Sunday, December 23, 2007

Memahami Erti Sebenar Ibadah

Setiap hari kita melakukan aktiviti yang menjadi rutin harian dengan matlamat tertentu. Kadang-kadang kita lupa di sebalik matlamat ditetapkan, ada sesuatu terlepas daripada pemikiran iaitu kesedaran bahawa segala perbuatan hari ini ditulis sebagai ibadah jika menepati kehendak Allah.


Shaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata dalam risalahnya mengenai al-'Ubudiyyah:

"Ibadah ialah satu kata nama merangkumi semua yang disukai Allah dan diredhoiNya; sama ada percakapan atau perbuatan, zahir mahupun batin. "Seperti solat, zakat, puasa, haji, berkata benar, manah, berbuat baik kepada orang tua, menghubung silaturahim, menunaikan jani, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, berjihad, berbaik dengan jiran, orang miskin dan musafir, membaca Al-Quran, berdoa, berzikir dan lain-lain lagi yang seumpamanya."


Maknanya, ibadah itu merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Daripada serendah-rendahnya seperti beradab dalam makan dan minum sehingga sebesar-besar seperti membina negara, mengurus politik pemerintahan, ekonomi, teknologi hingga urusan keselamatan negara. Agama ini bukan milik orang berjubah dan berserban sahaja, bahkan juga milik politikus yang amanah, saintis dan pakar ekonomi pintar, yang boleh di pengabdi Tuhan yang tidak kalah hebatnya. Mungkin ada yang tertanya kenapa Abu Huroiroh - yang banyak meriwayatkan hadith Baginda Rasulullah saw melebihi sahabta terdekat Baginda seperti Abu Bakar dan Umar al-Khattab - tidak diletakkan sebagai sahabat paling utama berbanding kedua-duanya?


Sejarah mencatatkan kedua-dua sahabat utama ini aktif dan sibuk menguruskan hal ehwal umat sehingga tertinggal di belakang Abu Huroiroh dalam periwayatan hadith. Abu Huroiroh sememangnya menjadi orang yang sentiasa berada di sis Nabi saw dan aktif menghafal hadith Baginda. Namun, Baginda saw tetap melatakkan kedua-dua sahabat paling dikasihi itu sebagai orang yang istimewa di hatinya kerana sumbangan dalam pengurusan umat menjadi kelebihan besar dalam penentuan kedudukan keagamaan mereka.


Amat bahaya jika kita beranggapan Islam yang baik itu mesti melepak di masjid sepanjang masa dan meninggalkan urusan mencari nafkah demi membangun umat. Ibadah dalam Islam terlalu luas dan menjadi hak milik semua golongan, tidak kira hamba sahaya atau orang kaya, tuda dan muda. yang lahir di Barat atau Timur, semuanya berhak dinilai disisi Allah swt sebagai ahli iabdah. Kadangkala manusia menilai sesuatu daripada luaran saja, yang bersongkok kononnya lebih alim pada hal yang memakai kot lebih luas pemahaman Islamnya kerana aktif melayari lama web Islam di Internet.


Boleh jadi mereka ini lebih berpandangan terbuka dan mahu berfikir dibandingkan orang yang hanya mengamalkan Islam secara membabi buta dan secara ikut-ikutan tanpa dalil, taklid membabi buta dan secara berbahaya serta mengabaikan usaha pencarian ilmu secara mendalam. Agama ini milik semua, yang berhak menilai siapa yang terbaik ibadahnya hanya Allah swt. Mengapa kita perlu mengingati diri supaya tetap berada dalam zon ibadah kepada Allah? Kerana ramai yang mengasingkan ibadah dalam kehidupan, mereka mengkotak-kotakkan tempat, waktu dan suasana ibadah menurut fahaman liberal mereka.


Mereka yang menganut prinsip ini dengan selambanya boleh meneguk arak malam ini dan bertahlil esok malamnya. Atau, pergi haji 40 hari dan kemudian lupakan Allah sepanjang tahun. Betapa sempitnya ruang pemikiran mereka mengenai agama. Mereka rasa layak dipanggil Muslim hanya dengan cukup melakukan ibadah pada saat besar seperti perayaan yang bersifat formaliti. Maka akhirnya agama itu menjadi barang mainan dan sendaan. Tiada roh syariat mengalir dalam darah daging mereka.


Agama tidak dijadikan penggerak dalam membuat keputusan. Agama cuma diamal jika boleh mendatangkan keuntungan.


(Bersambung Minggu Hadapan)


Re-Type: Suhana Rasid

No comments: