Sunday, April 30, 2006

Tips SATU - Taat kepada suami




Tugas utama seorang wanita yang bergelar isteri adalah patuh dan taat kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan melebihi kesetiaan kepada keluarga terdekatnya sendiri. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain, tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya
"
(Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah suami selama tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa, maka isteri dibenarkan membantah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara menderhaka kepada Allah s.w.t." (Riwayat Ahmad)


Mutiara Hikmah
Tolong sampaikan kepada semua kaum wanita yang bertemu dengan kamu bahawa patuh kepada suami dan menjaga hak-hak mereka sama pahalanya dengan pahala jihad.
(H.R. Muslim)

No comments: