal yang
sama...keatas orang Islam beliau menyeru agar bersatu bagi berhadapan
dengan musuhnya, dan membuktikan bahawa mereka menjawab penghinaan
yang dilontarkan keatas Nabi dan maruah mereka.

- Kepada Kerajaan negara-negara Barat beliau berkata : mereka tahu
akan sikap prokrastinasi atau sokongan mereka keatas akhbar-akhbar
ini, atau kerajaan-kerajaan mereka membentuk TERRORISME yang mereka
sendiri mendakwa menentangnya, dan jika kerajaan mereka tidak
bertindak, maka akan menjadi alasan kepada individu-individu tertentu
yang akan mengambil tindakan sendiri menuntut bela keatas Nabi mereka,
dan mereka akan melakukan keganasan-keganasan yang baru.

- Beliau mengajak semua orang Islam agar : tidak mencampur-adukkan apa
yang berlaku dengan orang-orang Kristian yang hidup dinegara kita.

- Keatas akhbar-akhbar Eropah yang melakukan penerbitan tersebut kata
beliau : ini merupakan jenayah yang paling teruk yang tidak prihatin
terhadap manusia, tetapi mencederakan maruah dan kehormatan ketas
billion umat Islam.

- Mengenai justifikasi mereka terhadap kebebasan memberi pendapat,
beliau berkata : ini merupakan satu tindakan yang kurang ajar yang
tidak boleh kita terima dari apa-apa alasan mereka, dan perkara
penghinaan ini tidak mungkin dapat mereka lakukan keatas keluarga dan
ibu mereka atas nama kebebasan berfikir dan tidak juga dari demokrasi.

Sekian, wassalam


sumber : http://www.islamonline.net/Arabic/news/2006-02/03/article06.shtml
---------------

Link audio khutbah al-Qaradhawi :
islamonline.net//Arabic/daawa/menbar/khutba/2006/02/gumma_01/01.shtml

No comments: