Sunday, April 30, 2006

Tips DUA - Meminta izin suami

Photobucket - Video and Image Hosting Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak halal bagi seseorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini timbul kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan suami dengan baik. Oleh itu, meminta izin adalah sangat penting dan merupakan adab seorang isteri.

Begitu juga, ketika seorang isteri hendak keluar daripada rumah, dia perlulah meminta izin terlebih dahulu daripada suaminya kerana isteri yang keluar tanpa izin suami akan dilaknat oleh Allah s.w.t. sehinggalah dia kembali semula ke rumahnya.

Renungan :
Meminta izin daripada suami merupakan adab yang penting bagi seorang isteri agar kebahagiaan sentiasa berkekalan.

No comments: