Hujjatul Islam Imam al-Ghazali r.a. dalam kitabnya "Ayyuhal Walad" berpesan: "Wahai anakku yang dikasihi, engkau bertanya kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah ta`ala dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau juga tidak peduli dengan kejian mereka."
"cintaMU, rahmatMU, kasih sayangMU, cintaMU, pertolonganMU, pujukanMU, kata kataMU, redhaMU, semua yang dariMU, YA Allah, menguatkan diriku, membangunkan kembali diri di kala kecundang, memujuk hati di kala sabar dan tabah semakin diuji, menjadi tempat diri berteduh ketika hujan ribut kesedihan dan kecewa itu sering kali melanda."
usah membuat sesuatu yang terpaksa, memaksa dan dipaksa, kerana ia bukan sahaja menyakiti dirimu, bahkan juga diri orang lain.
perbetulkan niat, ikhlas semata kerana Allah, LillahiTaala, sebelum semasa dan sesudah.
--~~Dari Ana untuk ana..~~--
No comments:
Post a Comment