Wednesday, March 08, 2006

.::. Jgn sombong .::.

Sombong, bongkak, angkuh & takabur atau kibir mempunyai pengertian yg sama. Iaitu salah satu drpd sifat-sifat mazmumah (sifat tercela/terkeji). Sifat ini menjadi kebencian & kemurkaan Allah kpd sesiapa yg memilikinya, walaupun hanya sedikit, & menjadi penghalang drpd syurga.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidak akan masuk syurga org yg di
dalam hatinya terdpt walau seberat zarah dari perasaan takabur atau sombong."
Firman Allah yg bermaksud:
"Sesungguhnya mereka yg sombong utk taat sbg hambaKu, mereka akn masuk Jahanam sbgi makhluk yg hina
dina." (Almukmim:60)
Sifat sombong atau takabur ini boleh dibahagikan kpd dua, iaitu, takabur lahir & takabur batin.
Takabur lahir dpt dilihat melalui perbuatan & tindakannya.
Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina org yg dianggapnya lbh rendah
(pangkat, kealiman, darjat keturunan) drpdnya. Ketakburan itu adakalanya dpt dilihat melalui perbicaraan, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar & tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat.
Imam Al Ghazali berkata:
"Org yg takabur itu ialah org yg apabila ditegur, ia marah & benci, sdgkan kalau ia menegur org lain ditegurnya dgn keras & kasar."
Org yg sombong atau takabur ini mudah menghina org lain & akn marah jika ada yg mengatasinya, ia akn dengki apabila org lain mendpt nikmat & akn berdendam dgn org yg menandingnya.
Takabur batin ialah membesarkan diri di dlm hati. Inilah maksiat di dlm hati yg dicela. Dgn adanya rasa angkuh di dlm hatilah lahirnya kata-kata membanggakan diri. Iblis menganggap dirinya lbh mulia dr Nabi Adam, katanya,
"Aku lebih baik & mulia dr dia (Adam), aku dijadikan dr api sdgkan dia dijadikan dr tanah," lalu dgn angkuhnya Iblis enggan tunduk kpd Nabi Adam, sehingga dgn itu menyebabkan Allah melaknat Iblis & keturunannya.

No comments: