Tips Ketika Bertengkar
- Jgn sesekali mencari atau mengungkit kelemahan pasangan. Tujuan pertengkaran itu hanya utk menyelesaikan sesuatu masalah dan ingin mencari jln penyelesaiannya. Bkn mencari kemenangan.
- Tumpuan hendaklah hanya kpd pokok permasalahan bkn hingga meleret-leret kpd perkara yg tdk berkenaan. Krn cara ini akan menjurus pertengkaran besar.
- Jgn sesekali menggunakan kata nama 'kau' atau 'aku', sebaliknya gunakan nama yg selalu digunakan. Jk anda selalu memanggil pasangan dgn panggilan 'sayang', terus gunakan panggilan tersebut.
- Elakkan drpd mengeluarkan perkataan-perkataan yg kesat dan menyakitkan. Sprt 'kau memang bodoh', 'ini semua salah engkau' dan sbgnya. Sebaiknya gunakan perkataan yg lebih lembut sprt 'abang tidak seharusnya melakukan perkara itu', atau 'abang tidak rasa, tindakan sayang itu betul' atau 'maaf, saya tidak rasa keputusan abang itu tepat. Abang seharusnya......'
- Jgn sesekali bertengkar di tmpt tidur atau di hdpn rezeki.
- Pastikan tdk di hdpan anak-anak krn akn membuatkan mereka bingung, tertekan dan boleh menyebabkan mereka membuat andaian sendiri, bhw ayah atau ibu mereka bersalah. Dan lagi, biasanya anak-anak tdk pandan menyimpan rahsia. Tdk mustahil perkara itu akn diceritakan kpd org lain.
- Sentiasa membatasi kesabaran. Jgn sesekali sehingga bertindak menggunakan fizikal. Sprt memukul, melemparkan brg-brg dan sbgnya krn ia akn mendtgkan kesan yg lebih buruk, sdgkan masalah tidak juga selesai.
- Jgn sesekali membenarkan org ke-3 masuk campur dlm pertengkaran anda. Sprt ibu, bapa, mertua, adik-beradik dan sbgnya. Kehadiran mereka biasanya menyebabkan situasi semakin menyulitkan.
- Jgn sesekali cuba menggunakan seks atau wang utk membalas pertengkaran krn cara ini akan menjadikan pertengkaran yg lebih hebat.
- Jgn sesekali membiarkan emosi menguasai diri.
- Mungkin anda tdk dpt menegakkan kebenaran atau tdk mampu memberikan hujah yg betul-betul kukuh. Itu bkn bererti ana tewas. Cuma anda perlukan sedikit waktu utk membuktikan bhw pendpt anda itu betul.
- Jgn sesekali menganggap pasangan anda dpt membaca apa yg terkandung dlm pemikiran anda. Jadi anda perlu meluahkan dlm bahasa yg mudah dan jgn sesekali menghrpkan si dia akn mengerti apa yg ana maksudkan.
- Ingat, anda dan pasangan adalah dua insan yg berbeza. Pasangan anda telah dibesarkan mengikut caranya sejak dr kecil. Anda bertemua dgnnya setelah sama-sama dewasa. Jadi jgn sesekali anda cuba menjadikan dirinya sprt anda.
- Selepas bertengkar, jgn biasakan diri suka menyendiri atau pun keluar meninggalkan pasangan. Tindakan begini tdk mendtgkan manfaat langsung dlm sebuah perkahwinan.
- Selesai bertengkar, peluk pasangan anda seerat yg boleh. Ungkapkan perkataan maaf dan minta agar perkara begitu tdk akn berlaku lagi. Bertengkarlah jk ia boleh mendtgkan kebaikan yg akhirnya mampu menyelesaikan perselisihan. Selepas itu anda akn menjadi lebih mesra dan akrab.
No comments:
Post a Comment