Thursday, November 17, 2005
Bermesraan Ala Rasulullah
Bermesraan Ala Rasulullah
Bermesraan, itulah yang membuat hubungan
suami-isteri terasa indah dan nikmat. Caranya?
Dalam berkomunikasi, ada dua jenis lambang
yang boleh dipergunakan, iaitu lambang verbal dan
lambang non verbal. Menurut penelitian Profesor
Birdwhistell, maka nilai aktiviti lambang verbal
dibanding non-verbal adalah 35:65. Jadi, justru
lambang non verbal yang lebih efektif dalam
menyampaikan pesan.
Bermesraan, adalah kelakuan suami isteri untuk
menunjukkan saling kasih sayang dalam bentuk
verbal. Sentuhan tangan dan gerak tubuh lainnya,
adalah termasuk lambang non- verbal ketika suami
berkomunikasi dengan isterinya. Komunikasi
verbal semata belumlah efektif jika belum disertai
oleh komunikasi non- verbal, dalam bentuk
kemesraan tersebut.
Rasulullah saw pun merasakan pentingnya
bermesraan dengan isteri, sehingga beliau pun
mempraktikkannya untuk menghias hari-hari
dalam keluarganya, yang tecermin seperti dalam
hadis-hadis berikut:
1. Tidur dalam satu selimut bersama istri
Dari Atha' bin Yasar: "Sesungguhnya Rasulullah
saw dan 'Aisyah ra biasa mandi bersama dalam
satu bejana. Ketika beliau sedang berada dalam
satu selimut dengan 'Aisyah, tiba-tiba 'Aisyah
bangkit. Beliau kemudian bertanya, 'Mengapa
engkau bangkit?' Jawabnya, 'Karena saya haid,
wahai Rasulullah.' Sabdanya, 'Kalau begitu,
pergilah, lalu berkainlah dan dekatlah kembali
kepadaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut
bersama beliau." (HR Sa'id bin Manshur)
2. Memberi wangi-wangian pada auratnya
'Aisyah berkata, "Sesungguhnya Nabi saw apabila
meminyaki badannya, beliau memulai dari
auratnya dan mengolesinya dengan nurah (sejenis
bedak pewangi), dan isterinya meminyaki
bahagian lain seluruh tubuhnya. (HR Ibnu Majah)
3. Mandi bersama istri
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Aku biasa mandi
bersama dengan Nabi saw dengan satu bejana.
Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan
kami (ke dalam bejana)." (HR 'Abdurrazaq dan
Ibnu Abu Syaibah)
4. Disisir istri
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Saya biasa menyisir
rambut Rasulullah saw, saat itu saya sedang haid".
(HR Ahmad)
5. Meminta istri meminyaki badannya
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Saya meminyaki
badan Rasulullah saw pada hari raya 'Idul Adh-ha
setelah beliau melakukan jumrah 'aqabah." (HR
Ibnu 'Asakir)
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
Dari 'Aisyah ra, dia berkata, "Saya biasa minum
dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi
mengambil cawan tersebut dan meletakkan
mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya,
lalu beliau minum, kemudian saya mengambil
cawan, lalu saya menghirup isinya, kemudian
beliau mengambilnya dari saya, lalu beliau
meletakkan mulutnya pada tempat saya
meletakkan mulut saya, lalu beliau pun
menghirupnya." (HR 'Abdurrazaq dan Sa'id bin
Manshur)
7. Membelai isteri
"Adalah Rasulullah saw tidaklah setiap hari
melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua
(isterinya) seorang demi seorang. Beliau
menghampiri dan membelai kami dengan tidak
mencampuri hingga beliau singgah ke tempat isteri
yang beliau giliri waktunya, lalu beliau bermalam di
tempatnya." (HR Ahmad)
8. Mencium isteri
Dari 'Aisyah ra, bahwa Nabi saw biasa mencium
isterinya setelah wudhu', kemudian beliau shalat
dan tidak mengulangi wudhu'nya."(HR 'Abdurrazaq)
Dari Hafshah, putri 'Umar ra, "Sesungguhnya
Rasulullah saw biasa mencium isterinya sekalipun
sedang puasa." (HR Ahmad)
9. Tiduran di Pangkuan Isteri
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Nabi saw biasa
meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun
aku sedang haid, kemudian beliau membaca al-
Qur'an." (HR 'Abdurrazaq)
10. Memanggil dengan kata-kata mesra
Rasulullah saw biasa memanggil Aisyah dengan
beberapa nama panggilan yang disukainya,
seperti 'Aisy, dan Humaira (pipi merah delima).
11. Mendinginkan kemarahan isteri dengan mesra
Nabi saw biasa memicit hidung 'Aisyah jika ia
marah dan beliau berkata, "Wahai 'Uwaisy,
bacalah do'a: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad,
ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan
hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang
menyesatkan." (HR Ibnu Sunni)
12. Membersihkan titisan darah haid isteri
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Aku pernah tidur
bersama Rasulullah saw di atas satu tikar ketika
aku sedang haid. Bila darahku menitis ke tikar itu,
beliau mencucinya di bagian yang terkena titisan
darah dan beliau tidak berpindah dari tempat itu,
kemudian beliau shalat di tempat itu pula, lalu
beliau berbaring kembali di sisiku. Bila darahku
menitis lagi ke tikar itu, beliau mencuci di
bahagian yang terkena darah itu saja dan tidak
berpindah dari tempat itu, kemudia beliau pun
shalat di atas tikar itu." (HR Nasa'i)
13. Bermesraan walau isteri haid
Dari 'Aisyah ra, ia berkata, "Saya biasa mandi
bersama Rasulullah saw dengan satu bejana,
padahal kami sama-sama dalam keadaan junub.
Aku biasa menyisir rambut Rasulullah ketika
beliau menjalani i'tikaf di masjid dan saya sedang
haid. Beliau biasa menyuruh saya menggunakan
kain ketika saya sedang haid, lalu beliau
bermesraan dengan saya." (HR 'Abdurrazaq dan
Ibnu Abi Syaibah)
14. Memberikan hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, ia
berkata, "Ketika Nabi saw menikah dengan Ummu
Salamah, beliau bersabda
kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak
memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah
pakaian berenda dan beberapa botol minyak
kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja
Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengira
hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah itu
memang dikembalikan kepadaku, aku akan
memberikannya kepadamu."
Ia (Ummu Kultsum) berkata, "Ternyata keadaan
Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah
saw, dan hadiah tersebut dikembalikan kepada
beliau, lalu beliau memberikan kepada masing-
masing isterinya satu botol minyak kasturi,
sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut
beliau berikan kepada Ummu Salamah." (HR
Ahmad)
15. Segera menemui isteri jika tergoda
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi saw pernah melihat
wanita, lalu beliau masuk ke tempat Zainab, lalu
beliau tumpahkan keinginan beliau kepadanya, lalu
keluar dan bersabda, "Wanita, kalau menghadap,
ia menghadap dalam rupa setan.Bila seseorang di
antara kamu melihat seorang wanita yang
menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana
pada diri istrinya ada hal yang sama dengan yang
ada pada wanita itu." (HR Tirmidzi)
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah saw
kepada para isterinya, memberikan gambaran
betapa Islam sangat mementingkan komunikasi
non verbal ini, kerana bahasa tubuh ini akan lebih
efektif menyatakan cinta dan kasih sayang antara
suami isteri.
No comments:
Post a Comment