aku petik tips2 di bwh ni dr majalah muslimah NUR. Overall, oklah utk setiap lapisan wanita muslimah. yg dah berkerja, yg student, yg single, yg sdg hamil, isteri dan utk nenek pun boleh. tapi harganya quite expensive tau. kedai letak harga tipu. mereka sengaja letak sticker harga S$5.90 atas harga original. bila aku buka price tag tuh. harga sebenarnya kat buku RM$5.90 jugak. takkan lah harga mesia dan spore sama kan? ni kes riba'!!! nasib baik aku puas hati dgn isi majalahnyer. kalau tk, wasted seyy...
Kebahagiaan berumah tangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yg dicari, bahkan juga kebahagiaan akhirat. Berikut ini adalah panduan khusus buat para isteri:
- Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi anda. Apabila suami balik kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.
- Tunjukkan keprihatin dgn bertnaya seara khusu mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (Jika suami dlm mood yg sesuai). Belajar dan berlatih utk mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat. Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami tetapi yg lebih penting, beri prihatian dan simpati.
- Luangkan masa yg betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30minit setiap hari kpd suami.
Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau utk memujuk. - Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian, kacak, keserdahanaan dan seumpamanya)
- Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai, bergantung pd masa tempat dan jenis profesionnya.
- Elakkan suami terpaksa menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap.
- Apabila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu (lebih baik beritahu drpd tidak diberitahu langsung)
- Apabila suami meminta bantuan, buatlah dgn semata-mata dgn ikhlas dan gembira dgn tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesunggunya Allah sgt gembira perbuatan demikian.)
- Ucapkan kata-kata sayang yg romantik pd suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah tunggu hingga sejuk.
- Apabila suami sejuk, beritahu suami perkara yg menganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
- Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua perkerjaan yg sedang dilakukan (jika boleh.)
- Apabila ingin memesan barang utk dibeli oleh suami, senaraikannya.
- Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
- Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebyk 7 kali.
- Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara perkara penting atau kecemasan. Telefonlah dgn lebih kerap apabila suami mengalakkannya.
- Jika suami perlu menjauhkan dirisekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
- Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg menerlukan penelitian.
- Apabila minta bantuan suami, ternangkan pdnya dgn jelas mengenai kerja rumah yg perlu bantuan. Beri pilihan kerja yg disukainya. Jangan memerintah tetapi gunakan perkataan yg lemah lembut.
- Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
- Jangan menunjuk-nunjuk bahawa kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demekian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apablia tersesat jalan.
- Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah suami.
- Jangan tukar-tukar saluran televisyen apbila menonton bersama-sama suami.
- Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
- Apabila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.
- Buatlah air minuman utk suami tanpa diminta.
- Apabila makan diluar, berilah peluang pd suami utk memilih tempat/meja yg disukai. Tanyakan pd suami bagaimana kita perlu berkelakuan di khalayak ramai ketika berada di sisinya.
- Beri layanan istimew pd suami di hari-hari istimewa. Sesekali pergi "dating" atau "berbulan madu"
- Jika suami melakukan keslahan atau kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras"
- Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.
- Urut mengurut suami dr semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment